Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, January 17, 2013

Resepi Roti Kentang 'Potato Bread'

Assalamualaikum,

petang petang begini sedap minum roti cicah milo kan...
nak nak cicah roti kentang tu..
lagi lagi yang buat sendiri pulak tu..
yang panas panas pulak tu..
perrrghh... terangkat... =)

mari kongsi resepi roti kentang..
dah lama nak buat.. baaru pertama kali buat , dan menjadi..
Alhamdulillah..

Resepi Roti Kentang Sedap
(resepi ikut buku potostat ibu, semua resepi dalam tu mesti menjadi katanya)

2 @ 3  biji Ubi kentang- 70 gm 
300 gm Tepung Protein tinggi - tepung roti
3/4  sb susu tepung
50 gm Gula Kastor atau biasa
2 st Yis
1/2 st garam
30 gm mentega atau margerin
1 biji telur dibahagi 2 kemudiannya
135 ml air sejuk dari peti sejuk

CARA-CARA BUAT :
-Bismillahirrahmanirrahim.. ingat pada Allah bila mula2 nak buat, selawat pada Nabi Junjungan kita.. moga2 apa yang kita masak orang suka hendaknya.. inshaALlah..
- macam aku guna BreadMaker, letak je semua bahan dalam breadmaker ikut urutan.. basah di bawah dan kering kat atas.. buh je semua bahan
atau boleh je ikut seperti arahan di bawah ni.
-Masuk semua bahan kering,kacau sebentar.
-Masuk telur 1/2 biji bersama kentang.
-Masuk air sejuk,mentega kemudian putar atau gaul .
-Sampai doh menjadi licin kemudian bulatkan.
-Perap doh,tutup dgn plastik sehingga naik 2 x ganda.
-Setelah doh naik tumbuk doh utk keluarkan udara didalamnye.
-Bulat2 kan menjadi bebola yg sama saiz 70-80gm
-Susun dlm loyan yg telah digris.
-Biar selama 45 minit lagi.
-Sapukan permukaan roti dgn telur dan paipkan cream kastard ditengah-tengah permukaan roti.
-Bakar pada suhu 180 c selama 20 minit.
-Sekiranya permukaan roti sudah perang sebelum 20 minit,tutup suis oven dan biarkan roti didlm oven hingga habis minitnye.


Resepi Topping Garisan Kastad


1 sudu besar tepung kastard atau tepungg jagung
1 sudu besar tepung gandum
2 biji kuning telur
1 cawan susu segar
secubit garam
4 sb gula
1 sb mentega

-Bancuh tepung,gula,garam dan tuang susu sedikit2 sambil kacau agar tidak berketul.
-Masukkan telur dan kacau lagi.
-Masak diatas api sederhana sehingga pekat.
-Sentiasa kacau agar tidak berketul.
-Apabila sudah pekat angkat dan masukkan mentega,kacau sebati.
-Sejukkan dulu sebelum dimasukkan dlm piping bag. aku letak dalam plastik bungkus tu, lalu digunting hujungnya sedikit =)



~doh dibahagi bahagikan kepada 9, ikut la saiz loyang masing2.. nak kecil pun ok.. kemudian sapukan telur atas permukaan doh roti yang telah dibentuk itu.~


~ paipkan kastad ikut kreativiti masing masing... bakar selama 20 minit, suhu 180'... bau dah mula semerbak dah masa ni.. ~ ^_^








~ tarraaaa...!!!! dah siap pun.. =) ~


~ alhamdulillah...bila tunjuk kat b, muka dia macam musykil semacam je..
dia macam tak percaya je.. buat ke beli ni?? katanya..
hehehe.. diri sendiri pun tak percaya menjadi nih..
alhamdulillah....

ok.. selamat mencuba ya..


terus habis.. laku.. tak tinggal lama... =)


11 comments:

Kakzakie said...

Kilat-gebu-menggoda manalah boleh tunggu lama. Masa hangat-hangat dgn bau semerbak lagilah mesti sedap kan..

Mak Su said...

kella!!! sedapnya! maksu mmg suka bun kentang :)

LYAfrina said...

salam kella.. lya pon lama x dtg sini.. sbb skarang kella dh jrg2 je update blog kan.. harap lps ni..kembali mcm dulu2 ye.. hehe.. maybe komitmen kan..


sedap sgt nmpk roti ni..gebu & sebijik mcm y kedai punya..

Ann Ishak said...

1st time buat terus jadi, memang hebatlah :)

ayut said...

wahhhhhh..bt sndri..ni mkn mmg puasla klu gini.. :) thanks singgah blog yer ^^

Teratak Hami said...

Fuhh, cantiknya roti itu. Boleh buat niaga ni.

munna said...

wah!... hasilnya... mmg cantik dan gebu

Ida Aida said...

tanya sikit...kentang tu potong dadu dulu ke...huhuuu...sory saya x pnh meroti.baru first time nk try

AhliaSaleh said...

Tenkiu tuan rmh..sy dh try resepi ni..mmg mnjadi.kami sekeluarga suke..:)

Haryanti Kusaini said...

kentang tu kene rebus dulu yer atau cmner aek..?

Kella said...

haryanti.. maaf begitu lama tak buka belog.. ya.. direbus dahulu...
terima kasih,

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker