Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Thursday, December 16, 2010

25 perkara yang best .. ada kah pada ku?

Terima kasih pada lya sebab mengetag aku! huhuhu.. lya saja ya nak korek korek ya..
25? banyak tu? 25 perkara best lak tu? hadoii.. ada ke banyak tu perkara best dalam diri aku ni.. hmmm susah gak ni, tapi apa pun, bagi aku semua tentang diri aku best atas rasa bersyukur atas segala kurniaan Allah..




~gaya macam best konon..~

1. best sebab menjadi anak kepada En Mat Salleh Muhamad dan Puan Azizah Abdullah.
2. Menjadi anak sulong kepada 6 orang adik beradik, Ayu, Abang, Alang, Achik dan Adik kamu semua kesayangan saya..
3. Cucu kegemaran.. maklumlah..cucu sulong.. :)
4. Telah dah dipunyai oleh seorang lelaki hebat.. Alhamdulillah
5. telah khatam Alquran
6. suka main masak masak kat dapur
7. ada belajar silat sikit sikit.. pernah masuk pertandingan olahraga peringkat negeri dapat Perak! :D takpe jgn risau.. sekarang dah byk lupa jurus jurus.. hehe
8. badminton adalah permainan yang sangat dekat di hatiku.. main badminton buat aku rasa best!
9. abbi saya suka dengar saya nyanyi! jadi saya rasa best lah jugak! ;p
10. syukur dengan perkerjaan sekarang yang buatkan diri ini best juga..Alhamdulillah
11. main main batal air sembahyang ngan abbi, rasa cam best lak! astaghfirullah.. (iskh tak baik la!)
12. suka dengan fotografi.. memegang kamera buat aku rasa best semacam..kalau bergambar lagi la best..
13. suka tempat sejuk2.. antara best vacation ialah Cameron Highland ngan abbi..
14. belog! ya belog kesayangan ini menambahkan lagi kebest'an aku..
15. aku ada lesen kereta! boleh bawa kereta! dan gemar membawa kereta! nak racing?
16. mempunyai koleksi barangan antik yang sangat sangat berharga.. telefon, jam, seterika, radio, pinggan mangkuk, teko...
17. sukakan aktiviti luar
18. Punyai rumah sendiri.. baru duduk 4 bulan..rumah kami..syurga kami.. Alhamdulillah..
19. menaip tanpa melihat pada keyboard! sesiapa yang melihat kata aku main main keyboard pula, padahal aku menaip la...
20. warna best ialah, oren, putih, hitam, merah
21. ketinggian ku 165cm
22. minat menanam dan membela binatang... ikan, iguana dan kucing sehati berdansa bersama..
23. suka berniaga
24. suka makan makan besar bersama keluarga..
25. last but not least.. to all my fren.. aku sangat hargai kawan kawan ku sejak zaman persekolahan, zaman remaja dan sekeliling dan kawan sekerja dan tak lupa kepada kawan kawan belog aku yang best best semuanya! terima kasih kerana menjadikan aku best kerana persahabatan anda! Mimy, kak Ayu, k lynn, Lya, Dni, MzHany, Kakmas, Nabilah, Alvin,frodo, farid, k Ain, Nadine, Ammieynna, Tedi, Cikgu Isza, wanita mutalib, brutal solo, tukang kata, kazaztan team,maksu, kamen,my lil diary, daela, asha,ika, matahati, terima kasih kerana masih bertahan denganku.. to zanna rohim, ibu intan, iena, hairil, princeduyong, surihani, kak zakie, cikLyndawawa,eelobor,cgg,mamaizya, mamawana,mommyshane,piewahid, azzey, nadzirah, ladyzul, najwa, CT, yusrina, kasih suci, mamalyna, nadia havez..terima kasih sudi jenguk2 selalu.. dan buat deena, terima kasih atas segalanya.. :)
saya sangat hargai anda semua.. :D

setel dah 25 perkara yang best dari Lya


***********************************************

tadi, semasa nak setelkan 25 best dari lya ni, aku pun saje je susahkan kengkawan kat sini, aku minta pendapat mereka sekali, apa yang best sangat ngan kella ni dan juga apakah yang tak bestnya ngan kella ni..
bawah ni aku letakkan apa yang mereka kata! yang mereka kata tau.. bukan aku!

Tak best tentang kella:
- tak tegas,
- mudah kesiankan orang
- mudah maafkan orang
- segan nak tonjolkan diri
- strict dan skema time keja
- meja penuh kertas kertas dan fail! (hadoii.. malunya!)
- sensitif
- suara kuat dan gelak yg sangat kuat, tambah2 bila bos takda!
- kuat makan!

Yang best tentang kella;
- cantik ( bodek je ni .. hehe)
- Baik hati
- humble
- friendly
- proactive
- independent
- creative
- hardworking
- adventures
- penyabar orangnya
- suka bawak makanan ke opis, nak pizza plz! ( byk ler korang..)
- boleh minta kautim boss, special rate! (ntah hape je derang ni..)
- mahu belajar
- boleh di harap

Segala kekurangan adalah dari diri sendiri dan segala kelebihan adalah dari Allah swt.

sekkian..

dah nama pun tag, jadinya aku nak tag pada... semua nama nama yang ada pada no. 25 di atas tu! heheheh... gotcha! jawab le dengan penuh kesabaran ye.. :)
update: tag ini tak paksa tau.. boleh je kalau taknak buat.. :)

Update tentang Deena: Alhamdulillah.. semalam dapat berita darinya.. gembira mendapat senyuman darinya... dan kesihatannya juga beransur pulih.. tapi memang memerlukan masa panjang juga... moga Deena sentiasa kuat menghadapinya kami rakan2 akan terus mendoakan.. cepatlah sembuh deena..

masa sentiasa membawa kita alami perkara baru
masa yang berlalu tak boleh di patah balik dan tidak mungkin di miliki lagi
masa yang akan datang pula belum tentu dapat dirasai dan belum juga dimiliku..
yang ada ialah..
masa sekarang..
saat ini, masa ini!
masa yang satu satunya dimiliki kita ialah sekarang!
maka alami dan hargai...

Wednesday, December 15, 2010

Esok 10 Muharram, Hari Assyura!! Ayuh!

Telefon berbunyi!
Mama yang telefon rupanya!

" kak ila, esok 10 Muharram tau"
" eh ye ke ma.. (blur..)
" kan 2 hari lepas mama dah bagitau.. masuk telinga kanan.. keluar telinga kiri!"
" yelah ma.. kekla ingat..esok ya! alamak.. patutnya malam ni buat makan2 jamu orang ya ma?"
" ha la.. boleh juga... tapi esok seeloknya puasa sunat 10 muharram! lagi satu esok pagi pagi masa mandi tu.. mandi sunat.. kelebihannya dijauhkan kesakitan pada tahun ni.."
" oh.. mandi masa bila ni ma? kena bangun awal pagi kul 3 pagi ke..?"
" hok aloo.. mandi masa sebelum subuh la, masa nak sembahyang subuh tu..."
" niat lagu mano..?"
" niatla.. sahaja aku mandi sunat hari Assyura kerana Allah.."
" oh.. ok ma! kekla nak bgtau kat orang la! kek la betul2 lupa.. tapi dah lewat ni ma... "
"niat baik mudah mudahan la..."
" ok kekla nak buat masuk blog dulu! kirim salam semua.."
Assalamualaikum..

kawan kawan ku! esok 10 Muharram.. banyak kelebihannya! mari kongsi semua...


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):



  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda :
"Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W :
"Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?".
Maka berkata Rasulullah S.A.W :
"Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
semoga mendapat manfaat darinya! Niat hanya kerana Allah...

insyaAllah..

update: lupa nak ucapkan teriman kasih pada IbuIntan , Iena Farina dan nadzirah Razalli kerana mengikut blog ini! :)

update: petik kata kata kakZakie: .....sebenarnya ini tak ada dlm hukum-hakam, sekadar amalan bersyukur dpt menjalankan ibadah puasa mengingati banyak kisah sedih sejarah Islam berlaku pada hari ini.
Betul tu.. yang penting kita bersyukur dan menghayati erti sebenarnya hari assyura ini.. terima kasih kak zakie.

Malaysia vs Vietnam| 15hb Disember 2010

semoga malaysia beroleh kemenangan!!
kat tv tak tunjuk pulak ye?
ingatkan ada!
ingat nak tengok kat tv.

semoga Malaysia dapat tunjukkan persembahan yang sangat baik
dan menang! dapat gol 2-0 pun ok!

InsyaAllah..

update:

8.45 mlm- ada rupanya kat tv1! sekarang masih 0-0 antara Malaysia dan Vietnam

Update:
9.45 mlm- Malaysia dah gol 2!!! syukur! adakah tepat ramalan ku? 2.-0? Ya Allah.. moga moga menang la Malaysia malam ni... bantu la pemain pemain Malaysia itu..! amin..

Update:
yaaa! Malaysia dah menang!! syukur sangat! betul la tekaan ku! 2-0!! wah.. ada hadiah untuk diriku sendiri.... iaitu? seketul coklat cadbury.. huhuhu

Alhamdulillah...

Salam alaik..

terlebih dahulu, terima kasih pada seeeeemua yang telah doakan keselamatan dan kesihatan Deena!
terima kasih pada yang sudi bertanya tantang perkembangan Deena..
mari kita letakkan segala pergantungan pada Allah..
hanya Allah yang mengetahui segalanya..
semalam..
dengar dari perkhabaran bahawa ada tanda tanda positif walaupun keadaanya masih lemah,
maafkan aku tidak dapat memaklumkan apakah yang sedang Deena alami,kerana ingin menghormati privasi Deena dan keluarga..
cukuplah dengan mengetahui bahawa
Dia memang sangat kuat! mungkin kekuatan yang diperolehi itu adalah dari orang sekelilingnya, keluarganya dan kawan kawannya.. yang tak putus putus doakan untuk Deena..
yang mengharapkan dia kembali sembuh..
Dan yang pasti Allah masih mahukan Deena untuk terus bernafas di bumi bertuah ini..
ya Allah...
tapi hati ni tetap tak tenang sebab untuk hari ini belum dapat apa apa berita mengenainya lagi!
harap harap semuanya ok.. insyaAllah..
:(
Ya Allah..
selamatkan lah Deena...
semoga kau juga kuat ya sahabat!
aku di sini.. dan kau jauh di sana...
hanya doa yang mampu ku panjatkan untuk mu..







Aku masih lagi mahu menikmati nikmat bersahabat denganmu...

Monday, December 13, 2010

Tolong Doakan untuk sahabatku.. Deena!

Entri khas untuk sahabatku Deena Farhana...
terkejut mendengar khabarnya bahawa dia tak sihat!
baru Jumaat lepas aku berborak dengannya!
patutlah Sabtu Ahad aku asyik teringatkan Deena, dan asyik berceritakan tentang Deena pada abbi ku... cerita tentang aku bertuahnya ada kawan sepertinya! cerita itu cerita ini..
semalam aku cuba buat entri lain tentang deena! sebenarnya aku dah pernah buat entri untuk Deena, teruja untuk bercerita tentang nya, teruja untuk berkongsi kegembiraan mengenali wanita yang bernama Deena ini, tapi tak publish.. semata mata kerana nak buatkan entri yang terbaik, so asyik dok edit2 tak publish pun..
lihatlah! ishk!


Pagi tadi, terlintas lagi tentang Deena,
rasa nak telefon, tapi aku sms je dulu!
dan hati ni luluh serta merta bila mendengar khabarnya yang tidak sihat!
tiba tiba aku rasa ralat yang teramat,
sebab Deena tahu aku ada entri untuknya!
dan dia tertunggu tunggu entri itu!
ralatnya terasa ya Allah..

Di bawah ini ialah entri yang aku 'perap' ! khas untuk Deena..

Surat Untuk Deena Farhana:

Terima kasih Deena kerana sudi menjadi kawanku!
aku tak tahu apakah sebenarnya erti surat ini..
tapi yang pasti, hati aku begitu ingin mencoretkan sesuatu untuk kamu..
terasa bahagia.. terasa tenang.. :)

Dan surat terbuka ini sengaja ku kongsikan bersama teman teman lain di blog ku..
supaya mereka juga mungkin boleh berkongsi rasa ini.. :)

Aku ada kawan bernama Deena Farhana Nurman
orangnya cantik.. putih.. campuran cina (sabahan)
bila mendengar suaranya!
lembuuut sangat!
terasa sangat kekasaran yang ada pada diriku ini!
suaranya halusss sangat!

awal perkenalan tidak terasa..
kerana bagai telah lama pula mengenali dirinya..
terima kasih kerana sudi menjadi kawan ku!
tidak sangka orang seperti aku ini,
mampu punyai kawan sepertinya...
dihargai sebegitu rupa hingga mengundang malu pada diri sendiri..
sungguh terasa rendah diri..
tapi Deena sehabis daya akan merendahkan dirinya..
tak pernah sedikitpun kata katanya yang meninggi diri...

aku bukan terlalu ingin memujimu Deena,
aku juga tidak terlalu mengagungkan mu..
cuma aku sangat menghargai dirimu..
Aku bersyukur kerana Allah temukan aku dan dirimu!

pernah aku ditimpa
permasalahan hati dan emosi yang membingungkan..
ya.. bukan senang untuk kita meluahkan pada sesiapa sahaja mengenai masalah yang melibatkan emosi..
kerana tak semua orang akan faham..
dan tak semua orang benar benar mendengar..
tapi
dia,
dia seperti dapat membaca kebingungan ku itu..
dan tiba tiba terasa seperti tiada halangan pula untuk ku berkongsi dengannya..
terasa ringan..
lalu aku menceritakan padanya..
fikir ku ketika itu, aku tidak mengharapkan apa apa pertolongan darinya,
cukuplah sekadar mendengar atau mungkin memberikan sedikit pandangan..
kerana perkara ini bukan sewenangnya diselesaikan,
tapi! ya..
aku terlalu memandang rendah padamu wahai sahabat!
kata Deena
dia berjanji untuk mula mendoakan keselamatan ku! mulai saat itu!
katanya lagi, dia akan tolong doakan sungguh sungguh untuk ku dan keluargaku..
tak cukup dengan itu..
dia mahu dirikan solat khas mohon plindungan Allah buat ku!
dia mahu mula bacakan 'yassin' 7 kali untuk ku?
subhanallah..
tapi, hati ku terdetik pula, " biar betul Deena ni?"

maafkan aku Deena, memang betul aku pernah merasa ragu ragu dengan ini semua...
maaf aku tidak sangka kamu menghargai aku sebegitu..
katamu lagi..
Kamu mahu bersahabat dengan ku hingga ke akhirat,?

"Jalan persahabatan hingga ke syurga bukan sekadar bertegu sapa kat blog, kat YM.. tapi.. ikhlas merasai setiap kesakitan dan kesusahan sahabatnya sepanjang hayat..
Deena tahu mungkin Deena takkan mampu,
tapi, biar Allah yang menilainya
ramai yang dapat sama merasa kegembiraan sahabat, tapi tak ramai yang dapat sama merasa kesusahan sahabat
ramai yang bersahabat hanya di dunia,
tapi Deena mohon dengan Allah.. Deena nak bersahabat sampai akhirat,
bertemu di dunia dan bertemu di akhirat"

maaf Deena aku memang 'save' perbualan kita tempoh hari melalui YM!
kata deena lagi..
"maafkan Deena kalau ini nampak keterlaluan bagi kella!"
errr.. seakan memahami segala persoalan yang bermain di hati ini, lalu menambah..
"Deena hanya mampu luahkan betapa Deena sama merasa kegusaran di hati Kella"

:(

dan ingin juga ku mohon maaf sekali lagi
kerana ragu dengan layananmu wahai sahabat.
bukan tidak percaya
tapi seakan sukar untuk diterima...
benarkah..?
kamu terlalu baik..
mungkin ada rahmatnya Allah pertemukan kita berdua..
aku juga tahu kamu punyai teman teman yang ramai..
dan aku cuma rasa bertuah termasuk di dalam salah seorang daripada sahabat mu..!
dan aku juga ingin jadi wanita sebaik kamu!

terima kasih wahai sahabat!
terima kasih tak terhingga..
InsyaAllah aku akan jaga persahabatan dan kepercayaan mu ini..
Moga Allah merahmati hubungan ini!
Moga kamu sentiasa ada untukku.. dan aku sentiasa ada untuk mu..

surat itu berhenti di situ.

tapi cerita ku tidak berhenti lagi...

Aku telah didoakan oleh Deena!
bila aku membaca setiap bibit perkataan dalam doa itu!
air mata ini terus mengalir dengan derasnya!

"ya Allah yang maha kuasa, Kella (ada nama penuhku di sini) adalah sahabatku, daku mohon dengan nafas hina sebagai hamba, muliakanlah kehidupannya, cantikkan sifat luar dalamnya, kurniakan kebahagiaan dunia akhirat padanya, jadikanlah ia bidadari suaminya dunia akhirat, bilamana Kau timpakan ujian, Kau kuatkanlah hatinya, senaraikan ia sebagai calon bidadari di syurga..dan senaraikan ukhuwahku dengannya sbgai ukhuwah yg terpatri di akhirat sana..Kau ampuni dosa-dosanya, dan Kau pimpinlah dia, jangan lepaskan dia walau sedetik pun tidak berada dlm pndangan rahmatMu..semoga dia beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhiratMu..Ameen Ya Allah, Ameen Ya khaliq, Ameen ya rabbal izzah"

Deena!

:'(

Moga kau sembuh kembali!
kuatkan dirimu wahai sahabat!
kuatkan diri untuk kamu membaca surat yang aku janjikan untuk mu ini!
kuatkan dirimu untuk teman teman mu yang lain juga..
yang masih mengharapkan mu..

aku akan sentiasa doakan kamu Deena..
Allah maha mendengar, dan semoga Allah makbulkan doaku..
semoga kau sihat kembali..

aku tidak dpat meneruskan kata kata lagi...

Moga kawan kawanku di sini juga dapat doakan Deena cepat sembuh..
air mata menjadi semurahnya... :'(

Saturday, December 11, 2010

Friday, December 10, 2010

Makan Malam ni :D

Alhamdulillah..
dari pagi tak jumpa nasi..
malam tadi dapat le makan nasi..
buatan sendiri je..

Masak Tomyam aje..
semua ada, campak semua sayur dalam tu juga..



mula mula 1 lauk je, tapi cam tak best je, mesti nak 2!
so goreng ikan kering gelama ni juga..
tips nak sedap: hiris bebawang dan cili padi dan diperah asam limau sikit..
sedap hingga jilat jari tau..
:)

rezeki dari Allah..
syukur..
kenyang sudah..
sejenak terfikir,
tadi rasa yang sangat lapar, memang tak boleh tahan
tu tak sampai sehari je, terus dapat makan juga!
tapi ada di luar sana  yang belum tentu dapat makan sebegini setelah seharian berlapar..

syukur seadanya..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker