Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, May 30, 2012

Rabu tanpa kata : Cuba Teka!


Assalamualaikum,

Cer Teka... apa kat dalam bungkusan ni?



Klue?

MAKANAN

=)

Selamat Mencoba..






Tuesday, May 29, 2012

Pulut Mangga HarumManis


Assalamualaikum,

Pulut Mangga harumanis limpahan kuah santan lemak berkrim..

Cik kak makan ni sekali sekala je...
kebetulan En Bos outstation ke Perlis...
(cerita ni dah 2 minggu yang lalu dah ni.. baru update la katakan..)
bawa balik la bebuahan harum manis  ni..
tapi dek kerana musimnya dah nak habis kot.. buah2nya tak cantik sangat..
tapi tetap... Alhamdulillah.. manis tetap manis.. harum pun tetap ada..

Kebetulan tekak memang nak makan sanagt Mangga Pulut..
Rezeki rezeki mangga pun sampai..



~ Mangga pulut.. kebetulan rezeki dikongsi bersama saudara mara yang kebetulan datang menziarahi.. rezeki.. memang makan ni, semua suara tak keluar lah! tekun menikmati.. sib baik mangga banyak lagi.. ~

~ sempat juga berkongsi rezeki yang ada ini dengan jiran tetangga.. Alhamdulillah.. ~

ada yang sama suka makan ni tak??
cepat cepat cari mangga..
tanak pulut..
masak santan bersama garam gula sikit..
nyum nyummmii..
sedap sungguh laa...
Nikmat dunia yang sementara..
Alhamdulillah...

Selamat mencari mangga ya... (^___^)/



Para para isteri..

Assalamualaikum,

Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, sempat layan hot FM.. topik mereka..
apa pendapat  jika suami ingin bercuti bersama rakan rakan.. isteri setuju atau pun tidak..?
aku calling calling mereka! tapi tak tembus tembus...
apa yang aku nak cakap?
hehehe..
bagi aku.. aku setuju je dan izinkan sahaja suami aku ingin bercuti bersama rakan rakannya..
memang banyak faktor telah di ambil kira la semestinya..
salah satunya, aku memang mengenali kawan kawan nya itu.. insyaAllah sorang sorang baik peelnya
Pastu, tempat nak pergi... kemana ? pastikan tempat tu clean...
dan sudah tentu, tujuannya apa?
Dalam kes aku ni.. aku memang sentiasa izinkan suami aku pergi bercuti dengan rakan rakannya..
pernah terjadi, mereka ingin berkonvoi ramai2 ke pantai timur.. sambil2 tu singgah ke majlis perkahwinan sahabat....
Ya, aku izinkan sahaja...
tapi apa yang terjadi?
Suamiku kata tak sanggup pula.. dan..
masing masing suami ni tak sanggup pulak nak tinggalkan isteri!
dah pulak..
hehehehe...
ye la semua kawan2nya pun kebanyakkannnya dah berkahwin,
ada rasa macam kekosongan pula bila bercuti tanpa isteri?
hehehehe..
tengok! ;)
memang.. kata suami.. dia tak sanggup pula nak bercuti cuti bergembira tanpa isteri di sisi,
rasa macam tak patut je,
katanya....

(ayat bikin haru je bukan...? ) yelah tu.. =)

pada aku ni, aku memang izinkan sebab aku percaya kepada suami sendiri,
dan lagi.. kita selama ni pun berjalan jalan bercuti dah berkali kali dah dengan dia..
bagila peluang dia nak bersama sama dengan rakan rakan lamanya yang memang dah baik dari dulu kan..
InsyaAllah... pokok pangkal hati dah niat tu..

lelaki ni, kalau makin kita tak bagi lagi la dia nak!
betul tak?
nah.. cuba bagi je tengok!
reverse psikologi..
kadang kadang tak termampu...

tapi kena hati hati juga..
tengok situasi ya.. para isteri isteri...

=)

Apa pun.. yang sangat penting dalam hubungan suami isteri ni ialah.. kepercayaan, jangan mudah buruk sangka dan tawakkal pada Allah, hanya Dia yang maha Melindungi..
aku pun budak baru belajar, belum mampu untuk menasihati orang lain, melainkan masih cuba perbaiki diri sendiri..




Monday, May 28, 2012

Sandwich Sihat MyWay

Assalamualaikum,

ya .. ya .. sihat la sangat.. 
tiada siapa yang tahu.. aku telah mendapat perintah untuk menguruskan badan!
hmm orang kata.. kalau nak cepat kurus, jangan makan nasi..
aku rasa betul kot..
sebab aku punya seorang teman yang sangat montel orangnya, namun sekarang telah selim melim..
dek kerana tak makan nasi.. makan lauk je..
dan dia banyakkan makan oat dan sandwich je..
boleh je kurus tu! nak seribu daya kan?

jom,
tengok sandwich cara ku pula!
silap silap kalau makan selalu ni makin gemuk tak? hehehe..

~ ini ialah bahan bahannya ya... saladish.. daging cincang yang dimasak dengan sos cili, mayonis, cheese, pikel cincang, roti gardennia~
 

~ mula2 sapukan roti dengan cheese dan mayonis, cheese tu optional je.. penyedap rasa,  lapiskan salad, dan letakkan daging cincang .~

~ lapiskan dengan tomato, bebawang, pikel cincang, sos dan apa2 lagi yang diingini ~

~ siap sudah.. dalam dalam 6 keping sandwich dengan roti berkhasiat dari Gardenia~

selebihnya aku bawa ke pejabat!
kawan2 ku siap minta buat lagi.. tinggalkan nasi lemak, lalu menerkam sandwich ku ini!

dan yang penting encik bos sangat suka laa..
itu sudah cukup!
kepuasan dia pemankin semangat memasakku..
ecececehhh... ;p

ok, la selamat mencoba coba ya kawan kawan...

hajat di hati ni .. nak buat pavlova pulak!
baru dapat resepi dari sahabat!

=))

Sayangi diri dan sihatkan badan dengan makanan yang berkhasiat.. =)

Sunday, May 27, 2012

Resepi Butter Cake Simple dan Sedap!

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan kawan..

wahh.. dapat update2 je terus dengan resepi yer..

Malu sebenarnya dengan Mathari ku ini.. lama tak jenguk dia..
kawan kawan apatah lagi..
kalau kawan2 ada FB dapat la jumpa..
entah kenapa ntah.. bila buka blog je.. 
tangan jadi berat...
hmmm... moga moga kek butter ni boleh jadi pemangkin untuk terus berupdate belog ini! 
yeahh...

************************************

Ok. mari kongsi resepi kek butter yang sangat senang..
baru je buat tadi ni..
tapi dah abis dah.. =)
hello.. helloo. bukan aku habiskan yaa... dah di bahagi bahagikan kepada sesiapa yang patut.. =))


Resepi Kek Butter

250 Butter
1 atau 1/2 cawan gula
4 biji telur
2 cwan tepung kek
2st baking powder
1/2 cawan susu pekat
1st esen vanila

Cara: 
Panas kan oven 160- 170'
Putar mentega dan gula kembang
masukkan telur dan putar
kemudian putar perlahan je.. masukkan tepung dan baking powder
masuukkan susu pekat esen vanila
masukkan dalam acuan kek 
dan bakar lebih kurang 45 - sejam..

sedap makan panas2.. =)

selamat mencoba..


I LOVE U ALL..

Muahhhh..






































Friday, May 11, 2012

Tukar!!

Assalamualaikum,

=))

sedang sibuk, penat dan letih sekarang!
namun sempat menaip titipan untuk pembaca yang sudi..

Aku sedang mengubah, membuang, menyusun, dan menukar benda2 dalam bilik pejabat ku ni!
yaa..
satu perkara yang aku amat lupa ialah? mengambil gambar!!
aku lupa mahu ambil gambar.. sebelum dan selepas.. ya.. selepas mungkin boleh la di ambil nanti bila dah siap..
ya.. aku sedang mahu tukar suasana dalam bilik ni..
try n error sahaja nih!
kalau makin cantik yaa.. aku gembira.. namun jika sebaliknya.. tak mengapa! kita tukar la lagi .. kan?? =)
ramai yang bagi pendapat.. ramai yang setuju.. ada juga suara suara yang tidak setuju..
takpe.. ni belum siap lagi ni..
tunggu minggu depan pula!! kita sambung lagi!
nanti aku snap gambar yee..

tapi tahu apa tak??
bila nak datang pejabat tadi,
ada sedikit rasa truja dan gembira..
ye serius rasa sangat teruja..
mengenangkan akan masuk bilik yang dah lain rupa susunannya..
mungkin dah agak luas sikit setelah banyak barang yang telah di buang.. di alih.. di susun..
hehehe.. 5S ni tau... =))

ok, sekarang nak sambung balik..
kerja pejabat dah agak siap..
tu pasal boleh luangkan sikit masa ni...
untuk ... mengemas, dan...... ya.. blogging|!!

=D

jumpa lagi ya teman temang yang kusayangi..

Thursday, May 10, 2012

Resepi Strawbery & Vanilla Milk Shake


Assalamualaikum,
(try auto publish ni)

Nak kongsi satu rahsia! resepi,

senang je resepi ni...
si dia yang request hari tu..
so tak mahu kecewakan dia..
maka..
terhasillah... 



Resepi Susu Kocak Perisa Stawberi dan Vanila

anda cuma memerlukan..

2-3 scoop  ais krim perisa strawberi dan vanilla
1 cup susu segar atau penuh krim
sedikit coklat siram

campurkan semuanya dalam blender..
kisar hingga berbuih berkrim..

sedia untuk di minum..

yaaa... nyaman... =)


Selamat mencuba yaa...






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker