Aduh..
sampai mengalirkan air mata pulak aku tengok cerita ni!
:'(
melihat bayi bayi tu semua.. tersentuhnya hati ini..
melihat lakonan lakonan mereka semua..
membuatkan hati ini terasa sangat sebak...
huk huk..
aduii.... cedihnyaa...
Cerita ni mengisahkan gadis gadis remaja yang telah terlanjur, tersasar, menjadi mangsa keadaan dan mengandung anak luar nikah.. mereka telah ditempatkan di sebuah rumah kebajikan, KEWAJA yang diasaskan oleh 'Ummi' lakonan Sheila Rusly!
mereka ni di jaga, di beri didikan agama sehinggalah mereka selamat melahirkan anak.
pelbagai tohmahan dilemparkan pada KEWAJA ini kerana dituduh menggalakkan lagi kegiatan maksiat yang melahirkan lebih ramai anak luar nikah!
terselit jugak cerita lain iaitu konflik kekeluargaan diantara 'ummi' dan bekas suami dan ibu mertuaanya, lakonan Zamarul Hisyam (bekas suami) dan Fauziah Nawi (ibu mertuanya).
ceritanya belum habis lagi..
aku sedang tonton..
nanti dah habis aku kan update kot.. InsyaAllah...
UPDATE (sinopsis Ampunkan Daku):
Mengisahkan bagaimana Latifah (Sheila Rusly) yang menubuhkan rumah perlindungan remaja wanita ie KEWAJA. Kisah hidup latifah yang terpaksa berpisah dengan suaminya, Azri (Zamarul Hisyam) dan anaknya Khalish akibat tekanan yang dihadapi daripada ibu mertuanya (Fauziah Nawi). Ibu mertuanya memang tidak sukakannya akibat latarbelakang Latifah yang lahir sebagai anak luar nikah.
Latifah mengasaskan rumah perlindungan remaja yang mengandung anak2 luar nikah sama ada di rogol atau telah membuat perhubungan sebelum berkahwin. Suaminya Azi, seorang anak emak yang sentiasa mengikut cakap emaknya dan tidak mempunyai pendirian walaupun isterinya sering di tohmah dan didera secara mental oleh ibunya sendiri dan dia tidak pernah untuk membelanya. Disebabkan tidah tahan dengan situasi itu, Latifah mengajak Azri untuk keluar dari rumah tersebut dan membina kehidupan mereka sendiri. Puan Azimah (ibu mertuanya ) tidak mengizinkan anaknya ikut sekali dan meletakkan syarat jika Latifah ingin keluar dari rumah dia tidak boleh membawa satu pun barang atau harta kepunyaannya. Untuk itu, Latifah telah meminta RM300K sebagai ganti, atas pengorbanan dan penyeksaan yang ditanggung selama dia berkahwin dengan Azri. Azri amat terkejut dengan permintaannya itu dan mengandaikan dia sanggup menjualkan anaknya demi wang. Walhal Latifah telah menyatakan dia begitu kecewa kerana suami yang dinikahinya dan dianggap sebagai pelindungnya tidak mempunyai pendirian dan tidak langsung membela isterinya.
Anaknya yang telah meningkat remaja iaitu Khalish telah mengetahui kisah rumahtangga ayah dan ibunya melalui ibu tirinya Sara (Zila Bakarin) telah lari dari rumah dan tingga di KEWAJA demi mencari kebenaran tentang kisah yang berlaku di antara ibu dan ayahnya.
Menurut cerita yang di terima dari ayahnya, ibunya telah 'meminta wang sebanyak RM300K' daripada ibu mertuanya sebagai ganti memisahkan khalisha dengannya. Namun demi sebuah kebenaran Khalisha telah mendaftarkan diri sebagai penghuni KEWAJA dengan nama gelaran Lisa. Di situ dia cuba mencari bukti2 untuk menidakkan cerita yang diterima dari neneknya.
Akhirnya Khalisha yang lari dari rumah telah menghubungi ayahnya untuk menceritakan hal yang sebenar dan membawa ayahnya ke Kewaja. Dalam pada itu, neneknya telah mengupah orang untuk mengikut jejak mereka dan memberitahu ke mana anak dan cucunya telah pergi. Ketika Khalisha memperkenalkan ayah dan ibunya kepada penghuni KEWAJA, neneknya muncul dan Khalisha terus memperkenalkan neneknya sebagai pengasas KEWAJA dan telah membuatkan neneknya tersentuh.
Akhirnya berkat usaha dan kerja keras Khalisha untuk menyatukan ibu dan ayahnya tercapai apabila Pn. Azimah terbuka hati dan memohon maaf atas kesilapannya yang lalu.
kata Sheila Rusly (facebook):
"pls watch..banyak pengajaran khususnya tentang remaja kita yg tersasar jauh dr landasan. harap Ampunkan Daku dapat membantu kerajaan mengurangkan gejala sosial yg semakin berleluasa..kita tidak mampu menghapuskan tapi kita mampu mengurangkan..insyaallah..amin.."
Bismillah!
-
MasyaAllah, Wow
im actually speechless, wordless ... or maybe amazed?
tak tahu apa yang jari jemari ini akan meluncur menaip tiap perkataan untuk
dite...
10 months ago



