Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 17, 2013

Kerana mu anak.. =)

Assalamualaikum,

terasa ingin kongsi di sini..
Hari ini kena scan lagi, untuk periksa kesihatan..
lepas tu, doktor beritahu, perlu sambung rawatan lagi, kena ambil ubat lagi..
alamak!! mesti kena ratusan lagi ni...
terus check duit dalam beg ada RM 253 je.. rasanya tak cukup ni...
terus aku berpeluh di situ..
selongkar2 dalam beg, biasanya terjumpa gak barang sepuluh dua.. tapi kali ni tak jumpa laa..
hummm....
tak sangka plak kena sambung ubat, sebab ingatkan cuma pemeriksaan biasa tu yang tak bawa lebih..
kredit card VISA dah beri pada hubby masa dia nak outstation..
tinggal AMEX je.. kat sini tak terima pulak...
nak call adik suh bawa mai duit pun hp aku tiba tiba abis battery...
huih... buntu jap!
dan tiba tiba namaku di panggil..
" cik sila bayar kat kaunter pembayaran dahulu dan datang kembali dengan resit untuk ubat"
aku pun terus menuju ke kaunter..

tet.. tett.. tett.. kira kira.. orang tu pun maklumkan.. RM 287!

alamak.. sah sah la tak cukup duit..
tapi aku bukak juga beg duit.. dan kira kira kat depan dia..

humm tak cukup ni...

orang tu pun cakap..
" bayar guna kredit kad pun boleh.."

"tapi encik saya ada AMEX je.. tak boleh kan?"

"takpe la, saya datang kembali untuk ambil ubat, sebab duit saya tak cukup, tak tahu kena ambil ubat tadi.."
Humm.. jenuh la pulak.. nak turun naik.. parking bagai.. getus dalam hati je..

tiba tiba dia ternampak kot kad Maybank aku..

" haaa.. tu kad tu pun boleh guna.."

"Debit kad boleh ke? setahu saya hari tu tak boleh??"

" ooo.. baru je dibolehkan ni.. baru minggu ini kami terima Debit kad.."

ouhh... syukur banyak laaaa..... alhamdulillah...
tak perlu la aku nak menapak sekali lagi...
syukur2...

Makanya terus sahaja di swipekan kad debit aku itu..
maka berkurang la lagi duit didalam nya..
waaa.. minggu ini sahaja ratusan ringgit dah dikeluarkan..
tak mengapalah..
semuanya demi kamu wahai si anak..
mungkin rezeki wang yang Allah kurniakan baru baru ini adalah untuk tujuan ini juga...
Alhamdulillah...

sesungguhnya aku hanya mampu berdoa, berusaha seterusnya bertawakkal..
selebihnya hanya Allah yang tentukan..
rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu..
aku bersyukur segalanya... =)
























15 comments:

Kesuma Angsana said...

doakan yg baik2 aje yer

Kakzakie said...

Mujur juga cashier tu ternampak card debit tu. Semua ini Allah juga yg tentukan Kella. Syukur... kalau tak kena dtg lagi..

Kella said...

KA: terima kasih.. =)

Kella said...

kakZakie: ya betul tu kak.. hikmahnya.. =)

ANIM said...

Penantian itu memang satu penyiksaan..namun satu gari kita akan akur...semua ini ada hikmahnya. Sabar dik...kak srndiri setelah 10 tahun...

Myra Jay said...

Ada hikmahnya tu, dan mujur jgk boleh guna debit card

Myra Jay said...

Ada hikmahnya tu, dan mujur jgk boleh guna debit card

Aisy Nasiha said...

Terharu baca ni.. Mmg kita sbg ibu bapa ni banyak dan berat tgjawab membesarkan anak.. Semoga dirahmati oleh Allah selalu

rinduan citarasa said...

adikkuuuu

thanks jenguk kak...
apapun kak memahami.

thanks tau.
take care

Kella said...

Lama tu kak.. Ya Allah.. Setiap org ada ujian dan dugaan tersendiri.. Allah maha adil.. Semestinya dia lbh tahu yg tbaik kan kak.. Bertabah

Kella said...

Ya...mujur... Allah bg ujian sebb tahu kita mmpu... Tq.. :)

Kella said...

Ya... Semoga Allah bg peluang merasa jd ibu... Dia lbh tahu..

faraherda.razalan said...

Awak, mahalnya....klu sy, tak sgp nak habiskan ratusan tu kat swasta. Sbb sy kedekut. Hahahahaha...sy doakan, moga semuanya selamat dan dipermudahkan Allah ya?

Eh, mcm dah lama tak ke sini. Tak sangka, awak dah preggy? Tahniah!

Kella said...

cik fara.. belum lagi.. amin amin.. tengah usaha lagi ni.. memang mahal la cik fara treatmentnya.. ni bukan kat swasta ni.. agak kerajaan la juga.. hehe.. kalau swasta lagi memang mahal lagi.. insyaAllah moga Allah bantu kita dari segi kewangan juga.. selagi termampu kita usahakan.. thanks mommyfara.. =)

Aisy Nasiha said...

Ooohh saya pun fikir kella pgnant.. Tak pe, doakan selalu ye..Allah akan bagi kella rezki tu bila dh sampai masanya...

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker