Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, February 22, 2011

Mesti Baca: Untuk Adamku..Untuk Hawaku..


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم  


Bingkisan dari hawa untuk adam,

Adam ku…
Kau sebenarnya Iman dan aku adalah Makmum.Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah Ketua . Jika kau lalai, maka lalailah aku.Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu . Akalmu sembilan , nafsumu satu. Akal ku satu , nafsu ku beribu .Oleh itu pimpinlah tangan ku, kerana aku sering lalai dan leka serta sering tergelincir di tolak nafsu
dan konco-konconya.


Adam ku…
Aku suka kalau kau mengimami solatku pada setiap waktu.Akan aku aminkan doa mu agar kelak luas syurga kita.Lebih suka kalau engkau bangunkan aku bertahajud bersamamu,agar nanti kita dirahmati.. Ya Rabbi…Kenalkan aku pada Majlis agama .Ajarilah aku Yassin dan ajaklah aku mengalunkan jantung kitabbullah di malam Jumaat yang penuh Barakah.Khabarkanlah padaku tentang fardhu – fardhu yang patut aku tahu.Bimbinglah aku dengan amar maaruf dan nahi mungkar.


Adamku…
Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.Didiklah aku supaya menjadi permata di lembah kaca.Selimutkan aku dengan iman dan taqwa sebagai bekal ke jalan Allah.Ingatkan aku supaya hormat ,tunduk dan patuh pada mu setiap waktu.Tolonglah aku Adam, agar aku tidak beku.Bantulah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar ku tanggung.Pimpinlah aku menuju Nur Jannah.Tarbiahkan aku supaya kelak aku calon srikandi solehah.Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasullullah ,setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah, sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah ,sekuat iman umpama taatnya Sumayyah ,seikhlas dan semurni Halimatus Saadiah dan segagah dan seteguh Nailah Al Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi darah membela Khalifah Allah . Seindah hiasan adalah wanita solehah ,moga aku hiasan terindah dalam hidupmu Adamku..


Bingkisan tulus dari Adam untuk Hawa.

Hawaku..
Meski aku Adam , gagah pada luaran,ada kalanya aku juga lemah dalam godaan.
Walau aku peminpin Khalifah bagimu ,aku juga selalu tersungkur kalah akibat nafsu.Nafsu ku satu ,akal ku sembilan ,namun yang satu itu sering menjadikan aku di luar kawalan ,kadangkala aku juga tewas dalam lautan duniawi ,lemas dalam dunia sendiri.Andai aku leka dan alpa , ingatkan aku untuk kembali padaNya kerana sesungguhnya di balik seorang lelaki,berdirinya seorang perempuan.


Hawaku…
Walaupun aku durjana duniawi , aku juga impikan wanita solehah sebagai suri.Justeru ,ingatkan aku tingkatkan ibadah ,kelak aku bisa menjadi suami soleh.Ingatkan aku supaya selalu mengalunkan Kalammullah ,agar dapat aku memandu mu ke Syurga Al –Jannah.
Sedarkanlah aku agar mengejar keredhaan Ar-Rahman ,agar hidup ku sentiasa aman.
Bangunkan aku bertahajud bersamamu,kelak rahmat – nya tiada tandingan untuk ku .
Aminkan doa bacaan ku ,moga nanti luas syurgamu.
Taat dan patuhlahilah aku,kelak solehah menjadi milik mu…


Hawaku…
Aku suka kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana.
Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaliknya kau titipkan buat zauj mu kelak.
Aku suka jika bidadari ku sentiasa mengejar kebahagian ukrawi.
Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriat ku penuh dengan kesantunan mu.
Aku lebih suka kata-kata mu berhemah kerana ia menunjukkan kau wanita berhemah.
Aku suka jika kau pandai berdikari ,agar kelak kau mampu berdiri sendiri.lagi indah jika kau berperibadi mulia ,kerana itu sebaik-baik hiasan dunia.
Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah diri agar harga diri mu tidak terlalu murah.Lebih elok jika kau mampu berfalsafah ,kerana itu simbol mar’fatonah .
Peliharalah agama seperti mana aurat mu,terjaga rapi ,siramlah hatimu dengan taqwa ,sebagai bekalan mengadap Yang Esa .
Hiasi peribadi dengan sifat mahmudah.Agar kelak tidak dipandang lemah.Meski kau dicipta dari tulang rusuk ku yang bengkok ,namun ada ketika tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu mengoncang dunia mencipta sejarah.

Oleh itu.Ingatlah aku Adam mu yang sering leka dan alpa , kelak Hawaku bakal menghuni Al-Firdausi .

*Dipetik dari majalah Muslimah


Semoga impian kita untuk mendapat cinta suci yang diredhai akan termakbul..
Semoga bingkisan ini akan mengajar kita bermuhasabah diri dalam mendapatkan hati dari seorang insan yang kita cintai dalam menuju kebahagiaan..
semoga ianya sentiasa tersemat di dalam hati kita dan pasangan kita agar dapat kita saling ingat mengingati

InsyaAllah.. kita akan menemui sinar kasih dari Illahi, yang di cari cari selama ini..

Monday, February 21, 2011

Rasulullah S.A.W. adalah yang Terbaiiikkkk!

(harap maklum, entri ini di taip semalam, ingat nak upload gambar, tapi tak lepas lepas.. )

Baru lepas balik dari surau..
malam ni di kediaman kami ada buat majlis sambutan Maulidul Rasul, dan mesti ada ceramah Maulidul Rasul..
Ustaz yang berceramah ialah Ustaz Zamri yang terkenal di rancangan Adik di 9,
" ha adik adik!" itu kan trade mark dia..

Apa yang boleh diperkatakan..
sekali lagi diri ini dicurahkan ilmu, pengetahuan, maklumat dan cerita Rasul Terulung Nabi Muhammad s.a.w!
walau di ulang ulang seberapa banyak sekalipun, cerita mengenai beliau tak pernah jemu untuk ku mendengarnya!
Istimewanya kekasih Allah ini! subhanallah

sedikit yang boleh dikongsikan..
Rasulullah dilahirkan di sekeliling dengan orang orang yang mulia , ustaz Zamri ada kongsi mengenai maksud maksud nama nama orang disekeliling Nabi Muhammad:
Aminah ( yang dipercayai) melahirkan Muhammad ( yang terpuji) dan bapanya Abdullah (hamba Allah) telah meninggal dunia sebelum Muhammad dilahirkan, Muhammad s.a.w di susukan oleh ibu susunya Halimah as -saadiah (  yang lembut , sabar dan ceria)

semasa ibu Nabi Muhammad s.a.w , Aminah binti Wahab mengandungkannya, perut nya tidak pernah  terasa berat, malah ringan pula,
tatkala lahirnya Rasul junjangan ini,
-terpadamlah api di biara Majusi di Rom yang selama ini tidak pernah padam hampir seribu tahun lamanya, namun terpadam akhirnya dengan sendiri saat kelahiran Baginda s.a.w. Api tersebut merupakan api sembahan orang orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan...
-Runtuhnya istana Kisra Parsi..
- Mekah tiba tiba diterangi oleh cahaya putih,

Subhanallah..

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib,
``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,
``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Subhanallah..

Marilah kita sama sama berselawat kepada Junjungan Terpilih ya Rasullullah s.a.w!
sekali kita berselawat, 10 kali Allah mendoakan kita... (Allah mendoakan kita? Subhanallah! kalau kita asyik bangga dengan pangkat yang ketua kita bagi, menteri, atau agung sekalipun, tapi yang ini, Allah yang berikan? Subhanallah...)

kata ustaz lagi, ada malaikat tertentu yang menjaga setiap kita yang berselawat ni, setiap ketika dan masa, apabila kita berselawat walau berapa kali pun, malaikat ini takkan pernah akan jemu untuk mencatatnya.. dan memaklumkan pada Rasulullah.

mari berselawat dan memberikan hadiah pada rasulullah dengan mengikut sunnahnya... semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah...



Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya nabi salammualaika, Ya rasul salammualaika
Ya habibi salammualaika

Telah terbit bulan purnama
Cahayanya menyinari kami
Kau contoh akhlak terpuji
Wajahmu penyejuk hati

"sallallahu ala muhammad sallahu ala wa sallam"


Cintailah Rasullullah lebih daripada kita mencintai diri sendiri...

yang buruk dari ku
dan yang baik dari Allah jua..

Mari Kongsi Morning Talk hari ini, 21b Feb 2011

Assalamualaikum,

baru habis Monday Morning Talk nih.. dari jam 0845- 0955
fuh.. lama sungguh hari ni...sejam 10 minit tu..
banyak pula yang diperkatakan.. maklum lah salah seorang AGM kami di sini akan pencen tak lama lagi.. maka berkongsi cerita mengenai pengalaman bekerja dia selama ini..

tapi sini , aku nak kongsi salah satu cerita dalam morning talk tadi;

Kisah Pendayung dan Seorang Professor:

Alkisahnya, seorang pendayung membawa seorang proffesor menaiki sampan untuk ke sebuah destinasi yang tidak diketahui..

kemudian proffesor ini memulakan perbualan dengan bertanyakan pada si pendayung ni..
" pakcik... pakcik ni tahu membaca atau menulis tak?"

jawab pakcik itu..
" tidak ... saya memang tidak pandai membaca dan menulis.. saya tidak pernah bersekolah.."

maka proffesor itu menyambung..
" sedarkah pakcik bahawa pakcik telah kehilangan separuh dari kehidupan pakcik!"

pakcik itu mendengar dan membisu.. dan terus mendayung sampan..

selang seketika, proffesor bertanya lagi..
" pakcik, adakah pakcik mempunyai simpanan kewangan yang disimpan setiap bulan untuk simpanan masa hadapan?"

pakcik itu terus menjawab..
" manalah saya sempat menyimpan.. hidup saya hanya kais pagi makan pagi.. kais petang makan petang..."

dan professor itu terus menyambung..
" oh.. kalau begitu , pakcik kehilangan separuh lagi kehidupan pakcik!"

menjadikan tiadalah lagi kehidupan.. sebab kesemuanya telah hilang!

pakcik terus membisu dan teruskan mendayung...
tiba tiba, perahu yang dinaiki mengalami kebocoran! air mula memenuhi setiap ruang di dalam perahu ini, dan perahu ini tidak dilengkapi segala peralatan keselamatan lansung, mereka menjadi panik

tiba tiba pakcik itu bertanyakan kepada professor tersebut..
" Prof... adakah professor tahu berenang?"

prof itu menjawab dalam panik...
" tidak! saya tidak tahu berenang!"

dan pakcik si pendayung itu lantas menjawab..
" oh, kalau begitu, professor akan kehilangan SELURUH kehidupan professor!"

haaa...
moral of the story..
walau siapa pun kita, walau apapun pangkat kita,
masing masing telah dikurniakan kelebihan dan kekurangan masing masing..
tidak perlulah kita mencari kelemahan orang lain kerana diri kita juga mempunyai kelemahan tersendiri..
begitu jugalah keupayaan kita yang berbeza beza...
setiap orang yang lahir mempunyai keupayaan tersendiri yang mungkin tak dipunyai oleh orang lain..
maka.. marilah kita sama sama menghormati sesama kita..
'respect each other' kata omputih..
memberi dan menerima..
'give and take' dalam bahasa inggeris..


kita hidup di dunia ni sementara sahaja.. entah esok lusa kita akan dijemput Allah...
apa ertinya mengejar duniawi jika akhirat dilupakan..
apa ertinya kekayaan melimpah ruah jika amal ibadah kita miskin...
ini juga peringatan untuk diriku juga yang masih mahu memperbaiki diri..
ya Allah.. aku juga sedang memperbaiki kelemahan diri..
tetapkanlah imanku..
bukakanlah mata hati ku..

Sunday, February 20, 2011

Resepi Kek: Cereal Butter Cake

Aku ada seorang kawan ni yang aku panggil Didi,
sekarang dia ni memang bergiat aktif sungguh dalam mem'baking' nih!
so pengaruh dari dia ni lah, asyik citer keknya yang best tu je..
so aku pun coba laaa....
maka terhasillah,
Cereal Butter Cake!


rasa kek ni lain dari yang lain, mungkin sebab bubuh nestum tu...
aku belum pernah rasa kek bubuh nestum ni..
sedap weh.. tak muak, itu yang penting!
semasa membakar, dah nak masak tu.. bau dia..  masyaAllah.. harum je..
bak kata didi " the smell so smearing.."
merobek jiwa yang tidak sabar untuk ngapp!

oh ya, harus la kongsi resepi ya tak?
ini aku salin je dari resepi didi nih..
kalau ada apa apa pertanyaan boleh je tanya.. :)

Cereal Butter Cake

250gm butter
140gm Castor sugar
1 tbsp honey
220gm self raising flour
1/2 tbsp baking powder
4 omega-3 eggs
Nestum cereal 60gm
150ml fresh milk


Method:
1. Preheat oven to 180°C. Grease the sides and base.

2. Beat butter, sugar and honey until light and fluffy.

3. Add eggs one at a time beating well after addition.

4. Add Nestum and mix well.

4. Fold in the sifted flour and baking soda to mix.

5. Pour in milk and stir to mix.

6. Bake in the preheat oven for 45 minutes.

Selamat mencuba, mari kita buat kek ramai ramai! :)
oh ya didi ada blog! tapi dia belum kemaskinikan lagi..
klik sini dan sini
aku tunggu je ko update didi weh.. :)

Saturday, February 19, 2011

Anugerah Seri Angkasa 2010

Boring nya!!
teman tiada, sendirian di rumah.. bersiaran secara lansung dalam blog sambil menyaksikan siaran langsung Anugerah Seri Angkasa dengan tema Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia.

isshhh....

Mee Kari dari resepi Mama

Assalamualaikum,

Selamat Petang,
Petang petang begini, best juga pekena mee kari kan?
aku buat ni masa cuti maulidul rasul baru baru ni..
keluarga mertua datang rumah,
terfikir nak buat mee kari, tapi tak reti, so terus ler kol mama, minta resepi..
so terhasil lah mee kari yang pertama kali buat ni..

~ haa.. hambik, mewah lauk der..~

 ~ ni mangkuk besar ni b punya... tak sabar nak ngap! :) ~


Nak buat sebijik macam ni jugak? tak ada resepi? meh aku kongsi bersama resepi mama ni..

Mee Kari Bonda versi Kella

3-4 kampit mee kuning halal- muslim buat lupa dah jenama pa ntah.

Untuk kari:
7-10 ulas bawang merah
3-4 bawang putih
halia
(3 bahan ini di tumbuk)
2-4 sudu besar cili kering yang telah di kisar
Bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buat pelaga
Rempah kari ayam
daun kari ( kalau ada)
sejemput asam jawa
sebijik lada besar
tomato (taknak pun takpe)
sayur sawi dan taugeh
2-3 cawan santan pekat ( terpulang anda sendiri mahu kepekatan nya.. setengah orang tak suka pekat)
air

isi ayam, kerang, bobola ikan, (potong kecil)
tauhu kering
kentang (potong dadu)
telur (direbus)

Cara:
-tumis kakas kasar ( cengkih, palaga, kayu manis, bunga lawang) hingga naik bau
-tumis daun kari, kemudian tumiskan sekali bebawang dan halia yang telah ditumbuk
-bila agak garing, masukkan cili kering, dan kemudia serbuk kari.. tumis sehingga pecah minyak
-masukkan air asam jawa
-dan masukkan sedikit santan
-masukkan ayam gaul serata alam..
-masukkan semua santana..
-kacau...
- kemudia bubuhlah kentang, tomato, lada besar bebiji (tak hiris, letak je seketul)
- kacau hingga menggelegak..hingga masak,
- bubuh la garam, gula (atau gula merah), susu sikit.. :)
- bubuhla juga tauhu kering yang telah di hiris... 

-sayur sawi dan taugeh di celur sekejap dan di letakkan ketepi
-begitu juga dengan fishball dan fishcake.. rebus dan hiris kecil2 , ketepikan
-lada besar pun hiris kecik2
-limau nipis pun best, ( terpulang pada sesiapa yang nak..)
- ya! jgan lupa bawang goreng ...
-kerang tu aku pun rebus ngan serai, garam sekejap dan kopek ambil isinya letak dalam kari tadi.., baru best, kalau beli yang dah kopek cam tak best je... hmm.. :)

dah siap semua tu, apa lagi?
ambil mee kuning yang telah di celur tu, letak dalam mangkuk,
kemudia letakkanlah fishball, sayuran, lada, telur rebus ...
dan curahkanlah kuar kari  itu ke dalam mangkuk tadi...
akhir sekali taburlah bawang goreng...

selesai! boleh ngapp! :D

bagi yang mahu mencuba, selamat mencuba!! :)

chopp! kalau korang ada resepi versi lain marilah kongsi dengan aku! 
boleh aku improvekan diri lagi.. :)

tak sangka sedap kata mereka..
ishh iya ke ni..?
macam tak caye je..
tapi bila b sendiri kata sedap, 
yaa... baru aku percaya.. :)


Friday, February 18, 2011

Perjalanan Warna Warni II

Tadi masa lunch aku sempat upload ini 3 gambar sahaja, untuk cerita ini!
lambat bebeno!
tepat kul 2, teeettttttttt!!!! masa sudah cukup, takleh upload lagi..
sambungan dari entri Perjalanan warna warni terdahulu, ini adalah sambungannya..
cerita masa balik kampung.. huuu...
dah basi ke?
takpe la ya.. pengalaman yang mahu dikongsi.. :)

mari kita mulakan dengan gambar pertama ini; b ni, dia lah yang membawa kereta...kami tukar tukar pun, tapi gambar ini agak menarik untuk dikongsi bersama.. nampak bulu mata b yg agak panjang... dan janggut pelengkap nya..  :)

Gambar ke dua ini?
Ini ialah ustaz Adnan!
inilah salah satu perkara yang paling baik berlaku masa balik kampung kali ini!
bertemu dengan ustaz Adnan!
Hati aku teruja, lidahku kelu bila melihat ustaz Adnan.. rindu padanya dah lama...
baru ini kami sempat bertemu dengannya di rumahnya..
Syukur Alhamdulillah...
Ustaz Adnan lah ustaz pertama yang mengajar aku mengaji dari kecil,
malah aku dan rakan rakan adalah anak muridnya yang sulong, masa tu dia belum berkahwin lagi! dan sekarang telah mempunyai 8 orang anak!
Mastura yang sulong berada di UIA, katanya, Mastura dapat ke Mesir, tapi di tolak, kerana katanya di Malaysia pun masih bagus, tak perlu berjauhan, dia sebenarnya tak sanggup lepaskan Mastura..
kata ustaz.. sejak Mastura pergi belajar.. rumah itu agak 'sunyi'
kalau mastura ada di rumah, rumah itu tak pernah sunyi dengan alunan bacaan al-quran!
Subhanallah...
anak anak ustaz yang lain juga sangat sejuk mata  memandang.. :)

kami di jamu dengan makan malam.. dapat makan gulai daging kawah..
kemudiannya kami berjemaah maghrib bersama...
Alhamdulillah...

Malam itu malam Jumaat, semestinya Ustaz yang paling sibuk, malam tu dia ada takzirah di masjid juga dan juga Qiamullail, maknanya malam tu Ustaz tidak akan balik rumah,
dan kebetulan ianya bermula jam 10.30 malam,
jadi adalah masa untuk kami duduk lama sikit dengan ustaz, Rezeki kami..

aku nak kongsi sedikit tazkirah ustaz pada malam itu..
tuju pada isteri dan suami..
kata ustaz, isteri kena jaga 6 perkara yang ada pada suami.
Jaga Matanya
Jaga Hidungnya
Jaga Lidahnya
Jaga Telinganya
Jaga Perutnya dan
Yang paling penting Jaga Hatinya..

Jaga Mata
Jaga penglihatannya, penampilan kita sebagai isteri kena jaga biar sejuk matanya memandang, dan persekitaran juga kena jaga, contohnya jika kita biarkan rumah kita berselerak, tidak berkemas.. dan suami pula tidak suka begitu, maknanya kita tak jaga matanya lah..

Jaga Hidung
pakai pakaian dan wangi wangian yang dia suka.. yang dia suka hidu dan cium,
badan tu kalau boleh sentiasa wangi untuk suami, rambut pun kena wangi sebab lelaki katanya suka cium rambut isteri...
jangan bersama tika badan kita yang  berbau bawang ke, baru lepas masak ke.. lainlah kalau suami memang suka!

Jaga Lidah
masak masakan kesukaan suami kita, beri suami makan apa yang di sukai, beri makanan yang datang dari sumber yang baik. Jika kita tak tahu, kita belajar memasak kesukaannya itu untuk menggembirakannya.

Jaga telinga
bertutur yang enak enak, jangan bercakap perkataan yang suami tidak suka, jangan sesekali mengata tentang ahli keluarganya, jangan berkata kasar dan jangan selalu berleter pada perkara yang tidak sepatutnya, bercakaplah yang sedap didengar.. barulah suami selalu ingin mendengar suara kita, bukan lari bila sahaja kita membuka mulut!

Jaga Perut
jangan biarkan perut suami kita kelaparan, berikan suami ni makanan yang cukup yang membuatkan dia tak akan mencari makanan lain di luar, kata ustaz lelaki ni tengah2 malam pun nak cari makanan juga kalau lapar, jadi kita jangan biarkan perut suami kita kosong..

Jaga Hati
berkata yang sopan sopan dan tidak meninggi diri pada suami, walau setinggi manapun pangkat kita,
hati suami akan tenang melihat isterinya yang taat kepadanya.

kata ustaz, cuba amalkan
"Ya, saya dengar dan saya datang"
akan datang satu perasaan hebat dalam diri si suami bila mana dia memanggil kita dan kita jawab panggilannya dengan;
"Ya , saya dengar dan saya datang!"
maknanya , kita dengar panggilannya dan kita segera datang!
"begitu hebat amalan ini, cubalah," katanya..

anak anak juga boleh amalkan jika ibu dan bapa panggil kamu, jawablah..
" ya Ayu dengar, dan Ayu datang... " (contohlah nama ayu tu.. )

banyak lagi tips tips, ilmu atau panduan hidup kita sebagai islam yang sempat ustaz kongsi bersama kami hingga 10.30 malam...
sungguh aku bertuah dan bersyukur dapat bertemu dengannya..

...................................................................................................

dengan ustaz 'denan' lah kami tahu mengaji dengan bertajwid dan berlagu, dan pada hujung minggu pula, ustaz mengajar Fardhu Ain, Ustaz mengajar kami tanpa mengambil upah pun, tapi ikhtiarnya sendiri mahu melihat anak anak didiknya celik agama
Disebelah pagi dia akan bekerja, dan petangnya dia mengajar kami semua di surau,
untuk pengetahuan semua kami anak anak staff di jabatan kerajaan.
dan biasalah, ada yang tidak selesa dengan apa yang ustaz bawa, dituduhnya ustaz ni cuba bawa ajaran salah pula, biasalah, kalau bab bab agama ni difikirkan mestilah sokong belah pembangkang kot.. membawa fahaman pembangkang!
so ustaz ditukarkan bekerja jauh di Selatan, setahun di sana ustaz mengambil keputusan untuk berhenti,
dia tekad untuk balik kampung dan menggunakan ilmu yang ada  pada sesiapa yang memerlukan,
katanya rezeki ada di mana mana sahaja, yang penting usaha dan tawakkal pada Allah..

dan sekarang, ustaz telah punyai ramai anak anak murid di sekolah pondok, selalu di panggil untuk majlis majlis agama, dan majlis majlis kesyukuran...

ramai lagi anak muridnya yang ingat sangat kat dia,

terima kasih ustaz Adnan!

............................................................................................

dan gambar ke 3 di bawah ini?

gambar yang di ambil semasa di kampung, perjalanan balik ke kampung nenek pula..
gambar ini di ambil di dalam kereta ketika kereta sedang bergerak..
kebetulan nampak cantik...

~ di bening senja...~

sekian dulu perkongsian cerita dariku ( yang dari kul 1.31pm tadi hingga sekarang, 9.35 mlm baru abis.. huhuhu sikit sikit..)

apa dibuat di malam hari ni?
dah makan?

semoga ceria selalu..

:)



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker