Assalamualaikum,
lama tak keluarkan entri masak masak..
hari hari pun main masak masak.. tapi.. tak sempat nak siarkan aje.. =)
so kali ni, menu main masak2 hujung minggu lalu...
Laksa Penang! dah lama dah teringin nak buat laksa nih,
lagi lagi bila berjalan kat rumah cik Amy kita! ada gambar laksa Utara.. oh ya.. aku yang pangggil laksa penang.. sebab dah terbiasa panggilannya dari kecil lagi.. Laksa Penang..
apa lagi.. terus la tekad nak buat hari Ahad lalu.. kebetulan pula mama ada kirimkan bunga kantan dan daun kesom kat papa hari tu!! ironic sungguh kan! =)
so ini lah laksanya...
Resepinya.. mesti kena sertakan juga.. saya ambil resepi dari blog Cik Amy je.. tima kasih tau! sambil nak buat tu, sambil bukak internet.. sambil kol mama juga, the expertise hehe.. maklumlah 1st time nak buat nie...
***************************************************************
(di tokok tambah sikit oleh ku)
Bahan- bahan :
1 pkt laksa
1 Kg ikan selayang / kembung - Ikan Sardin juga dikenali sebagai Selayang.. aku guna dalam 3 ekor sahaja yang besar besar punyee...
10 –15 tangkai cili kering *** - 3-5 sudu cili kering yang telah di kisar..
5 biji cili padi (ikut kalau nak pedas tambah la) ***- yang ini aku tak letak sekali, siapa nak pedas boleh tambah sendiri nanti..
3 biji bawang besar ***
2-3 ulas bawang putih **
5-10 keping asam gelugur
Garam dan Belacan secukup rasa
Daun Kesom & Bunga Kantan
Bahan Hiasan (ulam-ulaman)
– Daun salad, daun selom, timun, bawang besar, cili api yang telah
dipotong halus….hirisan limau nipis dan telur rebus. (shida suka pucuk
janggus dan pucuk putat..memang sah sah orang kampung kan)
Cara Membuatnya :
- Laksa
direndam dlm tempoh 1 jam…dan rebus..toskan apabila laksa dah betul2
masak / kembang (nak pastikan laksa tak liat semasa di makan…amik 1 –2
urat laksa masuk kan dalam piring yang di isi air…cuba putuskan..kalau
susah nak putus tanda laksa tersebut belum masak…jika mudah diputuskan
itu tanda nya laksa tersebut sudah masak dan tidak liat)
- Rebus ikan yang telah dibersihkan.
Masukkan sedikit garam dan 3-4 keping asam gelugur.(asam gelugur ini
simpan utk dimasukkan ke dalam kuah)
- Kisar bahan-bahan yang bertanda ***
- Ikan yang telah direbus di asingkan isi dan tulang..Simpan air rebusan ikan.
- Kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan tadi.
- Kisar tulang dan tapis (ambil air nya sahaja)
- Masukkan bahan-bahan *** yang
telah dikisar tadi bersama-sama dengan isi ikan dan air tapisan
tulang…sekiranya air rebusan ikan masih berbaki..masuk kan juga air
rebusan ikan tadi…sekiranya air tidak mencukup..tambah dengan air
biasa…TETAPI jangan terlalu cair..
- Masukkan asam gelugur, garam, belacan secukup rasa
- Masukkan daun kesom dan bunga kantan
- Biarkan ia mendidih dan masak…
- Sedia dihidangkan
***************************************************
sambil makan makan laksa, tekak haus minta di sejukkan dengan Jus kedondong asai boi..
buat ni untuk kali kedua! b request nak minum katanya teringat ingat jus yang aku buat hari tu..
dan rezeki b la.. pergi ke NSK ada pulak buah ni! tak selalu ada buah ni..
dan untuk makluman.. kedondong ni pun ada 2 jenis..
1 yang seedless.. kulitnya pun licin cantik je.. dan x masam sangat, rega dalam 3.++ sekilo..
2 yang jenis biasa tu.. kulitnya tak bape cantik.. comot2.. dan agak massham... rega dalam 1.90 sekilo..
jom kongsi cara buatnya jom!
bahan2 nya..
- Beberapa biji buah kedondong
- asam masin boi putih
- gula
-air masak
-kisar semua buah kedondong yng telah di buang kulitnya tu bersama air masak
-kisar sekali dengan gula..
-atau buatkan air gula asing pun boleh..
-rendam asam dalam air panas pun ok gak, cepat sikit dia meresap..
-campur je semua tu dan tambah la ais ketul...
-dah boleh minum...
mari tatapi jus yang super marveloues segar, nyaman lagi sedap ini.. hahaha..
(ini gambo yang buat hari tu..)
aduh.. nyamannya terasa!