Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, March 17, 2011

Saya dah terima, hadiah dari Rima, hati bergema, jiwa berirama...


Cik Rima menjual..saya membeli
pantun digubah..menjadi seni..
setelah ditapis berselang seli
maka habuannya.. beg cantik ini..

Terima kasih cik Rima!! :D


tak sangka pantun ku hari tu.. bertuah untuk memiliki beg ini..
jauh ya datangnya beg ni kan?
terima kasih tak terhingga dan daku terima hadiah ini dengan senang hati dan gembira..

=)


orang berbudi.. kita berbahasa..
orang memberi.. kita merasa..

Kad Persahabatan dari Adinda Amy Sensei =)


Selamat tengahari ya... :)

lama dah tak dapat kad kan...
kali ni aku dapat kad dari Adinda Amy Sensei!

terima kasih kerana sudi melayangkan kad ini...
sangat gembira dan terharu dengannya..
semoga persahabatan kita ini dirahmati oleh Allah..

persahabatan ini memang indah..
letaknya cantik di dalam hati..
jika hubungan kekal indah..
menjadi ingatan sampai mati..

terima kasih cik Amy!

:D

Zao Shang Hao !

Assalamualaikum dan selamat pagi..

mari curi masa sikit nak kongsi apa sarapan pagi ni, semalam teman sepejabat beri kupon sarapan pagi di mcdonald! hari ni tarikh akhirnya!!
huhu.. so pepagi lagi kami dah terjah mcd untuk sarapan pagi =)


~set untuk 2 orang worth RM13++ ~

~suka hashBrown dia.. cedap le~

~ a cup of tea for me.. and a cup of coffee for him~

terima kasih ya Pian bagi kupon ni, Alhamdulillah.. rezeki hari ini...
kalau tak kerana kupon memang tak jejak le ke mcd ni...

Alhamdulillah...

korang dah sarap ke?
apa di makan?

semoga sarapan pagi yang dimakan menjadi tenaga penggerak untuk kerja hari ini..

jaga diri... :)

zai jian!



Wednesday, March 16, 2011

MATA itu

Dari mata turun ke hati...




apa guna punyai mata jika
'tak tahu menghargai keindahan alam yang memukau..'
apa guna punyai mata jika
'kaca disangkakan emas'
apa guna punyai mata jika
'gajah depan mata tak nampak, namun semut yang 1000 batu pula yg nampak'

jangan jadi 'buta dalam celik'...

Syukur..
kerana masih diberi nikmat untuk 'melihat'..



Tuesday, March 15, 2011

Jerung kamu bagaimana?

sedikit untuk motivasi diri..

Di Jepun, rakyatnya memang suka makan ikan segar dan kebanyakkan mereka makan mentah mentah. Tapi ikan ikan yang berdekatan dengan pantai mereka tidak begitu banyak dan ini tidak boleh menampung keperluan mereka.
Para nelayan perlu belayar lebih jauh ke tengah laut untuk mendapatkan lebih ikan.
Maka para nelayan telah membina bot bot besar untuk ke laut , tapi lebih jauh mereka pergi, lebih lama juga masa yang diambil untuk membawa hasil tangkapan.

Jika waktu pulang melebihi dari sehari, makanya ikan tidak lagi segar dan rakyat Jepun memang tidak menyukai rasanya.
Jadi mereka telah membawa peti sejuk ke dalam bot mereka, ikan ikan yang ditangkap akan terus di isi ke dalam peti sejuk tersebut. Maka para nelayan boleh berada di lautan lebih lama..
Namun begitu, rakyat Jepun masih tidak menyukai rasa ikan yang disejuk beku kerana rasanya tetap tidak sama seperti ikan segar, dan harganya juga menjadi rendah.

Jadi mereka cuba cara lain pula, mereka letakkan satu tangki air besar dalam bot dan ikan2 yang ditangkap akan dimasukkan terus dalam tangki tersebut, maka ikan tersebut masih hidup di dalam tangki. tapi setelah sekian lama, ikan2 tersebut telah begitu banyak, keluasan tangki juga terhad, ikan2 terebut berhenti bergerak dek keletihan dan tidak bersemangat.. namun masih lagi hidup!
Malangnya rakyat jepun masih dapat merasa kelainan rasa ikan2 tersebut, ikan ikan itu telah hilang rasa kesegarannya kerana kesuraman berada di dalam tangki..

Jadi, Macamana mereka nak mengekalkan kesegaran ikan itu hingga ke Jepun? apa cara yang perlu dilakukan?

maka...
untuk mengekalkan rasanya yang segar..
mereka masih meletakkan ikan tersebut di dalam tangki,
tapi?
mereka juga telah menambahkan seekor ikan jerung yang kecil di setiap tangki tersebut!! :)
ya, sudah tentu jerung jerung itu akan memakan beberapa ekor ikan, namun kebanyakkan ikan ikan yang sampai adalah sangat sangat segar sekali! ikan ikan tersebut telah di challenged! telah di cabar! maka mereka perlu bergerak aktif apabila dikejar jerung! dan mereka tidak lagi lemah.

Moral of the story..
samada kita sedar atau tidak, kebanyakkan kita hidup dalam kelompok sama yang menjadikan kita sugul, letih dan tidak bersemangat, jadi kita perlukan 'jerung' untuk membuatkan kita tersedar dan terus bergerak! secara amnya, 'jerung' dalam kehidupan kita adalah suatu cabaran baru yang terus membuatkan kita aktif dan mempunyai nilai yang bagus..

"The more intelligent, persistent and competent you are, the more you enjoy a challenge.

If your challenges are the correct size, and if you are steadily conquering those challenges, you are Conqueror. You think of your challenges and get energized. You are excited to try new solutions."

Enjoy working & challenges!!!!

'jerung' kita biasanya ialah bos kita lah!
'jerung' aku memang takleh dok diam.. so aku memang kena selalu aktif.. :)
kang kena nggapp! k.o. ....
tapi takpe...
itulah challenge!!!

ini ialah cerita yang dikongsi oleh bos aku... katanya, dia sebagai bos.. besar tanggungjawab, nak kena pastikan staffnya semuanya bergerak aktif...

~ update blog masa lunch sambil makan cadbury... :)


terima kasih syeima_87 sudi ikut blog ini! :D

Friday, March 11, 2011

Alamak!

Assalamualaikum,

hari ni aku terlebih cergas sangat buat kerja! hehe.. rasa cam best je bila banyak kerja dapat diselesaikan! lalalalalalala.... =)
Alhamdulillah..
walaupun sebenarnya masih banyak kerja, tapi sekarang dah boleh bahagikan masa dengan kerja kerja yang perlu disegerakan dan kerja2 biasa. kerja kalau ikutkan takkan habis, tapi kita sendirilah kena pandai bahagikan masa.

yang sebetulnya tadi, aku kena 'tazkirah' dengan boss.. tentang hal kerja aku ni.
Bos baru aku ni memang dah 'sound' awal awal, kerja dia agresif sikit, cepat dan pantas.
tapi aku ni biasalah terikut ikut dengan cara kerja lama kan, so memang terkena 'tegur' la..
Dia tekankan, kerja kita ni kena ada 'personal quality'.. jangan bekerja sambil lewa, jangan kerja bertangguh, 'be more alert and particular' sikit katanya, kena ada kualiti diri..
hmmm...
betul kata dia tu aku terima, walaupun memang dia seorang yang memang cepat bergerak,
namun aku akan cuba ikut!
Challenge!
yeah...

eh nak pssst sikit nih..
errr......
errr.. tadi kan ada sorang anon komen  macam tak best je la.. ishk tak sangka pulak!
terkena pula aku kali ni dengan anon.. huuuu... tapi aku dah delete, dah sentap sangat tadi terus delete terus... hehehe.. sib baikla aku set  waiting comment moderation..

untuk encik / puan anon.. takpelah, aku ni memang suka masak la, rajin tu tak lah sangat, tapi minat nak mencuba sesuatu yang baru tu sentiasa berkobar kobar, well,aku masih lagi belajar.. lagipun suami ku jenis yang nak makan kat rumah, nak taknak aku kena masak juga, untuk jaga perut suami..  laa kenapa en/pn anon tak kenalkan diri? sebab kalau en anon perkenal kan diri, kita boleh berkenal kenalan kan..bertukar no telefon ke..nanti boleh nanti datang rumah ku..  kita main masak masak nak? nanti aku leh masak masak.. leh la rasa sedap tak...

hahaha..
pengsan !

:p

terima kasih pada semua yang sudi bertandang ke sini walau tak komen, dan untuk yang datang komen komen juga, sangat sangatlah aku hargai..
Peace All..
=)

Thursday, March 10, 2011

Diari; Antara Aktiviti Aku dan Dia

Ini aktiviti dari minggu yang lau dan bawa ke minggu ini baru sempat ku kongsi..
aktiviti aku dan dia je.. tak penting sangat,
saje je gatal nak kongsi kongsi dengan sahabat blogger semua, sebab ada amik gambar kan,
jadi kat mana lagi aku nak letak gambar selain blog kesayangan ini..
kan?

sebenarnya 2 bulan berturut turut di hari sabtunya aku terlibat dengan program program anjuran pejabat, jadi lepas balik dari program baru sempat nak buat apa yang patut..


~ kalau pagi hujung minggu kerjanya kemas rumah la sudah tentu..
aku suka ubah2 kedudukan perabot dalam rumah, ni saje je amik gambar lepas mengubah,
paling puas bila rumah bersih berseri... kan?
wangi je pulak tu... hehehehe...~

~ sarapan pagi yang paling simple present tense! masuk madu sikit! hmmm besshhh...
pagi tadi pun makan ni jugak.. tinggal sikit je lagi.. ~
~ ini pun menu sarapan kami minggu lalu... di pelbagaikan ikut selera si dia.. tekak western la katakan... ~

~ 2 menu di atas ialah untuk makan tengahari pada minggu minggu lalu... :) sayur masak sos tiram dan ikan taucu berlada..  2 ini resepi baru cuba nih.. ~

~ ye.. ini kek korang dah tengok kan.. buat hujung minggu lalu lalu gak..

~ ya! pada 5hb lalu, aku dapat tiket preview Merong Mahawangsa (free) company kasi... hehehe.. aku dah tengok dah... awal awal lagi...
komen aku?
aku tanya kat budak pompuan kat atas tu.. " apa pendapat anda?"
 then, dia jawab macam tu lah.. mcm dalam gambar tu..
hmmmmm... ~

~ cookies untuk si dia! dia memang suka makan ni, sebalang sekejap je habis.. rajin tak rajin je nak buat.. heheh.. ~

~ oh, ya balik dari tengok wayang tu dah malam, puas berjalan jalan di Damansara, rasa lapar pulak, malas nak makan luar, balik buat bubur Mc Kella! inspirasi dari bubur Mc D! sekejap je siap pun...
senang.. dan sedap kata si dia..  :p ~

~ dan hari Ahad lalu, buat Nasi Minyak, lauk Ayam masak merah, jelantah dan (rendang daging ni makcik kasi..)
sekali sekala si dia request nak makan sedap sedap, makan istimewa.. so buat la nasi minyak...
sampai malam pun kami makan ini je.. hehehe... ~
InsyaAllah akan ku kongsikan resepi masakan yang terpilih di atas nanti...

apa menu makan tengahari kamu semua hari ni?...

semoga sihat sihat selalu hendaknya.... :D


ini macam diary aktiviti makan makan je nih!

oh ya, lupa nak terima kasih.. pada ummu@MYraudhatulukhuwah dan ct_saleh07 kerana sudi mengikut blog ini.. :)

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker