Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 9, 2012

Hitam selama ni bukan kah kamu sentiasa menyelamatkan aku?

Pagi pagi isnin hari ni aku lebih bersemangat untuk bekerja..
dengan berpakaian kaler hitam lebih menambahkan keyakinan.. kerana..
ku lihatkan susuk tubuh ku seperti makin kurus...
hehe..
sebetulnya kurasakan berat badan dah macam ringan sikit..
ditambah pula memakai baju berwarna hitam..
entah mengapa aku amat yakin yang aku kelihatan kurus di hadapan cermin itu..

Keluar dari rumah..melangkah penuh keyakinan..
terserempak dengan kak nor.. lama tak jumpa kak nor..
mula mula ayat dia..
"eh.. lama tak jumpa kamu nih.. muka dah bulat dah.."
err dalam hati ku.. bulat? apa maksudnya? oh.. mungkin cra pemakaian tudung menampakkan kebulatan wajahku kot..

"haa..." aku menyahut sopan..

"senang hati la tu.. badan pun makin berisi..."

gulp! " err.. haah... memang senang ati le ni kak.. makan je kerja nya.. heheh"
aduh.. ayat cover giler! makan je kerjanya?? aku tengah diet ok! diett...!! dussshh!

di pejabat..

sedang aku berbincang sesuaatu dengan rakan sepejabat dalam bilik..
kawan aku yang sedang berborak dengan entah siapa di petisyen luar 'sound' dari luar..
" ella... ada orang kata ko gemok weh... sabo je la.." sambil dia tersenyum senyum...


"ehh... sape?" muka aku agak berubah... 2 orang teman yang lain dalam bilik pun tergamam..

" ni hah.. en faizal ni.. ko kenal?" sambil menunjukkan lelaki yang sedang berborak dengannya tu!

" hah? sape... faizal mana ... sorry... tak kenal kot.."
sumpah aku tak kenal pun budak tu! tiba tiba budak tu buat aku jadi menyirap je... sape dia nak kata kata aku gemok! aku tak kenal ko .. ko cakap2 belakang pula.. masa tu nak je aku gi sound dia balik!
tapi.. aku tahan je.. buat tak tahu je.. teruskan aje perbincangan dengan rakan rakan.. sementara mereka di luar masih berborak..

seketika, masa lunch akak tu citer kat aku balik..
budak tu ingat kan aku ni staff dulu.. si sarimah.. yang dulunya bekerja di tempat aku sekarang..
dia agak terkejut.. sebab si sarimah tu kecil2 je.. tiba tiba  dah sekian lama tak jumpa..dah jadi gemuk??
ouuuuhhhh ayat dia memang tak boleh tahan beb!
walaupun dia tersilap orang.. tapi dah sah sah dia kata aku gemok..
ouhh... tak boleh tahan..

adegan last sekali!

aku di kedai pakaian ah so ni.. kat pasar malam...
aku tengok tengok seluar jenis legging tu.. macam macam  jenis..
macam ok je, kalau nak pakai2 di rumah..
saje je la aku tanya dia.. berapa harga ni aunty...
" ohh.. itu ka.. ohh itu u tak boleh pakai punya..."

eh! tak boleh pakai?? terkejut beruk la aku.. kenapa aku tak boleh pakai.. apasal.. aku tak layak ke.. ke aunty ni tak jual ke orang melayu ke..atau apakahhh....

" nape ?" tanya ringkas je..

" ouhh.. ini size ah.. kecik punya size.. awak tak boleh pakai.."

" hah? tak boleh??? " suara aku agak kasar dah kuat! macam nak marah pun ada!!

melihat aku punya reaksi.. terus aunty tu cakap..

" ohh nanti nanti saya tengok ada jenis lain tak.. yang awak boleh pakai.." ayat cover la tu..

hati dah makin panas.. tak tunggu dia ckap.. aku da bla..tapi terdengar hujung2 je.. katanya takda la..
ohh.. tak pernah aku dengar orang cakap macam tu kat aku weh.. boleh aunty tu sound macam tu kat aku..
terkedu aku di situ.. lagi pun aku tak cakap pun untuk aku ke sape ke..
aku cuma tanya harga saja! tanya harga je aunty! apa salah saya sampai aunty terus sound macam tu..
sedih saya tau aunty..

besar sangat ke aku weh.. serasa aku, seluar jenis tu kan ke orang gemok mana pun boleh pakai..kan seluar tu jenis fleksibel je..
ishh musykil aku!
apa maksud semua ni..

maknanya aku perasan sorang je rasa kurus hari ni.. waa..
hari ni hitam.. tak menyelamatkan aku lansung!!..


Emosi pula aku hari ini.. hmmm

Thursday, January 5, 2012

Puas dah..

Assalamualaikum,

(ini entri perap dari kelmarin! dok dalam draft.. baru sempat nak publish..)
biasalah... Belog Mathari ini.. kalau dah diumumkan cuti.. dan tuan tanahnya cuti.. mesti belog ini pun turut bercuti juga! tak boleh nak buat apa dah...
sebab kalau cuti, maknanya besar kemungkinan memang akan keluar rumah..
so bila keluar rumah, alkisahnya tak ber update la... hmm..

so .. apa citer cuti cuti 3 hari yang lalu?
mesti seronoknya...
terima kasih pada blogger2 yang sudi singgah2 sini.. semasa ketiadaanku...
nanti akan berbalas lah kunjungan itu nanti..

keluar keluar juga.. tapi dapur ku tetap bereksperimentasi jugak.. =)

jom kongsi!

~ inilah hasilnya.. bila si dia begitu mahukan makan ala ala style cino... sebenarnya dia nak rasmikan mangkuk dan chopstik yang baru dapat tu.. di perbuat dari Jerami padi.. so green.. ~

~ ini pula hasil dari si dia.. malam tu.. dia yang bereksperimentasi sendiri di dapur..sukarela ok.. aku lansung tidak memaksa.. sejak 2 menjak ini dok tingat kat subway jee.... tak puas buat kat rumah pula.. ~

~ ini lah rupa checkerboard cake made by me!! huaaa... terharu sendiri bila melihat kek ini agak menjadi.. walaupun banyak yang kurang .. namun .. ya inilah hasilnya... ingat tak kek yang aku buat untuk besday acik tu? dalamnya..begini lah rupanya...

ada lagi ada lagi.. ;)


~ tengok.. tengok... ok tak? nanti aku buat entri khas.. macamana buat kek ini k..~


ok.. sampai jumpa lagi... =)


Suami : nak masuk syurga tak?
Isteri : nak nak!
Suami : tolong ambilkan air...
Isteri : ok.. nah sayang..
Suami : nak masuk syurga kan?
Isteri : mestilah nak..
Suami : tolong suapkan ubat batuk tu..
isteri : ok... ni sayang..
Suami : sayang nak masuk syurga kan..
Isteri : ya sayang..
Suami : tolong urutkan kaki nih...
Isteri : baik..
Suami : tolong ambilkan gelas sayang..
Isteri : alaa.. sayang ni, u dah dekat dengan dapur tu kan.. ambil je laaa...
Suami : nak masuk syurga tak.......
isteri : haa... nak nak nak ...!
( ini dah macam membuli ajeeeee... huhuhuhu )




Wednesday, January 4, 2012

Nur Amalina Che Bakri... Amalina kata " akan cuba berubah menjadi yang lebih baik"



kita semuapun sentiasa perlu berubah menjadi yang lebih baik bukan...?
kami akan sentiasa doakan yang terbaik juga untuk kamu....
 

aku pada mulanya tak mahu percaya..  itu pelanduk 2 serupa!
namun bila mendengar suara ini.. dan pengakuannya ini..
hancur berkecai harapan...

mari kita sama sama doakan Amalina di lindungi Allah.. dan kita semua sama sama sentiasa berada di landasan Allah.. insyaAllah..

semoga Allah ampunkan dosa dosa kita semua...
kerana kita semua juga tidak sempurna..
Amin

Sunday, January 1, 2012

Sesegar 2012

Assalamualaikum,

telah masuk tahun yang baru..

maka ini merupakan entri pertama untuk tahun baru ini! =)

langit berpercikan bunga api warna warni sejurus tepat jam 12 pagi...

Ramai yang Melakar azam baru.. semangat baru.. rasa baru..

semoga menjadi yang lebih baik dari terdahulu..




masih ada yang belum tidur? atau di mana kalian tika ini.. 




Saturday, December 31, 2011

Bila 2012 semakin hampir

Assalamualaikum,

Ramai benar yang ingin menjemput kehadiran 2012..
sana sini masing masing sibuk memperkatakannya..
rai atau tidak..
2011 tetap akan pergi.. dan 2012 bakal tiba ..

tadi, sempat keluar rumah..
ada urusan,
singgal ke kl Central..
ramai betul orang ya..
jalan lagi..
Kuala Lumpur..
tak pernah sunyi dengan limpahan manusia..
yang ketara aku lihat..
ramai pula pasangan2  .. yang kecil2 moleh belaka..
tertanya.. berapa agaknya umur mereka ni..
sekolah menengah pun mcm tak lepas lagi..
ke mana mereka nak pergi..
mak bapa diorang tahu kah anak2 diorang ni keluar..
berpimpin tangan..
di heret oleh sang arjuna , hero pujaan hati..
si gadis pula tersipu senyum bila sang arjuna mengenggam erat tangan..
" rasa selamat bersama si dia.."
...
"awak, awak jangan risau, nanti kalau dah lewat saya akan usahakan juga hantar awak pulang walau sesusah manapun.."

" ala awak.. takpalah kita stay malam ni, esok awal awal kita balik la, nak buat macamana dah lewat sangat ni.. awak sayang saya kan.."
(blueekk!)

lagi 9 bulan..  
berebut rebut berita di televisyen, keluarkan hasil kisah cinta mereka..
terpampang di semua muka depan akhbar..
majalah..
wajah si kecil yang tidak berdosa..
meruntun jiwa
merentap perasaan
tersentuh hati..
melihat tubuh kecil yang tidak bernyawa itu..yang masih bertali pusat..
untung2 ada yang masih bernyawa, dapat diselamatkan..
tapi kebanyakkannya telah diperlakukan seperti binatang!
tak sanggup melihat tubuh kecil itu yang lebam2.. luka2.. kebiruan..
air mata jadi percuma..

salah siapa?
benarnya..
tak usah dimulakan dulu mengikut budaya budaya dari luar ni.
nak dijadikan ikutan buat apa?
sekat awal awal
jangan bila dah jadi baru nak terngadah!

Aku membebel pula..
aku sayang sebenarnya..
sayang..
sayangnya..
sayangnya..
rugi je.

pagi tadi ada sahabat bertanya khabar melalui sms..

....... di pertengahan sms......
A : kita ni asyik sms je.. jom la kita jumpa..
B :  yelah.. lama sudah.. jom la kita jumpa, kamu datang umah aku.. aku masak special..
A : ok, kau celebrate nu yers kat mana malam ni? countdown kat mana..
B : ouh..aku mungkin countdown dengan ustaz azhar di shah alam  nanti.. jom sekali!
sms terberhenti di situ.. tiada balasan..

ok.. sampai sini dulu celoteh aku..
kot ada yang tersalah tersilap harap di maafkan ya... =)



dari tingkap rumah ni dapat lihat bungapi juga di kejauhan...
selamat datang 2012.. =)


Friday, December 30, 2011

Selamat Hari Lahir Acik aka Migha

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, Salam penuh keberkatan..
Entri istimewa ini ditujukan pada adik kecilku
Acik!

Selamat Hari Lahir di ucapkan untuk beliau pada..
27hb Disember yang lalu..
disebabkan ianya istimewa, so baru hari ni buat entri tentangnya.. ;p

Selamat Hari Lahir cik...
semoga beroleh kesejahteraan,
kesihatan yang baik,
 keberkatan dari Allah..dan dipermudahkan perjalanan hidupmu..

Jadilah  wanita dan anak solehah..
untuk mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat..



dulu dulu masa kecik dia ni nakal!
suka menjerit meraung!
buli abang dan kakak2nya yg sentiasa kena beralah..
yela masa tu lama dia jadi yg bongsu..
dah besar..
suara pun sayup2 je..
susah nak dengar dia menjerit, (kecuali jerit kat adik lelaki bongsunya pula!)
jadi mangsa buli kakak2 abang buat kerja
actually bukan buli la.. kami nak mengajar.. supaya dia pandai buat kerja.. ;p

Oh lupa, gadis kampung ini dah datang bandar..
dia dah tinggal dengan aku sekarang ni
senang la nak buli!
Alhamdulillah.. rezekinya di sini.. syukur, sekurang kurangnya dah dapat kerja..

banyak nak citer tentang gadis ini,
next entri lah..

available ke tak?
selagi belum kawin selagi itulah dia available kot.. kan?
sekarang tanggungan papa dan mama lagi..
amanah papa pada aku.. memang panjang lebar..
InsyaAllah pa..
tak dengar cakap kasi 'piat' aje..!


Selamat Hari Lahir Dear Sistah...
Lots of love.. =)



buat kejutan di hari lahirnya, dia ingat kami semua tak ingat! terkujatt juga dia, hehehe..

Thursday, December 29, 2011

3 idiots

kenapa dan kenapa?

air mata boleh mengalir dengan hebat..

dan dalam masa yang sama boleh menguntum senyum..

dan dalam masa yang sama mengetap bibir.. sambil mengangguk angguk..

dan seketika ketawa terbahak bahak pula!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker