Assalamualaikum,
Entri ke dua pada hari ini setelah tadi berhempas pulas dengan hany membuang cacing cacing yang masih lagi ada!!
rasanya ini dah betul2 clear dah kot ni!
susahnya nak handle menatang melware ni! pada aku yang tak reti ni lah.. sib baik ada hany!!
thanks so much MzHany! =D
tapi yang tak bestnya aku kena buang semua bloglist yang ada..
nanti aku kena buat bloglist baru la nampaknya..
lepas tu terus je up entri ni, sebab baru tadi seketika berborak dengan seorang rakan sepejabat berbangsa india.. Mr Dina namanya.. =)
dia dah bersiap siap mahu pulang ke rumah!
sambil2 remindkan kerja2 yang minta tolong aku follow up sebab dia bercuti esok!
aku tanya dia kenapa mahu bercuti esok?
" eh u tak tahu ka? esok 21disember 2012'?
".... well.. yeah.. i tahu.. so??"
" end of d world....!!" dengan membulatkan matanya yang bolat itu..
" heh? apa u merepek ni... "
" eh u tak tau kaa.. itu internet sudah kecoh.. nanti akan ada perubahan cuaca... bla.. bla.. bla.. u tengok NASA... bla bla bla... "
hehhh... aku dengar je Mr Dina bercerita.. semua fakta ke auta ke semua keluar.. menarik juga cerita yang dicerikatakn... =)
namun,
Kiamat atau tidak, itu adalah rahsia Allah. kita sebagai Umat Islam memang wajib percaya namun bila masa dan ketikanya.. itu adalah rahsia Allah..
Beramal ibadat, beriman kepada Allah wajib diteruskan hingga hujung nyawa sekalipun..
walau apa yang berlaku sekalipun.. berserah hanya pada yang Esa..
tawakkal tu a'llallah...
wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dah tahun baru nii..iHIKks
Post a Comment