Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, March 29, 2012

JATUH


Apa yang aku tahu..

Sekali jatuh,
pasti tak mahu jatuh lagi..

jatuh..
biasanya akan sakit

di wajah akan tergambar
namun bila tak tergambar,
sakit nya mungkin lebih perit..
hanya hati yang mengerti

namun..
tetap sakit.

sakit di jatuhkan...
dan 
sakit jatuh sendiri..
lain rasanya,
lain penerimaannya .

jatuh  dari 'tempat' yang tinggi 
dan 
jatuh dari 'tempat' yang rendah
juga beza rasa sakitnya 

jatuh sendiri
atau..
jatuh beraamai ramai lebih baik??

ada yang suka menjatuhkan orang!
tapi,
kesian....
 terjatuh sendiri..!
jatuh , jatuh, jatuh dan jatuh lagi?
Kenapa, di mana, siapa, apakah.....
buat lah homework sikit ya... (duhhh..)

(ohh... apa yang aku sembangkan ni... jom layan gambar bunga di bawah nih.. )




Namun...
saya suka pula..
masa jatuh cinta dulu...
rasa manis..
rasa bahagia..
rasa nak kahwin..
rasa mahu senyum...

=)




Tuesday, March 27, 2012

Resepi Ketupat Sotong Bonda


Assalamualaikum,

Alhamdulillah..
berkesempatan hari ini untuk update blog, dah sihat pun..
 suara je masih sengau2 lagi nih..

mari tengok menu ni minggu lepas punya..

Ini Ketupat Sotong resepi Kelantan
kalau Kak Mas tak request, kita pun tak terbuat la..
thanks to kak mas yang sudi..



Resepi Ketupat Sotong
dari Mama ku;

8-10 ekor sotong sederhana besar
2 cawan beras pulut (direndam terlebih dahulu)
3-4 helai daun pandan 
2-3 keret gula merah / manisan
1-2 cawan santan pekat
1 sudu gula biasa
secubit garam
1sk halba ( optional sahaja, tak buh pun takpa)
lidi yg di potong tajam untuk mencucuk kepala sotong

Cara:

Bersihkan sotong, toskan (kalau sotong ada telur usah buangkan, itu lagi sedap makan )
masukkan beras pulut yang telah di rendam tadi, isikan separuh dari badan sotong sahaja,
masukkan kembali kepala sotong dan cucuk di bahagian atasnya antara badan sotong dan kepalanya, supaya kepalnya tidak tercabut, dan beras pulut tidak terkeluar..
letakkan daun pandan ke dalam periuk,
susun sotong yang telah di isi pulut itu satu satu bersama daun pandan
masukkan sedikit air dan rebus sotong itu seketika bersama gula dan manisan
biarkan seketika,
masukkan santan, dan teruskan mengacau..dengan api yang perlahan shaja..
selama lebih kurang 20 minit.. agak agak pulut dalam nya dah masak..
dan boleh dihidangkan lah..

selamat mencoba..



Masa buat ni, daun pandan hilang!! tertinggal kat kedai santan! takkan nak p balik, kedai pun dah tutup.. nak taknak kena buat juga, sebab dah janji kan.. so buat juga.. buh sikiiittt ke esen pandan kat dalamnya kasi bau je.. hehe
tapi respon dan Kak Mas kata ok! 
kawan2 pun kata sedap je.. hmm
nanti2 nak buat lagi ya!




Wednesday, March 21, 2012

Not Feeling well... =(


Rabu Tanpa Kata..

Tuesday, March 20, 2012

Sotong Panggang Berempah .. walla...


 Assalamualaikum,

mesti semua dah makan kan.. dah kenyang kot kan.. =)

jom cuci mata tengok menu hujung minggu lalu..

syiookkkk....

Sotong Panggang Berempah!

walllaa..


 ~mula mula ingat nak bakar, tapi nak siap arang bagai, take time pula.. so panggang atas dapur sahaja la..~


~tarrraaaa... dah siap... gemuk2 sebab penuh dengan telur sotong kat dalam tu.. huhu
 teringat kat sotong masa makan kat sabah hari tu... tu yang buat juga tuh!!


Kalau ada yang nak resepi.. 

Sotong Panggang KayLazat =)
 
bahan2 nya ialah..

- 2 tangkai serai (ditumbuk lumat)
- sedikit halia (tumbuk)
- seulas bawang putih
-3-4 ulas bawang merah
- cili kering (kisar) / cili boh
-serbuk kari 1-2 sudu besar
- sedikit serbuk kunyit
- serbuk lada hitam..
- garam scukup rasa (jgn byk sgt) nanti hilang rasa fresh sotong itu..
- air asam jawa atau air perahan asam limau (optional je ni)

CARA:
tumbuk je semua bahan2 tu , dan lumurkan pada sotong itu tadi.. perap untuk 30 minit..
dan langkah seterusnya ialah panggang!

ok...

selamat mencoba coba..

seronok bereksperimentasi di dapur ni.. =)


Monday, March 19, 2012

Tersepit

A citer kat B tentang C....

C citer kat B tentang A juga..

so B ni  memang tahu la citer dari dua2 pihak ni..

dan A & C pun ada citer kat D juga di masa yang berlainan la..

yang si D ni pula pegi citer apa yang A citer kat C , dan apa yang C citer kat A! dan yang masa yang sama.. si B ada di setiap masa D bercerita!


siapa tersepit.. siapa yang kejam...

hmmm...


Sunday, March 18, 2012

Ada yang belum tidur?....




Saturday, March 17, 2012

Kisah Kek dan Itik

Assalamualaikum,

sedang menunggu kek pisang masak dalam oven nuu...
hihi.. tetengah malam ye..
malam ni sempat buat sebiji kek coklat lembab tadi.. dan.. 2 biji kek pisang sedang on da way...
bau jangan cakap la..

hum.. sambil sambil nunggu kan..
teringat.. ke'chaous'an kat pejabat tadi..
huru hara..
gelojak dalam jiwa yang tak nampak di luar..

lagaknya  seperti seekor itik yang sedang berenang di tasik..
di luarnya nampak tenang sahaja di permukaan air.. bergerak tenang..
namun dibawah permukaan tu.. kakinya sedang bergerak laju!

apabila keegoaan merajai diri..
pertimbangan diri mula hilang..
prasangka makin menular nular..
yang putih pun nampak hitam..

susah juga menjadi orang yang neutral ni..
tidak belah di mana2 pihak..
apa yang mampu.. cuba untuk menjernihkan segala kekeruhan dan segala kesimpulan dengan tidak menjatuhkan mana2 pihak..

bebel pula di awal pagi hari?

ok.. setakat ini dulu..
kek dah masak pun..

Assalamualaikum..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker