Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, August 8, 2011

Assalamualaikum,

nak kongsi bersama rakan rakan semua..sedikit tazkirah dari morning talk tadi..

Datangnya bulan Ramadhan ini ialah seperti telah dibukakan sebuah taman yang indah seluas luasnya untuk kita semua..
Pada bulan ini sahaja pintu taman ini terbuka, di mana terdapat pelbagai jenis bunga bungaan yang harum harum semuanya..
Petiklah mana mana jenis bunga.. dan persembahkan pada tuan punya taman itu ..iaitu Allah..
carilah.. dan pilihlah.. yang mana mana terbaik.. untuk dipersembahkan.. kerana Allah sentiasa menunggu dari setiap kita...
Rugilah kepada sesiapa yang tidak nampak..
atau tidak mengambil peluang yang ada di depan mata ini..

pesanan untuk diri sendiri.. dan juga untuk kawan kawan tersayang juga..
marilah kita sama sama merebut peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada kita..
Ini lah satu satunya bulan bonus! yang diberikan oleh Allah untuk kita..
Subhanallah.. Maha Suci Allah... Maha Penyayangnya Allah kita.. diberikan pula kita Ramadhan, ..di mana peluang untuk kita menambahkan pahala berlipat kali ganda!... Allahuakbar..!



  




yang baik semuanya datang dari Allah..
dan yang buruk datang dari ku sendiri..

Friday, August 5, 2011

Pizza Terbalik Versi Kella

Assalamualaikum,

Selamat menjalani puasa yang ke 5 pada hari ini.. =)

hari ni aku mahu kongsi resepi Pizza tonggang terbalik.. upss.. nama glamss.. Upside Down Pizza..
ini ialah makanan berbuka pada hari ke 3 puasa hari tu.. western sekali sekala..

ini semua gara gara terlihat sana sini orang dok sebut tentang menda alah ni! so apa lagi! terus salin resepi dan buat ajaaa..... =)

Jom Kongsi resepi!!

UPSIDE DOWN PIZZA
Sumber Asal : TUN TELANI

Dough

2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam


- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna



Filling:


1 keping dada ayam- kerat2 (takda ayam, me pakai daging yang dicincang)
4 sosej/hotdog- kerat2 (takda)
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
tomato (ditambah)
Lada benggala (ditambah)
garam
Mozarella Keju secukupnya

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam

Aku tambah sos Putih untuk memvariasikan rasanya lagi... alaa sos putih yg orang buat dalam lasagna tu.. =)

Sos Putih

2 sudu butter
2 sudu tepun gandum
2 cwn susu segar
keju cheddar/ atau keju pilihan
garam dan lada hitam secukup rasa

- masak butter, api perlahan, kemudia masukkan terpung dan kacau sebati
- masukkan susu- kacau hingga pekat, perasakan dengan garam dan lada hitam.
- tutup api dan racikkan keju cheddar ke dalam nya.

Cara cara:

Panaskan oven dulu
- aturkan tomato dalam loyang
- curahkan sos putih
- tabur lada benggala
- masukkan semua filing yang telah siap dimasak
- curahkan adunan dough itu tadi
- taburkan mozarella cheese di atasnya ..
- bakar sampai masak!


bila dah masak... masa nak makan tu... tabur la pulak dengan parmesan cheese...
walaaa....




Selamat berbuka kawan kawan ku semua! mujur dapat update... nanti ada masa kita singgah singgah rumah kawan kawan...

DUIT RAYA BARU RM 6??

Ada sesiapa nak tukar duit untuk raya ni??










nah! mempersembahkan.........

RM 6!!!











Sorry.. jangan marah ahh... aku pun dapat dari emel kengkawan...

Senyum sokmo! =)

selamat menjalani puasa semua....

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Assalamualaikum,

Hari ini telah masuk hari ke 3 kita berpuasa..
Alhamdulillah...
Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada kawan kawan semua.
Syukur, kita masih diberi kesempatan berada di Bulan Mulia ini dan moga moga sempatla kita menggunakan sebaik mungkin sebulan Bulan Ramadhan mengumpul pahala sebanyak yang mungkin! rebut segala kesempatan untuk meraih pahala yang berganda ganda!

Sebetulnya, Ramadhan pertama dan kedua aku berada di kampung...
menikmati Ramadhan bersama keluarga tersayang.. Alhamdulillah atas segala kesempatan yang ada..
Syukur..

istimewa untuk semua teman teman seperjuangan...
terimalah ucapan ikhlas ini, tanda ingatan sesama kita..
semoga kita semua berada di landasan yang betul sepanjang Ramadhan ini dan terkesan keberkatan walaupun sesudah Ramadhan.. InsyaAllah..




Telah datang bulan Ramadhan..
Bulan yang Penuh Keberkatan dan Kerahmatan..
Bulan Mulia Bulan Ramadhan...
Selamat Datang Ya Ramadhan..

Friday, July 29, 2011

New Born Apam Polka Dot Dot versi Kay n Achik!

Assalamualaikum,

nak kongsi keterujaan baru nih!
Keterujaan membuat Apam Polka dot dot..

Achik, adik ku ada datang sini..  ni ha dia! hehe..
dia datang interview kerja..
so sekarang masih kat rumah tu, dera dia suh buat keja umah! hehehe...
bersih ler umah aku..h uhuhu...

ni ler achik! hehe.. interframe jap
hari tu dia ada buat apam dot dot ni, so aku pun amik le kesempatan buat dengan dia semalam! hari tu, masa dia buat agak keras katanya! so kali ni nak buat betul2 jadi la kiranya!

Alkisahnya kami berdua di dapur!
masa mula mula nak tunggu apam tu masak, memang agak mendebar kan!
tak sabar nak tengok hasilnya!!
menjadikah?
naikkah dia?

dan bila kami buka tudung kukusan tu! tengok apam tu jadi begini!!!































 Whooaaaa!!! terus kami berdua menjerit kegirangan di dapur itu! hahahahahaha!
kelako je mase tu! masing masing sangat teruja je melihat apam apam itu begitu montel.. comel comel.. dan lembut juga.. =)

hahaha.. kekdahnya kami adik beradik..

jadi, marilah kita kongsi resepi Apam ini yang disalin oleh adik aku.. katanya dia amik resepi ni pada orang yang masuk tv3 hari tu pasal apam ni lah.. so aku search la kat internet.. Fifazbakery tuan punya resepi.. mohon untuk kongsi ya!

Resepi Apam Polka Dot dot..

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )

3 biji telur- adari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna ( aku pakai filing, blueberry, strawberri, peanut butter)

Cara-cara

masukkan semua bahan apam kedal mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

Ok, so kepada sesiapa yang mahu coba.. boleh aja! sangat senang membuatnya!
insyaAllah menjadi... =)

To xtionkamen! mari coba Apam Polka dot laaa.. abaikan g string itu! hahah
terima kasih kat en Usop juga atas gambar ini..

Elergi Sepi

Assalamualaikum,

bertemu kembali di arena blogging!
apa telah terjadi dengan Mathari?
sentiasa ditinggalkan sepi...
pagi tadi aku bermimpi..
mimpi berbual dengan Mathari..
entah bagaimana si Mathari boleh berkata kata? eh..biasalah.. mimpi..
Mathari mengadu.. aku tidak seperti dulu lagi...
seringkali tinggalkan dia sendiri
seringkali tinggalkan kawan kawan tanpa lewati..
Adakah sudah membenci?

hmm apa nak kata..
bukan aku  tak suka..
benci? tidak mungkin sesekali la..
cuma..
aku terbatas dengan masa..
walaupun aku yang mengaturnya..
namun seringkali aku gagal melaksanakannya
dek kerana urusan lain yang menuntut upaya..
tak berdaya..


























Salam Jumaat untuk semua rakan rakan..
2 hari lagi mungkin kita akan menghadapi Ramadhan
ku berdoa moga sempat bertemu Ramadhan yang diraikan
dan semoga Ramadhan kali ini sangat sangat bermakna dan terkesan..
agar hati tidak terkilan
tatkala Ramadhan berpergian..
 





Tuesday, July 26, 2011

Qada masak

Assalamualaikum,

dah pun masuk minggu yang baru..
terasa lama sangat aku tak post tentang masak masak dan makan makan.. hehe..
sebab memang dah lama jugak tak masak betul2 ! bulan ni memang bulan yang sungguh padat!
kesian kat abbi.. makan tak teratur jadinya.. "lama tak makan masakan isteri.. rindu nak makan masakan isteri.." katanya.. aduh! terasa seperti menyucuk nyucuk je dada ni!
bukan taknak masak b.. tapi tak kesempatan!

minggu lepas, selepas je selesai semua kepadatan aktiviti.. aku berkobar kobar nak masak untuk si dia! =)
tengok satu rancangan masakan cina! lain dari yang lain! so salin resepi terus cari bahan! sib baik la ada senikata.. kalo tak sepatah haram tak paham..cakap cina la katakan... =)

Resepi Pertama  : 

Telur Goreng Udang Kering dengan Taufu Hancur
 Resepi:
Semangkuk kecil -Udang kering (dicincang halus)
2-3 biji telur
sebungkus kecil taufu ( telur tauhu-dihancurkan)
1 sk kicap
secubit garam
1 sk pati ayam (secubit kiub ayam)
1 sk tepung jagung
Salad 
daun sup dan daun bawang potong halus

Cara: 
- satukan kicap, garam, pati ayam,tepung jgung bersama dengan telur, dan kacau
- panaskan minyak, goreng udang kering yang telah di cincang hingga garing, naik bau 
- masukkan taufu yang telah dihancurkan, goreng sekali hingga kering
- masukkan telur yang telah di kacau bersama perisa tadi..
-goreng hingga masak. (terpulang mahu garing atau tidak)
-tabur dedaun sup dan daun bawang

Cara makannya! =)
letakkan telur hancur itu tadi ke dalam salad, bungkuskannya (kecil).. dan makan! 
sedaaaaaaap...
*cara tu yang diajar dalam rancangan tu lah.. kalau korang nak makan biasa biasa pun boleh... asal di makan kan... ;)





 Resepi kedua;

Ayam Goreng Walnut minyak bijan


itu nama resepi asalnya..
akan tetapi.. dirumahku tiada pula walnutnya.. jadi resepinya telah diubahsuai sedikit oleh ku.. =)

Resepi:
Isi Ayam- potong kecil
(diperap dengan; 1-2 sb minyak bijan+ kicap+secubit kiub ayam, perap selama 10-15 minit)
3 keping halia
lobak merah (potong dadu)
Timun Jepun (potong dadu)
Lada benggala ( potong dadu) - aku tambah
Cendawan - aku tambah
kacang walnut (bakar atau goreng dahulu) - aku tak bubuh sebab takda

Cara:

Goreng ayam  yg diperap tadi, sampai masak dan angkat
(gaul ayam dengan minyak sedikit untuk tidak melekat ketika goreng)
tumis 3 keping halia itu sampai naik bau
masuk segala timun, lobak dan lada benggala
masukkan ayam dan cendawan
akhir sekali masukkan kacang walnut yg telah dipanggang
Siap sedia untuk dimakan
(abbi kata sedap.. bau minyak bijan tu mencipta kelainan... )
=)



Jadi, pada sesiapa yang sudi untuk mencuba..
silakan mencuba.. 

=)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker