Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, September 30, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 IV

Assalamualaikum...
Syawal dah habis okay.... =)

ya, saya tahu! 

jom layan gambar2 yang telah di edit...
tak sempat nak citer semua...
tengok gambor je lah...
gambar gambar raya yang sempat diabadikan...
nak tutup citer raya dah nih.\!!
(orang lain dah lama tutup kamu baru nak tutup??)
hehehe






Ketemu lagi... 

daa....




Friday, September 23, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 III

Assalamualaikum,

Seperti biasa
Hari Raya kali ni, memang tak lepas la orang bertanyakan soalan cepu emas..
kalau ikutkan hati.. malas nak berjalan.. malas nak tunjuk muka kat orang,
letih dah penat dengan setiap kata kata atau pertanyaan yang datang bertubi tubi..
Tapi aku dah buang semua tu jauh jauh..
lebih terbuka, berlapang dada dan sentiasa positif dah..

tahun ni ramai sungguh jumpa beby beby yang baru lahir...
anak kawan kawan..
anak pakcik.. makcik.. sepupu...
semua dah berana pinak...
dari seorang dah masuk dua... dari dua dah tiga...

dan masa ini la.. pakat dok suruh aku pegang beby ni...
ambil berkat katanya?
entah dah berapa banyak beby dah aku pegang pun..
semuanya nak suruh aku dukung..
terima kasih la... aku tahu korang semua nak aku beranak kan..
dipercayai kalau dok pegang2 beby ni nanti boleh melekat?? 
nanti berjangkit katanya...hihi.. iyo ko?
aminkan.. =)

tengok sahajalah gambar gambar di bawah ini....





seronok sungguh kan dapat beby baru...
baayi yang baru lahir ni.. sejuk je mata memandang..
bila memegang  mereka terasa tenang je di sudut hati..
bersih, suci... murni... =)
wangi..
amanah Allah untuk hambanya...
bersyukurlah kalian semua yang telah dikurniakan cahaya mata..
 ku percaya sesungguh nya itu ialah anugerah terindah buat kamu semua..
penyeri rumah tangga.. =)
tahniah pada kalian yang bergelar..
ibu dan bapa..

:)

Thursday, September 22, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 II

Assalamulaikum,

Nak cerita serba sedikit tentang sambutan hari raya..boleh la kongsi sikit sikit citer citer bergambar.. yang tak sempat shoot gambar pun ada... tak terhitung.. =)

Mari mulakan cerita kisah yang terdekat dahulu..

Masa ni dah balik kl.. terima kunjungan sanak saudara.. ni keluarga Nyah Shikin dan Wae sekeluarga..
sempat makan malam lauk Patin Tempoyak... hehe.. licin semua lauk!
Alhamdulillah..
Lepas tu Pekena Kek pula.. =)




























































Potrait Sekeluarga yang ada.. =)

terima kasih sekali lagi...

Lepas itu singgah beraya ke rumah Maklong... di Puchong..


























Potrait Gambar sekeluarga maklong dan Chek A'aa

Setelah itu...

meneruskan perjalanan ke LCCT...


































Menhantar dak Nabilah ni.. balik ke Sabah...
















Belajar Rajin Rajin... =)

Setakat ini dahulu la ya...
lain siaran nanti kita ketemu la lagi..

semoga baik baik lah semuanya di sana nanti.. =)























Wednesday, September 21, 2011

Gambar Pilihan Hati untuk Wordless Wednesday..

 Nadya sayang...

 

but not mine.. =)

'PORK FREE'

Di suatu petang nan indah...

Ali : aku lapar la.. jom kita masuk kedai makan ni

Abu : Halal tak nie..

Ali: Ok kot.. tu ada tulis 'Pork Free'

Abu : Hisssshhhh lagi lah aku taknak!!!

Ali : lerr.. nape.. ' Pork Free' laa..

Abu : ko giler? bagi Free pun aku taknak laa! Haram tetap haram ko tahu tak! walaupun sebanyak mana ko bagi percuma pun! huh! free konon... cheh! siap tulis 'pork free' besar besar lagi... ingat aku nak ke?? hissshh!!

Ali: urrk! hahahahaha...

Tuesday, September 20, 2011

Syawal 1432H , Aidilfitri 2011

Assalamualaikum

Ada beberapa orang sahabat jauh yang selalu juga singgah ke belog aku ni, ada juga yang menelefon bertanyakan tentang mengapa belog aku yang tidak dikemaskini, terutama sekali cerita tentang raya! ada yang berteka teki tidak seronokkah raya ku kali ini? raya tak jadikah?  atau apakah yang terjadi...

haa.. sebetulnya terlalu banyak cerita yang mahu dikongsi!
tapi banyak yang terbantut je bila nak citer.. =)
banyak faktor faktor yang boleh dipercayai  terlibat..

moh kiter citer pasal raya nak?
dah tak tahu nak mula dari mana pun..walaupun syawal dah nak habis.. tapi sebab belog ini aku yang punya.. jadinya aku boleh sesuka hati nak citer sekarang pun kan..persoalannya cuma masihkah ada orang nak membacanya? hehe..

letak gambar je pun bagus kan?

apa kata mulakan dengan cerita Kek Fresh Fruit Flan ni dulu?

sebab tak perlu karang panjang panjang kan.. =)
kek ini dibuat semasa Mak sekeluarga datang ke rumah
masa tu.. time raya kan.. jemput la sanak saudara yang lain juga..
jemput makan malam...
lepas makan makan mlm tu.. tarraaaa....
dipersembahkan desert untuk malam itu...



yang datang tu dapat la merasa kek ini..
Rezeki kome la..
Mak puji byk kali.. katanya sedap .. orang lain pun begitu.. tu yang buat muka ku ini kemerah merahan sampai ke telinga.. maluuu..
maklumlah..aku memang tak selesa sikit menerima pujian...
terima kasih terima kasih..
Alhamdulillah... dengan izin Allah..ianya jadi sedap dan syukur kamu semua menyukainya..

Jumpa lagi.. =)

Sehangat mentari sesudah hujan..

Assalamualaikum..

tenaga baru!
semangat baru!
harapan baru!

=)

Semoga kita semua diberkati Allah..

Wednesday, September 14, 2011

Kuliah Ustaz Azhar Idrus September 2011 Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum,

Akhirnya ini entri untuk di update.. setelah sekian lama..

Untuk sesiapa yang berkelapangan , dan berdekatan, boleh la hadir ke Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus.
InsyaAllah.. jika dipanjangkan umur, berkesempatanlah malam ni mendengar kuliahnya secara Live di Madrasah Al Ikhwan, Selayang.. moga dipermudahkan.. InsyaAllah..



























Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya!!

Assalamualaikum

hahaha.. memang .. bukan naik keretapi apatah lagi kapal terbang! entah kapal mana yang aku naik.. baru sampai sini nak ucapkan Hari Raya!

=)

hari ni dah Hari Raya ke 10 kot kan? aku baru sampai! sebenarnya entri di bawah ini sebelum raya lagi dah di karang.. namun tak sempat nak post rupanya! dok kat dalam draft tu! lansung balik kampung terus tak terupdate la... kalau kawan2 FB mungkin ada dapat la kot.. =)

meh sini nak post juga.. tak kira la aku telah ketinggalan pun.. yang penting.. suasana raya masih lagi terasa nih! khas untuk teman teman ku sekelian.. =)


 Assalamualaikum

teristimewa untuk rakan rakan ku..
Selamat hari raya diucapkan padamu..
harap dimaafkan segala salah silapku..
mungkin secara sengaja atau tidak ia berlaku..
namun dihati tidak lansung mahu menyakiti hatimu..

Ramadhan kian berlalu..
kini Syawal pula sedang menunggu..
Selamat menyambut Aidilfitri yang di tunggu tunggu..
semoga sahabat semua berbahagia selalu..

di pasar pasar orang berpusu pusu..
di jalanan pula kereta meluru luru..
ku harapkan sahabat semua tidak terburu buru..
fikirkan orang tersayang yang sedang menunggu..

Membeli belah seluar baju
pandang pandang tak naik jemu
bersederhanalah kita selalu..
agar tidak memudaratkan dirimu



























ni nak sambung..

beraya sudah..
bermaafan pun sudah..
jangan kemaruk tak sudah sudah
jom kita semua pakat sambung kerja lah...

hehe..

yang mana aku ada tersilap.. terkasar bahasa dalam menulis..
harapnya diampunkan..
yang mana aku tak singgah mengomen atau menegur kebelakangan ini..
haarp jangan terasa di hati..
ampun maaf jualah di pinta..
atas segala kekurangan diri ini..

semoga kita semua mendapat hidayah berpanjangan rentetan Ramadhan yang telah berpergian..

Wassalam..

Sunday, September 4, 2011

selamat hari raya ke 5!

Assalamualaikum, update jap!

di kampung line takda sangat... ni sempat online jap!

moga semuanya dalam keadaan baik baik semuanya..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker