Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Bila Balik Kampung..

 Assalamualaikum,

Semalam dah citer pasal sarapan kan?

hari pun ada sikit sikit kaitan nya sarapan.. hmm makanan lagi!.. ;)

minggu lalu lalu.. masa cuti maulidur rasul 4 hari.. aku balik ke kampung..
dan tentu tentu pepagi hari aku akan mencari nasi berlauk!
entah kenapa.. nasi berlauk kat kampung ni.. memang tak sama dengan kat bandar ni..
bila balik kampung nenek ku..
pagi pagi bangun..
sejuk..
tenang damai je..
apa lagi.. terus ingatan pada makan nasi berlauk makin membuak buak...

=)


~ nasi berlauk ayam bakar ni memang marveloussss.... RM 3 sahaja.. lalala...~

 ~ Nasi Kerabu daging bakar??! oh no no no... sedap sengoti weh.... tigo riya jah jugok.. hehehe~

 
~ tu dia muka orang baru bangun tido kena makan nasi??
 hehe.. tapi dia dah makin membiasakan diri dah.. kat belah pantai timur sini, memang pagi pagi makan nasi!
tapi b sendiri memang tak boleh menolak dan akui.., Nasi berlauk ayam bakar itu memang sangat sedap katanya!!! heheh.. kan?!



Sepetang pula.. berjalan jalan di pekan Mace..

~ pekana laksam kuah lemak! ishh ishh ishhh...... pekat molek kuahnya.. mengalir dalam mulut sambil mengunyah laksamnya dan mekar terasa ulamannya daun kesum dan taugeh yang rangup.. ishh ishh ishhh.. wallaaa....
(telan liur pula aku masa menaipnya nih!!)


~ oh yang ini memang feveret sepanjang zaman ku... Akok! 
kalau balik kampung tak makan ni.. memang menyesal tak sudah la weh..
sekarang ni jarang jumpa akok yang guna 'nise' (manisan gula merah tu) selalu jumpa yang gula je, tu kaler dia cam putih2 je tak perang..
sekali dapat akok kaler perang yang kedut seribu nih! 
perrrhh.. tak boleh berhenti weh.. sedap sungguh! tak manis sangat.. sedang sedang molek je rasanya..  (gulp!! telan liur lagi..)

~ dan.. paling tak sah kalau tak pekena Nasi Ayam Mama!! ini ialah nasi ayam tersedap di donia!!!! dimasak dengan  penuh perasaan  kasih sayang.. aku dapat rasainya..! i love u mama!!! bila nak rasa lagi nih!! huuu..


ok.. cukup takat ini dulu la..
aku pun tak dapat nak tahan dah ni..
sib baik dah dekat lunch hour..

dah dah.. jom pi makan jom!!

=D

Monday, May 16, 2011

Loken atau Lokin atau Memory Lane

Ada sesiapa yang pernah pegi Lokin? kalau orang Perak terutama yang dok Ipoh mesti tahu Lokin punya..
atau dikenali dengan Memory Lane... atau Gerbang Malam di malamnya? ye ke?

Aku memang suka tempat ni! itu aku lah, tak tahu lah orang lain, tapi aku rasa ramai orang pun suka tempat ni, tapi ada jugak di antara kawan2 aku tak suka tempat ini, katanya tempat orang jual sampah! isssh, ada ke? hanya jauhari mengenal manikam..

aku suka tempat ni sebab ada banyak barangan klassik, barang pelik2, barang2 unik, barang barang yang boleh buatkan aku mengimbau masa lalu.. zaman kanak kanak.. pendek kata barang barang lama yang dijual samada tersangat mahal atau tersangat murah.. =)
tapi sekarang ni, dah banyak barang  barang lain turut di jual, dan makin besar dan Lokin ni, dah ada orang jual buah, pakaian, selendang.. dan macam2 lagi lah!

macam aku ni memang le suka.. sebab aku memang suka kat barang barang klassik, unik yang memang sukar untuk diperolehi zaman sekarang..


~ macam macam ada.. meh main 'cari barang tersembunyi' meh! ~


~ hai.. teringin nak telefon antik yang itu!! mahal weh....~

~ haa.. ini kegemaran aku le nih! tu tengok tu tangan aku le tu dok milih pinggan lama.. best!~

~ ini adalah barang lama, klassik yang paling besar kot kat Lokin ni!~


~ dan ini ialah aku punya! berjaya beli 3 besar, 3 kecil dengan harga yang cukup memuaskan hati selepas sesi tawar menawar! tersangat la murah hai..kondisinya pun masih elok dan cantik..~

nanti nak balik lagi, nak pegi Lokin lagi! geee... :D



Jom lah, pada sesiapa yang belum pernah pergi boleh la pergi, oh ya! Lokin hanya di buka pada hari Ahad sahaja ya.. ingat tu.. =)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker