Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, November 29, 2012

Aku kena serangan malware ke?

Assalamualaikum,

betulkah blogku kena serangan malware?
no wonder la statistik ku mencanak tinggi!
adakah itu sebabnya? pastu komen2 spam pun ada jugak!
thansk to cik Farra, Pok Amai Amai kerana telah maklumkan perkara ini! thanks so much.. sgt2 hargainya...
tapi semalam sempat la godek2 jap, menatang ape ni! maklumla aku buteee IT sikit! baaanyak kott..huhu!
pastu cuba check mengikut apa yang disarankan oleh para blogger..

nampak macam takde je malware katanya...
so cemana ye..?
ada ke sesape bleh tolongg... huuuu..


so cemane... tulun tulunnn...!

Wednesday, November 28, 2012

Durian Crepe dengan Inti Krim Kastad! wallaa......!!


Assalamualaikum,

Demam doyan crepe belum abis lagi..
awal2 dulu cam susah je nak cari menda nih,
sekarang dah ramai orang buat ni..
sana sini sibuk memperkatakannya.
Aku pun tak terlepas.. ;)

Sebelum ni buat Durian Crepe guna resepi Suhaida Mohaini =)
kali ni nak cuba resepi lain pula... =)
Dengan Inti Krim Kastad!
Memang rasanya betul2 cam aiskrim laa..
wallaaa....


Mari kongsi resepinya yang dikongsi oleh KakZu Semanis Gula

Filling Cream Custard

200gm  susu segar ( ku cuba 100 gm susu segar, 100gm susu cair, sebab susu tak cukup)
2biji telur kuning
30 gm gula halus
sedikit tepung kastad ( ku tambahkan untuk memekatkannya)
satu kan semuanya dan kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm non dairy whipping cream - di putar sehinggan kental

Isi durian segar secukupnya. ( kebanyakkan nya aku guna isi durian D24)

Cara; satukan custard dengan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
sedia untuk digunakan.
letakkan inti cream custard atas Crepe, kemudian isi durian dan inti cream custard sekali lagi.
balut crepe dengan cara melipat atas bawah.. dan tepi kiri kanan..
dah siap!! =)



~ pulangkan pinggan kak Nor sebelah dengan Durian Crepe! =)



Mula mula beli dengan orang.. pastu tak puas makan, kena buat sendiri laa.
ha makan la sepuasnya..
pastu bagi jiran2 terdekat dan kawan kawan sepejabat rasa..
pastu kebetulan mereka suka pula dan minta buatkan untuk mereka..
Alhamdulillah.. saya suka bila awak suka!
terima kasih.. =)

~geram pulak tengok ketul ketul DC yang bam bam tu! bila geram je nggap! bila geram je nggapp!! hehe~


Itu sahajalah cerita tentang si Glamer DC ni untuk hari ni..

Selamat mencoba resepi baru ini..




~kalau orang dalam pantang tak bleh kot makan ni..
humm... ~

Friday, November 23, 2012

Pemanggang Ajaib dan Resepi Grilled Lamb Chop

Assalamualaikum,

mari kongsi pengalaman baru saya menggunakan Pemanggang Ajaib ini!
sebenarnya entri ni dah lama dok dalam draft.. 
baru hari ni sempat ku siarkan.

Dan ini lah masakan perasmi Pemanggang Ajaib ku...




Resepi ini aku ambil dari Kak Wana Yusof pemilik Potret Kasih 
terima kasih kak, kerana sudi berkongsi rahsia resepi ini! sangat berpuas hati dengan hasilnya!
kalau korang semua nak tahu resepi asalnya.. boleh ke blog Kak Wana..
Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap

5 ulas bawang putih
* 1sudu kecil serbuk halia - yang ini aku tambah sendiri
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar ( tak bubuh sebab tak jumpa hari tu! ;p)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering (yang ni aku x tumbuk), garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun 
 ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk. ( untuk makluman, aku tak sempat nak perap semalaman, cuma perap seketika sahaja )
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

Namun, bagi merasmikan pemanggang ajaib ku itu! 
haruslah menggunakan Pemanggang Ajaib Are Ikan, keluaran Menang Glassware.. =).!

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Namun, aku cuma hidangkannya bersama Kentang, sayuran dan bebawang..
caranya.. masukkan kentang, lobak merah serta sayuran lain bersama daging selepas 10-15 minit pemanggangan dengan pemanggang ajaib itu..

selepas lebih kurang 45 minit... dah boleh dihidangkan..
untuk makluman, mungkin masa 45 yang aku ambil ni lama sebab.. aku dok buka tutup letak sayur..
buka tutup letak bawang dan capsiumm..

Dan kalau menggunakan pemanggang ajaib ni sebenarnya tak perlu untuk memerap lebih lama..
sebab ramuan tu semua menyerap masuk ke dalam daging daging tersebut.. serasa..
mungkin kerana fungsi pemanggang tersebut yang kedap udara..
maka rasanya dan aromanya kekal bersama sama daging tersebut.. =)

~  hidangan untuk sidia... =) gembira hati bila si dia sangat menyukainya... ~
" dagingnya empuk! tak macam u buat hari tu liat! dagingnya macam juicy juicy.. best! ai like!"



~ hari hari mau masakla kalau camni.. hehe ..~

Thursday, November 22, 2012

Ketentuan Allah..

 Assalamualaikum,

Pagi pagi lepas subuh dapat sms dari adinda ku dari kampung yang berbunyi..
"... Sabar ye kela. Jgn sedih2 eh. Smua Allah punya kerja, Allah nak uji la tu, kela kena sabar dan kuat. kita doa je lg. yakin dengan Allah,kte jgn putus asa! ada la tu yang terbaik dari Allah nanti. Alang sentiasa doa utk kela semoga dimurhkan rezeki. InsyaAllah...
Ceria slalu!"

bila je ku baca air mata terus berderai..
tak sangka nasihat dari seorang adik ini mampu menyentuh hati seorang kakak..
humm.. ternyata adik2 ku semuanya dah besar besar..
dah pandai..
bijak berkata kata..
InsyaAllah.. kata katanya ini memang akan membuatkan aku kuat dan tabah..

Terima kasih duhai adik..



Rezeki Allah luas seluas luasnya...
tarik nafas.. hayati.. dan hargai setiap udara yang disedut..

Syukuri setiap pemberian dari Allah..
sesungguhnya sesuatu yang terjadi pasti punyai hikmahnya tersendiri..

Ayuh! bangkit!
Doa. Usaha. Tawakkal.

Wednesday, November 21, 2012

Kerja

Assalamualaikum,

Apa khabar semua teman teman?? moga sihat sejahtera semuanya... =)
Hari ni kerja.
Ni tengah update masa kerja?
ups...
nanti kita update dan jalan jalan rumah kawan2 time time free kejap lagi ya.. Rinduu...

nah!

=)

Jumpa lagi!




Tuesday, November 20, 2012

nak update blog!

Assalamualaikum.. selamat malam rakan rakan!  maaf baru sempat update ni. ini pun mmelalui telfon pintar encik boss kat umah ni.. lamakan aku tak brupdate...   cuti pnjng mgu lepas tu satu hal la.. kesihatan pun tak bape baik.. zdari mgu lepas MC je... dugaan kesakitan dari Allah untuk aku. terima dgn penuh hikmah.. sakit ni x bleh dlayan sgt.. kena kuat.. kena lawan.. mohon kwn2 sudi sudilah  doakan yg tbaik... rasa kosong kalauxda gambar kan. humm guna hp ni dah try byk kali xlepas2 pin nk ipload gambar. ok selamat yidur.. oh dah jam 12.15 pagi! selamat pagi!  selamat bekerja esok pagi.. aku tak tahunla esok mampu ke pejabat atau tidak.. kalau tak.... hmm mc lagi la...  ok jumpa lagi.Assalamualaikum..a

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker