Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, August 22, 2016

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum,
Dek kerana terliur sangat tengok orang makan Keria Gula Melaka yang dari Melaka tu kan.. aku tekad untuk buat sendiri juga.
Resepi ni aku guna resepi Kak Azlita masam manis yang sangat manis orangnya.. kak Azlita ambil resepi Chef Hanieliza.
Terima kasih.. semoga Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat akak2 kita berdua.

di bawah disertakan resepinya.

ini terlebih gula sudah.. kerianya sikit je.. gula lebih.. hihi.. manih letting..





MyKitchen's Recipe


KUIH KERIA
By: Chef Hanieliza
Source: 1 Hari 1 Resepi



500 gm keledek ( aku pakai keledek putih- konon2 nk ikut betul2 macam Keria Antarabangsa Melaka tu.. hhehe)
1 cwn tepung gandum
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
1 cwn gula ( tukar gula melaka)
1/2 cawan air



"DO IT YOURSELF"


Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil
Masukkan keledek, garam dan air secukupnyer ke dlm periuk dan rebus hingga empuk.
Setelah empuk, angkat, toskan airnyer dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknyer
Kemudian dlm kuali lain, masak gula hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.



Untuk mendapatkan kuih keria gula melaka, tukarkan aje gula pasir tu kepada gula melaka.

Selamat Mencuba.







1 comment:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Sedapnya keria!. Tapi saya pulak suka yg togel tak bersira. Rasa nak buat juga la esok2. Tq bg idea.

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker