Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, February 18, 2011

Hari Ini

Assalamualaikum,

aku sempat buka blog sekejap,
tapi bila buka, tiba tiba idea yang mencurah curah terus jadi kosong... kOsOng...OOOOO
tapi terus sahaja aku biarkan jari jemari ku ini menari nari dengan cara tersendiri di atas papan kekunci ini...
biar dia membawa diri sendiri..
mencari rentak yang sesuai...

oh ya!
ingat lagi aku pernah ceritakan tentang Tn Hj aka bos aku dulu yang telah bertukar ke tempat lain?
yaa.. hari ni dia datang! ada mesyuarat di sini!
aku rasa gembira dari awal minggu lagi sebab sememangnya dah tahu yang dia akan datang hari ni... tengok muka dia melangkah di depan pintu tadi sambil tersenyum.. cukup membuatkan aku gembira!
Dia adalah bos terbaik setakat ini.. :)
tadi dia minta belikan 'Rojak Bellamy', dia nak belanja kami semua di sini. Rindu katanya pada rojak bellamy.. lama tak makan..
takpe tn hj.. dah beli pun.. nanti dapat makan puas puas.. :)

ok, kan! bila rentak dah jumpa, menjadi je jari jemari ni menari...

aku sedang rehatkan otak seketika, banyak kerja kerja yang masih pending!
aku nak habiskan hari ni kalau boleh...
semenjak 2 menjak ni, kerja memang banyak sungguh,
biasalah, kerja ni takkan pernah abis, terpulang pada kita macamana nak mengolahkan masa tu!
jangan biarkan masa mengejar kita! nanti kita akan penat!
biar kita yang mengejar masa! tapi pastikan stamina cukup, persiapan semuanya lengkap!

untuk semua kawan kawan di luar sana..
selamat menghadapi hari Jumaat ini dengan baik..
barakah hari Jumaat ni.. :) semoga gunakan sebaiknya!

terima kasih pada yang sudi berkungjungan..
jangan terasa hati jika aku tak berkunjung balas lagi, InsyaAllah akan sampai juga, cuma ketika ini perlu selesaikan kerja kerja yang banyak ni..
(ada resepi yang perlu di update jugak dlm blog ni! :)

"Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah... dan sentiasa berada di landasanNya..."

Thursday, February 17, 2011

Selamat Hari Lahir Puan Azizah!

~ ini aku curi tangkap gambar mama berdoa di masjid shah alam~

Dia seorang yang baik hatinya..
dia seorang yang lembut hatinya
dia seorang yang berjiwa kental..
dia seorang yang sangat memahami
dia seorang wanita
yang telah melahirkan 6 orang cahaya mata yang bertuah melihat dunia..
pelengkap hidup seorang lelaki..
dialah mamaku!
Azizah Abdullah

Mama.. Selamat hari lahir pada 16hb Feb 2011.

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan mamaku..
Allah selamarkan kamu..
Semoga mama diberkati dan dilindungi oleh Allah..

semoga mama diberikan kesihatan yang berpanjangan dan umur yang panjang, untuk sama sama mengharungi suka duka hidup bersama kami.. kerana kami mahu mama sentiasa ada di setiap detik perjuangan hidup ini...
semoga kekuatan mama melahirkan , menjaga dan mendidik kami akan menjadikan kami juga insan yang kuat dan kental dalam mengharungi hari hari mendatang.



semoga mama beroleh keredhaan dari papa, untuk beroleh syurga yang di idam..
sedang syurga di telapak kaki mu pula diharap harapkan oleh anak anakmu..

ketahuilah mama...
walau tidak pernah kan dapat ku membalas jasamu mama..
namun, mamalah insan yang sentiasa berada seiring dalam ingatan dan doaku..

teruslah mekar mama,
menjadi kebanggaan suamimu dan kami anak anakmu..
teruslah menjadi yang terbaik kerana yang terbaik itu ialah dirimu mama!

" Ya Allah, Kau berkatilah hidup kedua orang tuaku, sempena kelahiran mama ku ini, berkatilah dan berilah kemudahan dalam hidup mereka suami isteri, semoga mama menjadi isteri yang solehah dan terbaik untuk suaminya dan juga ibu yang mithali untuk anak anaknya, menuju ke jalan yang diredhai oleh Mu. Aku tahu anugerah terindah ini adalah pinjaman sementara di dunia, namun tunjukkanlah jalan yang benar semoga dapat kami bertemu di syurgaMu, yang kekal abadi..
tetapkanlah hati kami...semoga takkan pernah kami melupakan segala jasa orang tua kami yang melahirkan dan membesarkan kami.. sesungguhnya aku amat bersyukur atas kurniaan sementara yang telah Kau berikan ini, terima kasih atas nikmat perasaan mempunyai ibu seperti mama.. semoga syurgalah tempat ibu dan bapaku.. amin ya rabbal a'lamin..

Tuesday, February 15, 2011

Mari Makan: Tegral Moist Golden Cake


Selamat Petang!
Apa makan petang ni?
kami baru lepas makan mee kari!
pertama kali buat tadi...
ohh.. nanti lah kita ceritakan tentang mee kari..

Petang ni nak ceritakan tentang kek!!
haaa...
ini resepi baru nih!
:)
ada bau tak?


 
Nah.. sepotong untuk anda!
:)



Selamat bersenang senang di petang hari..dan selamat menyambut maulidul Rasul..

update:

resepi kek ini!

campurkan dalam mangkuk;
1 3/4 cwn tepung kek
1cwn gula halus ( kalau tak suka manis boleh kurangkan..)
1 sudu atau 1 1/2 sudu tepung jagung terubahsuai (modified atarch)
1/2  cawan susu tepung
3/4 sudu kecil baking powder
secubit garam

kacau semuanya dalam satu mangkuk- tepikan

3 biji telur kuning dan 1 biji telur biasa
100ml Air masak
200ml minyak canola atau jagung
1 sk esen vanila

-4 bahan ini di kacau sebati sekali..
-kemudian masukkkan bahan kering yang di atas tu sekali..
-kacau rata rata
-dan sedia untuk di bakar! :) selama 45-60 minit, suhu 150-180

selamat mencuba :)

Monday, February 14, 2011

Me and him long time ago..

Terjumpa gambar ini..

miss this guy so much!

Ya Rasulullah... Tak Pernah Ku Tatap Wajahmu..



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela




Lirik Asal : RAIHAN- Ya Rasulullah
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
perasaan hati terluah di lagu..

Perjalanan warna warni

Assalamualaikum

Ini cerita sepanjang cuti Tahun baru cina minggu lalu...
boleh lah baru nak cerita sebab baru dapat upload gambar...
harap harap ada orang sudi tengok...

Cerita tentan balik kg.. kami balik ke KB,
tapi perjalanan kami bermula ke Kuantan, kerana kami akan car pool dengan adik ku.. yang sorang dari Johor pun turun ke Kuantan juga... jadi kami berempat semuanya
Sengaja aku turun ke Kuantan awal.. rindu dengan tempat itu.. tempat tinggal lama..
sekarang yang ada di situ cuma adik ku sahaja yang masih setia bekerja di situ..
Papa pula, sudah sireh pulang ke gagang..


~Lebuh raya ini bukan tempat perlumbaan. Gunakan sebaiknya. Sentiasa bertimbangrasa di lebuh raya.~

~sampai kuantan terus menuju ke Tanjung Lumpur mencari satar, tapi sayangnya kedai tu tutup pula! satar situ sedap! jadi inilah pemandangan dari jambatan sungai pahang.. dari sini boleh tengok keseluruhan bandar Kuantan...~

~ Teluk Cempedak! ya.. memang nak pergi sangat kat sini!! di sinilah saya telah di lamar! hehehe... tu.. tengok si dia yang berbaju putih sendirian tu.. dia lah lelaki pertama yang aku terima secara sah di hati.. seterusnya secara halal dan moga moga kekal selamanya bertemu di syurga.. InsyaAllah..~

~ oh! saya suka ambil gambar pokok dari bawah begini! :D ~

~ masa ni laut sedang bergelora... tak dibenarkan sesiapa pun mandi, bendera merah sudah naik.. tapi ramai yang meluncur... ~

~ tungguh hingga air tu terpercik ke batu.. ~


~ nampak mereka yang sedang meluncur tu.. kecik kecik je nampak dari kejauhan.. ~

~ gelora hatiku siapa yang tahu..~


~ singgah di Hyatt kejap.. lalu je.. pernah kerja di sini.. :) ~

~ inilah baru pertama kali aku merasa 'satay zul' di Kuantan.. setelah bertahun tahun menetap di Kuantan tak pernah makan.. bila dah pindah baru sempat makan... ~

~ memang boleh tahan sataynya... yummy... ~

lepas pekena satay...
lebih kurang jam 8 malam..
bermula lah perjalanan kami balik kampung..
dan Alhamdulillah kami telah selamat sampai..
ceritanya di sini..


oh ya! disamping itu..
cantik tak gambar gambar di atas tu? itu je yang sempat di upload dari banyak2.. :)
oh ya lagi sekali !
terima kasih pada Cik Yan, Gadis Bunga dan Cik Pah sebab sudi ikut blog ini! lots of love.. :D

Say 'NO' to Velentine Day!

Jika kamu seorang muslim dan muslimah..
sudah sudahlah.. dengan hari berkasih sayang pada tanggal 14hb Februari ni...
sudah sudahlah bersibuk sibuk membeli bunga, cokelat, hadiah ... untuk orang tersayang bersempena dengan hari yang dianggap untuk orang berkasih sayang..
tidakkah hari hari ialah hari untuk menghargai orang tersayang?
setiap saat dan ketika bersama adalah peluang untuk kita tunjukkan rasa kasih sayang kita..
apakah cukup untuk menunjukkan kasih sayang cuma pada 14hb Februari ini?

tadi si Elin telefon, ucapkan hari berkasih sayang!
rasa nak lempang dia laju laju pulak!
rupanya dia tak pernah tahu apa erti nya hari Valentine.. katanya dia tak ambil kisah sangat.. dia anggap ianya hari istimewa untuk berkasih sayang sahaja..
hm, memang kena takzirah la kau Elin pepagi bute ni! :)
(sekadar yang diketahui yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.. aku pun masih belajar)

Mari kita lebih mengingati tanggal 12 RabiulAwal, lahirnya Rasul Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W!
Hari kelahiran ini juga disebut dengan "Maulud", namun sebahagian besar orang menyebutnya dengan "Maulid".


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi.
Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (Surat Al-ahzab 56)



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker