Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, April 23, 2012

Oh! Indahnya Solat Dhuha..

Assalamualaikum,

Seperti biasa morning talk pada setiap hari isnin, dan hari ini kami sama sama berkongsi maklumat mengenai Solat Dhuha... MasyaAllah.. begitu indahnya dan besarnya kebaikan melakukan solat Dhuha..

Terima kasih pada Nana yang sudi berkongsi maklumat ini..
walaupun sebenarnya kita sememangnya telah maklum dengan kelebihannya
namun kadangkala kita semua sebenarnya memerlukan peringatan selalu..
dan sebagai teman2..aku juga ingin berkongsi memperingatkan sesama kita..
sama sama kita hayati kelebihannya..

Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih hingga maksimanya 12 rakaat sahaja.
Dilakukan pada waktu matahari sedang naik - anggaran antara jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

 1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
(sumber di sini )



Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


lagi kelebihan dan fadhilat dhuha yang boleh dikongsi di sini 

semoga sama sama kita amalkan dhuha selagi mampu dan selagi sihat.. selagi masih bernyawa..

jom kita gi solat!!!
apa tunggu lagi, sekarang masa tengah sesuai ni!
jom jom!

=)






>

13 comments:

miloaiskurangmanis said...

thanks my dear
tambah ilmu di pagi senin...

Kakcik Seroja said...

Terima kasih Kella. Indahnya alunan doa ini.

Kakzakie Purvit said...

Kella boleh ikut cara kakak sebelum ke tempat kerja siap-siap simpan wudhu'. Kalau nak salam/cium hubby buat sebelum itu so masa dlm perjalanan dah ada wudhu'. Sampai office dah boleh tunaikan dhuha... senang kan lagipun cuma 2 rokaat je...

Anna Zanna said...

TQ untuk perkongsian ini, memang teringin nak buat tapi keterbataasan waktu ditempat kerja susah..memang nak seribu daya tapi apakan daya tiada daya.

nabilah_2908 said...

memang dah terfikir nak buat solat ni...[baru dapat kesedaran..(-_-)" ]

tergerak nak google..cari cara2 solat ni..

nah....Kella dah sharekan kat sini..terima kasih...macma tahu2 je..hehe..terima kasih.. :)

nak ikut cara Kak Zakie simpan wuduk...agak payah sikit..sebab masa kita jaga tu la..ada je perkara2 yg boleh batalkan wuduk... :)

LYAfrina said...

alhamdulillah.... untung kalo org y mpunyai smngt y kental utk melakukan solat dhuha kan..

Kella said...

MILOAIS: thanks kak sudi.. =)

kakcik: tima kasih kakcik sudi mendengarnya..

Kella said...

kak zakie: itulah.. pagi ni ingatkan nak ikut macam akak buat tu.. tapi terlepas pulak! ;p dah terbatal wuduk.. kena amik semula la ni jap lagi.. insyaAllah moga kuatlah hati ini. moga dipermudahkan selalu utnuk buat dhuha setiap hari.. tima kasih kak!... =)

Kella said...

Pelangi mulus: betul..kita sendiri pun begitu.. tapi sedang kuatkan hati dan diri juga ni.. moga Allah permudahkan niat kita ni.. kan.. =)

en_me said...

timekaseh info nii yee...

Darling Pya said...

terima kasih atas perkongsian :)

Mimy Hamid said...

Insya Allah..jom :))

aku budak klang said...

jom...memang berbaloi baloi u


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker