Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, August 27, 2010

Lovable Blogger Award di Ramadan Ini.


Assalamualaikum,

ini adalah entri ke 3 ku hari ini! (gigih nampak? ye.. gigih sebab byk kerja dah setel..)
kalau ada yang ketinggalan ikutilah entri pertama dan kedua di sini..

oh ya! lupa, perkara asal ialah! meraikan award yang diterima oleh
terima kasih kerana bermurah hari paskan award ini ! terima kasih kerana mengingati diri ini! hehehe
dah lama tak dapat award ya... sila maklum..

untuk award ini tiada apa-apa perlu dibuat!
jadi dengan ini aku ingin pula serahkan pada 20 org..
Kak Masrida, MimiHamid, Kak Ajilawati, LYAfarina, LynnHamzah, NabilahApaKataHati, Ammieynna, Dni, Maksu, Cikgu Isza,K Ain, Ika, Nadine, Liessa, Kazaztan, HannyMz,ENa, Tedi, Farid, Nain, Alvin, Lumut,Asfaliza, Azila..

yang lain yang nak buat pun boleh.. ambil sahaja..

terima kasih... kerana dirimu begitu berharga..

:D

IringJeling: Selamat Berbuka Puasa... :)

Bukan Taknak Komen

Entry Khas untuk puan Lynn Hamzah..
hehehe.. puan, merujuk pada perkara di atas, ingin saya jelaskan di sini, kedudukan sebenar..
saya telah hampir setiap hari akan membaca blog puan, dan memanglah amat teringin sekali meninggalkan komen-komen yang berkaitan, namun, malang sekali saya tidak berjaya untuk meninggalkan komen di ruangan komen puan.
ini adalah disebabkan saya tidak dapat mencari ruangan komen yang biasanya tersedia di bawah entri. Puas sudah saya mencari di setiap pelusok blog puan, tapi tak juga jumpa!

berikut saya sertakan sekali bukti-bukti di mana ruangan komen tidak kelihatan.

di harap pihak puan memahami situasi yang saya hadapi..

saya ada rasa macam blog puan tak suka saya je...
;p :D jgn mara aaa..

hehehe.. ayat skema giler ye kat atas tu! hahaha..

jangan marah eehh.. kita gurau gurau menskemakan diri je..

tapi tulah masalahnya, tak tahu nape ler.. im sure that other bloggers mesti boleh komen kan?
(aku yang bermasalah je ni! hihihi nak kena mandi bunga ke apa... ;p )

waaaaa... nak komen!!

Honda putih & kisah tersimpul-simpul hingga terbelit sendiri!

Dulu... kau marahkan aku! kau kata aku curang?!

curang? curang atas dasar hubungan apa? bukankah kita bersahabat sahaja?
dan curang yg bagaimana?
kata kau aku menipu, mengelak dari berjumpa kau kerana aku ingin 'dating' ngan teman lain?
ok, ayat itu memang betul , boleh dikatakan curang jika benar aku berstatus kekasih kpd kau..
tapi!?
dan lagi, aku tiada 'dating' ngan sesiapa pun? curang apanya nih?
hah? aku tanya berkali2 apa salah aku sebenarnya, kau minta aku fikirlah sendiri apa salah aku..
puas aku fikir.. takkan sebab aku taknak naik kereta dengan kau kot...
kau tinggalkan aku terkontang kanting memikirkan apa masalah sebenarnya?
aku hubungi kau berkali2.. tapi kata kau hati telah tertutup?
tak boleh terima?

astaghrfirullahal a'zim..
atas dasar apa ni?
atas sesuatu yg aku tak buat lansung?

aku hubungi kau untuk kali terakhir, niat nak minta balik semua hutang2 kau padaku..
tapi aku terkejut, bila kau jawab..
duit tu, kira halal, kau tak mahu bayar, sebab tebus balik semua yg kau dah abiskan pada aku! sebab kau kata kau dah banyak berabis untuk aku!

apa??? biar betul! apa yg kau habiskan untuk aku?

Aku tak pernah minta kau belikan kasut Bonia yang aku tak pernah pakai, sebab tak padan saiz aku! lalu aku beri pada orang lain, alasan kau, mahu aku nampak lebih feminin.. nak tergelak aku melihat sepatu tinggi itu..auuuu gua rock beb, kalau kau letak sniker adidas ke nike ke..mahu aku rembat! haha

Aku tak pernah pakai minyak wangi yg kau beli sebab aku tak suka bau itu, namun kau minta aku pakai atas dasar kau suka bau itu, aku terus terang aku taknak..

Aku tak pernah pakai rantai silver yang kau kasi, aku tak boleh pakai, kulit aku allergik ngan silver, kau degil, kau beli jugak! (silver2 tak main la beb.. orang pkai emas laa.. hohoho..)

Bila kau tengok aku pakai beg aku, nampak buruk kata kau, lantas kau beli beg kulit LV! giler ke ape weh.. beg aku bukan buruk ah.. sezen sezen tu biasalah! so aku taknak! giler la nak pakai beg2 stok mak mak datin! so aku tak terima, tp kau pergi pos pula kat opis aku! kau kata kalau taknak buang la sendiri..

astaga.. untuk makluman, dulu manelah..aku tahu jenama LV Lv nih, tak pernah dengar aku! lalu aku beri kat makcik aku, melompat dia kegirangan! dia kata ori ni... well.. who care? sekarang baru aku tahu beg jenama tu mahal sebenarnya kalau yang ori lah..

gaya dan lagak kau persis orang ada adaan..
kau nak beli cinta dengan uang ya?

awal2 aku dah terus terang aku tidak boleh berkomitmen sebagai kekasih dengan kau,
samada kau nak atau tidak, aku hanya boleh berkawan,
lalu, kau terima.. kau dan aku hanya kawan...
so tak perlu la layan aku lebih lebih la aku tak minta!

kau boleh cakap yg kau nk claimn balik? ish..ish..ishh...
tu smua yg kisah kisah sedih masa nak pinjam duit tu kira lakonan semata mata ke?
yg aku ni kesian.. bmurah hati kasi pinjam.. huuuu. sikit2 kau pinjam sampai cecah rm 800!

byk tu beb..

hmmmmmmm... (tarik nafas panjang...)

tak perlu pening2 lalu aku teruskan shj hidup aku yang penuh berharga ni, tanpa kurang apa2 pun walau tanpa kau.. hahahahaha... aku sayang diri aku!

**Intermission**

ehh... sekarang kau datang balik?
jumpa aku kat fb! aduuiii...
kol aku pulak tu?
siot je kawan aku kasi no tu kat kau!
kau tipu dia, kau katakan kau dah hilang nombor aku, dan kau nak hantar buku2 aku dulu sebelum kau berangkat ke luar negara! cheh! dasar..
ok, aku positif, aku sambut panggilan kau elok2..

namun?

eeehhhhhh kau ungkit kisah dulu pula?
masih salahkan aku lagi pulak tu!
kau kata kau jadi begitu sebab aku tipu, tak mahu jumpa kau tapi jumpa orang lain!
aku tanya siapa?
oooo.. ok, rupanya, dia maksudkan pd seorang lagi sahabat lelaki aku, si samsul yg berkereta honda putih..
lalu dia bcerita.. bla..bla..bla..

laaa... pasal itu ke???

kalau itu aku memang ingat..

imbas kembali..

aku sedang berjalan ke stesyen bas untuk balik dari kerja!
dia berkali2 telefon untuk hantar aku pulang! aku tak mahu! aku tak mahu berkereta dengannya balik ke rumah, aku boleh balik sendiri! titik!
mana tahu rupanya dia ekori aku! (psycho betul!!)

kebetulan lepas aku melintas jalan, kedengaran suara orang menjerit nama aku..
aku toleh, eh.. dia! sambil dia menguis2 tangannya minta aku kesana! (dia di seberang jalan!)
ohh..sorry la brader.. aku nak balik ni.. aku pantang betul orang paksa2 aku ni, mula la timbul benci! uhh!

dan kebetulan pula masa yg sama tu, sebuah kereta honda putih mbunyikan hon! betul2 depan aku! aku tengok, dia melambai lambaikan tangan pada seorang temannya kat stesen bas mini di situ, lalu dia berlalu.. pastu aku pun nak teruskan pjlanan aku lah, sebab bas stand aku jauh lagi! tetiba aku dengar orang jerit lg,

wehh.. dia dah melintas dengan kereta nya ke seberang sini!
aku tengoklah dia sambil geleng kepala tanda taknak juga balik dengannya,
tapi dia buat muka marah sambil terangguk angguk (mcm cakap...."takpe takpe...") sambil tangannya juga menuding nuding arahku..

ahhh.... aku terus berjalan menerusi kedai kedai untuk ke busstand!

aku dah mula benci,
sebenarnya, bibit2 benci dah ada sedikit sebanyak sebab tak tahan dgn sikap dia yang suka paksa dan cemburu buta, hellloo.. aku bukan kekasih kau pun yg kau nak jeles2... paksa aku untuk 'declare' dia sebagai kekasih! (hello..KPI pun tunggang langgang camne aku nk luluskan? ;p )

ohh.. rupa2nya selama ini dia ingat aku tipu dialaaa..
ingat tak kereta honda putih yang kasi hon kat seorang temannya kat bustand tu tadi?

yaa.. dia kata aku taknak balik dengan dia sebab aku nak balik ngan mamat berkereta honda putih tu! dia kata dia nampak kereta tu hon kat aku! dia kata aku tak balik rumah pun, tapi dating ngan mamat tu! (yelah sebelum ni aku memang ada cerita kat dia tentang si samsul kawan aku yg berkereta honda putih kat dia, dia memang jeles giler..aku kata aku kenal samsul tu lagi lama dari dia.. lagipun kita kan kawan2... sejak dari itulah dia jeles aku ngan kawan honda putih aku ni...)

dan kebetulan pulak mamat tu hon kat depan aku! so dia ingat aku dah terkantoi la ngan mamat tu depan dia.. pastu aku buat muka tak tahu pulak...

ish..ish..ishhh.......

kau yang membuat kesimpulan sendiri dan kau hidup dlm tersimpul selama ini...

sekarang...

bila dia salahkan lagi aku sekarang, aku tegaskanlah yg dia salah.. dan tanggapan dia lansung tak betul...
tapi, hmm tapi nampaknya dia masih ingin menegakkan benang yang basah!
( nak marah jugak sebenarnya.. tapi aku cool aje, tak luak ape pun dah...)

di akhir perbualan, dia saje tanya soalan tricky..

"anak dah berapa orang?"
(mula2 aku nak je jawab anak dah sedozen! biar dia takyah ganggu aku lagi! aku tahu dia sebenarnya nak tahu status aku sekarang.. hahaha...)

" anak? ishhh.. mana ada anak lagi laaaa...." (mmg aku belum ada pun..tak tipu..tak tipu..)

"ooohh.. ingatkan dah kawin... kita pun belum kawin!"
(ehh..aku tak cakap pun aku blm kawin! see! tersimpul lagi kamu! haha)

" takpelah i got to go.. boss panggil" aku mencelah..

" nanti malam i kol u lagi ya!"

aku terus letak!

huh, kau ingat aku apa? masa kau nak.. kau datang, masa kau taknak.. kau buang?
huh!
sorry buddy, im taken!
di ulang , im taken already!
hahaha!

IringJeling: hahhahaa tetiba terlintas di kepala aku nak kenakan dia..
nak ayat dia baikk punya.. biar dia terharap harap kat aku.. biar dia tertagih tagih kat aku, pastu aku tinggal dia! hahahahaha (gelak setan! walau setan takda bulan ni!)
Bolehtak aku buatnya begitu? korang rasaaa?...

(entri ini dibuat pada tarikh 4 hari lepas, tapi tak post! dan hari ni,sebelum aku nak post entri ni, ada kemaskini cerita..sambungan.. )

kelmarin dia kol aku lagi,
aku angkat!
dia katakan dia teringat..
dia rindu...
dia mahu kembali seperti dulu..

pada mulanya aku teringin nak melayan! melayan sebab nak kenakan dia sahaja!
nak kasi dia rasa sakit bila terjatuh!
(pastu ada harapan nak minta duit hutang balik, kena cakap baik2 kang dia lari, tukar nombor phone.. macam dulu.. )

mujur tiba2 teman sepejabat datang dan terus aku minta diri darinya..

fikir fikir sejenak..

Astaghfirullah..
kalau aku buat begitu aku adalah sama seperti dia!
dan tidak mahu jadi sepertinya..

balik..

aku cerita pada habibi...
dia mendengar.. namun senyap aje..
ku minta maaf pdnya..jika bertutur dengan lelaki itu tadi mendatangkan dosa padaku..
jika niatku juga telah tersimpang..
maafkan aku..
redhai aku..
belailah aku (ciss.. suka sangat nak kena belai.. :p)

syurgaku terletak padamu..
akhir sekali aku katakan dialah my hero yg sentiasa dihati..
tiada ganti..
tiada yang sama..
sayang sangat..
ketahuilah..
tak mungkin ada yang dapat meragut perasaan ku ini padamu..
erana kau yang pertama..
dan ku ingin kau juga yang terakhir..
kerana hanya kau yang mampu membuka hatiku..
kau yang pertama sayang..
Semoga Allah mberkati hubungan kita hingga keakhirnya..
semoga Allah merahmati hubungan kita..
emoga kebahagiaan sentiasa ada..


Dia ada kol berkali kali semalam tapi aku tak angkat! pastu dia mesej ;

"takpe lah.. orang dah taknak kawan ngan kita.. tahu.. mesti dengan lelaki lain kan, tu yang takboleh angkat fon!"

dlm hati aku: isshhh! engkau ni?? hmmmm biarlah... tersimpullah kau buat selama-lamanya... aku, Alhamdulillah bahagia setakat hari ni.. kau? ada? dok main simpul simpul sendiri ler weehhh....

panjang ceritera aku kali ni!
tak pasal-pasal nak kena ulang cerita pulak!
korang faham ke cerita aku ni weh... tak paham takpe.. hehehe
tiada tersurat.. semua telah tersirat..
:) syukur


buat ni minggu lepas, hari nak buat lagi, sebab ada orang tu suka sangat makan.. :D

Thursday, August 26, 2010

Aksi Ramadan

Berjaya!
tengok gambar di atas? tiada frame kan...
huhuhu.. rentetan entri semalam..
akhirnya dah dapat penyelesaian..
BloggerUniversity  yang tolong.. :)

so sesiapa yang  nak tahu pun boleh klik bloggerUniversiti kat atas tu ya!
macam2 ada.. :)

cara lain pun ada juga, di mana cara itu bolrh digunakan hanya untuk post2 imej yang diperlukan sahaja.. bukan keseluruhan..
tapi dah berpeluh cuba tadi tak dapat pun...
takpa.. cuba lagi.. usaha tangga kejayaa! :D

terima kasih atas cadangan kawan2 semua... :)

IringJeling: anda yang mana ? satu? dua? atau tiga? (^_^) selamat menjalani ibadat puasa dengan jayanya...
wassalam..

Wednesday, August 25, 2010

Sesiapa yang baik hati boleh tolong ajarkan.

Assalamualaikum,

nak tanya, mcamana nak buat, nak hilangkan 'frame' (bingkai) pada gambar dalam blog?
mesti ada ramai yg tahu kan? dah explore gak tapi masih tak berjaya? boleh kan?

Pastu boleh ke buat kalau kita nak gambar itu sahaja, background nak sama ngan background kita.. errrr... itu boleh buat jugak tak?

Balik kerja main kejar-kejar
kemudian pula menari salsa..
saya budak baru nak belajar..
sudi sudilah luangkan masa..

Selamat berpuasa.. :)

Tuesday, August 24, 2010

Bila Tangan dah mula gatal

Bila tgn aku dah mula gatal..
mula lah nk melukis lukis..
rentetan dari lukisan yg aku lukis untuk entri kat bawah tu..
saje je tgn ni gatai nak lukis lukis lagi..
dah lama dah aku tak mlukis.. lama giler..
ala bukan reti pun.. saje suka2 minat nk mlukis..
hehehe...

maka terhasillah lukisan seperti di bawah

konon konon je...


yang bawah ni memang tak jadi lansung! giler lama tak melukis! hilang skil doh!
Kuna, kurus jadinya!
hahahahaha...


Selamat petang dan selamat menjada ibadat puasa hingga waktu berbuka nanti..

IringJeling: korang kalau nak kutuk lukisan aku nih, simpan2 je la ye.. bulan posa nih.. tak baik, huhu.. :p

Astaghfirullah..

Assalamualaikum,
salam Ramadan untuk semua..
puasa macamana setakat ni?
:)
semoga Allah terus memberikan kekuatan dan kemudahan untuk kita menjalani ibadat di bulan ini..
jgn lupa solat tarawih juga..
aku pun Alhamdulillah masih ada upaya untuk laksanakan tarawih..
sebut pasal terawih ( memang tunggu masa nak sebut pun dari tadi.. hehehe..)
kejadian ni 2-3 hari lepas,
aku ke surau dekat rumah,
berjalan bersama habibi.. sambil azan sedang berkumandang..
tetiba adalah sekumpulan 2-3 orang perempuan bertelekung sembahyang, melintas depan kami!
mulanya aku takda la perasan pun!
b aku yang nampak! (nampak aje matanya! ishk)
dia mjueh2kan mulutnya, ngan mata2nya meminta aku melihat pada matanya yg terarah di depan kami! matanya bulat terkejut..
Aku pun tengok la...

Astaghfirullah...
biar betul!
aku saling berpandangan dengan b!
budak pompuan tu pakai telekung sembahyang dengan kakinya berbogel!
aku tengok ada seluar yg sangat pendek dalam telekung tu..
lalu dia masuk ke surau..
bila masuk kesurau je, dia terus sarung kain sarung kain sembahyang..
maka tertutuplah kebogelan betisnya itu!

aku terkedu di situ..
mulut terkunci pula..walau hati berkata2..

aku tunggu nak tegur budak tu nanti masa balik,
tapi lepas habis sembahyang tu aku nampak dia.. keluar dengan kawan2nya tanpa membuka kain sarung sembahyang... hmm.. mesti dah ada orang tegur lah tu..

untuk gambaran lebih jelas, sila lihat lukisan aku kat bawah ni.. dari belakang..


Pastu semalam pulak!
dah lepas habis sembahyang, lepas makan kuih moreh..
terserempak pula yang macam ni!

adussss.....

bajet apa kah ini..hah!


selidik2..Rupanya mereka ini golongan Indon, pekerja2 kilang yang menyewa berdekatan rumah kami.. patutlah lain benar! hey! kamu ingin membawa budaya apa kat tempat kami?
maaflah..aku tahu tidak semua indon adalah begini.. namun segelintir ini jika dibiarkan akan membawa virus pula..

IringJeling: lansung tiada adab sopan..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker