Assalamualaikum,
baru sebentar tadi aku baru sahaja lepas bercakap dengan sahabat lama... sahabat suka.. duka...
banyak kenangan aku dan dia..
pahit dan manis semuanya ada!
kalau dengar suara dia terus nak gelak!! gila ke apa aku pun tak tahu!
apa yang kelakar ntah, asal dengar suara je gelak! dia gelak aku pun gelak!
dee.. dee..
lama betul tak jumpa dia...
sekarang sekadar berhubungan di 'muka buku' sahaja..
perkembangan demi perkembangan beliau yang aku lewati.. sekarang dah macam macam 'bisnes' yang dia jalankan.
bercakap pun laju 'kemain' hehe.. dulu pun laju gak..
seronok dengar dia sembang pasal bisnes tu!
sekarang ni dah join Premium beautiful... =)
~Klik gambar untuk jumpa dee.. =) ~
korang pernah dengar PB? sure punya lah... sesiapa yang nak lansing mesti pernah di promot dengan PB ni..
kalau betul kena caranya memang boleh lansing tau! =)
Aku pun ada sebenarnya... beli dulu.. masa belum kahwin! lama dah tak pakai... rasa cam nak pakai balik! tapi.. muat kah lagi... sekarang dah makin berisi! haha..
tulah.. ingatkan nak dapatkan balik khidmat runding nasihat
Dee kata dia teringat dulu masa zaman 'study' aku yang kenalkan dia dengan korset! aku pun dah ingat2 lupa dee.. rasanya kita pernah beli bersama masa kat 'Billion' kan? haha..
tapi 1 perkara yang aku memang akan sentiasa ingat ialah.. mama! mama aku lah yang dari aku sekolah menengah lagi suruh aku pakai 'seluar getah' aka 'girdle'!
sampai la sekarang mama selalu berleter kat aku nih! sekarang lagi la, sebab aku dah makin berisi, makin marah la dia.. kenapa tak pakai girdle! pakai la girdle katanya, sebab bila pakai tu automatik pemakanan kita boleh kontrol.. tak la nampak menggeleber sana sini.. baru ada shape katanya... uhuhu.. muda muda lagi dah geleber2... tak kemas katanya! adui... aku ni je malas beno! kadang kadang tu, dia yang belikan untuk aku! dulu zaman sekolah memang aku tak kisah sangat.. bila dah meningkat dewasa baru la faham kenapa mama asyik suruh pakai girdle!
mama.. oh mama... ure da best! =)
berbalik citer dee ni..
bukan itu sahaja.. macam macam bisnes dia sedang on sekarang nih!
seronok dengar cerita dia...seronoknya berniaga sendiri nih..
tak perlu makan gaji, dari pagi sampai lewat petang! dok buat kerja yang sama! hmmm
macam macam dok sembang pasal bisnes dengan dee..
boleh belajar dari dia juga... dia bykpengalaman...
aku pun sebenarnya dah lama berjinak jinak dengan perniagaan..
aku memang suka berniaga nie.. sekarang pun, tapi kecil kecilan sahaja...
maklumlah aku sendiri.. bekerja pulak tu.. manalah nak sempat nak kejar semua, itulah sebab aku tak berapa nak sebarkan, takut tak menang tangan je, tunggu ada pembantu nanti.. boleh la... =)
nanti aku iklan kat belog ini! hehe ;p
weh... dee.. seronok sembang dengan ko weh!
aku tahu baru baru ni ko turun kl kan.. jumpa si wanie tu.. sorry tak sempat nak jumpa juga.. sebab aku berada di luar kawasan.. =)
tapi aku sangat berharap dapat berjumpa dengan ko weh! lain kali mesti jumpa tau!!
~dee dan kwn baiknya...~
ok... itu sahaja coretan kali ini... dapat bercakap dengan dee.. ada modal untuk aku update belog ini yang dah suam suam kuku je nih!
sehingga ketemu lagi ya!