Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Saturday, November 10, 2012

Anak perempuan Azizulhasni Awang!

Assalamualaikum,

Pagi2 buka FB tengok Azizulhasni update FB nya tentang anak perempuannya yang baru lahir pada 6hb November 2012.. 
=)
Syukur ALhamdulillah.. semuanya selamat..
dan pocketrocket juniornya ini sangat sangaat la mencuri perhatianku!!
Kurniaan dari Allah yang sangat2 la comel..


~ tengok si bam bam itu.. sangat la comel.. beratnya 3.99 kg... =) sihat.. kiut miut..~

Tahniah Azizulhasni dan isteri!
semoga semuanya dipermudahkanAllah..


seorang lagi khalifah Allah..
ummat Nabi Muhammad S.A.W.
semoga berjaya di dunia dan akhirat..


Friday, November 9, 2012

Sahabat baru kat dapur.. =) Pemanggang Ajaib dan Smart Spin!

Assalamualaikum,

mari nak kenalkan dengan kawan baru saya kat dapur.. =)

Ini dia..

Pemanggang Ajaib! yang kini milik saya!! =D





Alhamdulillah.. akhirnya berjaya dapatkan satu...

Lepas ni boleh lah bereksperimen dengan Pemanggang yang dipercayai best nih! hmmmm...
nanti kita kongsi resepi.. =)




~ Kalau ada yang berminat... boleh juga dapat kan pemanggang ajaib ini dari saya!
mungkin anda semua memerlukan sahabat seperti ini di dapur anda.. ;p
Harganya RM 129... tapi aku boleh kasi diskaun lagi kalau kawan kawan nak! hehhe.. 
sila sila...ya! (^__^)/'

**************************************************************************

Ya... ada satu lagi....
ni pun satu lagi sahabat baru saya di dapur...

Smart Spin!!



Datang dalam 3 saiz... Besar, sederhana dan kecil... semuanya 49 keping! termasuk penutupnya dan spinnernya tu.. =)

aku beli dengan groupon ni... masa tu tengah ada diskaun.. cuma RM 35 je.. (..kalau beli 3, so kami pakat2 dengan kawan2.. kalau beli 1 mahal sikit la.. )
Aku sangat sangat seronok bila barang ni dah sampai..!
sangat sangat menjimatkan ruang
teratur..
mudah untuk dibuka
boleh pusing pusing.. hehe ;p
boleh digunakan untuk mikrowave dan juga sejuk beku.

im happy.. =)

setiap dapur perlu ada nih!

ok itu sahaja yang mampu dikongsi untuk hari ini...




Selamat hari Jumaat...
Hari paling gembira kan? ;D
Selamat bercuti panjang..
dan selamat beriadah dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga tersayang...

love ya





Wednesday, November 7, 2012

Recipe Homemade Meatball ala IKEA

Assalamualaikum,

atas tekanan perasaan , desakan keinginan yang membuak2 dan
kemahuan sang suami 
terhadap menu di atas ini, yang sememangnya sangat fofular di IKEA Damansara..
  maka..
gigih aku mencari cari resepi untuk membuatnya di rumah sendiri!

dan Terjumpalah resepi dari teman teman blogger Nice to see Nice to Eat, yang turut merujuk pada  Faa Rosli , dan wildcutecat , daripada rujukan resepi resepi mereka.. maka terhasillah.. menu seperti di bawah ini...
terima kasih tidak terhingga!

nyumm.. nyumm...




Apa kata anda cuba juga resepi ini di rumah??
puasss hati... =D




Cubalah resepi ini  di rumah .. ! =)
Resepi ini diolah sedikit sebanyak dari sumber resepi resepi kawan kawan kita juga=)
terima kasih tak terhingga.. =D
Resepi Meatball Ala IKEA

250-300gm Daging Cincang
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa

Cara-caranya:

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .
Untuk sayuran:
Baby Carrot
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..


Selamat Mencoba ya.. =)



~ tu tangan juri proffesional sedang mencobaa..... ~



 Selamat mencobaa.... =D



warning! sila tutup mulut anda pabila melihat gambar2 ini..
dikhuatiri akan meleleh dengan sendirinya..
heheh.. ;)

Wassalam..




Tuesday, November 6, 2012

Resepi Durian Crepe

Assalamualaikum,

hampir lupa.. Hari tu kan ada siar gambar Durian Crepe kat sini 




tapi lupa nak kasi resepinya...
aku ambil resepi dari sahabat Magna ku.. Suhaida Mohaini! boleh juga tengok disini resepinya..
atau telah aku salinnya di sini juga.. =)

DURIAN CREPE
by : fb (Zalina Eena)
sumber : fb (Anie Japri)
 
bahan2
  •  50gm tpg superfine/gandum
  • 1 sdb tpg ubi kayu 
  • 2sdb gula kastor
  • 3 sdb butter di cairkan
  • 1 biji telur
  • 160ml air
  • 40ml susu cair
  • 1/2 sdt esen vanila..
  • sedikit pewarna.. 

Cara2 :
  1. satukan semua bhn2 td & wisk je sampai sebati.. kemudian tapis adunan td
  2. sendukkan sesenduk tuang dlm kuali leper @ non stik, wat mcm buat ketayap tu ye.. tp jgn terblkkan & guna api slow aje
  3. dah masak biar sejuk..

Bahan filling
  • fresh krim yg pukul soft peak
  • isi durian 

Cara gulung:

  1. Ambil sekeping crepe tadi bahagian licin di bwh ye.. letak fc ratakan skit letak isi durian kat tgh n lipat gulung mcm lipat ketayap aka kuih gulung tu.. 
  2. Simpan dlm fridge jap blh la ngap.. enak dimkn ketika sejuk...
 
terima kasih su.. atas resepi yang sangat le sedap.. =)
sampi berkali kali buatnya! kengkawan pun suka!
tu yang sampai buat berkali kali..
memang tidak menghampakan!

selamat mencuba semuanya...

selamat tengahari..
selamat menjamu selera.. 



Senyum..






Monday, November 5, 2012

Jemput minum...

Assalamualaikum,
Hujan masih lagi membasahi bumi...
sejuk..
meh pekena kopi panas kaww denga biskut marie 
memang terangkat...
hmmm... harum semerbak..


Apa khabar kawan kawan..?

sihat sokmo lah hendaknya..

semoga semuanya sedang berbahagia hendaknya...

ingat la..
setiap ujian yang Allah turunkan kepada kita adalah kerana Dia sayangkan kita..
Dia mahu kita lebih dekat kepadaNya..
sesungguhnya bertuahlah bagi sesiapa yang terpilih olehNya..
dan beruntunglah bagi orang orang yang bersabar..
Istiqamah dan tetapkan iman..

=)

dah asar pun!! jom solat!




Friday, November 2, 2012

Sedihnya...

Sedihnya hati ni....
mengadu pada yang Satu sahaja..
menangis nangis teresak esak bagaikan budak kecil kehilangan ibu..
(perasaan yang sama semasa aku kecil dulu.. 
yang masih teringat sampai sekarang...
masa tu.. aku baru balik dari tadika, masa tu aku kena denda, jadi aku kena hukum, balik lewat...
bila je cikgu lepas kan balik.. dalam fikiran aku cuma satu!
iaitu mama!
tak sabarnya aku nak balik rumah jumpa mama..
nak tengok muka mama.. nak ngadu kat mama.. nak makan nasi suapan mama!
terbayang bayang wajah mama di mindaku..
sesampai sahaja di rumah.. aku tengok rumah berkunci,
puas aku memanggil nama mama...
Mama! mama...!
tapi tak kedengaran sahutan mama..
maka air mata terus mengalir dengan lajunya...
masa kecil2 dulu, kami duduk di quaters pegawai .. flat... tingkat 4.. di koridor tu ada tiang besi...
panjang2 macam besi dalam penjara tu..
maka meratap meraung la aku di situ.. sambil memegang besi dan menekapkan muka pada besi itu..
memanggil mama..
aku duduk di sebelah basikal merah yang papa baru beli.. teresak esak di situ..)

yaa... begitu lah perasaan ku...

Susah nak puaskan hati semua orang...

semoga Allah bukakan pintu hatiku..
terangi jiwaku..
tunjukkan aku jalan yang benar..

dan begitu jualah pada mereka...
semoga kita sama sama mendapat hidayah dari Allah..

kita hidup semuanya tak lama..
dunia ini hanya sementara..
sampai masa kita semua kan pergi juga...

tapi,
aku tak mahu pergi dengan perasaan kamu membenci aku..

maafkan atas segala keterlanjuran ku..
samada sengaja atau tidak sengaja..

aku hamba ALlah yang lemah..
yang masih perbaiki diri. 
Semoga Allah tunjukkan jalan keluar atas segala kekusutan ini..

maafkan aku..




Bila hati berbicara..

Assalamualaikum,

Hati manusia ni sama... semua berperasaan..
kalau tak berperasaan tu bukan manusia namanya
ada yang cepat benar tersentuh hatinya...
ada yang keras hatinya .. lambat nak terasa hatinya..

sepanjang penghidupan aku di dunia ini..
tahap kemasinan garam yang telah dirasai sedikit sebanyak mengajar aku betul lurus kehidupan..
aku belajar bahawa
salah! jika kamu beranggap semua orang akan bahagia jika kau bahagia..
salah! jika kamu beranggapan setiap senyuman yang dilemparkan itu akan mendapat balasan yang sama
salah! jika kau beri gula gula orang akan ingat kemanisannya sampai mati
salah! jika kau anggap semua angguk itu tanda setuju..

namun...
betul! tak semua orang itu berhati hasad
betul! kebaikan akan menang.. dan kejahatan akan kalah juga akhirnya..
betul! kebahagiaan akan datang selepas kesusahan

Betul! percayalah ..

jika kita buat salah.. sudah tentu akan dipandang salah dan orang akan cepat menghukum!
jika kita buat betul.. pun masih ada orang yang mahu memandangnya sebagai kesalahan..
jadi.. buatlah yang betul yang disukai Allah..! kerana,
hanya Allah sahaja Penilai yang sebenar benarnya atas segala sesuatu!

aku tak perlu terlalu memikirkan mahu membuat segalanya seperti yang kamu mahu..
kerana sudah jelas setiap jenis kebaikan yang ku buat tetap tidak akan pernah cukup.. jika kau tetap tidak mahu menerimanya..




untuk semua pemenang teka teki, hadiah akan mula dipos hari Isnin ini ya, maaf sebab kekangan kerja, tidak mampu untuk meguruskannya segera..
tapi ada yang belum kasi alamat nihh..
sila kasi alamat sebelum hadiah anda bertukar tangan... ;)




Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker