Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, January 25, 2013

Glazed Grilled Salmon

Assalamualaikum,

Semakin hari semakin suka main masak masak dengan pemanggang ajaibku itu..

Baru baru ni buat Salmon, atas permintaan encik bos... =)
dia memang suka salmon,
selalu nya buat grilled biasa je, kali ni nak cuba resepi baru..

resepi ni omputih punya, biasalah resepi mereka biasanya guna wine bagaikan.. untuk sedap..
tapi aku olah lain sikit la...
lain dari yang lain sikit resepi ni..

jom kongsi!

Resepi Glazed Grilled Salmon

1- 1cwan padat gula perang
2- 1/4 cwn sos soya cair
3- 2 1/2 sb jus limau segar atau boleh guna lemon
4- 2 st halia segar yang dicincang
5- sedikit serbuk lada hitam atau yang ditumbuk
6- 2 biji bawang putih diketuk
7- 1/2 atau sebiji bawang besar hijau di hiris
8 keping filet salmon

cara;

- satukan bahan bahan dari no 1-7 dan masukkan ke dalam plastik bag ( kalau boleh yang zig top yang boleh tutup tu, kalau tak ada, ikat dengan getah pun boleh.. =)   
- Masukkan fillet ikan salmon ke dalam campuran bahan tadi, ikat kemas plastik itu tadi dan perap selama 20-30 minit di dalam peti sejuk.
- setelah itu, keluarkan  ikan yang telah diperap tadi dan bakar dalam pemanggang ajaib. sebelum itu letakkan sedikit minyak zaitun atas pan pemanggang ajaib baru letak ikan.
- lebihan kuah perapan itu tadi di masak atas pan lain, masak dan biarkan ianya berbuih berkilat sekurang kurangnya 7-10 minit hingga ia menjadi pekat.
- masak ikan lebih kurang 10 minit, kemudian salutkan ikan dengan sos lebihan yang telah dimasak tadi.
- tuangkan semua sos dan dihidangkan bersama hirisan bawangan atau sayur sayuran kegemaran.


~ sedia untuk di panggang~


~ kepingan salmonyang telah masak~

~ boleh dihidangkan dengan pelbagai jenis sayurang yang digemari~

  
 ~ lihat..., betapa berkilatnya ikan salmon ini bila telah dicurahkan sos~

Selamat Mencoba coba ya...
Masak Dari Hati...
Masak dengan Iman... =)




Kalau berminat nak pemanggang ajaib ni, 
sekarang tengah ada percuma 1 mangkuk lauk pauk dengan setiap pembelian Pemanggang Ajaib! 
meh ramai ramai beli... tak rugi... =)

11 comments:

Izwa Kamaruddin said...

hamboiii nak kene beli gak la pemanggang ajaib nie..

Kakcik Seroja said...

Kakcik masih belum beli pemanggang tu walaupun dah dibelek2 masa kat Langkawi. :)

Irfa said...

spesis ikan mahal ni ;)

Kella said...

Mrs Eady : hiii...haah.. kawan di dapur yang tidak mengecewakan.. =)

Kak cik: laaa.. lama dah kakcik dok belek2 tu..

munna said...

munna pun suka sgt panggang memangang guna pemanggang ajaib tu... mudah sgt

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam sis...
huhu..terliurnye tgk ikan salmon tuuuu...nyumm ^^_

IdaShazana said...

Dua2 pun hebat .... salmon n pemanggang

gadisBunga™ said...

fuhhh...berkilat kilat gravy dia!

Stray Cat said...

perghhh..sdapnyeee

Anonymous said...

sedap ni.. hehehe

LYAfrina said...

wowww..kella mmg kena masuk master chef..sgt2 berbakat..nmpk sedap sgt


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker