skip to main |
skip to sidebar
Tadi dah cerita pasal makan2 hujung minggu hari lepas hari Sabtu, ni nak citer hari Ahad ritu.. hehehe..
Mula2 nak masak nasi biasa je, tapi tetiba Mr Zule 'request' taknak nasi putih, nak makan sedap, tapi nasi lain.. disebutnya pula.. " buatlah nasi minyak ke, nasi beriani ke, nasi tomato ke.."
hamboi Encik yg sorang ni berselera sungguh!
belek2 dapor..
cari resepi..
mana yg senang, mudah, yg penting cepat siap!
Haaa.. dah jumpa!!
so menu hari ni ialah; Nasi Tomato, Sotong Masak Kuzi, dan Acar Rampai!
Untuk lauk2 ni semua aku ikut dalam resepi majalah 'Wanita', nanti aku 'update' resepinya, share..
~Berapa nak cas sepinggan ni? kasi free saja lah..~
~ Sotong Masak Kuzi Palembang~
~Acar Rampai Kuzi Palembang~
hmm.. kul 11. 45 masak, kurang kul 1 dah siap kome.. pantaskan?
rahsianya? untuk nasi, aku guna yang segera je, nasib baik ada,
takyah la aku sesusah buat rencah nasi tomato secara manual mcm sebelum ini!
pakai yg auto je.. hhuuhuhu...
~ Gunalah Rempah Nasi Tomato jenama IMAN, Sedap, Mudah, Cepat! ewah... bukan promosi ni, tapi sebab telah diuji kesedapan nya, lulus dgn cemerlang! sedap!~
Ini cerita hujung minggu lalu! Kebetulan aku perlu hadir ke satu mesyuarat di Shah Alam, jadi kesempatan berada di Shah Alam digunakan sebaik mungkin!hahaha.. walaupun aku dok kat dalam bilik mesyuarat tu, tapi hati ku dah melayang ke kedai makan ini! sanggup aku tak makan/minum pagi mase mesyuarat tu, semata-mata nak tunggu lunch di sini! Apa tak nya, kami dah pernah sekali datang hari Jumaat, tak tahu pulak tutup.. ohh.. kecewa sangat.. balik dalam keadaan hampa!Tapi kali ni, kami mmg tak sabar lagi, yelah.. dengar kata Restoran Cina Muslim ni sangat best kan.. so nak try la..Bila dah sampai tu, aku menjerit keriangan penuh kesyahduan kat suamiku.." oh.. akhirnya kita berjaya sampai ke sini laling.. oh... syukur.."En Suami menoleh kearahku seraya mengangkat sebelah kening.. "poyo!"...................................................................................................Menggeletik aje aku bila dapat menu tu!Mula2 nak order nasi putih ngan lauk! tapi tengok menu mskan goreng2 cam byk pilihan sangat!so stlh ditimbang tara.. inilah yang kami order..
1. Nasi Goreng Seafood Istimewa Al-MunawwarahBest, nasi dia byk sangat! udang dan sotong penuh sarat dlm nasi..satu set ngan sup ikan tu RM 7.902.Nasi Putih Masak CendawanLauk dia isi, cendawan, daging, dan sesayur ! meriah! tapi bab rasa je dia kata tawar kurang masin, tapi bagi aku ok je rasanya..dia mmg suka masin.. datang se set ngan sup ikan juga.. RM 5.903. Sup ikan- memang best makan panas2.. sebenarnya aku tak pernah mkn sup ikan..ini pertama kali..4. Sayur ni aku lupa nama la.. nama Cina- shen Zhuo ke ape ke..ntah lupe ler..tapi meriah ngan sayur-sayuran juga.. lazat...kami ingatkan nak side order juga, tapi kekeyangan teramat membataskan segalanya..
~ Jus Kedondong asam boi- marvelous! cedap nyeee...boleh try cuba air nih! sedap sungguh! perrrghh...Perut kenyang sudah... lain kali kami akan datang lagi untuk makan menu lain pula!korang semua nak datang sini? mmg di rekemenkan..alamat dan info:Restoran Cina Muslim Al-Munawarah
No.28, Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K,
Seksyen 9,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Perniagaan :
Isnin - Ahad dari 11.30pg ~ 11.30mlm
Jumaat - Cuti
Sebarang Petanyaan, sila hubungi :
Ustaz Hj Muhammad Yusuf Ong Abdullah - 012 264 2889
lokasinya : Belakang Hotel Concord Shah Alam sederet dengan Restoran Cili dan bersebelahan dengan Restoran Nasiking!