Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, April 10, 2012

Terbang Tinggi tinggi si cantik rama rama

(entri sebelum tido semalam nih)
Sebelum tidur, ingin ku kongsikan tentang cerita yang di kongsikan oleh Mr Dell pada hari ini..

tentang di rama rama...

di sebuat taman, terdapat satu kepompong yang kelihatannya sudah sarat..
seperti sudah tiba masanya..
kemudian, kepompong itu terbuka sedikit demi sedikit.. dah terlihatla kelibat sang rama rama di dalamnya sedang berusaha untuk keluar..
dan pada masa yang sama, terdapat seorang pemuda sedang berjalan jalan di taman itu..
dan beliau terjumpa dengan kepompong itu tadi..
dia menanti dengan penuh sabar di situ.. ingin melihat sang rama rama keluar dari sarung kepompongnya itu..
malangnya, tunggu punya tunggu sang rama rama masih belum boleh keluar!
dia melihat, sang rama rama itu tadi, berusaha sedaya upaya mengepak sayapnya dari dalam kepompong itu untuk keluar..
namun tetap tidak berhasil..
pemuda itu tadi memerhati betul2 apakah yang terjadi, kenapa begitu lama rama rama itu mengambil masa untuk keluar.. mengapa begitu susah!
apabila diteliti.. rupa rupanya..
terdapat seutas benang dari kepompong itu tadi yang menyekatnya untuk keluar..ianya betul2 di hadapan, menghalang dari sang rama rama itu keluar..

dan, pemuda itu tadi mendapat idea..
dia mengambil gunting lalu memotong benang yang menyekat sang rama rama dari keluar..
dan,
serta merta rama rama itu jatuhla ke tanah..

apa yang terjadi?
rama rama itu tidak terus terbang,
tapi, jatuh terus ke tanah dan masih mencuba mengepak sayapnya untuk terbang..
namun tidak berhasil..
berkali kali di cubanya untuk terbang, berkali kali sayapnya di gerak gerakkan..
tapi tetap tidak menampakkan tanda tanda ianya boleh terbang..!
si pemuda itu cuba membantu lagi..
namun sang rama rama nyata tidak mampu jua untuk terbang..

jadi ...
disebalik cerita itu tadi sebenarnya terdapat hikmah yang tersembunyi..
sebenarnya jika di biarkan lagi rama rama itu terus di dalam kepompong, InsyaAllah dia akan mampu untuk terbang..

kerana kesusahan dia mengepakkan sayapnya berkali kali itulah sebenarnya pembelajaran buatnya, latihan untuknya yang memungkinkannya menjadi rama rama yang sebenar.
betapa sang rama rama itu sepatutnya berusaha untuk keluar dari usaha nya sendiri..

proses mengepak di dalam kepompong itu tadi la yang membina kekuatan kepaknya.. lebih lama.. lebih kuat.. lebih pandai.. lebih cantik..  

dalam kehidupan kita contohnya
kita jangan terlalu mengharapkan orang lain..
sampai bila bila kita tidak akan pandai
sampai bila bila kita tidak boleh terbang tinggi..
jika sentiasa mahukan bantuan
sampai bila bila pun, kita takkan tahu potensi diri kita yang sebenar..
ya...kalau kita boleh terbang tinggi pun, mungkin tidak akan lama

bukan kah ianya lebih manis? 
kita akan lebih menghargai.. lebih rasa puas..

apabila ianya datang dari kita sendiri..


ya..

ianya mengenai masa juga..
jika masanya belum tiba..
buatlah sedaya apapun, ianya tetap takkan tiba
Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya..
contohnya
kadangkala kita merasakan itu yang terbaik untuk kita dan apabila iannya gagal, kita akan terus terusan merasa kesal, meragui, tertanya tanya apakah dan di mana silapnya..
kita lupa.. Allah Maha Mengetahu segala galanya..
mungkin itu sebenarnya bukan yang terbaik untuk kita,
dan ada juga sesuatu yang kita rasakan tidak sesuai.. dan tidak boleh menerimanya,
namun sebenarnya itulah yang terbaik..
kita tidak akan tahu sehinggalah suatu hari Allah bukakan mata kita..
baru la kita sedar..
"oh... nasib baik dulu aku tak.... "oh. patutlah  begitu.. begini.."

mari sama sama kita jadi manusia yang punyai potensi diri yang unggul..
kualiti melebihi kuantiti..

semoga mendapat manfaat.. =)



* issshh.. sian si rama rama, tu lah pemuda tu lah punya pasai.. pi potong buat hape.. kang dah tak pasai pasai panjang lebo jadinya entri kali nih! huhuhu
________________________________________________________


upss.. cerita pasal rama rama.. tapi si burung pula yang datang..

semalam cik burung burung pemarah datang melawat..
tapi diorang datang secara aman sahaja..
2 ekor sekali datang..
jom! tengok tengok.. =)




 akhirnya.. berjaya jugak main main ngan fondan..
tapi tak berapa menjadi nih..
kena byk practice lagi..
=)





6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kemanisan memperolehi dgn usaha sendiri lebih bererti berbanding dapatnya mudah kerana bantuan org lain...

Mimy Hamid said...

berjela citer rama ko ni..tersirat..tapi penuh maksud..hebat skrang main fondant..gigih ko ni

gadisBunga™ said...

saya dlm kepompong sekarang ni. :)

Darling Pya said...

pandai nye...1st try pun nampak rupa burung kira bagus sangat la nie...

between, terima kasih sharing cerita yang bermotivasi nie :)

Diela Zaimi said...

hai kella...
sy yg order cookies td...hehe
anyway, best entri ni...
banyak maksud tersirat... ;)

LYAfrina said...

sesungguhnya, usaha itu tangga kejayaan.. satu perasaan y cukup indah apabila kt bjaya atau mmpu mcapai sesuatu hasil drp usha kt y tnpa mgharap bntuan org.. itulah kata org, bsusah dahulu..bsenang kmudian


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker