Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, April 15, 2009

THE PEACEMAKER

Malam tadi layan filem nih dengan b (pendorong utama cerita), kat tv2. Walaupun citer ni tahun 1997 punye.. tapi best..

Watak utama ialah Lieutenant Colonel Thomas Devoe (George Clooney ), dan Dr. Julia Kelly (Nicole Kidman). Secara ringkasnya, cerita ini mengenai penjejakan senjata nuklear yang telah dicuri dan perlu diselamatkan sebelum disalahgunakan oleh pihak pengganas.

Bermula dengan 2 keretapi yang berlanggaran sesama di sesebuah tempat di Rusia, yang mana salah satunya mengandungi sejumlah 10 muatan nuklear. Ledakan nuklear itu berlaku berikutan dgn perlanggaran tersebut dan dunia pula sedang berwaspada....Walaubagaimana pun, Pakar Nuklear White House Dr Julia tidak menganggap yang ianya ialah satu kemalangan...Pegawai Pasukan Khas Perisikan, Kolonel Thoman Devoe, juga tidak menganggap begitu... jadi, bersama mereka mesti menyelesaikan konspirasi (komplot) yang datang dari Eropah ke New York, untuk menghentikan pengganas yang tiada permintaan...
Tujuan pengganas ini ialah untuk membalas dendam dan mengebom New York!

Ternyata 1 Bom Nuklear telah musnah akibat perlanggaran keretapi, baki yang tinggal pula telah berjaya dirampas kembali, namun masih kekurangan 1 kerana telah berjaya dicuri oleh pengganas dari Rusia yang dapat membolosi serangan yang diketuai oleh Devoe.
So, setelah kita tengok mrk bersusah payah mendapatkan baki nuklear tersebut, kita akan tengok pula mrk berhempas pulas untuk mendapatkan 1 nuklear yg tlh dicuri itu!

Pun boleh tengok aksi kereta antara Mercedez lawan BMW! hmm..BMW yang semput...

Ending citer, aksi masa Devoe dan Julia mengejar pengganas itu dan masa nak matikan 'timer' tu memang suspen! pengganas tersebut dah set timer untuk bom nuklear tu meletup! semasa diorang dapat semula nuklear tu,(pengganas dah mati tembak diri sendiri, dgn harapan dia tak mati bersama nuklear laa..) masa yang berbaki cuma 2minit lebih sahaja! manakala pasukan khas pula boleh sampai dalam masa 4 minit!! maka mereka sendiri perlu lakukan sesuatu bagi mencegahnya dari meletuskan tindakbalas sebenar nuklear itu dan mengurangkan kadar letupan!
jadi, sebagai pakar nuklear, Julia mencuba sedaya upaya dan akhirnya pada saki baki saat terakhir, dia berjaya mencungkil dan membuang sebahagian dari punat bom tersebut, dan, KABOOOMM!! berlaku 1 letupan kecil disitu..sekurang2nya ia telah menyelamatkan 10 blok bandar yang terdekat!

Cerita ni memang takda masa nak boring atau ngantuk sebab telah disogokkan dengan adegan-adegan yang cemas, spontan dan aksi. B cakap aku nie emo lebih pulak! aksi lebih ngalahkan pelakon! yelaa.. bila kita dah faham dan menghayati citer tu.. a bit emosional la kan..

Directed by
Mimi Leder

Written by
Michael Schiffer

Starring
George Clooney, Nicole Kidman, Marcel Iureş

Music by
Hans Zimmer

Cinematography
Dietrich Lohmann

Distributed by
DreamWorks

Release date(s)
September 26, 1997

Running time
124 min.

Language
English



No comments:


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker