Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, August 3, 2009

Sekali Lagi

Sekali lagi keluarga kami menerima berita kematian..
kali ini giliran nenek kami ( yangkami panggil dengan panggilan Mek) sebelah mama pula yg dijemput pergi oleh Illahi..
Pemergian yg tentunya tiada pengganti..

Setahun lalu dalam tahun Islam, Arwah Chek kami (belah papa) pergi buat selama-lamanya pada hari Isra' Mikraj, dan tahun ini, selang 2 hari selepas Isra' Mikraj.. Mek (belah mama) pula dipanggil Illahi..
Ajal Maut ditangan Tuhan..
setiap manusia akan menghadapinya..
cuma masa dan ketikanya belum tahu..
Aku agak terkilan, kerana sudah dalam perancangan hujung minggu nanti memang nak balik kampung, tengok Mek.. kami dah rancang adik beradik..
tapi apakan daya..
berita kematian yg diterima adalah seawal 2++ pagi, adikku yg memaklumkan tentang berita ini, nasib baik suamiku tersedar tentang panggilan telefon tu!
Kebetulan adikku berada di KL, jadi, kami terus bersiap untuk balik kg awal pagi tu jugak!
dalam hati ku amat berharap semoga aku sempat untuk menatap Arwah Mek buat kali terakhir, kerana Arwah Chek dulu, aku tak sempat!

Sesampai je, aku terus peluk mama..
aku tahu mama paling sedih..
dia yang berada bersama Arwah, saat Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
aku kenal mama, hatinya memang kuat, cekal, mama memang agak payah untuk mengalirkan airmatanya!
tapi kali ini, Aku nampak wajah mama yang sugul.. aku tahu mama menangis.. aku tahu dia amat sedih sekali.. walaupun begitu, dia cuba sedaya upaya menenangkan aku ketika itu..
Jelas kedengaran suara hibanya yang tersekat-sekat dek menahan kesedihan..
aku mengerti kesedihan hatimu mama.. mama cuma ada mek kerana ayahnya dah lama meninggal dunia.. tapi kini.. Mek juga telah pergi buat selama-lamanya..

seperti tidak percaya.. melihat sekujur tubuh yang tidak bernyawa ! itu jasad Arwah Mek!
berteleku aku di situ menemaninya dengan bacaan Yaasin..
sebak dan hiba sangat.. dan airmata ini memang tidakdapat diseka-seka lagi..

Tiba masa untuk memandikan jenazah..
Melihat jasad Mek diangkat begitu perlahan..
penuh berhati-hati oleh anak2 lelakinya..pakcik2 ku..
kemudian diletakkan di atas papan tempat untuk dimandikan...
aku masih juga di situ.. entah bagaimana perasaan hatiku terdorong untuk turut sama memandikannya.. walaupun memang belum pernah aku lalui perkara ini pun!
Ustazah, jurumandi disitu mula menyarankan agar hanya kaum perempuan yg ingin mandikan shj berada di situ, kaum lelaki juga tak dibenarkan berada di situ..
Seperti terdorong..aku masih berada di situ, aku ingin berikan penghormatan dan bakti terakhirku pada mek hinggalah jasadnya dibawa ke liang lahad..

Asap kemenyan dah meliputi ruangan..bersama baunya...
oh..bila melihat wajah arwah.. putih bersih...tenang...seperti sedang tidur...
makcu ku bersuara.."hmm... mek tengah tidur...." sambil mengusap2 rambutnya..
bengkak muka dan mata makcu ku..dek kerana mengangis..

Perlahan-lahan.. air dijirus..
di bersihkan dengan sabun dahulu..
berhati hati kami menggosok ke kulit nya.. dengan penuh lemah lembut kerana memang diketahui sesungguhnya jasad yg telah terputus roh dari badan akan merasa kesakitan yg amat walaupun hanya setitis air...
MasyaAllah... aku teringat itu semua.. hati kecilku mengangis sendiri... sambil dalam hatiku juga berzikir-zikir dan berdoa memohon semoga diringankan kesakitan itu terhadap mek.. dan dipermudahkan segalanya...
sbnrnya sebelum ini telah 3 kali aku bermimpikan arwah! dan salah satu mimpi itu ialah aku mengangkat bdn arwah dan melihat tubuhnya begitu kurus.. tak disangka-sangka rupanya bygn mimpiku itu adalah realiti sebenar bahawa aku akan memandikan nya..aku memegang tangan dan kakinya... sama seperti yg dilihat di dalam mimpi... Subhanallah..
semua itu adalah kekuasaan tuhan...

kemudian air serbuk bidara pula dijirus...disusuli air kapur barus... sebelah kanan dan kiri..
selesai memandikan... arwah segera diangkat dan aku juga turut mengkafani mek..

Suasana bertukar menjadi hiba dan sayu apabila tiba giliran semua anak cucu untuk mengucup nenek kesayangan buat kali terakhir...
esakan2 kecil mula kedengaran...
aku juga tak dapat menahan sebak di dada..
melihat wajah tenang mek.. kami tahu yang itulah kali terakhir kami akan menatap wajah mek..
kerana mek telah pergi untuk selama-lamanya...

Alhamdulillah... selesai sahaja sembahyang jenazah..segala-galanya berjalan lancar sehinggalah saat arwah dikebumikan ke liang lahad..

Doa aku panjatkan buatmu.. Ya Allah
semoga roh Mek dicucuri rahmat..
dilindungi olehmu Ya Allah..
Kau ampunkanlah dosa-dosanya
dan peliharalah dia dari seksa kubur dan seksa neraka..
Amin..

Al-Fatihah buat Mek..

Thursday, July 9, 2009

Monthly Couple Anniversary is Today!!


~happy aniversary..~

Wednesday, July 8, 2009

Roti Untuk Abang !

Berkebetulan kehadiran adik aku (Abang) ke KL ujung minggu lalu tu..
Ape lagi.. sebelum dia balik, saje je aku uat Pizza n Bun nie lagi...
saje nak bagi dia rasa...
hm.. sebab dia macam tak percaya jer aku leh buat..!

(akak dia nie dah reti buat sushi pun dia tak pecaya?! adaka dia kata aku beli kat kedai pastu amik gambar? kureng ashem punya abang!)

takpe..takpe....akan kubuktikan..

Saje aku uat, takda apa nak bagi dia bekal bawa balik
aku uat lebih sikit..leh dia mkn dgn kengkawan..
itu jer aku mampu buat... yg dia pun suka makan..


~pizza yg telah sedia untuk dibakar~


~gambar dekat..~


~dah masak, siap potong lagi..~


~saki baki.. ini aje yang tinggal setelah dibedal dan dibungkus untuk adik aku bawa balik~

hahahaa.. sorry la asyik entry pasal roti aku jer.. ;p
biarkan lah aku dengan ke terujaan aku.. kih..kih..kih..

Selamat Hari Lahir Abang


~Semalam hari lahir Abang (adik lelaki yg sulong aku)~




~pemandangan indah Taman Tasik Titiwangsa di waktu malam~



----------------------------------------------

Selamat hari Lahir kla n Ab Zule ucapkan..juga mewakili Ayu, Alang, Acik, Adik..(tumpang glamer sat!)

Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah,

Semoga menjadi anak yg Soleh harapan mama n papa,

Semoga bertambah matang menghadapi cubaan dan hari2 mdatang,

Semoga bahagia dan gembira selalu,

Semoga dikurniakan oleh Tuhan apa yg dihajati..,

Amiinn...

Alang Pulak!!

Selesai pasal Lah.. timbul pula pasal adik aku sorang lagi..
Alang!
Alang pun dapat sambung study jugak!
tapi lain kesnya...
mula2 dapat UTHM, dia memang agak berat nak pergi sana...
aku pun terkejut, nape taknak pergi, ada masalah ker.. apa masalahnya?
memang pening jugak kepala aku nak fikirkan mana yang terbaik untuknya yg mana aku juga kena fikirkan tentang perasaaanya jugak!
puas juga la aku refer sana refer sinie..bermotivate dgn dia.. ckp2..pro n kontranya..
aku sendiri tanya dirinya.. tapi dia rasa tak happy untuk sambung, so what to do? so we dicide that not to continue! for her sake!
of course la papa n adik2 lain suh sambung kan... tapi keputusan telah dibuat!

TUp2 aku dpt kol kate Alang nak sambung pulak!
Gelabah la jugak masa tu, tarikh mendaftar pun esok lusa, ape menda preparation pun belum buat.. aku plak kat sini.. dia kat sana..
Sedih pulak rasanya.. (dulu.. sama2 jer ngantar kemana2.. sekarang memasing dah besar panjang.. teringat pulak zaman kecik2 dulu..)

Nasib baik, akhirnya (setelah beribu kali agaknya kami sekeluarga menelefon u !) aku dpt hubungi pihak 'U' untuk maklumkan yg dia perlu daftar lewat..atas sebab ttentu..

(sebenarnya aku agak, dia taknak sambung belajar tu sebab taknak nyusah papa n mama.. sebab risau yuran yang agak tinggi? sebab akan berjauhan dengan keluarga? yelah sebelumnie mana penah dia study jauh2..paling jauh pun bila2 masa boleh balik umah, ujung minggu kalau takleh balik, mama atau papa yg akan kesana hantar makanan..hmm pasal duit plak, insyaAllah.. papa masih mampu lagi untuk tanggung... kalau tak cukup pun.. kita pakat adik-badik kumpul sikit2.. Insyaallah.. mesti ada jalan..)

Maafkan Kla sebab tak dapat bersama Alang untuk uruskan segalanya.. tak dapat hantar Alang walaupun hati ni memang nak sangat! sedih gak... (tapi papa mama lagi sedih.. bygkan apa perasaan diorang..setiap kali menghntar anak2nya jauh dari keluarga demi untuk mencapai cita2..)


tapi Kla akan sentiasa ada.. kol je.. or sms jer.. or emel je.. Ayu ada.. Abang ada..Acik n Adik ada.. Abg Zul pun ada.. no worries... we are all available!

To Alang...

-Jangan Lupa Tuhan, percayalah.. ini semua ketentuan dari Tuhan, mhantar Alang study kat sana!

-Jangan tinggal sembahyang.. Ape2 pun minta perlindungan dariNya..

-Jangan Lupa Papa Mama, jgn membelakangkan keluarga walau dlm apa keadaan pun! remember.. we're big -happy family... family first!

-Jangan Lupa diri bila kat tempat orang... sentiasa ingat asal usul diri..

-Jangan bongkak, sombong bila berkawan.. sentiasa merendah diri dan bersederhana..

-Belajar rajin2..hard but smart! kalau tak sia2 lah pengorbanan papa n mama...

-Tolong jaga diri, martabat dan maruah diri, Alang tu perempuan... byk godaan..

-Kla, Abg Zul, Ayu, Abang, Acik, Adik sentiasa doakan yang terbaik untuk Alang..

Kla ni dah banyak makan garam terlebih dulu ... jadi, sikit sebanyak memang faham..
kalau dulu kla pernah lalui perkara2 tak best, taknakla adik2 pun turut sama!

So please ingat ini semua..!

saja je letak ni sume kat kat blog.. nanti sb kalau lupa .. sila refer balik!

(ehem-ehem! Acik pun sama.. anda dihasihati merujuk pada perkara di atas juga! nasihat dari kakak mu! Acik pun dok jauh dari keluarga nie! )

hii... risau betul dengan diorang nih! hmmm risau2 aku ni.. aku tahu papa n mama lagi la risau...




~rindu korang semua!~

Lah ke Sabah

Mula2 dengar biter ni, aku agak terkejut juga walaupun sebenarnya dah tahu yang Nabilah ada mohon untuk sambung belajar ke Unimas, Sabah.
Suami aku lagi la tak keruan juga jadinya sekejap bila dapat tahu berita yg adiknya akan ke Sabah untuk melanjutkan pelajaran.. dia agak marah pada mulanya sebab kurang setuju..
yang sebenarnya, byk menda yg dia fikir.. sebenarnya jauh di dasar hatinya amat sedih.. amat berat baginya untuk melepaskan 'Lah..'
Maklumla.. adik kesayanganya nak pergi Sabah..nun jauh dari semenanjung.. mestilah sangat risau!

suami aku pn pening fikir siapa yg perlu ke sana juga menemani dia untuk pertama kali mendaftar.. mula2 dia minta aku untuk bantu..

Tapi Alhamdulillah.. nasib baik ada anak pada kwn Mak yg juga nak ke sana.. jadi ada lah temannya...

so, kami booking tiket Air Asia ke Labuan untuk 2 orang..

Mula2 semua org dpt kontrol feeling.. tapi sejurus panggilan terakhir untuk Lah masuk, sesi berpeluk cium, semua jadi sedih... aku plak takleh kalau bab sebak2 nie.. syahdu.. tapi aku kontrollah.. kang aku plak yang lebih..

kata mak..Lah takda sunyi lah diorang semua..
Kat rumah.. Lah la yg suka bercerita..
Kalau mak abah bselisih pendapat.. Lah la yg akan meleraikannya..
(sedihla pulak aku nie..)

So 26hb Jun hr tu.. terbang lah Lah.. ke Labuan...

to Lah:

Tahniah sebab dapat sambung belajar !
Please Remember all da things that Yeop and Yong wrote and send by email to u..
Ingat Tuhan, ingat Mak Abah..ingat Keluarga.. setiap masa..
kami sentiasa berdoa yg terbaik untuk Lah kat sana..and always miss u so much!

Do da best!



~Mak dan Abah..sayu nak melepaskan Nabilah..~




~sempat memberikan senyuman walaupun hati rasa sebak~




~Mak Yang pun sedih..~




~kena pakai topeng mulut woo..kang tak pasal2 H1N1!~





Thursday, July 2, 2009

Pizza Hot !!



Iyer ye... another entry pasal masakan aku... bukan per.. nak cuba try test power... ritu dah pi belajar buat roti kan... smntara ingatan masih fresh... keinginan mbuak buak.. bhn2 pulak dah ada.. (lebih buat roti keras ritu).. so just do it..!

bak coretan kata hubby aku dalam buku 'Resepi Roti' yg dibeli hari tu..

" buatla selagi mahu..." (cam tahu2 jer rajin aku nie bermusim...)

Nampak Pizza kat atas tu.. ? sekali buat 2 pulak! aku tak tahu ape ke nama Pizza nie..

tapi yang penting, yg bulat tu exactly cam Italiano pizza.. dan yg satu lagi agak Malaysianese..

Pizza bulat tu 'Cheesee Sosej Pizza' dan satu lagi, 'Kari Ayam Pizza' ... geee... boley?

~ doh yg siap atas Pizza Pan~

~Sedia untuk dimasak..~


~tarra.. dah masak..still hot!! fresh from oven..!~


~melting cheezee~


~Pizza Kari Ayam..~

Nak share dengan korang la resepinya!

ROTI PIZZA

-untuk rotinya tu.. resepi dohnya adalah serupa dengan resepi Shanghai Bun, seperti dalam entry aku yg lepas ' Roti Sedap Yang Sihat ' so boleh la refer situ untuk rotinya.

Toppingnya;

SOSEJ PIZZA

- Aku pakai Sos Piza yg untuk buat Spageeti tu juga. Tapi sos Cili pun boleh..
- 2 Keping Sosej
- Tomato potong dadu
- Capsium/ Lada Benggala potong dadu
- Cendawan Butang
- sedikit daun Pasli n Oregano untuk rasa sebenar Pizza.. (huuu...)
- Mayonis, Cheddar Cheese,
- Mozarella Cheesee (ini tabur atas sekali, Chesee nilah yg buatkan pizza tu nampak bertali-tali bila angkatnya..)
-Bahan2 nie.. tabur jer semuanya atas doh yg telah disediakan atas pizza pan tu..
-sedia untuk bakar..


PIZZA KARI AYAM

- Aku buat kari ayam, ada lebih2 kari tu, racik2 kan isi ayam tu tambah sikit kuahnya dan, bubuh jer atas pizza tuh! (hahaha.. senang kan?)boleh juga pakai kari ayam segera yg ada jual dalam tin tu..
- Lada benggala (potong dadu)
- Bawang Besar (potong dadu)
- Cendawan Butang
- Mayonis dan Sos Cili
- Cheddar Chesse & mozarella cheese

Sebenarnya bahan2 untuk topping ni boleh dipelbagaikan mengikut selera dan citarasa sendiri.. letak lagi banyak bahan2 lagi sedap...

Aku bawa pi ofis.. (sudah tentu la kan..) sebab cam bnyk jer kan..
Biasalah kan..diorang mesti kata sedap punya! hehehe..(itu kata diorang la..)
ada Kak cakap roti ni lebih lembut dari yg dulu.. hmm iye lah kak.. dulu tak reti, pakai hentam kromo aje.. well.. practise make perfect

ada cakap roti aku manis sket, so kurangkan manis..! haaa.. itu aku setuju! memang betul!! aku terlebih gula! terlebih sukat! tu yg aku perisakan byk cheese dan mayo! hehe.. cover la siket rasa dia.. tapi mungkin akak nie dia punya deria rasa lebih sket.. tu yg boleh tangkap rasa tu..
hehehe anyway..thanks so much fo d comments..

komen dari suami tersayang? balik kerja baru sempat bagi dia rasa..ada simpan untuk dia.. of course..
Aku dok kat dapur.. suspen jugak nk dengr komen dari dia kat luar tu....!
"haa... macam ni lah...sedap..roti dia lembut.. baru la betul.."
(ngeh..ngeh..ngeh.. aku tsenyum jer sengsorang..)
" cuma ..."
(erkk?)
" roti dia cam manis sket eh?...."
(hmm aku dah agak.. dia mmg dpt rasa nyer! ")


(hmm.. sedap tak sedap ke.. haa... tinggal 1 slice lagi nie... mau ka??)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker