Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, June 14, 2011

MaRi MaRi!! buy One Get One FREE!!

Assalamualaikum,

dapatkan 2 kupon Beli Satu Percuma Satu untuk French Fries dan Chicken Mc Nugget MC'D di sini!!
cuma print dan bawanya ke Mc D berdekatan!

(kelik pada gambar untuk tumbesaran yang memuaskan! )
~ kupon French Fries ini adalah untuk hari ini dan esok sahaja!!~
  ~
~ Kupon Mc Nugget ini adalah untuk 21hb dan 22hb Jun sahaja!!~

jadi, apa tunggu lagi... print sekarang untuk menikmati tawaran yang terhad ini! (cheewah! ;p )

(aku dapat dari sebaran seorang sahabat..)
so, lets share..

Terima kasih..


How sad..

sedih betul tahu ada yang mempersoalkan.. mempertikaikan hukum Allah.. malah ada yang memperlekehkannya..
sedih sungguh..

Hukum Hudud di perlekehkan.. hukum poligami ditentang setentangnya..kini terbaca pula tentang hukum Faraid yang dikatakan tidak membela kaum wanita?

Astagfirullah...

Siapalah kita untuk mempersoalkan Kebijaksanaan Allah?
Apabila ianya datang dari Allah sendiri, maka tidak perlu dipertikaikan lagi itu dan ini..
mempersoalkannya sama seperti kita tidak percaya.. dan jika hilang kepercayaan pada Allah? maka?
Nauzubillah...

Ya Allah,
ampun kan dosa ku andai pernah sedikit terlintas difikiranku,
sesungguhnya Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.. dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah..!

marilah sama sama kita belajar dan fahami  segala hikmah yang tersembunyi dalam setiap hukum yang diturunkan oleh Allah, kerana kita tiada haq untuk mempertikaikannya..

Allah yang Maha Mengetahui , Maha Adil lagi Maha Bijaksana!


Maaf, jika agak serius pula entri kali ini, sambil aku beringat ingatkan diri sendiri  mahu juga ku kongsikan bersama sama kalian para sahabat ku sekelian, moga mendapat manfaat darinya.
aku pun masih banyak kena belajar lagi..
Yang buruk semuanya datang dari aku.. dan yang baik segalanya dari Allah..





Siapalah saja kita ni...
sedar ke?
kita datang dari  Dia ..
dan akan kembali kepadaNya juga..

Friday, June 10, 2011

Tak Cuti pun?

Assalamualaikum,

bertemu lagi hari yang ditunggu tunggu iaitu Jumaat..
Alhamdulillah.. Jumaat ni agak disayangi antara hari hari lain kan..
Penghulu segala hari..
dan.. err.. hari akhir bekerja dalam seminggu! hehehe..

" eh, kau perasan tak... kalau mula kerja hari Isnin tu.. masa macam berjalan lambat je.. sampai hari Jumaat... tapi kalau dah Jumaat tu, cepaaaaaat je Sabtu Ahad, dah Senin balik!"

" eh.. mesti lah aku perasan... apa tak nya? simple je, Isnin to Jumaat kan 5 hari.. mesti la lama... dan  Sabtu Ahad 2 hari je.. cepat lerrr..." ;p

bengkek je budak tu dengan jawapan aku! hehe..

salam Jumaat untuk semuanya.. tengah dengar ceramah sambil sambil.. surau Istana ni pasang kuat ceramahnya.. boleh la dengar sambil sambil buat kerja ni.. \

love u all.. (^__^) v


















oh, 'title' di atas tu? tak cuti? aku apply cuti hari ni ingat nak bersenang senang di rumah.. tapi tak cuti ponn.. kena kerja! huhu!

Wednesday, June 8, 2011

Syukran


~ HE~

saya cuma mahu kemaskinikan belog saya ini, boleh tak seringkas begini aja?

saya sangat teringin juga nak buat entri macam entri entri uncle Gedek ku itu .. tapi saya malu la.. hhehehe..

P.e.a.c.e. ya..



saya nak ucapkan ribuan terima kasih kat orang yang dalam gambar atas tu sebab sudi berikan saya ini..


Cantik!

walaupun rupa dan gaya beliau (diatas itu) nampak mcm ganas je, hehe 
tapi dalam hatinya penuh bunga bunga cinta..
terima kasih ya abbi.. me suka sangat! sangat suka! thankss..murah rezeki b lagi...
terima kasih Ya Allah atas rezeki ini..
moga Allah murahkan lagi rezeki kami berdua.. Amin.

