Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, November 11, 2010

Gambar: Suasana Pagi dari MV ku..

oh.. memang tak boleh tahan melihat awan yang indah  dek simbahan si matahari yang masih malu malu...
pagi nan indah..
:)

Gambar asal 'SEPI'


kepada yang bertanya, ini sebenarnya gambar nenek..
sempat ku tangkap tika dia sendiri duduk di tepi pintu.. (byk, tapi aku pilih gambar ini..)
entah apa yang di fikirkan..

takleh biarkan dia termenung begitu!
lalu aku si cucunya yang brutal ni, pegi la sergah dia!
dan dia yang terkejut! terus menampar aku!
adooii!!!!
huuuu.huuuu..
haa... tulah.. sapa suruh buat orang terkejut!
kan dah kena penampo...

marah

blog ni, kenapa agaknya,
sekarang ni dah macam caca merba je..
tak suka aku ke..

sekarang ni, kalau nak post entri kena check post option dulu, kena klik 'allow' to reader comment, kalau tak dia auto ke 'dont allow' (comment) ! hisshh... se dua menjak ni, camtu lak jadinya..
tu entri kat bawah tu pun aku baru perasan not allow comment.. ye lah biasanya kita publish tak perlu tukar2 pun kan..

hmm..takda la marah sangat..
hilang seri aku pulak hari ni marah marah..

alaa...
marah marah sayang je... ;)

Wednesday, November 10, 2010

Gambar: Sepi

Tuesday, November 9, 2010

AturanNya Itu Indah Sebenarnya....

Pernah tak kita terfikir bahawa Umat Islam adalah paling hebat di dunia?
ramai yang tak sedar yang sebagai umat Islam, kita telah berada dilandasan yang betul!

-bayangkanlah, seawal pagi umat Islam telah bangun, untuk solat subuh.. mandi dan bersihkan diri.. ketahuilah mandi pagi banyak kelebihannya! air dingin di waktu pagi mampu melancarkan peredaran darah, menyihatkan badan disamping memberi kecergasan minda! subhanallah..

-seharian hidup pula ada 'exercise' 5 kali sehari!
telah dikaji, bahawasanya setiap gerakan solat 5 waktu kita tu sangat istimewa kerana punya kelebihan untuk tubuh badan kita.., sedikit sebanyak membantu badan kita bergerak dalam masa tertentu dan secara tak lansung dapat merehatkan minda, tahukah anda, dengan bersujud sahaja kita dapat meringankan beban sakit kepala (pening pening) atau migrain.

fikirkan kembali..

-seawal kelahiran lagi,kita telah dialunkan suara azan.. zikirullah.. mensyukuri amanah Allah..

-sebelum baligh pula, kanak2 islam ini akan dikhatankan.. bukankah berkhatan itu punya banyak kebaikan dari sudut kesihatan? nafsu dapat dikawal, maruah terjaga..
nahh.. sekarang pun, ramai yg bukan islam juga mahu berkhatan demi faktor2 kebaikan itu..

-kita juga ada Ramadhan..
Sekali setahun kita wajib berpuasa selama sebulan.. menahan nafsu, lapar.. dahaga..
dapat merehatkan perut yang selama ini bertungkus lumus berkerja sepanjang hayat kita tanpa henti! ternyata ia memberi kesan secara tak lansung terhadap fisiologi dan psikologi, fisiologi-bdn jadi sihat dan psikologi pula-jiwa mendapat ketenangan n kedamaian..

-Zakat dikeluarkan sebahagian dari harta milik kita untuk diberi kpd mereka yang berhak dan memerlukan.. mengajar kita saling bantu membantu dan menghargai rezeki dari Allah..

-Mengaji Al-Quran contohnya, bukan sahaja memberikan ketenangan minda, malah dapat meningkatkan keupayaan memori! lidah yang sentiasa basah dengan alunan ayat al-quran akan menjadikan pertuturan kita sentiasa lancar di hari tua dan dapat menghindarkan penyakit nyanyuk! tak percaya? buka mata lihat sekeliling.. kaji.. :)

-apabila lama bekerja, mengumpul duit.. tunaikan pula haji di Mekah..
kita pergi menyembah Allah dari harta kekayaan kurniaan Allah pada kita dgn mengunjungi ke Baitullah.. ,
sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kepada mereka yang mampu..
tanda menghargai dan bersyukur padaNya..

oh lupa nak sentuh soal ambil air sembahyang..
InsyaAllah.. umat Islam ni sentiasa dalam bersih keadaannya..
mengambil wudhu tu secara tak lansung dapat membersihkan sebahagian tubuh kita yang giat aktif seharian.. :)

Subhanallah...

itu belum sentuh lagi mengenai panduan hidup yang lain.. urusan perniagaan.. urusan pusaka, urusan jual beli, urusan perkahwinan..semua ada panduannya dalam Islam.. semua telah diatur olehNya..

kita cuma perlu ikut dengan betul sahaja..!

Hidup sebagai Islam ni telah ditetapkan aturannya oleh Allah..
kita telah diadunkan dengan ajaran islam serta hukum hakam dan panduan yang telah ditentukan oleh Allah yang tak pernah akan berubah walau sedikit dan tidak boleh lari walau sesaat..
kerana ianya lengkap digariskan di dalam AlQuran dan Sunnah..

Setiap perintahNya itu punya hikmah tersendiri dan begitu indah untuk diterokai...

Alhamdulillah..

























































































iringjeling: ini cuma pandangan ku shaja.. yang baik itu dari Allah.. dan yang buruk itu dari kelemahan diriku sendiri..

Ingatkan Mofasad tadi...

hari tu, jalan jalan..
tetiba tertengok perkataan tu! kat satu bangunan ni!


eh, tertanya tanya dah bukak kompeni ke si Farid?

hahahah...rupanya salah la.. cuba eja semula..

M.O.F.A.SA.D. lerrr.....

sory la, sepintas aku melihat tulisan tu, aku teringat kat blogger farid!
Korang kenal ke si dak MoFa ni?
cam glamer je..tengok komen hari2 berkepok2 kat entri dia!
menarik, sebab tu aku pun suka singgah..
cerita-cerita yg bersahaja dan catchy!..

aku suka jugak baca citer bila dia malu malu badak bercerita tentang hubungan asramanya dengan bidadari terindahnya tu.. hihihihi.. cover macho ha bro..
tak payah ler kalau dlm hati ada taman.. haha



dan juga,aku sangat ler..... suka!! melihat gambor2 dlm blog se dua tiga das tu! ai like! :D

wahhh... aku macam mempromote blog Farid je nih??
ishhk bukan promote laa
bukan dpt byrn pun ni..
hahaha... jangan mare ye..

saje je..
sbb aku rasa blog dia cam best je (setakat ini la.. ;p)


so, aku kongsi ler ngan kawan2 blog aku kan... mana tau kot ada yang berkenan..
so gengs! pi serbu blog dia ramai2!
hehe.. tapi jgn tergoda dengan godaan pujukan rayunya ya..nanti tak mahu pulang! hahahaha...


(pssstt..aku dengar org kata.. si farid ni gedik! ye ke? )

iringjeling: Farid jgn saman aku ok!

Monday, November 8, 2010

Morning Talk

Assalamualaikum,

Kat pejabat aku ni, sekarang ni dah ada bos baru.... (yg ganti Tn Hj)
dan dia minta supaya disini dibuat morning talk, pada setiap hari Isnin Setiap minggu tanpa gagal..

makanya hari ni kali ke dua Morning Talk ini berlansung, dan aku lah pulak telah diminta untuk berkongsi cerita, info, atau apa sahaja lah!

hohoho.. aku sebenarnya tak tahu nak kongsi apa..
tapi aku ada teringat satu petua yang aku dapat daripada bos lama dulu.. tn hj..
dan aku fikir bagus juga jika dikongsi bersama..

Petua tu aku pernah post kat blog tercinta ini...

nak tahu petua apa?

nah... Klik untuk tahu di sini...

:) semoga bermanfaat untuk semua.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker