Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, October 29, 2008

plastik

Semalam, berdiskusi tentang plastik bersama suami..
segalanya bermula ketika kami sedang nak buang sampah!
tengok, sampai 2 plastik bag sampah, itu cuma kami berdua pulak tu kat rumah! mana datang sampah.. tak perlula mempertikaikan tentang sampah yang sememangnya akan sentiasa ada ..cuba try hidup dalam sehari tanpa melakukan pembuangan sampah, walau sekecil plastik gula-gula!
suamiku memang tidak memandang ringan pada pembuangan sampah! setiap sampah akan di buang di dalam tong sampah, selagi tak jumpa tong sampah, simpan je lah sampah tu dalam poket.. hhehehe..
di kawasan rumah kami sahaja, 2 bekas tong sampah besar hari-hari penuh di isi dengan sampah yang mana setiap pagi lori angkut sampah akan angkut semuanya hingga kosong... tapi keesokkan harinya penuh kembali? bayangkan berapa banyak rakyat Malaysia 'mengeluarkan' sampah dalam sehari? pernahkah kita terfikir.. kemana sampah2 ni dibawa? apa yang dilakukan dengan sampah2 tu?
itu kisahnya dengan sampah yang dibuang dalam tong.. tapi, bagaimana dengan sampah2 yang bertaburan, yang dibuang merata-rata..
kadang-kadang bila melihat mereka yang buang sampah merata-rata.. rasa macam geram.. rasa cam nak jerit! " hei, korang ni tak reti nak buang sampah dalam tong ke? tak tahu ke yang perbuatan korang ni lah yang menjadikan persekitaran tercemar? "
tapi tak daya nak cakap camtu..
Seawal kanak-kanak dulu, memang terlalu menitikberatkan hal ni, sebab kat sekolah selalu ada kempen, papa pun selalu tegur aku buang sampah dalam tong sampah! tapi bila umur meningkat, semakin tak peduli itu semua.. kenapa? sebab di kelilingi dengan orang yang tak kesah.. " alah, orang lain pun buang sampah merata jugak.. kita sorang je yang buang sampah dalam tong... sama jer.. tulah! sikap 'tak ape'
pada aku sememangnya kat Malaysia ni kurang pendedahan tentang ini! kita tak dididik untuk itu semua.. kita selalu ambil mudah dalam hampir kebanyakkan hal! hal sampah ni sebenarnya hal yang kecik jer..tapi musibahnya besar tau! sangat besar...untuk masa akan datang.. tengok aje sekarang! sungai-sungai dah banyak tercemar! bila banyak sampah, udara pun tercemar..
yang terbaru tu! anak ikan paus mati terdampar di pantai dekat Pekan Pahang, punca kematian mendapati saluran usus ikan paus berkenaan tersumbat, mati tercekik dengan plastik sampah, botol platik dan tali nilon.. semuanya gara-gara mereka yanga tidak bertanggungjawab membuang sampah tanpa memikirkan kesannya! kesian sangat kat anak paus tu.. walaupun cuba diselamatkan namun keesokkannya terdampar mati akibat lemah..
Hmm... itu cuma satu kisah yg boleh dijadikan contoh kebiadapan manusia terhadap alam yang didiami mereka selama ini! hmm... aku pun dah jadi fedup sebenarnya, aku boleh cakap macam nie pun sebab suami aku memang ler sangat2 menitik beratkan pasal nie! very!
katanya..walaupun cuma kita seorang sahaja lah contohnya yang membuang sampah ke dalam tong, but at least! kita dah cuba untuk tolong bumi malaysia nih! dan bila mereka lihat kita buat mereka pun akan malu sendiri.. motivatation untuk diri sendiri jugak... tanggungjawab kita untuk bumi tercinta ini jugak! hmm sayangi lah bumi dan Malaysia.

No comments:


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker