Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, March 30, 2009

"nonne amicus certus in re incerta cernitur"

"a friend in need is a friend in deed" itu lah maksud bagi Latin quote untuk tajuk di atas..

Emma.. yang bagi quote ni kat aku..

akhirnya Langkawi yang menemukan kami berdua..
Emma... hang masih sama macam dulu...celoteh hang memang buat aku rindu sangat mase zaman kita kecik2 dulu..
Best dapat imbas semula kenangan kita dulu..
we went thru moments that were good and bad,
its really glad to see u there Emma..Happy that you are still the same Emma that I used to know..



Friendship forever..

Friday, March 20, 2009

80' an

ntah siapa penulis sebenar artikel nie.. tapi yang pasti.. ianya telah tersebar luas... dan telah mengembalikan nostalgia zaman dolu-dolu.. mase kecik kecik...

enjoy...sure korang teringat balik zaman2 skolah dulu...tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forgetNinja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron, Tosho Daimoz...

jangan lupa juga...masa sekolah rendah...berebut dengan kawan-kawan dalam gelanggang bola tampar...nak main dengan pelbagai skill "Chun"....cerita Maero Attack yang tak pernah miss....

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua katseblah...ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastubunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yangberlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukultapak tangan...kan?semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atauPallas Jazz.ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stokingtebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.

tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warnawarni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'.

bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.

boleh beli aiskrim ngan apekkat luar skola tuh...lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kitapegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluarawal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batangaiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.skarang digelar 'remaja'.


lagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are theChildren...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlifenyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...

dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpahandphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkandkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...heheheYaa,


SEDARLAH KAWAN-KAWANKU....kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

Cheers to the late 70s and 80s babies!!!

memang terkenang beb...

Friday, February 27, 2009

Thursday, February 26, 2009

Percutian Di Langkawi

Lots of thanks to Wan and Ila for their warm welcoming and hospitality to us while we're in Langkawi! and of course for sponsoring our accommodation as for our wedding present!! we're appreciate it so much!

Seronok tengok b gembira jumpa kawan lamanya, Wan. Memang banyak la yang nak sembang, Ila pun sangat friendly..dengan si kecik Nurul Ain tu.. Tak lupa juga dengan seluruh keluarga Ila yang susah2 masak untuk kami, memang makan besaq la malam tu..seafood fresh dari laut segala..siap tapau macam2 lagi..kuih tradisional pun ada!

Plan awal b adalah untuk menyewa motor aje, mudah kami nak jenjalan, tapi tiba2 Wan dan Ila menegah kami sama sekali! Hentikanlah niat nak naik moto! kami takkan dapat menahan cuca panas kat sini, Langkawi sekarang sedang kemarau! mereka beriya-iya minta kami menggunakan kereta mereka sahaja. Kami akur sahaja dan ternyata memang benar! simbahan matahari sejurus kami keluar dari rumah benar2 menyengat! yup, mereka lebih tahu..

Hmm...penginapan dah ada, kereta dah ada, so...apa tunggu lagi... lets start our exploration..

Kesempatan berada di Langkawi memang kami nikmati sepenuhnya maklumla..masa panjang.. cuma isi minyak je.. jalan...

Day 1
Kota Mahsuri
lepas je check-in, mandi2..rehat2.. kami tak mahu membuang masa yang tinggal separuh untuk hari itu, so destinasi pertama di Langkawi ialah ke Kota Mahsuri.

Disitu kami telah melawat Makam Mahsuri juga muzium yang menceritakan lebih terperinci mengenai kisah Mahsuri serta ahli keluarganya sendiri. Pelancong juga dihidangkan siaran video mengenai Lagenda Mahsuri.

Makam mahsuri
-rasa macam tak best jer nak letak gambar makam... so biarlah gambar tu ada dalam simpanan sahaja..

Rumah Mahsuri


dari dalam rumah mahsuri


Seni ukiran yang unik masih kelihatan cantik walaupun telah usang



Dari blkg rumah Mahsuri

Fakta: Kota Mahsuri yang terletak 12 kilometer dari pekan Kuah menempatkan sejarah Mahsuri, muzium dan makam legenda tersohor itu.

Tempat Menarik (day 2)

Aktiviti pertama kami hari tu ambil pakej Island Hooping-pusing2 dari pulau2.. kami dapat harga murah sebab Wan kan special Branch, so kami dapat special rate.. hehe..
so Destinasi pertama..

Lake of The Pregnant Maiden
Tasik Dayang Bunting daa...

Sebelum sampai, abang bot tu sempat berhenti untuk menunjukkan kami, bukit bukau yang menyerupai seorang wanita mengandung yang sedang tidur terbaring.. macam kan?
Sesape ke Langkawi mesti kena pergi tempat ni! tapi kena mendaki dulu, sebab kedudukannya yang berbukit, naik dan turun..semput jugakla.. so dinasihatkan kalau pegi waktu pagi tu, ambil sarapan dulu ya..




Bila sampai kat tasik ni, sejuk mata memandang..dari jauh nampak tasik yang kehijauan dengan berlatarbelakang Bukit Batu Kapur yang kehijauan...

memang best mandi kat sini! sejuuuk je... nyaman jer.. tasik nie memang sangat dalam! sesape yang tahu berenang silakanlah terjun lipat! tapi kalau tak tahu tu...silakan sewa life jacket! 5 hengget jer.. hah! ada perkara lucu berlaku pada b! hahaha.. takpe b, i keep ur secret! hehe.. pendek kata, kalau ikutkan hati nak jer berendam kat situ lame2! best wooo...

Fakta: Tasik yang berada 500 meter dari laut ni tak bercampur pulak dengan air masin, ia dipisahkan dari laut oleh satu rekahan kecil melalui timbunan batu kapur! itu yang membuatkan tasik ini unik, selain dari mitosnya yang tersendiri..


Pulau Beras Basah

Jejaka ku..


Pastu, kami di bawa pula ke Pulau Beras Basah!

Sekali lagi aku terjun laut! walaupun matahari terik, tak ku pedulik..sebab bila dah masuk dalam air tu cool...je rasa.. mandi jangan tak mandi beb...

(pasir putih tepi pantai.. ombak saling berkejaran...-nyanyi lagu amelina lah dulu..hehehe) pasir pantai nya putih..airnya kebiruan jernih...wah.. diteduhi pokok-pokok kepala...angin sepoi-sepoi bahasa...wah... bila lepak kat bawah pokok tu...melihat kehijauan alam..wah..nikmat sungguh kurniaan Tuhan nie... Subhanallah...

Kenapa namanya Pulau Beras Basah? ada beras basah ke kat situ? pulau tu macam beras ke? aku pun tak tahu, puas mencari.. nanti kalau dapat tahu gue post di sini...

Pulau Singa Besar

Seterusnya kami meneruskan perjalanan, sampai je di satu kawasan Pulau ni.. bot berhenti... kelihatan banyak juga bot-bot yang lain berhenti... nun tak berapa jauh di atas.. kelihatan begitu banyak sekali sang Helang berkeliaran di langit..

mula2 tak tahu nape ler bot ni berhenti.. rupanya... nak tengok pemandangan ratusan Helang berkumpul di situ menyambar makanan serta ikan.. Abang Bot tu cakap istimewanya pulau tu sebab hanya di situ tempat yang menjadi tumpuan Sang Helang! Kami langsung tak turun dari bot tu pun.. cuma melempar roti ke dalam air untuk melihat Sang Helang menyambar...

tapi memang syok ah tengok sang-sang helang ni menjunam ke air dengan lajunya lalu menyambar makanan tu dengan bergayanya... hehehehe.. (bergaya la pulak...)




Kenapa namanya Pulau Singa? adakah banyak singa besar disitu?
haaa... ya.. memang betul..

cerita lain di PSB ni..dipercayai diambil sempena terserempaknya seseorang dengan seekor singa yang tersangatlah besar di sini..

Sehinggakan orang awam semuanya tidak dibenarkan masuk ke pulau ini sehinggalah ke hari ini! Kini pulau ini telah menjadi tempat pembiakan semulajadi dan binatang2 lain seperti rusa , pelanduk dan sebagainya.. (kiranya diorang ni memang dijadikan mangsa untuk pemangsa lah kan?)

Cerita dari b, dolu-dolu di situ tempat nelayan2 membuang ikan2 busuk, dan dek kerana itulah ia menjadi tarikan burung Helang untuk melepak di situ.. lama kelamaan semakin byk la Helang yang singgah bila dah tahu ada makanan.. so bila dah lama2 diorang jadikan tempat tu sebagai tarikan pelancong..
hmm..logik jugak..

Tempat Menarik (Day 3)

Cable Car
Hari ni, pagi2 lagi kami dah siap! Destinasi pertama ialah Kereta Kabel Langkawi..di Gunung Mat Chinchang.. b kata..awal2 lagi bagus... sejuk.. lagipun kat Langkawi tengah kemarau skang..huh..masak nanti dok kat puncak sana dalam cuaca terik nie...!

Bayaran pula adalah RM15 untuk warganegara dewasa dan RM10 kanak2! so jgn lupa untuk bawa kad pengenalan pula! kena tunjuk..kalau tak, nanti kena charge lebih mahal, harga non-malaysian! mahal takpe lagi... tapi kalau di chop pendatang asing plak? hehe... haru laa...

Kami antara yang terawal datang, sebab dibuka jam 10 pagi! buka2 jer..terus jer terkam masuk! hish..tak sempat-sempat! heheh...aku lah tu...

fakta:Kereta kabel Langkawi ni diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai kereta kabel tanpa tiang terpanjang di negara ini . Projek kereta kabel ini adalah jaringan kereta kabel jenis gondola enam tempat duduk yang membabitkan jarak keseluruhan perjalanan sepanjang 2.2 kilometer.


Memang best! perasaan menaiki kereta kabel Langkawi adalah amat berbeza sekali dengan Kereta Kabel Genting! Kalau Genting sudah tentu pemandangannya hanya terbatas pada bukit-bukau dan hutan rimba shj dan kalau berkabus, lansung tak nampak apa! sejuk tu dah tentu-tentu laa...
berbeza dengan KK Langkawi ni, selain disajikan pemandangan hutan rimba, kita boleh melihat panorama indah sekitar Pulau Langkawi dan pulau-pulau kecil sekitarnya..Lautan yang terbentang luas... hmmm saujana mata memandang... (perasaan aku sedang dibawa sekali lagi ke Langkawi ketika menulis ini..)
semasa naik tu, sempat b menunjuk tempat Air Terjun Telaga Tujuh yang agak kekeringan akibat kemarau mungkin! in fact banyak tumbuh-an yang kelihatan kekuningan akibat kekeringan dek kemarau... (so kami memang tak pegi la ke Telaga 7, melihat dari jauh shj)

Lagi istimewanya KK Langkawi ini ialah, ianya mempunyai 2 stesen perhentian sepanjang ke puncang Gunung Mat Chinchang! jadi kita boleh berhenti seketika untuk menikmati keindahan dari atas! bila puas snap photo.. kami meneruskan menaiki KK ke puncak pula..
huh! kami tak melepaskan peluang untuk melalui 'sky bridge' pelantar yang seperti jambatan tergantung yang memberikan kami peluang menyaksikan pemandangan yang luarbiasa hebatnya! Subhanallah... cantik sungguh ciptaanMu ya Allah..Hebat sungguh ilmu yang Tuhan berikan untuk manusia untuk menciptakan sesuatu seperti ini! Bersyukur sangat dapat menikmati segala keindahan ini..
sungguh! membuatkan aku teruja sendiri.. b juga turut sama teruja dengan semua ini, tapi dia memang maintain cool..dan dia pun dah faham benar dengan isterinya yang memang over excited!

Fakta: Pelantar (ala-ala jambatan gantung) dibina setinggi 713 meter dari aras laut yang dibina khas untuk menyaksikan pemandangan lebih menyeluruh kawasan sekitar dan juga melihat Keindahan Perairan Andaman yang terbentang luas..

TIP berguna: kalau bercadang untuk turun ke 2 perhentian tersebut, pastikan turun semasa KK berhenti kali pertama semasa naik , bukan turun semasa KK berpatah balik untuk turun! kalau tidak anda akan menyusahkan diri anda sendiri!

Awana Porto Malai

Memang puas hati sangat berada di Puncak Gunung MatChinchang..

so, seterusnya, kami mengambil keputusan untuk melawat kawan aku! Emma! dia kerja kat Awana Porto Malai nie... hmm..... memang excited nk jumpa kawan karib lama nie..

dengan cuaca yg amat panas nie, elok benarlah kami ke sana, kebetulan Emma ajak kami lunch sekali kat Awana..hmm...bagai disorong bantallah... kebetulan...rezeki la ni..Alhamdulillah...

Kesempatan yg ada ni, mmg kami guna sungguh2! so at least my b dapat kenal kwn karib aku dulu..and thank u babe sebab memahami..sebb agak lama jugak aku sembang dgn Emma, b cakap ''Take ur time.. its ok..im ok.. i faham.. dah lama u tak jumpa dia.."

Emma jugak bawa kami ke Spa Awana, best... cantik tempat tu...dia bos kat situ..hehehe.. (apa lagi..)

gambar di bawah, adalah kat dalam Bilik Spa tu... huh.. macam ado ado kat Bali jer.. maklumlah, diorang memang guna khidmat Mustika Ratu sepenuhnya...

dengan musiknya... baunya... hmmm... memang tenang laa...

gambar di bawah;

- b ku sempat mengambil gambar di luar Awana- sambil2 tunggu aku n Emma ber spa..
-gambar akuarium kaca yg unik..
-gambar tempat menspakan diri..
-gambar Emma bersama pelanggannya..



Bersambungla lagi...

day1

25th Feb 2009

day 1- zule to bangkok- baru sehari balik dari Langkawi, b terus ke Bangkok pula hari ni. Kesian b, penat pun belum habis lagi.. dahlah sebelum ke Langkawi outstation ke Perlis dan Penang..
hari ni b terbang dan 28hb Feb, malam baru balik.. walaupun cuma 4 hari!

Menghantarnya ke KL Central, melihatnya berlalu pergi..hmmm..

hanya tuhan yang tahu..
kerisauan yang bersarang di hati..
kerinduan yang bakal di tanggung..
kesunyian yang perlu dilalui..
Doa ku panjatkan pada mu Ya Allah..
semoga perjalanan suami ku dilindungi oleh Mu..
Semoga segala urusannya diberkati dan dipermudahkan oleh Mu..Ya Allah..

thanks to Kak Azi sebab bagi tumpang tido umah dia.. sebenarnya takmo nyusahkan dia, tapi mandangkan b yang minta dan kebetulan husband K Azi pun outstation, so , ok..
bukan ape.. tak berani lagi nak dok sorang kat umah.. tak biasa lagi kat situ.. tapi nanti lelame ok lah tu..nanti kalau Abg Ayie OS lagi, kak Azi leh tido kat umah kiter lak..

Wednesday, February 25, 2009

Langkawi here we come

Alhamdullillah,

Finally we've made to Langkawi for 4day 4nite..

waiting for 4 month after booking with AirAsia.. then, yeah! Langkawi.. here we come..!!
Not to tell that this is also ma first time travel by aeroplane! understood that im so so excited, my hubby let me sit near the window.. he just so cool when the aeroplane is about to move and fly! but me? huu.. gosh... im flying.. but, yeah.. within wings...
my husband? this is also his first time using AirAsia, but with MAS, so many times..what can i say..

luckily our trip is efternoon going to evening.. coz the scene wuz so beautiful thru window..

i cant stop to snap so much photo by my camera..

here.. take a look..







Tuesday, February 24, 2009

Burung Lang Tersergam di Atas Batu Kawi


Berkeliaran di langit Kepulauan Lagenda
Burung Helang bagi penduduk Langkawi dikenali sebagai Lang, Yang berkepala putih, Badan Perang, Paruh Cangkuk yang Perkasa,Kuku Cengkam yang Kuat dan Mata yang Tajam

Asal usul nama Langkawi muncul dalam pelbagai tafsiran, antara yang terkenal ialah daripada perkataan LANG dengan KAWI yang bermaksud warna perang dalam bahasa sanskrit.

LANG tersergam di atas batu KAWI menebarkan sayap bersedia terbang megah menembusi ufuk sambil menyambut tetamu Langkawi.. sepertimana LANG, Langkawi mempunyai wawasan agung untuk mencecah puncak kejayaan yang bergemilangan..

Diilhamkan oleh Y.A.B Dato Seri Dr Mahathir b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, maka Dataran Lang dengan rasminya dibuka pada 23 Oktober 1996, bersamaan 10hb Jamadilakhir 1417.

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker