Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, May 12, 2010

Gara-Gara Malaysia Kalah ngan Jepun!!

Aku ingat malas nak buat entry tentang ini!
tapi, rasa cam terpendam pendam pula..
kecewa sebenarnya!
chee.. mula2 dah bernafas lega.. 2 dah menang beb..
lagipun, ala... jepun, boleh makan ni..
tapi detik debar mula terasa..
mula dari Wong Choon Han..
pastu beregu, ohhh.. kalah jua?
then Hafiz Hashim?
uhhh... ini memang betul klimaks geram!

aku memang sangat fanatik dengan sukan ini!
hubby ku, dari mula2 duduk di bawah menonton dengan ku, terus perlahan-perlahan...naik ke atas sofa tanpa ku sedari..
wahh... lari dari ku sebenarnya!
katanya, boleh kena 'heart attack' kalau dok sebelah aku!
excited lain macam!
uh.. sampai baling2 bantal la.. suara apatah lagi!
hahahaha...

tak tahu apa strategi mereka sebenarnya,
walaupun tidak lah begitu kecewa sebab kekalahan ini, kerana mungkin ada peluang lagi..
cuma...
bila dilihat dengan corak pemainan mereka yang sebegitu rupa,
macamana nak lawan China dan Indonesia?
ini baru Nippon yop!
Mungkin mereka belum 'panas' lagi kot..
mungkin mereka tak ingin tunjukkan lagi kehebatan diorang kot..
Mungkin saje je nak kasi 'chance' kat Jepun kot..
ehhh...
mungkin kah?

sedapkan hati sahaja,.

Namun jauh di sudut hari aku percaya pasukan Malaysia kita mampu untuk menang! mampu mengangkat kembali martabat badminton kita!

Aku percaya Malaysia Boleh!!!

IringJeling: gara-gara Malysia Kalah ngan Jepun, aku takda mood nak masak! kenyang dengan sendiri..

Bunga Sakura Citarasa Rinduan

Sakura dari kak Ayu..
terima kasih tak terhingga!, sebab sudi beri penghargaan ini...
malu sebenarnya, (cheeehh)
sungguh terharu mendapat penghargaan sebegini rupa,
siapalah daku....

Pernah dengar lagu sahabat dari Aizat?
tujukan lagu ni khas untuk kak ayu.. dan sahabat sekalian..
dengar lagu ini.. alunan melodinya sangat menyentuh perasaan
kalau tak pernah dengar, cepat cari, dan dengar..
sangat syok...
takpun..
dengar....
ku nyanyikannya..

Lirik Lagu Aizat - Sahabat

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


IringJeling: Gembira dengar luka akak tu dah 90% sembuh! Alhamdulillah.. berkat kesabaran kan... sentiasa percaya akan rahmat di sebalik kejadian.. membuatkan kita akan lebih bersyukur... :D
Say CHEESE... to ALIEN

1 budak putih dan 1 budak hitam
Yang datang dari jajahan Big Apple!

So siapa yang kena???....
yang paling hampir meneka ialah..
Kak Mas..!! yg teka Alien! hohoho satu lagi salah ya kak..
hehhehhe...
ok lah habuannya tetap ada juga!
nantikan ya akak!!
hehehe.. :)

Tuesday, May 11, 2010

Takmo cakap banyak! teka aje!

korang teka aje!
kalau betul ada habuan untuk korang!
wiiiiiiiiiiiiii................
tetiba je terlintas nak suh korang meneka plak!



Dalam kotak ada donut
donut berasal dari Big Apple
korang tekalah... sampai penat!
agak2 donut tu perisa ape?


hahaha... jawab ler kalau teror..


IringJeling: aku penah tauk kat dalam ni kot donut ape aku suke ngeh..ngeh..ngeh..

RAHSIA

Akhirnya.. masalah telah selesai...
syukur Alhamdulillah...
dari semalam aku kerisauan.. kebuntuan... susah hati dengan masalah ini...
syukur, masalah telah selesai hari ini, sebentar tadi..
mujur, aku menghadapinya dengan rasional...
walaupun hati tidak setenang wajah yang dipamer..
gelak tawa tidak sealiran ceria..
namun
Syukur..
aku masih di sini..

IringJeling: nah.. layan gambar yang ku tangkap 2 hari lepas... (klik pada gambar untuk tumbesaran yg jelas menarik! ;p )

Selamat Pagi, selamat bersarapan!

~ Mari! makan roti bakar pagi ni!~
Syukur Alhamdulillah.. kerana masih diberi kesempatan dari Allah menikmati hidup yang indah..
semoga hari ini diberkati dan dirahmatiNya..
Amin..

Monday, May 10, 2010

Renungan Bersama.. Kata Isteri..

Gugel pic

Mari lah sama2 kongsi dan sama2 sama renungkan artikel yang baru ku dapat melalui emel pagi tadi.. dari isteri untuk suami.. bagiku ada betulnya juga! bukan berniat untuk bersuara lantang pada Si Suami.. cuma.. dengarlah.. isi hati keinginan si isteri.. kerana isteri juga punya perasaan dan kasihnya pada suami tetap no 1 di hati...tak perlu diragui..

Kalaulah sang isteri boleh bersuara?? Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul.

"Abang, tolong la jadi suami mithali yer...."

Rumahtangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?
Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.


Saya kongsikan 21 pesanan isteri yang suami tak perasan supaya kita semua dapat ambil pengajaran dan manfaat daripadanya :

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diter ima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relaks sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, k eja r anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak…

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong j ima tkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cer min dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?...

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli min yak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni semakin suami degil tak nak min ta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut)

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor. dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah. bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya. dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebaga ima na anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok la kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu min ta maaf, min ta maaf, dan min ta maaf la... kalau perlu dipujuk, pujuk… Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi..

Semoga saya dan semua para suami semua berlapang dada dan dengan hati yang terbuka mener ima per min taan dan pesanan isteri ini. Semoga saya dapat amal apa yang diperkatakan. InsyaAllah ·

~ Ilmu hak bersama.. ~

IringJeling: asyik letak gambo omputih je.. letak gamba orang melayu sekali!


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker