Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Semoga keadaan di sana reda kembali

Assalamualaikum,

sempat nak coret kejap, curi masa, sebab terlalu mengantuk nak siapkan kerja mengisi maklumat dalam laporan ni.. huhuhu..

Terfikir fikir apakah yang terjadi di sana, bagaimanakah keadaannya di sana tu..
entah apa yang teman teman kita di sana lalui..
aku kat sini, siap dapat mengantuk lagi nak siapkan kerja!
Masih antara percaya tak percaya! tapi percayalah!
memang ada sesuatu yang sedang berlaku di seberang sana.
ye lah.. selama ni, kita macam aman damai saja...
cuma mendengar dan melihat kes kes peperangan dan perbalahan di negara negara luar sahaja..
sekali terkena di negara sendiri..
tergamam dibuatnya!

mari sama sama kita doakan yang terbaik untuk mereka yang bertempur di sana!
semoga dipermudahkan segala urusan di sana,
semoga Allah peliharakan mereka dan negara tercinta kita ini!!


Negaraku
Tanah Tumpah Darahku!

Saturday, November 10, 2012

Anak perempuan Azizulhasni Awang!

Assalamualaikum,

Pagi2 buka FB tengok Azizulhasni update FB nya tentang anak perempuannya yang baru lahir pada 6hb November 2012.. 
=)
Syukur ALhamdulillah.. semuanya selamat..
dan pocketrocket juniornya ini sangat sangaat la mencuri perhatianku!!
Kurniaan dari Allah yang sangat2 la comel..


~ tengok si bam bam itu.. sangat la comel.. beratnya 3.99 kg... =) sihat.. kiut miut..~

Tahniah Azizulhasni dan isteri!
semoga semuanya dipermudahkanAllah..


seorang lagi khalifah Allah..
ummat Nabi Muhammad S.A.W.
semoga berjaya di dunia dan akhirat..


Monday, March 12, 2012

All England

Oppa (오빠)  Jung dan Oppa Lee sudah menang... =)


Aku tu belum tidur lagi.. mood masih lagi tenang tonton perlawanan badminton All England ni..
gara gara mahu tunggu Lee Chong Wei main.. final nih...
tadi layan sungguh tengok bergu Korean lawan China.. memang Korean main sangat best!!
memang berbaloi mereka menang!! saya suka!!

sekaranga tengah tunggu Chong Wei main lak!
ok.... layang badminton dulu la..
tiba2 dengar2 kata chong wei kurang sihat la pulak..
hummmm....

kita tunggu... 








Thursday, November 24, 2011

Jadi Apa Boleh Buat?



Sendiri mau jawab laa...

oh ya!

Harimau Muda lawan Syria kalah semalam..
takpe, boleh buat lebih baik lagi next game ya!
yang penting mental dan fizikal mesti mau jaga..
pengawalan emosi dan tekanan juga penting.. =)

Selamat bekerja semuanya!
hari ni nak buat 5S bilik pejabat nih!!! dah ghopa apa dah!
nanti kita BW kawan kawn ya! =D



Tuesday, November 22, 2011

Penangan Harimau Muda

Assalamualaikum,

pagi tadi, sepanjang perjalanan tak abis2 dok borak tentang bola semalam! puas hati.. rasa gembira je nak gi kerja.. hehe..
pagi tadi seperti biasa jalan agak jem juga..banyak kereta..
tapi tak berapa terasa.. sebab dok ralit borak tentang bola...

~ agak2 nya.. diorang pun mesti borak menda yang sama...  hehehe.. =) ~

some say.. 
" ala.. bila dah menang sakannya gembira.. bagai nak rak.. bila dah kalah senyap sunyi!"

haa.. betul la tu.. kalau dah menang mesti la gumbira.. dah kalau kalah..mestilah sedih.. dah kalau sedih senyap aje la.. nak buat hape lagi.. huhuhu... ;p

maari raikan lagi.. dengan beberapa gambar Harimau Muda kita! =)

~ Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol 
penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam 
tadi~

~ Kegembiraan yang tidak dapat dibendung lagi!~




~ KFCM ada sesiapa tak kenal? aku harap sangat penjaga gol yang sorang ni dapat mengurangkan kontroversi tentang hal peribadinya, aktiviti sosial jangan sampai melampaui batas.. tolong nya Khairul Fahmi,  sayang je.. takut nanti masalah masalah itu akan mengganggu gugat karier bola sepaknya.. perjalanan kamu masih jauh.. insyaAllah.. tolong ya!  =) ~

 Entri aku taip dari pagi tadi lagi.. tapi aku tak sempat publish..
sampai ke malam.. hmm..
camano nak jadi blogger tegar nih! hehehe..

adios!

i love my Malaysia!


Tahniah berkali kali untuk Harimau Muda Malaysia !!










Monday, November 21, 2011

Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011

Malaysia Menang!!

Menewaskan Indonesia dengan mata penalti.. 
Malaysia 5- Indonesia 4!

I Am happy! im so so happy! syukran ya Allah...
Syukur! syukur! syukur! Alhamdulillah!

itu sahaja lah yang mampu ku katakan...
Terima kasih Harimau Muda Malaysia! kalian memang terbaeeek!
Kalian telah buktikan bahawa kalian adalah yang terbaik seantero asia tenggara..
Alhamdulillah..

Ternyata..walaupun bermain di tempat lawan, dengan lautan penyokong dari Indonesia...namun kalian telah buktikan! Malaysia Juara Sukan Bola Sepak Sukan SEA 2011!!!
Terima kasih atas kejuaraan ini!!

hanya ada satu juara.. satu pemenang.. satu nama... itulah Malaysia!!


Kini.. Lagu NEGARAKU.. berkumandang megah.. jelas, terang.. tanpa ada gangguan! ;)

Tahniah sekali lagi!!

Alhamdulillah.... =)

*Esok pergi kerja pakai jersi Malaysialah! boley?? hehe..


~ b dgn baju TM = Team Malaysia =) ~
puas hati wehhhh...


Malaysia telah berjaya padamkan ego Indonesia!
dan moga mampu juga menutup mulut mulut busuk yang ego itu..
moga terima kekalahan ini dengan redha

~ aku emo bangga betul sekarang nih! maafkan aku sekirannya keterlaluan.. namun aku gembira untuk pasukan Tanah Tumpahnya Darahku.. ~

Perlawanan Akhir : Malaysia Lawan Indonesia

Assalamualaikum,



jam 8 Malam ini..

sama sama kita doakan keselamatan pemain pemain Malaysia..
dan kemenangan berpihak kepada kita InsyaAllah..

(UPDATE)
Keputusan terkini;

Malaysia 1- Indonesia 1
Boleh tonton Online Live Streaming Malalaysia Vs Indonesia yang sedang berlansung sekarang di sini!
LIVE STREAMING RTM

Malaysia Pasti Boleh!!

Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya bertemu Garuda lagi..

Malam esok Malaysia akan bertemu lagi dengan Indonesia..
mari sama sama kita doakan kejayaan Malaysia!
InsyaAllah..
Malaysia boleh!!
Ayuh semua pemain pemain Malaysia! Kami di sini sentiasa doakan kejayaan buat kamu semua!
kami hargai penat lelah kalian semua membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa! Maju dan terus maju ke depan! kalian Boleh!! InsyaAllah Boleh!
Main baik baik.. tetapkan niat dalam hati.. main elok2..kita kan negara yang bertamadun.. =)
Doa banyak2 kat Allah.. moga Allah permudahkan segalanya.. dan memberikan kejayaan buat kalian semua.. Amin..
Biasalah.. akan ada menang dan akan ada yang kalah.. namun.. moga2 menang la hendaknya! =D
kalau kalah pun biar kalah bermaruah gitu... =)

Bersemangat aku di tengah malam hari ini?
hehehe.. dapat on line kejap ni.. terus nak update blog je..
sesambil tengah bakar 2 ketul pizza! rezeki.. kawan  order..
haruss la harum bau roti pizza sekarang semerbak kat rumah ni..

ok.. sekarang jam 1113 malam..
esok aku nak update lagi!
esok ada potluck kat pejabat, tak tahu nak buat apa lagi ni..
tadi dah bancuh apam.. namun rasa macam nak buat desert air koktel je.. tengok la.. kalau tak ngantuk lagi.. huhu..

ok selamat malam.. selamat tidur..
mimpi yang indah indah belaka..
sebelum tido, jangan lupa basuh kaki..
baca doa.. baca 3 'Qul', ayat kursi... =)
semoga dibangkit kan lagi keesokkan harinya.. InsyaAllah...

Wednesday, January 12, 2011

Khairy Jamaluddin: Dari Ketua Pemuda, ke Pemandu Teksi?

Hayati.. renungi...
tersurat dan tersirat....

Thursday, December 30, 2010

Piala Suzuki AFF | Harimau Malaya berjaya mematahkan sayap si Garuda

~kreditto epagroove.blogspot.coom~


Ahamdulillah!
itulah sahaja perkataan yang bermain di bibir tatkala melihat kemenangan Malaysia ke atas Indonesia malam tadi!
sepanjang perlawanan memang mendebarkan..merisaukan..
walau hati dah tenang sebab kita dah bawa bekal 3 gol
tapi risau atas segala kemungkinan yang tidak mustahil akan terjadi..

Alhamdulillah.. Syukur pada Illahi..
berkat doa kita semua.. ini semuanya datang dengan izinNya jua..
kalau dah rezeki Malaysia untuk menang untuk Piala Suzuki AFF tahun 2010 ini!
Malaysia menang dgn jaringan keseluruhan 4 dan indonesia 2.
tahniah untuk Skuad harimau muda Malaya!
anda semua memang selayaknya! memang hebat! mantap dan bergaya sekali!
terima kasih tak terhingga!!!
anda adalah fonomena..

~kreditto nasionalism1982.blogspot.com. tq..~

Untuk Penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi,
terima kasih juga!
walau bertubi tubi serangan yang datang..
masih lagi dapat menghalang bola dari melepasi tiang gol! syabasss!!
paling best masa penalti tu! huh...
apa lagi alasan mereka?
jgn sampai tim dari pak pak seberang kata kita letak otromen pulak kat depan pintu gol!
hahahaha...


Ini saat Malaysia membenamkan indonesia 3-0, patah sudah sayap si garuda..


mari saksikan sedikit sedutan semalam pula.. walau dilihat sang garuda cuba bangkit, namun tetap tidak berupaya..

bukan setakat mematahkan sayap! terus di bahamnya si garuda itu..

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk kejayaan yang lebih besar lagi untuk pasukan bola sepak negara kita.. 'turning point' bak kata PM kita.. :)
diharapkan pasukan yang sedia mantap ini terus terusan menjadi kebanggaan negara Malaysia!
Tanah Tumpahnya Darahku...


Malaysia Boleh!
tahniah dan terima kasih sekali lagi..
lain kali buat lagi..
:-)



Wednesday, December 15, 2010

Malaysia vs Vietnam| 15hb Disember 2010

semoga malaysia beroleh kemenangan!!
kat tv tak tunjuk pulak ye?
ingatkan ada!
ingat nak tengok kat tv.

semoga Malaysia dapat tunjukkan persembahan yang sangat baik
dan menang! dapat gol 2-0 pun ok!

InsyaAllah..

update:

8.45 mlm- ada rupanya kat tv1! sekarang masih 0-0 antara Malaysia dan Vietnam

Update:
9.45 mlm- Malaysia dah gol 2!!! syukur! adakah tepat ramalan ku? 2.-0? Ya Allah.. moga moga menang la Malaysia malam ni... bantu la pemain pemain Malaysia itu..! amin..

Update:
yaaa! Malaysia dah menang!! syukur sangat! betul la tekaan ku! 2-0!! wah.. ada hadiah untuk diriku sendiri.... iaitu? seketul coklat cadbury.. huhuhu

Alhamdulillah...

Monday, August 16, 2010

Restoran Malaysia Negara Ku! , Aku Tabik!!!

Teruja aku bila tahu tentang restoran ini! semua aku suka! murah tu satu hal, lagi dengan konsepnya iaitu tunjuk MyKad (kad pengenalan!) yang menunjukkan warganegara Malaysia! itu sangat aku suka! :D secara tak lansung memupuk semangat patriotik! ohhh.. i like!

tambah lagi bulan Ramadhan ni, mereka buat amal dengan cara begini, murni sungguh niat mereka..
Alhamdulillah.. semoga Allah memberi limpah rahmat kepada Restoran ini..

kalau nak tahu lebih lanjut lagi korang baca kat bawah, emel kiriman sahabat...


Dengan RM2 buka puasa di Malaysia Negara Ku
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
August 13, 2010

Dengan hanya RM2 pelanggan boleh menikmati tiga jenis lauk dan makan sepuasnya.



SHAH ALAM, 13 Ogos - Ketika adanya aduan bahawa harga makanan dan juadah berbuka puasa mula naik di kebanyakan tempat sejak dua hari lalu, di restoran Malaysia Negara Ku di Shah Alam, anda boleh makan sepuas-puasnya dengan hanya membayar RM2.

Syaratnya, pelanggan perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara Malaysia.

Dengan harga RM2 seorang, pelanggan boleh menikmati nasi putih dengan tiga atau empat jenis lauk dan segelas air.

Restoran Malaysia Negara Ku beroperasi di Seksyen 7 di sini, memulakan operasinya sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

Pengurus restoran, Azahar Samat, konsep restoran Malaysia Negara Ku sebenarnya adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang amalan kebersihan diamalkan serta semangat cintakan negara.

"Konsepnya macam orang dulu-dulu kerana apa yang uniknya restoran ini pelanggan yang datang perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti mereka adalah warganegara," katanya.

Restoran ini menggunakan konsep layan diri.




Antara mereka yang berbuka puasa dengan hanya RM2.

"Selepas selesai makan, pelanggan perlu membasuh pinggan yang mereka gunakan... ini sama seperti kita kecil dulu yang mana mak pasti akan suruh kita basuh pinggan selepas makan," kata beliau ketika ditemui The Malaysian Insider.

Beliau berkata konsep restoran Malaysia Negara Ku lebih kepada tempat makan, bukan restoran.

"Ini kerana semuanya dilayan sama sahaja tiada siapa yang istimewa.

"Lagipun kita membuka restoran ini adalah supaya semua orang tanpa kira latar belakang sama ada kaya atau miskin dapat sama-sama menikmati masakan di sini dengan hanya RM2.

"Kita juga sebenarnya bukan nak mencari keuntungan besar, tetapi lebih kepada untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan," katanya.

Restoran Malaysia Negara Ku dimiliki oleh Datuk Zainal Abidin Awang Kechik yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.

Beliau dikatakan merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku di seluruh Malaysia.

"Semenjak harga barang naik banyak restoran yang menaikkan harga makanan mereka tapi kita tidak kerana kita mahu beri peluang kepada semua orang termasuk yang kurang berkemampuan.

"Ini yang kita mahu lakukan kerana kita tahu ramai rakyat negara ini tidak berkempunan untuk berbelanja besar tapi di sini dengan hanya RM2 mereka boleh makan sepuasnya," kata Azahar.

Tambahnya, pelanggan yang tidak membawa kad pengenalan dan bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 seorang.

"Kalau nak makan RM2 mesti kena bawa kad pengenalan jika tidak kena bayar RM6.

"Melalui cara ini ia secara tidak langsung dapat menanam semangat cintakan negara dan juga patriotisme," katanya.

Azahar berkata semenjak dibuka pada hari pertama Ramadan sambutan yang diterima semakin menggalakkan.

"Pada hari pertama kita sediakan untuk 100 orang tapi hari ini (semalam) kita sediakan untuk 300 orang.

"Setiap hari kita akan masak lauk yang berbeza kerana kita mahu pelbagaikannya selain tidak mahu pelanggan muak dengan lauk yan sama," katanya.

Pelanggan dikehendaki membasuh pinggan yang digunakan selepas makan.
Restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung kira-kira 150 orang pada satu-satu masa.

"Saya rasa ini restoran yang pertama di Malaysia yang mengamalkan konsep seperti itu.

"Selain itu, kita juga bercadang untuk membuka restoran ini sehingga sahur, mungkin pada minggu hadapan," Azahar lagi.

Ia juga menggunakan sukarelawan untuk melakukan kerja-kerja memasak.

Aspek-aspek ini dilihat dapat mengurangkan kos operasi, dan menyediakan makanan dengan harga RM2 seorang.

Menurutnya, walaupun harga makanan murah, namun kualiti penyediaan makanan tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah.

"Kita amat menitikberatkan kebersihan di sini kerana ini adalah tempat makan, jadi semua aspek itu perlu dijaga.

"Selain itu, bahan masakan seperti beras, ayam, daging, sayur dan sebagainya semuanya bersih dan berkualiti," katanya

Aku doakan semoga restoran ini akan lebih maju dan maju lagi, walaupun mungkin akan ada perubahan dari segi harga, namun diharap konsep seperti ini dapat dikekalkan...

oh, ya restoran ni katanya di Seksyen 7 Shah Alam!

pi serbu!! tunggu masa berbuka yaa.. :)

IringJeling: mahu pergi shah Alam.. rasai sendiri..

Thursday, August 5, 2010

Tanah Tumpahnya Darahku..

Hai Slamat Petang!

tadi aku nak ke kedai, sedang jalan nak ke kedai, kena lalu di sebuah kawasan taman..
ada ramai orang kat situ.. lalu lalang.. duduk2.. rehat2.. pastu ada juga terdapat 2-3 orang lelaki, nampak cam pendatang je.. dari jauh aku lihat mereka makan-makan.. sampah bertaburan! (ishkk!)
dan semasa balik dari kedai tu, nampak mereka lagi, dan kebetulan masa aku melalui mereka aku nampak mereka membuang sampah tengah jalan,
lalu ku tegur..

" encik, jgnlah buang sampah mcm ni, kan tong ada disebelah tuuuu je!"

lalu terus dijawab

" eh pedulik apa kamu, suka hati aku mahu buang di mana!"
ehhh... kerek pula kau ya?

" tapi encik, tercemarlah tempat ni, sayangilah.. bumi kita" nada dah tinggi sikit tapi cam skema..

"loooohhhhhh.. ! ini bukan tempat kami! bukan tanah kami, jd kami tidak akan mahu peduli tentang pcemaran alam di sini...hahahaha.." terus mereka gelak beramai-ramai! (bunyinya lebih krg camtu lah, aku tak dpt pickup sgt bahasa mereka!)

" kurang hajar ko ya? datang merempat tempat orang! bila dah dapat kesenangan ko tak reti bersyukur lak ya! tak kenang budi punya orang! dasar **d*n! ntah pendatang haram ke ape ke, nanti kau.. aku report sekarang!"
aku dah jerit! sesambil aku amik hp tekan2.. (konon nak tekan no polis ko..)

"sialan!!" diorang jerit dan mara ke depan, cam nak sepak aku je!

tetiba datang sekumpulan bros...

" hei..hei..hei ni apa kecoh2 ni!?"
(tetiba baru aku perasan, kat sekeliling aku di taman tu ramai yg sedang memerhati, muka2 mereka cam bengang je ngan mamat pendatang tu! mungkin suara aku telah menarik perhatian mereka!)

pastu tahu pulak diorang sangap bila bro-bro tu sound tadi! terus diorang nak beredar.....

pastu bro sound lagi!

" eh..eh.. nak kemana? aku nak,korang kutip balik semua sampah2 korang ni buang dalam tong, kalau tak aku cepuk sorang-sorang..! ohhh.. datang tempat orang nak tunjuk samseng ya!"
( tetiba aku rasa mcm aku dikelilingi brader-brader tuff ala ala bodyguard plak! hihihi..)

dan mereka saling berpandangan, muka cam berat hati nak pungut semua sampah tu, tapi, tertunduk2 juga..haaaaa... kau.. tahu takut..

pastu bro tanya lagi, "eh, korang ni kat sini ni sah ke ni? ada pengenalan ke?"

tetiba nampak muka salah sorang dari mereka sangat cuak! pastu sepantas kilat seorang dari mereka melarikan diri! laju betul dia lari! 'haram' la tu...
dan 2 org lagi terpinga pinga di situ...

aku pula dah lewat, lansung aku minta blah dari bro-bro tu.. say thanks n got to go.. mereka minta aku hati2.. (gaya cam nak minta no tel je! hehehe perasan aku nih! ;p)dan aku biarkan bro-bro tu ngan mat mat pendatang tu.. ntah apa dibasuhnya lg..

mase aku dok dlm keta tadi terfikir fikir sendiri..


bygkanla.. kalau setiap mereka (pendatang) berfikiran begitu!

mereka tak kesah akan negara kita!

mereka tak sayang negara kita

mereka tak pedulik! they dont give a damn at all!!! ( ha ko.. marah terbahase BI lak )

ok, fine, we cannot count on them lansung dalam hal ini, ok fine, but then, kita? kita sebagai rakyat Malaysia? adakah ada rasa tanggungjawab itu? atau kita sekadar menambahkan lagi bilangan seperti mereka itu?



oh... teruklah... berapa ramai pendatang di negara kita..

ramai tau..

semuanya bukan kisah pun ttg kebersihan negara tercinta kita ni..

apa kesah.. janji tiap bulan dapat duit hantar kampung halaman..



hmmm... emo aku bila fikir tentang ini



pulak tu, mereka mendapat hak yang lebih kurang sama dengan kita kan?



kenapalah negara kita tak pergunakan sepenuhnya MYKAD kita tu, hak istimewa untuk warga Malaysia! kalau kau takde MyKad, bukan warganegara, yess kena bayar lebey!



oh.. negaraku..

kata mereka, Malaysia best, senang dapat kerja.. untung2 boleh berlaki ngan orang M'sia, ala ko buat muka ala2 kesian sikit, goda2.. hembus2 sikit.. dapat la..

berbini pun boleh... ayat baik sikit.. boleh lawak lari ke Lombok..



oh negaraku..

Betapa ramainya rakyat pendatang ke negara kita ni kan? Indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Nepal, Afrika, ... bilangan mereka dah terlalu byk kan?

perasan tak kebanyakkan pendatang dari sebilangan di atas tu boleh kita cam, melalui rupa, kaler, bahasa...

tapi perasan tak? kalau pendatang dari negara China dan India pula, kita takkan cam sangat kan? dah sah2 kaum cina dan india adalah rakyat Malaysia. tapi sebenarnya dah berapa byk juga pendatang dari China di seludup masuk ke sini!

kalau yg scra sah nya, asalnya pas pelajar la, pas pelancong la..

tapi lama2 terus menetap di sini.. huhuhu..

believe it or not je..



panjang pula aku ngomel petang ni...

sebenarnya masih panas ngan adegan kurang hajar tadi tu...



hmmm...



(mahu carik pasal di tanah tumpah darahku? huh..!)

IringJeling: bila dah tangkap masuk jel, nak kena bagi tempat duduk, makan pakai! nak berantar bagai pulak! huh! pastu datang balik! menyusahkan! itu semua kos tu tau tak? kos, kos... ( isshk3 belum abis lagi aku membebel.. )
+ aku sayang Malaysia wehh.. korang pun kan?



Thursday, May 13, 2010

Terima Kasih Hafiz Hashim, Tahniah Malaysia!!

Piala Thomas itu sedang melambai-lambai..

Berkobar2 pula nak buat entry ini pagi ini!
Terima kasih tak terhingga dan tahniah kepada Muhammad Hafiz Hashim kerana menjadi wira Malaysia semalam!
Kemenangannya melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir bertemu dengan China, Jumaat ini! nantikan!
Tahniah kepada semua pasukan Malaysia!
nampak.. ya aku nampak mereka telah melakukan yang terbaik demi negara tercinta Malaysia ini!
Harap semangat mereka terus berkobar membara untuk terus berjuang menjulang Piala Thomas! sesungguhnya kami peminat di luar ini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pasukan kita!



~ Hafiz Hashim hero of the night! bravooo..~

~ kemenangan Chong Wei yang pertama membangkit semangat!~

~ Tan Bon Heong, sangat ceria semalam!~
~Koo Kien Keat & Tan Boon Heong, kemenangan yang menambahkan lagi spirit!~
~ Wong Choon Han, tidak mengapa.. kekalahannya bermaruah..~

~Aksi Jongensen dari Denmark, suka la tue...~
~ pasangan Mohd Zakry Abdul Latif / Hoon Thien How- bergu kedua Malaysia memberikan saingan yg sangat sengit! rasanya pasangan ini lebih baik dari yang sebelumnya, cuma kesefahaman sahaja yg perlu di cari.. namun semangat perlawanan mereka melebihi segala-galanya! syabas !~


~Denmark; Lars Paaske / Jonas Rasmussen,menang.. namun.. bukan menang senang...~

~ Hafiz Hashim sekali lagi! memang itu cara dia bermain sebenarnya, selamba je.. tapi semalam nampak kesungguhan dan semangat mahu menangnya! tahniah bro! i know u can do it!
Perlawanan dengan China Jumaat ini pasti sangat mengujakan!
Semoga Malaysia mampu kekalkan prestasi yang konsisten.
mari tonton ramai-ramai, bagi yang tiada tiket, boleh tonton di TV1 dan TV9!
Doakan kemenangan mereka... untuk Malaysia!

FAKTA:

Thomas Cup Quarter Finals Result
Peter Hoeg Gade vs Chong Wei Lee : 17-21, 17-21 (49mins)
Carsten Mogensen / Mathias Boe vs Kean Keat Koo / Boon Heong Tan : 17-21, 19-21 (41mins)
Jorgensen vs Choong Han Wong : 22-20, 16-21, 21-18 (72 mins)
Lars Paaske / Jonas Rasmussen vs Mohd Zakry Abdul Latif / Thien How Hoon : 24-26, 21-12, 21-19 (74mins)
Joachim Persson vs Mohd Hafiz Hashim : 12-21, 10-21 (31mins )


IringJeling: semangat semacam pula hari ini.. :D

sumber gambar dari: PROTON BWF- THOMAS AND UBER CUP 2010 thomasuberkl2010.com

Wednesday, April 15, 2009

SENARAI KABINET (NAJIB VERSION)

9hb April haritu, telah diumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Hmm.. memang dah lewat post ni di keluarkan kat sini.. tapi takpe, sebagai rujukan bersama, ini gara-gara sesi soal jawab semalam bersama hubby..

Senarai lengkap ini diambil dari Utusan Malaysia.

(klik untuk imej yang lebih besar)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker