Dia yang bongsu itu sedang menghadapi PMR sekarang..
tapi hari ni tak periksa, dia start hari Selasa lalu..Minggu depan sambung lagi..
sempat aku menelefonnya malam tu untuk berikan kata2 semangat untuk dia hadapi peperiksaan esok..
Kekla doakan yang terbaik untuk adik..
yang penting adik kena yakin dan lakukan yang terbaik..
tetiba tadi aku sangat teringatkan dia bila membelek album2 lama...
dah besar pun si bongsu ini.. hmm besar sangat, kalah abangnya, waima papanya sekalipun..
tiba2 sebak menyelubungi pula..
ingat semula masa kecik2 dulu.. dia sangat le comel! semua orang pun geram kat dia..
nakal pun nakal juga..
teringat dulu masa2 keciknya selalu gak kena marah ngan aku..
besar2 pun kena marah jugak lagi kan dik?...
maafkan kekla..
bukan kekla sengaja nak marah2 adik.. mesti ada sebab..
sebab nak tengok adik berjaya, nak tengok adik jadi orang berguna,
nak betulkan kesilapan adik...
walaupun nampak kekla ni garang.. tapi jgn sesekali menyangka diri ini membenci..
walaupun.. yela.. kengkadang tu saja melepaskan perasaan marah tu pada adik..
maafkan kekla.. tak niat untuk marah...
memang.. memang kami kakak2 dan abang seringkali marah adik dalam pelajaran kan?
bukan kami suka2 marah!
bukan kami semua buli adik..
tapi,
kami nak tengok adik berjaya..
kami dah dulu makan garam dari adik,
makanya kami sedikit sebanyak memahami keadaan.. dan sebolehnya tak mahu adik terlalu leka sehingga abaikan pelajaran..
Kami mahu lihat adik berjaya!
kami lihat prestasi adik dalam pelajaran tidak memuaskan, maka kami risau dik..
risau sangat..
risau macamanalah masa depan adik..
naik form 4 nanti dok kelas apa pula..
macamana nak ke sekolah asrama kalau keputusan tak memuaskan?
kami fikir tu semua dik..
kami berkeras mahu hantar adik ke asrama awal masuk menengah dulu,
tapi adik berkeras tak mahu pergi!
awal tingkatan 3 pun minta dok asrama lagi.. tapi? hmmm
kami tak boleh paksa adik, takut nanti lain jadinya..
adik ingat kami nak aniaya adik ke?
adik ingat kami sengaja nak pisahkan adik ngan mama n papa ke..
kita nak dia fokus ngan PMR laa..
hmm..
memang pada mulanya kekla kecewa, tapi..
ok jugaklah positifkan diri..
biarlah adik ada kat rumah..
boleh tolong mama n papa mana yang patut kan? ( tolong ke? :p)
sekurang kurangnya sebelum ke sekolah, adik mencium tangan mama dahulu, mendapat restu mama dan doa mama seiring dengan adik waktu ke sekolah..
tak apa lah... berkat seorang ibu..
kekla suka dengar baru2 ni masa papa telefon, katanya adik selalu berjamaah kat masjid dekat rumah untuk sembahyang maghrib/isyak..
seronok kekla dengar dik..
Ingat lagi masa kecik2.. adik kata nak kumpul duit ...
nak bawa mama n papa pegi mana?
" nak bawa mama ngan papa gi Mekah.."
seluar koyak.. gigi rongak.. tgn tak lepas ngan permainan!

Apa pun dik.. adik yang terbaik..
busuk busuk adik pun adik kami semua juga.. anak bongsu mama dan papa..
Dah besar pun sekarang... suara dah garau pun, tapi perangai cam bebudak lagi! happening!
Si bongsu ni sangat kuat ikatan kekeluargaannya!
Dia memang sayangkan adik beradiknya..
(tapi cakap orang taknak dengar!)
Si bongsu ni hatinya sensetif..
nampak je besar...
tegur teruk sikit ingatkan kita tak sayang dia pula..
hek elleh.. debik kang!
masa yang paling dia tak suka ialah saat dan ketika menghantar kakak2 dan abangnya ke station bas untuk pulang ke kolej!
lepas je diorang pergi.. adik akan tiba2 senyap dan dia akan menyendiri dalam 3-4 hari kata papa..
yelah sunyilah kot..
semua orang dah balik tempat masing2 tinggalkan dia seorang kat rumah..
masa dia kecik2 dulu memang dia tak dapat terima,
kenapa semu orang nak kena pegi?
tak bolehke belajar je dekat rumah...
kenapa suka nak pergi jauh2..
hahaha...
dia ni memang suka mengomel pun!
hmmm.. itulah dia adik.. si bongsu kami..
dah besar2 pun masih mahu kami panggil 'adik'! kalau panggil 'Fahim', mesti dia tak puas hati..
Berkat nama Fahim kot, dia ni orangnya memahami juga, sangat memahami..dan mengambil berat dengan keluarganya!
bersalam pun mahu cium pipi 2-3 kali!
salam cium cium.. salam cium cium.. salam cium cium...
selalu nak mama bg perhatian pdnya, kalau tak, dia akan mengomel yg mama dah tak pedulikannya lagi.. dia memang suka menempek ngan kami... budak ni..
**************************************************
Semoga adik sukses di PMR, harapan masih ada dik... jgn mudah mengalah! walaupun keputusan percubaan tidak segagah mana, tapi itu tak bermakna adik boleh menyerah kalah,
semoga Allah permudahkan segalanya..
kekla mohon juga mungkin ada Tuah! untuk adik di PMR ini! nasib2 baik adik dapat soalan yang biasa biasa adik buat ke.. yang adik memang aim ke..kan.. manalah tau..kita mengharap pada Allah je..
IringJeling: Panjang lebar aku bercerita tentang budak bertuah ni! teringat pula ke dia, dia sedang cuti sekarang ni, telefon tadi tak diangkat pula! budak bertuah!
update: tadi tepon sekali lagi, papa angkat, papa kata adik baru keluar kejap tadi..ingat dik...ko jangan isap rokok dah la dik!