Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, January 11, 2010

Si Suami Melayan Karenah Isterinya..

Dan.. pada malam tahun barunya... 2010

Mereka tidak kemana-mana menyambut perayaan tahun baru seperti yang biasa di sambut oleh golongan muda mudi yg gemar berhibur.. atau spt mereka yg cuma ingin melihat gemerlapan percikan cahaya bunga api yang berwarna-warni mewarnai angkasaraya...atau spt mrka yang cuma ingin merasai nikmat menyambut tahun baru..mengira detik 12 malam?...
tetapi mereka memilih untuk berdua dirumah.. bercanda gurau bersama..
Si suami melayan sahaja karenah si Isterinya.. sehingga sanggup bermotor ke hujung Utara untuk membeli sate..
Dan si Isteri juga seharusnya melayani si suaminya..dgn menghidangkan teh panas...
(pergghh sate tu memang sedap sangat!) tak rugila si suaminya berpenat lelah membelinya!
Mereka sama2 menikmati sate ayam dan daging kuah kacang..
Mereka berdua kelihatan sangat puas melayani diri masing2 dirumah, sambil menonton dvd dirumah dalam keadaan aman damai.. dari bersesak2 diluar sana yang dipenuhi dgn macam2 jenis ragam manusia.. uhhh.. rimas!
Wlaupun mereka kadangkala mempunyai pendapat yang tidak sehaluan, namun seringkali hati mereka bersatu bersetuju dgn sesuatu perkara yang sama sekali menguntungkan mereka bersama...
kerana itu mereka ditakdirkan bersama..
ALhamdulillah..

~ gambar hiasan~

Kenduri Sunat Irfan Makcumah

18 hari sebelum Tahun Baru juga..
Makcumah telah mengadakan majlis kenduri 'Potong Anu' (bersunat)Ipe aka Irfan!
gambar tiada dalam simpanan,

semua dari kg turun KL Makngah, Pngah..PokMae, Psu..Mommy.. daddy..
semuanya lah ada, kecuali mama n papa aku.. tak dapat hadir kerana urusan yang tidak dapat dielakkan..
dan Aku n Mr hubby la wakil mereka..
tak sangka plak majlis besar-besaran dibuat, siap pasang khemah!
kalah majlis orang bernikah je gayanya!

Reunion SMK Merchang EX 98

12 hari sebelum Tahun baru masehi yg jatuh pada Tahun Baru Islam.. Awal muharram..
satu reunion tertutup telah diadakan di Jusco Tmn Melati..
si Ja buat invitation kat FB je? iskh3, nasib baik aku buka fb, kalu tak... tak hidu laa...
disebabkn plan pon emergency je, so mereka2 yang kat KL jela yang dapat hadir..

~ kami lah antaranya...~
****************************************

~ giler semua dah tembam bagai dipam2! giler betul..giler lah! nape jadik camtu ek..?
(chee.. lagi mau tanya kaa? ) ~
****************************************
~ sonok dapat jumpa balik, sekian lama, zaman sekolah yang dah lama ditinggalkan.. rata2 semua dah kawin dan beranak pinak..~
***************************************

~ Izan, yang berkahwin dengan senior kitorang, terkejut gak 1st time jumpa ritu.. eh macam kenal...! kalau dah jodoh... ~

***************************************

~ kusyuk al Tawwadduq aku n erra! lapo weh.. kami berjalan, turun naik tukar tren berkali2 untuk sampai ke destinasi ini.. tambah pula hujan yang sangat lebat!rahmat betul, kami harung redah je.... semata2 reunion ini..~
***************************************
~ Ini anak si Izan! ya Allah.. sangat2 la tomei.. aku terkesima melihatkat senyumannya yang manis dan keletahnya yang manja n sweeett sangat! i like! bertuah izan dapat anak comei... Alhamdulillah..~
****************************************
~ Inilah Ja, si organizer yg sgt byk ckp.. orang nak snap gambar dia pon..sempat lagi nak bercakap... heheh.. jgn marah ah.. Apa pun thanks fo da ur kindly support and initiative for us to gathering together..

walaupun kami jumpa kat KFC je, takpe tempat kat mana tak penting, yang penting is perjumpaan itu dan sesiapa yang sudi datang.. memang kali ni cuma perjumpaan kecilan sahaja, 'Intro' la kata orang...
Next plan dah ada, kali ni baru uat besar2an, invitation akan dibuat sebulan sebelum majlis berlansung, so siapla kena mintak cuti awal2!
kali ni, no excuse! semua kena hadir...

Friday, January 8, 2010

Pagi Jumaat ini yang syok!


Hari ini rasa sungguh bertenaga!
Pagi tadi datang keje ngan keta! waaah.. rasa best semacam.. dah lama tak naik kereta gi keja! asyik merempit je..
bila keluar awal pagi tadi (maklumla.. kalau dgn keta kena kuar awal! lari dari jem...)
rasa macam fresh... tarik nafas... hembusss... tarik...uhhh... ahhh...
Alhamdulillah ya Allah..dengan limpah kurnia mu ini.. aku dapat menikmati kebahagiaan ini..


start kereta, buka Mix fm...
wah... rasa cam lama tak buat smua nih!
layan je bawa keta sambil dengar lagu2 yg kebetulan lak sumernya best kat mix tu..

sesampai kat ofis je pun tenang n nyaman je..
sekarang pun boleh dengar kicauan burung..
Alhamdulillah la tempat keja ku ni, walaupun dalam KL, tapi agak tersembunyi kedudukannya di atas bukit..
so that.. u can feel the fresh air..

so, here i am! at my place! facing the computer.. sementara jari jemariku, lancar menaip entry yang bertajuk 'pagi jumaat ini yang syok'
hahaha...

best best...


dan,

oh!.......

bunyi apa tu? adakah.....?
errrr......
lalu, aku menoleh di luar jendela di belakang ku ini!
Ya betul!!

dan...

Hujan pun turun.... :D


what a beautiful day...

Thursday, January 7, 2010

Rombongan Mak Abah ke KL

6 hari sebelum Tahun baru..
Rumah kami dikunjungi Mak Abah sekeluarga...
Motifnya sebab nak hantar Nabilah ke Sabah.. 2 minggu je budak tu balik ke semenanjung nie..dah kena balik Sabah balik.. kenapa bah..cepat sangat kau pergi.. takpe la Lah..Panggilan Pulau tu.. :D

Yang datang ritu pun tak cukup korem, si Li takda.. yang lelain.. Nain, Lah, Hani..semua ada..
diorang datang btandan umah kitorang pun sekejap je..2 hari jer.. dah nak balik..
rasa cam tak puas je plak!
tapi Alhamdulillah la..aku n hubby sempat melayan yang terbaik untuk mereka.. walaupun sbnarnya akulah paling gabra skali, bukan pe, takut tak dpt berikan yg tbaik je, tu pasal la sebelum tu aku dah beli sesiap brg dapur, brg basah sumer.. plan sesiap apa yg nak di masak..hari ni msak ini, esok masak itu.. hehehe.. (cheewah, mcm pandai masak! ;p )
sudahnya, mak bawa lauk pauk lebihan dari kg.. hehehe.. so aku msk nasik n lauk yg ringan2 je laa.. (tapi yg penting plan nk masak ape sudah ada tau... hehehe)

hmm..kalau boleh nak diorang stay lama lagi.. bleh bawa jjl an kemana2 lagi.. tapi apakah daya..

mari ikuti ceritera bergambar pula..


~ Mak Abah, mase ni kat komuter stesen, kitorang nak pegi Mid Valley, dekat je dari rumah.. nak naik keta, keta kami ada 1 je, tlebih muatan sudah... sebab diorang semua dtg naik Keretapi dari perak ke kl.. takpe.. ini baru thrill sket... i bet, u all mesti tak penah naik komuter bawa famly korang kan? hehehe~

~ Nain, pakai spek si Yeop nya coz tgh sakit mata tu... dan disebelah tu.. Hani..~


~ Lah n Hanie.. kat parking lot pun buley laa....~

~ tjumpa ngan Janna, di Kl Central.. dia ODW balik kg, naik ketapi..~


~Keesokkan nya kami bawak Mak ke Taman Orkid.. di Taman Tasik Perdana..
best... cantik.. ini kali kedua aku n Mr Hubby datang, dulu kami datang lagi cantik.. byk giler bunga orkid... mungkin kali ni, bukan musim bunga orkid berkembang kot..~
~wahhh...!! dah terangkat sikit la batu tu u angkat b....!!~
~ cantik kan gambar ni, aku yg snap nie... hihihihi~





~ Seragam berspek mata itam.. hehehe.. ~


Ros dan Idi

~ gambar blur beb pakai camera henpon je nih..~
~semua pon dah berisi sejak kawin nih..!~
4 hari sebelum tahun baru pula! lepas mak abah balik..
Ros and her husband pula datang...
sonok tengok diorang happy..
aku n ros memang dah kawan sejak kecik lagi..
memang aku sayang kat kawan aku sorang nih! perangai dia tetap tak berubah, baik hati, tak sombong, pemurah.. semua yg aku pandang kat dia semuanya positif je..
I love u lah ros! (hehehe.. Ros kalu baca nih mau terangkat sampai ke langit!!)


skarang memasing dah kawin..
tambahan plak, aku tak sempat nak ke majlis perkahwinan diorang bulan 5 haritu..
apa pon, sempat la jugak aku hulurkan present yg dah agak berlapuk nak bg kat dia..
Alhamdulillah, sempatla jugak menjamu mkn tengahari dari tukang masak amatur cam aku nih! hehehe.. hentam saja la labu..janji korang kennyangkan?

anyway, thanks so much to Ros and Edi, sebab sudi ke teratak kami..
nanti kami serang korang kat Melaka plak eh..

Monday, January 4, 2010

TAG Pasal Zaman Cinta-Cinta

Aku mulakan pemulihan mood aku dengan buat TAG dari kwn aku, Cik mims yang bakal akan btukar status ke Puan nanti! rasa cam best je nak buat tag ni.. sebab kisah aku n hubby aku sangat2 la dramatik dan melankolik ... (ha?) boleh buat novel citer aku n hubby, tapi di bawah ini cuma diantaranya sahaja...
so.. mari kita mulakan...

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
sebenarnya byk 1st time pjumpaan ku dgn nya..

1st time jumpa tahun 1999! Hahaha…kat ITM Manjung! Tapi bukan sebagai kawan rapat, apa lagi kekasih! Erk! Kenal gitu2 je la masa tu sebab dah satu course kan… masa sem 2-3 baru dpt bercakap dengannya! Tapi nak citer sikit, sebenarnya masa 1st time dengar dia speaking kat depan, masa tu ada public speaking kot, mataku tetiba terbuka pdnya! Hati juga terdetik (kecil je).. masa tu sem 1. tapi perasaan tu tak lama pon.. dia langsung tak perasan keberadaanku pun.. hehehe.. pastu dia pun dah ada awek..dan aku juga dengan duniaku sendiri..
sem 3 keatas baru ku rapat dengan dia sebab course kitorang buat ada projek, lak tu aku segroup dengan dia! Masa tu aku anggap dia as my bro jer.. wah.. kanda dinda gitu! Tapi siyes, aku memang takda hubungan cinta dgnnya masa kat kampus… Cuma aku tahu, dia memang caring sangat kat aku masa kat itm! As a bro la kot setahu aku kan..
tapi, sbnarnya aku juga baru tahu dia memang suka kat aku juga.. dari jauh.. dalam diam…
namun hatiku tidak dapat menerimanya lagi..

1sttime jumpa balik 2003, dah bis convo, masa tu aku turun kl! kbtulan dia call,dia mmg keja kat kl, so dia nk jumpala, aku jumpa dia kat MdValley, with my sister Ayu, tak bley sengsorang wooo bahaya.. (sebelum balik dia bagi 1 bungkusan, ole2 dari Bangkok-gelang, dan surat!)
aku tahu dia suka aku, tapi aku memang tak bleh lagi..

1sttime jumpa balik 2006, setelah masing2 telah bekerja, kami set jumpa dia turun Kuantan jumpa ku..
masa ni memg perasaan berdebar tak henggat! nape ntah? korang tahu tak nape?

-kalau la di ingatkan balik… kalau la aku tahu dari dulu.. kau sebenarnya akan jadi suami aku sekarang nih! Ishh.ishh..ishh..

2. Love at first sight?

Sudah tentu la bukan! Aku jatuh cinta padanya bila kitorang masing2 dah keja! Aku jtuh hati semua yg ada pdnya! Pada loyaltynya… lama dah kami tak berhubung.. aku di timur dan dia di Utara, namun dia tetap ada di situ.. setia dengan perasaannya terhadap aku! Aku sebenarnya memg telah dilamar olehnya beberapa kali lepas study ritu, tapi aku takleh nak ada perasaan lagi padanya ! takkan nak tipu kot kan… (kalau b baca ni, ketahuilah me rindu u sangat! Me sayang u amat sekarang nih!)

3. Who is he when the first time u met him?

maksudnya apa? Kalo 1st time jumpa balik, masa nak bcinta tu, aku memang tak tahu sangat dia keja apa.. sebab aku tak paham sangat keja dia, walaupun dia dah bgtau kat aku ..

4. How long it takes for him to ask u out for a date?

fuhhhhh…. Lama! (kan babe?) itupun katanya dia cam dah putus harapan dengan aku kot...
tapi tetiba je aku kol! aku yg ajak dia jumpa!
kalau betul dia suka kat aku, sila la turun ke kuantan!
wahhh... sekali dia memang betul turun sehh! jadi tak keruan lah jugak aku nih!
buat pertama kali aku gugup! sperti belum penah kenal pulak! sebelum ni tak ape2 pon.. pelik kan? hmmm

5. First place dating di?

Teluk Cempedak, Kuantan!


6. How he proposed?
proposed kawin? ntahla tiada date static bila dia proposed, cumanya bila kami dah serius berkawan, kami terus fikir bila nak lansungkan aje..

ada sekali tak TC, dia tetiba je bagi cincin silver kat aku, tanda dia serius mahu aku..
yg bestnya cincin tu berpasangan, satu dia pakai kat jari manisnya, satu lagi kat jari anak (kecil) katanya, dia dah beli lama, memang hajatnya untuk bagi kat gadis pujaannya suatu hari nanti, dan akhirnya gadis itu ialah aku.. haa.. very da cliche..

7. Special date with your hubby?

the day we tied the knot 16 Ogos..

9hb setiap bulan.. setiap bulan kami wish to each other, its date of our declaration ..

8. Changes that he asked you to do?

hmm…. perubahan perangai je la kot.. berubah pada sesuatu yg dia tegur aje..
lebih dari itu, aku tanya, dia kata takda.. mantain to b a gud wife..

9. What is about him that you love so much?

korang mungkin fikir sinis tentangnya? tapi betul, i love everything about him! Dia yang terbaik antara yg terbaik! aku suka sikap loyaltynya! (moga b sentiasa loyal dengan me tau!)
kepandaiannya yg buat aku juga pinter orangnya! hehehe.. ketelitiannya mbuatkan aku sentiasa peka dan bersedia.. kemachoannya dan kegagahannya, buat aku rasa safe.. hehehe :)
Romantiknya mbuat kita rasa terharu kerana ia bukan selalu2 tau.. its surprise yg menjadi..
(cheeee..b, ni me angkat u betul2 ni tau! tahun ni, kasi duit poket lebey haa..! ;p )

10. What is about him that u wish he would change?
takda la apa sangat, dulu mula2 aku minta dia berubah sikap baran je, kalo tak dapat berubah pun, redakan sikit aje.. sentiasalah beristighfar... suara kuat pun aku tak boleh! cepat terasa .. walaupun sebenarnya dia tak niat.. dah memang terbiasa kasar dan kuat begitu...Alhamdulillah, b pandai menjaga hati..
ku terima sayang..

11. You will lose your mind n crack your head when he?

bila dia dok asyik ulang soalan yg sama pada setiap jawapan yg telah aku berikan, dan juga pada pengakuan maaf ku seperti tidak di endah!
dan juga bila dia kata... "apa2 jelah..." atau.. "suka ati u lah.." wahh!! pantang betul..
well.. tapi itu semua tidak akan mengurangkan sayang ku walau sedikitpun kepadanya..

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?

-suddently give me an emel, saying how much he love me.. with da very sweet talk! hahahaha..
-suddently he called, just to say... i miss u so much... uhhh... :)
-bila dia pegi outstation, tetiba pepagi ada wakeup call darinya, and suruh aku pi bukak laci baju, guess what?? ada cadbury kegemaranku dan surat darinya.. so sweet.. mase tu aku memang terharu abis ler..
-ofcourse la bila dia ucapkan kata2 sayang dgn kucupan mesra di dahi.. "me sayang isteri me ni.." dgn pelbagai caranya yang tersendiri..


13. Complete below sentences ....My love towards my hubby is as big as...

tiada..tiada apa yang dapat dibandingkan.. my love towards my hubby cant be define with anything.. i will give.. as much as i can..to him... my beloved hubby...

Kisah Cinta kami yang berpanjangan lah hendaknya... Amin..

~AKU TAG PADA SEMUA PEMBACA YANG SUDI NAK BUAT TAG NIE... SILA-SILAKANLAH YER...~

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker