Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, March 8, 2011

Teruknya!

Eh, Assalamualaikum..

Tetiba je tajuk mood sentap pulak ya?
selamat malam...
3 hari aku tak update blog, ya, semestinya aku punya sebab ..
Alhamdulillah.. malam ni sempat untuk 'update'..
rindunya pada kamu, kamu dan kamu.....

tadi tengok cerita Dia Bukan Maryam..
berbulu je dengan peel 2 orang adik beradik yang sanggup ketepikan perasaan mak dan ayahnya semata mata kerana ikutkan perasaan pengaruh lelaki!
dari ritu lagi nak komen, ni je baru sempat..
kalau ada yang ikut cerita ni, boleh tengok la..

yang si kakaknya, sampai sanggup ketepikan nasihat mak dan ayahnya!
cakap orang tua taknak dengar! sayang sangat kat laki tu sampai sanggup lawan cakap mak! pastu keluar rumah! merajuklah konon bila pilihan hati tak berapa disetujui oleh mak ayah! bungkus beg baju.. terus blah..
si adiknya pula.. membawa hati yang lara.. lari ke tempat lain, konon nak mencari ketenangan jiwa bila si kekasih berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri... hmmm...

sampai merajuk hati mak ayah nya lalu balik ke kampung... kesian...
ya Allah.. bukan kah berdosa mengecilkan hati orang tua.. apatah lagi hingga buat air mata mereka mengangis!

ha, pastu bila tengok orang tua dah takda kat rumah, tahu pulak nak menggelabah!
haa.. itu baru balik kampung je tau.. kalau dah takda betul? kan ke menyesal tak sudah!?

siap kata yang mak ayah nya buat drama pulak! konon buat drama la... balik kampung, nak tarik perhatian mereka anak anak...

ishh... apa lah! hmmm
apapun ini cuma dalam cerita lah.. adalah mesej tersendiri ingin disampaikan...

well..
persoalannya, kenapa nak lari dari rumah?atau cuba ingin berada jauh dari keluarga? kenapa nak duk jauh dari ibu bapa..?
bukankah di rumahlah tempat yang paling selesa.. ada ibu.. ada ayah... syurga kan di tapak kaki ibu.. hmmm..
perkara ni banyak berlaku diluar pun..
sanggup ketepikan perasaan orang tua yang melahirkan dan membesarkan semata mata kerana kasih, cinta, sayang... hmmm
tak hargai masa yang ada bersama orang tua..
bila mereka dah tiada di dunia nanti?
menyesal tak sudah..
saat itu mesti akan menyesal tidak penuhi masa bersama mereka...

buang emak buang saudara?
kerana kasih hamba turutkan?

no no no....

busuk busuk kita, hanya keluarga sahajalah yang akan tetap menerima kita seadanya...
insyaAllah..

motif entri?
hargailah ibu bapa selagi mereka masih hidup..

Friday, March 4, 2011

Aku Cemas!

Aku diminta oleh doktor untuk membuat pemeriksaan HSG untuk peringkat pemeriksaan seterusnya!
ikut temujanji ialah Isnin ini.
tapi aku agak cemas!
takut!
segan dan malu..
ada orang kata sedikit sakit, sakit kah? sedikit bagaimana tuh?
hmmm... ada orang yang dah pernah buat?

ohh.. makin lama menaip makin gerun pula!
aku ialah si penakut dengan kehospitalan kedoktoran keubatan..

HSG?
HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan

Thursday, March 3, 2011

Dear Friends.. Untuk renungan...



When you carry the Qur'an, Syaitan gets a headache.

When you open it, he collapses.

When he sees you reading it, he faints.

When he sees that you are living what you read, he flees.

And when you are about to forward this message, he will try and discourage you.

Forward this to as many Muslim friends...

Puan ke Cik

satu perbualan telefon berlansung...

Aduka : "Puan, kalau begitu saya akan ke pejabat puan untuk menghantar dokumen ini, di tingkat 2 kan?"

Melur :" ya.. boleh datang bila bila masa, saya ada di pejabat"

Aduka : "terima kasih puan"

Melur: " sama sama"

30 minit kemudian si Aduka itu telah sampai ke pejabat si Melur itu..

Aduka : " errr...puan Melur binti Taruna?"

Melur : " ya saya.. betul nama saya.."

Aduka: " errr... sorry.. puan, eh cik, eh puan... eh..... puan ke cik ni?"

Melur: " ehh.. kenapa.."

Aduka: " maaf tadi saya bercakap dalam telefon ingatkan puan.. rupanya.. err.. Cik kan?"

Melur: " hehehe... nampak macam Cik ya?"

Aduka: " errr.. Cik la kan..."

Melur: " haha.. mana mana pun boleh... "

Melur kemudiannya tersenyum sambil mengambil dokumen itu dan tandatangan di kertas itu..
huhuhu...
senyumnya agak lama...
tertanya di fikiran kenapa agaknya dia menganggapnya 'Cik' setelah melihatnya?
Puan bagaimana.. Cik pula bagaimana..
tapi persoalan itu hanya mampu mengukir senyum di bibir Melur yang sememangnya berstatus sudah berkahwin...

apa apa je la...

:)

Wednesday, March 2, 2011

Mari makan buah!

 Assalamualaikum,
ada orang yang tak suka makan buah ke?
jarang la kot.. kan?
mesti korang semua ada buah buah yang tersendiri yang korang suka makan..
sini aku mahu kongsi antara buah buahan yang sentiasa kami 'reload' kat rumah ni...


 ~PISANG~
pisang ni memang bagus makan untuk beri tenaga yang berterusan!
aku kalau nak bersukan, terutamanya bila nak main badminton tu, aku akan cari pisang sebatang 2 untuk makan! kajian menunjukkan 2 biji pisang cukup untuk memberikan tenaga untuk senaman selama 90 minit! whoaaa... bagus kan?
selain dari sedap, pisang juga mengandungi kadar potassium yang tinggi untuk kecergasan minda!
bagi anak anak makan! sure pandai dan cergas.. :)
masa kecik kecik dulu bila kena gigit nyamuk, mama suruh sapu ngan kulit pisang, parut pun boleh hilang juga...
hmm apa tunggu lagi, pisang sangat senang nak cari, harga sgt berpatutan, makan pun lembut je..
err, tapi jgn ada pula org yg tanya aku, napa monyet tak pandai pandai pun! aii.. dah nama pun binatang kan..


 ~BETIK~
Betik sangat kaya dgn vitamin A, C dan juga kalium, ianya sangat bagus untuk membantu dalam proses penghadaman.. pelawas... :) kalau sesiapa susah nak buang air besar, elok makan ni..

 ~JAMBU AIR~
ini ialah kegemaran abbi! suka beno dia dengan jambu ini!
jambu ini mempunyai kandungan air yang sangat tinggi.. ada vitamin A dan C
bila memakannya.. huiiiishhh.. ya Allah.. rasa sangat segar nye.. penuh air..:) best! 
cicah ngan kuah rojak pun besh!
jambu air yang kaya dengan anti oksidan ini dipercayai bagus untuk mencantikkan kulit! hmm ... :)
oh, lagi! info yang aku baca, ianya dapat memperbaiki mutu sperma dengan cara mencegah radikal bebas yang boleh merosakkan sperma..
ooo patutla... hehe.. (tapi rasanya dia pun tak tahu nih? kena bagitau nih!)

 ~MANGGA~
semua orang mesti kenal punya  buat mangga ni, kalau dok kat Malaysia.
tapi tak semua suka buah mangga tau.. abbi aku tak suka, walaupun keliling rumah di kampung penuh dengan pokok mangga!  tapi ku suka! suka, suka! :D
buah yang kaya dengan serat ini juga mempunyai vitamin antioksidan seperti C dan E..dan mempunyai bahan penumpas kanser yang baik! itu kata buku yang aku baca...

~EPAL~
buah import ni..ramai dah tahu khasiatnya kan..
hmm.. tengok gambar dah la... cantikkan gambar ni... tangkapan ku.. 
:)

  ~CIKU~
aku suka gak kat buah ni! manis..
buah ni juga bagus untuk sesiapa yang punya buasir,
ikut info yang aku dapat..caranya ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua,
iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan
garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.
~LIMAU~

~PLUM~

 ~BLUEBERRY~
cedapnye buah ni... tapi mahal la sikit...
tak selalu makan pun.. kalo ada duit lebih buleh laa..
blueberry baik untuk mata.. :)

~Strawberry~
hmmmm best nyer..... cecah coklat.. tak selalu makan la.. jarrang jarrrang je,,
~Tembikai~
makan sejuk sejuk best.. selalunya buat jus je.. :)

ada banyak lagi buah buahan yang boleh kita makan ... kebanyakkan buah buahan punyai khasiatnya tersendiri... apa pun makan buah buahan adalah sangat bagus untuk kesihatan!
jom amalkan gaya hidup sihat ..


maaflah aku tak dapat blogwalking sangat sekarang ni..ini pun entri yang diperam, habiskan..
terima kasih yang mana sentiasa sudi mengunjungi ku di sini..
aku sangat hargai..
jangan pernah lupakan aku..

terima kasih pada kpah k-poh, piasara, sasa alsharif sebab sudi mengikut di sini..


Tuesday, March 1, 2011

Life..

In life....
dont expect anything from anyone..
because expectation, when not fulfilled.. gives you pain..
when you get something without expecting it..
is gives you pleasure..
keep doing your part..
and leave the rest to Allah...

Monday, February 28, 2011

Apabila kek di belah belah..

:)
ini ialah bagi memenuhi permintaan en Matahati kita yang kelip kelip matanya.. :)
katanya "teringin nak tengok bentuk kek bila dibelah belah.."
hehe.. nasib baik la aku ada main snap snap sepotong kek untuk ditesting..

maka inilah dia... warnanya gelap, pengcahayaan kurang elok .. so aku kasi terang sikit, tu yang lain lain pulak keterangannya... :)




ya, aku akui... memang comot!

:)
 tapi takpe.. bak kata Hany .. "takpe.. ni baru 1st time.."

moga en '5rul' boleh terima rupenye sebegini... cuma rasa tak dapat le rasa.. tengok gambo je.. :)



komen dari abbi pula..
"bab rasa dah lulus.. cuma kalau boleh nipiskan sikit krim kat atas tu, dan lebihkan sikit je kat lapisan lapisan dalamnya pastu taburan kismis tu memang sedap, kalo tambah kacang lagi sedap kot.."
katanya lagi " teringin nak kasi mak n adik adik rasa ni.. nak tunjukkan kehebatan my wife pada family"
huhu... iyelah tu, nak tunjuk yang elok2 la sikit.. ni comot ni b...

kata akak sebelah pula..
"ko ni, bagi le lebih sikit lain kali..."
hadoi, lebih dari suku 1/3 kita bagi kak tu... heheh..

kata adik..
" yumm..cejuk.. race cam ecekerim laa.."


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker