Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, December 8, 2009

Berat kehilangan ku.. berat lagi kehilanganmu..

Ingat balik kesedihan yang aku alami, dek kerana hp kesayangan ku hilang! lupus.. pupus...
sebenarnya.. aku kehilangan hp tu sejurus balik dari melawat sepupu ku yang berada di Hospital Putrajaya, dia kena tahan di ICU! melihat padanya.. tiada apa yang dapat kuberikan melainkan memanjatkan doa, memandangkan dia tak sedarkan diri ketika itu!
Masa on da way balik dari hospital itu lah, aku kehilangan Hp ku tue..
sejenak terlintas dek fikiran..
Tuhan berikan ujian ini kepadaku yang baru sahaja melawat orang sakit!?
mencari2 juga kesalahan yg telah aku lakukan..
namun, aku berperasangka baik pada Tuhan... dan anggap ini sebagai ujian.. walau pada mulanya..aku menangis gak kehilangan Hp tu! Tiada rezeki. titik.

sehari selepas itu, aku mendapat berita dari papaku..
mengatakan yang sepupu yg baru ku lawati itu dah meninggal dunia!
Innalillahhi Roji'un..
Sungguh ku tak sanggka!
Ralatla aku jika aku tak sempat melawatnya! sehari sebelum tu, ntah mengapa hatiku memang beriya benar ingin pergi melawatnya pada hari itu juga, taknak tunggu2 esok atau hari minggu! mesti pergi!
sebab sebelum ni, masa dia tengah sihat, bkali2 dia menjemput ku ke rumahnya, tapi atas masalah yg tak dpt dielakkan, aku tak pernah dapat jejakkan kaki kerumahnya..
sehinggalah di hospital haritu..
Arwah kak Ida, sakit ketumbuhan dalam kepala.. arwah dah 2 kali operation, tapi masih tak dapat diselamatkan...
Tuhan lebih sayangkan dia..

Umur arwah pun tua 3 tahun dari ku je.. muda belia je lagi..
Arwah telah meninggalkan seorang suami dan 4 org anak! kecik 2 semuanya! masa aku bercakap dengan suaminya tu, dapat dengar dari getar nada suaranya yang sedang hiba dan sebak..
tinggalla kini.. suaminya yg perlu menyusuri hari2 akan datang menjaga anak2 sendirian.. tanpa arwah Kak Ida di sisi...

Ya Allah...!
kehilangannya lagi besar berbanding kehilangan ku!

Kehilangannya adalah seorang isteri dan ibu kepada anak2nya.. yang tidak boleh dicari ganti serupa dengannya!!
Bukan itu sahaja! ibu bapanya, kehilangan anak sulong dalam keluarga! adik2nya.. kehilangan kakak tersayang....
oh...
Manakala kehilanganku? sebuat henset yang masih boleh kucari ganti, serupa seperti yang hilang!

Ya Allah...
Susungguhnya...
kau berikan penjelasan.. pengajaran.. pedoman.. buat diriku ini yang seringkali mencari-cari jawapan, buta dengan kerakusan emosi dan perasaan yang sentiasa mengawalku..

Doa ku panjatkan untuk arwah Kak Ida ku...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
Al- Fatihah...

2 comments:

Mrs Bahari said...

alfatihah untuk arwah..dan semoga suaminya tabah mengharungi langkah kehidupan yang ditinggalkannya. Harap suami kak ida dapat menjaga anak2nya dengan baik dan sempurna.

ct_nurmarlissaa said...

Semoga...roh nya man disana....


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker