2 malam lepas, aku menghantar adikku, ke stesyen bas, nak pulang ke tempat kerja nya semula..
keadaan di stesen bas itu sungguh sesak! ramai sungguh orang!
baru ku teringat.. cuti sekolah telah bermula..cuti agong plak tu.. hmmm pakat nak balik kampung..
lepas tu aku terpandang seorang ibu ni sedang mengheret beg pakaian si anak! dengan dialognya lebih kurang..
" ini satu aje je beg hang?"
"yup"
" ini beg yg apak hang beli hari tu ka? besaq semacam je.."
"yup""yang hang dok 'yup-yup' ni kenapa? hang ingat mak faham kaa..? ni pesen apa la hang pakai ni..tu yang bertopi-topi tu awat hang takut burung berak kena ataih kepala ka?"
budak tu tengok kat mak dia sambil senyumm..dan menjawap
" yup!" sekali lagi..!
hhehe.. chee...dia bertopi fedora.. agak bergaya, dengan bajunya ala-ala budak zaman sekarang.. hehe.. budak baru nak naik.. mak dia cuma tak pernah lihat dia begitu kot.. :)
gambar google: cam nilah lebih kurang gaya budak tu! huhu..
Aku tersenyum melihat telatah mereka berdua! dan teringat pula cerita aku dolu2.. masa zaman kampus..
sengaja aku nak kenakan papa aku..
masa dia amik aku kat stesen bas, bersalaman, aku tengok papa tengok aku semacam atas bwh, tapi dia tak cakap banyak masa berjalan ke kereta.. dia macam tunggu je nak keluar suara!
masa tu sengaja aku dandan (ikat jalin) kecik2 rambut aku yg panjang tu, ala2 alicia key! oh aku minat minah kunci tu sangat dulu! huhuhu.. nigga style la konon! kononn....!
gambar googles: aku suka buat macam ni dulu, bila bukak dandan, rambut kembang semacam! waahh!
masuk je dalam keta, terus kluar dari mulut dia!
"dah nak jadi negro ke??"
hahahahahahahaha aku tak tahan nak gelak! ketawa terbahak2!
hehehe.. aku tahu papa mesti tak dok diam punya!
tapi pastu aku kautimm la balik dengan papa.. saje je nak kenakan papa.. hehehe..
beresss.. pastu bersedialah dengan ceramah dari mama pula.. ;p
si B aku pun share cerita juga,
masa tu zaman study, lama tak balik kg..
dan bila dia balik2 rumah je terus meluru kepada maknya!
dia yg terkenal dengan kemachoaannya,telah bertukar gayanya !!
alamak! jadi 'Auuwwww' nyah! Aww!!
cara percakapan, dengan liuk badannya liuk lentuk cam sotong, di buatnya gaya lembut si 'Aww'...
Maknya?? mahu tak terkejut!?
"kamu kenapa jadi macamni?"
" ala mak... ( sambil tangan bengkok2 tercuit-cuit.. tangan satu lagi kat pinggang! ) biasalah mak... kat kampus ramai kawan yang macam ni.. so.. i terikut-ikut lah... auuuww!"
apa lagi! maknya ligan lah dia dengan senduk kayu! hahahahahaha..
ampun....
Gambar googles: terkejut mak, nyah...
IringJeling: sekarang tiada lagi aksi alicia key untuk ditonton umum, cuma kalau di rumah boleh sahaja.. untuk yang halal.. :)