sedikit untuk motivasi diri..
Di Jepun, rakyatnya memang suka makan ikan segar dan kebanyakkan mereka makan mentah mentah. Tapi ikan ikan yang berdekatan dengan pantai mereka tidak begitu banyak dan ini tidak boleh menampung keperluan mereka.
Para nelayan perlu belayar lebih jauh ke tengah laut untuk mendapatkan lebih ikan.
Maka para nelayan telah membina bot bot besar untuk ke laut , tapi lebih jauh mereka pergi, lebih lama juga masa yang diambil untuk membawa hasil tangkapan.
Jika waktu pulang melebihi dari sehari, makanya ikan tidak lagi segar dan rakyat Jepun memang tidak menyukai rasanya.
Jadi mereka telah membawa peti sejuk ke dalam bot mereka, ikan ikan yang ditangkap akan terus di isi ke dalam peti sejuk tersebut. Maka para nelayan boleh berada di lautan lebih lama..
Namun begitu, rakyat Jepun masih tidak menyukai rasa ikan yang disejuk beku kerana rasanya tetap tidak sama seperti ikan segar, dan harganya juga menjadi rendah.
Jadi mereka cuba cara lain pula,
mereka letakkan satu tangki air besar dalam bot dan ikan2 yang ditangkap akan dimasukkan terus dalam tangki tersebut, maka ikan tersebut masih hidup di dalam tangki. tapi setelah sekian lama, ikan2 tersebut telah begitu banyak, keluasan tangki juga terhad, ikan2 terebut berhenti bergerak dek keletihan dan tidak bersemangat.. namun masih lagi hidup!
Malangnya rakyat jepun masih dapat merasa kelainan rasa ikan2 tersebut, ikan ikan itu telah hilang rasa kesegarannya kerana kesuraman berada di dalam tangki..
Jadi, Macamana mereka nak mengekalkan kesegaran ikan itu hingga ke Jepun? apa cara yang perlu dilakukan?
maka...
untuk mengekalkan rasanya yang segar..
mereka masih meletakkan ikan tersebut di dalam tangki,
tapi?
mereka juga telah menambahkan seekor ikan jerung yang kecil di setiap tangki tersebut!! :)
ya, sudah tentu jerung jerung itu akan memakan beberapa ekor ikan, namun kebanyakkan ikan ikan yang sampai adalah sangat sangat segar sekali! ikan ikan tersebut telah di challenged! telah di cabar! maka mereka perlu bergerak aktif apabila dikejar jerung! dan mereka tidak lagi lemah.
Moral of the story..
samada kita sedar atau tidak, kebanyakkan kita hidup dalam kelompok sama yang menjadikan kita sugul, letih dan tidak bersemangat, jadi kita perlukan 'jerung' untuk membuatkan kita tersedar dan terus bergerak! secara amnya, 'jerung' dalam kehidupan kita adalah suatu cabaran baru yang terus membuatkan kita aktif dan mempunyai nilai yang bagus..
"The more intelligent, persistent and competent you are, the more you enjoy a challenge.
If your challenges are the correct size, and if you are steadily conquering those challenges, you are Conqueror. You think of your challenges and get energized. You are excited to try new solutions."
Enjoy working & challenges!!!!
'jerung' kita biasanya ialah bos kita lah!
'jerung' aku memang takleh dok diam.. so aku memang kena selalu aktif.. :)
kang kena nggapp! k.o. ....
tapi takpe...
itulah challenge!!!
ini ialah cerita yang dikongsi oleh bos aku... katanya, dia sebagai bos.. besar tanggungjawab, nak kena pastikan staffnya semuanya bergerak aktif...
~ update blog masa lunch sambil makan cadbury... :)
terima kasih syeima_87 sudi ikut blog ini! :D