Sunday, June 5, 2011

Set Tengahari ku

Assalamualaikum,

Pastinya sedang siap sedia untuk makan tengahari atau sedang sibuk di dapur?,
namun cuti cuti begini mesti ramai yang keluar jugak.. makan makan kat luar kan..
Aku pun mungkin akan keluar jalan jalan kejap lagii.. yiii..
sebelum tu mari kita kongsi kongsi resepi tengahari ku semalam (entri ni buat semalam tak sempat habis tinggal dalam draft!) 

jadi pada sesiapa yang ketandusan idea nak masak apa..
meh tengok, kot kot menu ini boleh dijadikan menu untuk anda pula? =)

Menu : Ketam masak bercili, Kari Ikan Tongko dan kerabu pucuk paku, nasi 2 pinggan! hehe

tapi aku nak kongsi resepi ketam masak cili je dengan korang semua... sebab macam istimewa dan sedap je.. hehe.. kari ikan mesti dah biasa kan..?  =)



Resepi ketam bercili

-Ketam
-1 Bawang besar
-4-5 bawang merah (tumbuk)
-2 ulas bawang putih (tumbuk)
- halia (tumbuk)
-setangkai serai
-cili kering kisar
-cili sos
-sos tiram
-garam gula

Cara;
-perapkan ketam dengan kunyit dan garam sebentar, kemudia goreng separuh masak
-tumis bawang besar yang dihiris dan kemudian tumiskan sekali bahan yang ditumbuk itu hingga terbit baunya.. jangan dilupa cili kering kisar itu yaa... tumiskan sekali..
- masukkan serai, sos cili dan sos tiram...kemudian  masuk ketam itu tadi...tambah sedikit air dan tutup periuk itu untuk biarkan tumisan itu terserap dalam ketam itu.. kasi mereka serasi..
- bila buka tudung periuk tu... walllaaa.. baunya.. harumm..
- rasalah.. kalau tak cukup rasa.. buh garam gula sekelian nya...
-dah pun siap.. sedia untuk dihidang.. =)


ok selamat mencuba.....!!!
komen dari pengkritik tetap? 
hmmmm sedaaaaapppp...

tapi lauk yang aku suka semestinyalah Kari Ikan Tongkol tu... Ketam tu buat ratah je.. sebab tak reti nak makan dengan nasi..sudahnya kami ratah ratahkan sahaja ketam itu..

kek duran duran akan menyusul... huhu

Friday, June 3, 2011

M.A.C.A.R.O.N ?

Assalamualaikum,

hari tu aku pernah sebut nak buat entri tentang macaroon kan? haha.. dah skip beberapa entri dah, baru boleh nak buat entri tentang ni..

untuk makluman, baru baru ni aku ke kelas macaroon..
belajar macaroon lah pulak!
aku ni sebenarnya tidak pernah makan macaroon pun!
aku tahu macaroon pun pasal ada sorang akak kat pejabat ni yang begitu teruja dengannya,
aku terpinga pinga sebab tak pernah tahu tentangnya!

MACARON ialah sejenis makanan terkenal di Itali, nak tahu lebih lanjut boleh klik sini!

akhirnya atas jemputan seorang kawan.. aku ke kelas macaroon yang berdekatan sahaja dengan rumahku.. =)
maka bertemulah aku dengan chef  Fauziah..
baik orangnya.. peramah dan tak lokek ilmu.. kalau nak tanya tentang apa sahaja tentang masakan dia memang sudi membantu..

~ cantik je macaroon yang kami belajar buat ni... memang cun abis la.. dengan skirt nya di bawah tu..~

~ lawa je kan... warna hijau dan ungu..~

~ ini setelah dikapitkan dengan inti krim perisa lemon.. sedap..~

Jadi mari kita sama sama kongsi resepi yang agak mudah resepinya, tapi nak membuatnya memang cerewet la sikit..

Basic Macaroon
Bahan A

110gm Serbuk Badam
200gm gula ising
(2 bhn ini di blend sekali) dan kemudiannya tapis..

Bahan B
100gm Telur Putih (lebih kurang 3 biji ikut size m)
50gm gula kaster
(telur baru kena sejukkan 1 jam dulu kalau dah sejuk keluarkan dulu sejam)

cara:
- pukul bahan B sampai kembang-pekat, kemudian campurkan bahan A sikit sikit, kaup balik perlahan lahan saja tau, jangan kaup kuat kuat nanti tak cantik hasilnya.
- masukkan 1/4 st vanilin powder untuk perasa vanila macaroon
-atau boleh juga letak ginger powder untuk ginger ale macaroon
-untuk kaler, kaler, ikut suka la nak letak merah, hijau kuning, ikut perasa yang digemari.. =)
- lapik kertas minyak atas loyang, dan kalau boleh terap bentuk bulat dan lukis bulat2 atas kertas itu untuk mendapat size yang sama..
- buh bahan tadi dalam nozel dan picit atas loyang, dalam bulatan yang dilukis itu tadi,
- untuk bakar, tunggu adunan bulat2 itu tadi selama 15-30 minit diluar dulu baru boleh bakar, atau bila kita sentuh dengan jari, ianya tidak melekat di jari baru boleh bakar..
- bakar selama 12-18 minit je.
- bila dah masak tunggu sejuk baru buang dari loyang..

Untuk inti:
aku pakai inti Buttercream (sebab tahan lama kata chef)
250 krimwell
250 butter /margerin
250 gula ising
Putar selama 10 minit, kemudian bahagikan beberapa untuk diperisakan dengan pelbagai perisa..

kalau nak kurangkan manis,
250gm krimwell
125 butter/ margerin
150 lemak sayuran
250 gula ising

(aku tak buat 250, semuanya aku buat 100 gm je, memang cukup intinya, lebih lagi...)


selamat mencuba!

tips: chef kata jangan buat masa hujan!
kalau boleh, bekas adunan hendaklah besi untuk mengekalkan kesejukan adunan telur dan serbuk tadi!

--------------------------------------------------------------------------

dah belajar mesti perasaan ini membuak buak nak cuba sendiri.
maka setelah semua bahan dah ada aku pun mulakan operasi..
aku buat petang..

tapi on the way pukul telur putih tu, tiba tiba mendung mula kelihatan..
angin pula menderu deru..
ohh.. nampaknya hari nak hujan ni! teringat kata chef, kalau hujan memang tak menjadi katanya!
aku cepat cepat buat!
tapi nak buat camana hujan tetap turun juga..

sebenarnya dalam pembuatan macaroon ni, suhu persekitaran amatlah penting, yelah sebab kalau dah hujan mesti jadi sejuk kan.. itulah sebabnya kot..
=)

mari tengok hasil dari ku! hehe.. ;p

~ saya budak baru je belajar.. memang failed!!! hiiihihi  cuba perati betul2.. yang kaler kuning itu ialah adunan yang pertama, tengah hujan yang amat lebat... yang kaler hijau itu hujan dah nak berenti... dan yang kaler koko itu hujan dah berenti terus! hahaha... !! gelak je aku sorang sorang kat dapur tu.. b datang tengok... terus tegur... u buat apa bulat bulat ni? hahahaha... ~

~ yang last ni agak menjadi, tapi rasanya sebab aku buat besar sangat jadi tebal dia..~


Aku buat 6 perasa... Perasa Durian, Lemon, Vanilla, Mocha (nescafe campur coklat! ;p) Ros, dan blueberry!

b kata dia paling suka yang perasa Durian! hmm, macamana nih? orang yang tak suka makan durian, tapi bila mai macaroon suka perasa durian pulak? hehe.. macam macam..

so itu sahaja lah perkembangan diriku dengan macaroon, nak kena cuba dan cuba lagi! cobaab pertama memang tak menjadi! so take note ya kella!!! aiii... aku buat pun tak betul  menjadi lagi tapi dah ada orang booking 50 biji minggu depan! nak jugak katanya! gila?? huuhhhh... aku coba ya teman...



Selamat hari Jumaat..
Semoga semua teman temanku mendapat keredhaan dari Allah.. =)

Wednesday, June 1, 2011

entri ke 973 ku..

kring kring...

'' hallooo... seronoknya tengok gambar gambar kamu kat dalam ni,  best je..."

" gambar mana ni kak.."

" gambar kamu berdua tu lah... Gambar mata disebalik cermin mata ni best.. mahu si zul tu amik gambo begitu ya.."

" ohhh.. yang itu.. haahaha.. dia pun kaki cam kita..."

" ha.. ni lagi la.. geli hati tengok  kek geli hati  ni! "

" mana ada kek geli hati kak..."

" ala.. yang kek kamu kata comot tu... wah.. pandai dah sekarang ni buat kek yee.."

" kita budak baru belajar le kak... akak tak tengok kita buat kek Tiramisu.. agak menjadi la jugakk tau kak.. rasa cam best je.. ce akak tengok hehe!!"

" ohhh... ini.. mcamana buat nama cam tu? oohh tampal kertas la ya.. bagus ni, resepi pun ada.. boleh la cuba.. apa whipping krim ni...bla..bla.. bla.."

" whipping krim tu... bla..bla..bla... cubalah kak!"

" niii.. akak berkenan nak buat bubur macam kamu buat ni.. bubur Mc kella ?"

" ohh tu! akak amikla resepinya kan ada kat situ"

" tak ada resepinya kat sini pun! gambo je yang adoo.. ce bagi..ce bagi resepinya.. nampak macam menyelerakan.."

"lahai.. macam biasa je buatnya kak.. bla..bla..kuah sup buat asing...bla..bla.. jgn lupa minyak bijan penyedap rasa..bla..bla.."

"oh.. ok.. minyak bijan la rahsianya ya... ok, ok akan ku coba!"

" tulah kak.. blog kita sekarang ni dah ketandusan idea dah.. macam sakit, gering.. gersang je skrang ni.. dah tak ummph lagi! entah nak letak entri apa ntah... "

" apa susah! ko letak je lah citer pasal akak ni.. citer je apa apa pun, ko buat citer bersiri! hehehe.."

" heheh.. bole ya kak? haah kan, kite citer tentang akak je! huhuhu.. "

itu tadi perbualan antara kak Azie dengan aku! hehe.. tidakla betul sangat dialognya.. mana nak ingat weh sebijik sebijik ayatnya... lebih kurang la tu..

Kak Azie ni asal dia call je mesti aku gelak! asal aku gelak je mesti dia call! hehehe.. ada sahaja ceritanya! tima kasih kak Azie sebab call kita.. sebab akak call kita, maka terciptanya satu entri untuk hari ini!







~maaf prestasi berblog agak menurun.. ~
terima kasih pada acuyuhan dan m.hairil follower terbaru blog ini.. terima kasih ..

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker