Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, July 17, 2013

Masakan ibu sentiasa yang terbaik..

Assalamualaikum,

Sebenarnya tadi sedang terkenang kenangkan masa makan sahur tadi..
berselera sungguh kami semua makan..
Nasi panas.. dengan sambal bilis petai dan daging masak kicap..
Lauk pauk berbuka semalam..
Lauk pauk dari kampung.. masakan mama...
ouhhhh... sedapnyaaaaa...
Jauh diterbangkan dari timur ke barat...

kisahnya adikku balik kampung hujung minggu lalu...
lalu apa lagi dibekalkan mama dengan lauk pauk dan kuih2 tradisi di sana yang memang kegemaran aku!
ouh...

Jadi semalam.. aku tak perlu susah2 nak pening kepala nak fikir2 apa nak masak kan..
syukur ada rezeki dari kampung ini..
love u mama..

~ Lauk pauk untuk berbuka semalam.. di bawa lah hingga ke bersahur pagi tadi.. memang sangat2 mencukupi untuk seisi rumah.. bahagianya rasa.. cuma perlu masak nasi je..~

~ ini sira pisang kegemaran aku.. mama bekalkan juga.. hadap ni je masa buka semalam.. ~

~ Akok! so sure korang dah tahu la dari negeri mana semua makanan ini diterbangkan..
geddik molek akok ni!!  ~

~ ok.. aku betul2 lupa apakah nama kueh ini.. beko ke hape.. dia dibuat dari kelapa.. lemak2 manis gitu.. ~

Alhamdulillah..
semalam dan pagi tadi setel seperkara..

humm untuk hari ini berkematu pulak la nak mikirkan apa yang mahu di masak..
tadi pergi ke rumah cik puan Farra kita..
dia pun alami masalah sama rupanya..
pening mikirkan apa lah nak masak..

(humm.. namun sardin n telur dadar pun sedap jugak ya farra! haa.. susah2 karang menu ini la nanti.. hehehe..)


ok... tengahari pun belum, dah tayang makanan yaa...
teruja nak kongsi masakan bonda... hehe

ok.. kalau kawan kawan baik hati nak kongsi idea menu2 yang best untuk di masak.. dipersilakan..
buntu tu bukan sebab apa.. sebab si dia dok minta menu bukan nasi..
menu bukan nasi..
menu bukan nasi

hapeee...
humm...



Monday, July 15, 2013

Ramadhan: Tanda Kasih Allah pada hambanya..

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari ke 6 berpuasa..
alhamdulillah.. masih sempat lagi kita berpuasa di bulan Ramadhan..
masih lagi kita di izinkan Allah untuk memperbaiki diri..
masih lagi kita diizinkan Allah untuk membuat segala kebaikan..
masih lagi Allah beri peluang untuk kita kumpul sebarapa banyak pahala di bulan berkat ini..
masih lagi ada peluang berbuat baik terhadap setiap manusia..

walaupun kita selalu lupakan Dia..
walaupun kita selalu terkejar kejarkan duniawi..
walaupun ada kalanya kita lansung tidak bersyukur padaNya
walaupun kita berulang kali melakukan perkara yang sia sia..

Namun Allah yang Maha penyayang lagi Maha Pengasih masih beri kita peluang..
Allah berikan Ramadhan..
Bulan keampunan.. bulan barakah

ya. jiwa kita perlu dibersihkan!
sebelas bulan yang lalu.. pelbagai kesalahan.. kesilapan.. kemudaratan yang telah kita lakukan..
baik nya ALlah..
Dia beri Ramadhan untuk kita mensuci diri..

Subhanallah.. Alhamdulillah..

Friday, July 12, 2013

Rezeki Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah.. rezeki di Bulan Ramadhan al Baraqah..
tersenyum lebar apabila menerima bungkusan ini...
apatah lagi barang yang di ingini.. ;)

terima kasih kak Zakie
suara kak Zakie tu lembut lemah gemalai..
comey je..

inilah keistimewaan berbelog..
aku baru je aktif balik blogging, setelah dok suam suam suku je..
bila terima penghargaan seperti ni memang membangkitkan semangat..
terima kasih kak..
kak Zakie memang dari dulu dari sekarang sentiasa ada..
bila sesekali update je.. tengok2 ada komen dari kak Zakie dan kawan kawan lain..
seringkali memang terharu bila dapat komen2 dari kawan2 belog..
ye la.. ingatkan takda orang sudi dah.. maklumla.. kita pun da lama tak aktif.. so jalan2 rumah kawan2 pun dah jarang..
maafkan atas kekhilafanku..


Terima kasih tak terhingga kak... =)
murah rezeki saya.. murah lagi rezeki kak Zakie hendaknya..
Amin Amin ya rabb... 

nak selit cerita lain juga..
semalam punya cerita..
Biskut raya kegemaran ramai... =)

 ~ Dark Choc Chip wit Almond..sedap nih... 

 ~ ini pula namanya sarang semut... tapi jgn risau.. tiada semut.. =)


~ Mama Carie katanya.. =) ~

sesiapa yang berminat boleh la mengordernya dari sekarang... hingga di masa terhad yang akan diberitahu nanti..


Selamat berbuka puasa semuanya..
dan selamat berhujung minggu..

terima kasih sekali lagi kat kak Zakie.. =) ♥♥

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Datang Ya Ramadhan....

Assalamualaikum
Sahabat sahabat ku yang disayangi sekelian
Hari ni hari pertama puasa..
Alhamdulillah. .
Moga kita semua menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin bagi meraih seberapa byk 
pahala dan keberkatan di bulan paling mulia ini..


Maafkan ssegala kekhilafanku terhadap kalian semua sekiranya ada yg secara tidak sengaja mengguris hati..
Mari kita sama2 ingat mwngingati gunakan peluang yg ada ini sebaiknya..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..


Monday, July 8, 2013

Biskut Raya?

Assalamualaikum,

Biskut air tangan ibu dan anak kembali semula..
telah dibuka pesanan..
jadi sesiapa yang berminat boleh la order.. 
tapi area KL dan Selangor je ku mampu..
nak pos pos ni tak berani tidak disarankan kerana bimbang pecah biskut2 ni..

Area Perak pun boleh kot..rumah mak kat Batu Gajah Perak.. tapi kena ambil di rumah la.. sebab Mak Abah susah pula nak hantar.. kecuali la dekat dekat boleh diusahakan..

belah Kelantan pun insyaAllah boleh.. agen ada di sana.. ;)


Biskut2 di atas tu.. kebanyakkannya Mak yang buatkan.. insyaAllah memang sedapp =)

Haaa.. yang ini air tangan ku.. insyaAllah di jamin puas hati..

Tengok mazola yang sedang mekar kembang menunggu masa..
Alhamdulillah... berjaya dah buat label.. tapi label ini banyak kekurangannya masih perlu diperlbaiki.. maklumlah masa buat nampak lain.. bila print lain pula nampaknya.. pengalaman mengajar semuanya.. =)

ini sebahagian biskut yang hendak di hantar ke stesen minyak berdekatan.. Alhamdulillah boleh tembus ke sana.. moga moga mendapat sambutanlah hendaknya... doakan ku ya..
Rm 39.90 sahaja... siapa cepat dia yang dapat... limited edition.. =) Sesuai untuk diberikan sebagai buah tangan atau cenderahati hari raya.. 


 


Selamat Berpuasa semuanya untuk semua rakan rakan sekelian..
Ramadhan dah nak datang..
mari kita lakukan ibadat sehabis baik untuk bulan Ramadhan ini..
insyaAllah...



inilah hikmahnya... =)

Friday, July 5, 2013

Hidup ini Indah..

Assalamualaikum,.. salam Jumaat yang barakah..

Semalaman.. hingga ke saat ini.. aku memikirkan tentang seorang sahabat aku ini..
semalam.. akhirnya aku baru tahu kisah sebenarnya..
Terkejut.. tersentap.. kecewa.. kasihan.. sedih.. dan menangis..
disebalik kejayaan yang dia kecapi sekarang ini terlalu pahit dan beratnya ranjau ranjau berduri yang perlu dia tempuhi... Subhanallah..

dia diberikan dugaan yang begitu berat dalam kehidupannya sebagai wanita.. isteri dan ibu..
diuji dengan dugaan perkahwinan yang sangat mencabar dan menakutkan bagi aku..
dari awal kahwin hingga 7 tahun perkahwinan!
tapi demi anak2 dia bertahan..
Namun, sampai masa anak2nya sendiri yang hampir menjadi korban bapanya? yaa. dan itulah petunjuk yang paling  tepat untuk dia meninggalkan lelaki itu.. walau sehabis daya dia pertahankan rumah tangganya itu..
tapi dia tidak sanggup lagi menahannnya sendiri..hingga anak pun sanggup dijadikan mangsa!?
rumahtangga yang dipertahankan akhirnya ternoktah sehingga disitu sahaja..
ibu bapa dan kaum keluarga semua bagai tidak percaya kerana kawan ku ini memang tidak pernah menceritakan keburukan suaminya kepada sesiapa pun.. dan lelaki ini pula depan keluarga sangat2 la baik dan prihatin.. mengaburi mata semua orang..

kisah yang diceritakan olehnya itu..biasa ku lihat dalam drama drama..tidak sangka perkara itu terjadi kepada sahabatku sendiri..

apa yang dapat ku simpulkan..

Allah itu menyayangi sahabatku ini sebenarnya..
Dia berikan ujian ini untuk buatkan dia lebih kuat dan berjaya seperti sekarang..
Dia dikurniakan anak anak lelaki sebagai peneman perjalanan hidupnya
Dia mempunyai ibu bapa dan adik adik yang tak pernah tinggalkannya walau apa jua keadaan..
Dia mempunyai sahabat2 yang sayangkan nya.. (i love u frenn..)
dia tidak putus semangat tapi digunakan hikmah yang Allah berikan ini untuk lebih maju..
Dan dia nyata lebih tenang dan bahagia..
ya.. memang dia ibu tunggal sekarang.. tapi Alhamdulillah.. Rezeki Allah sampai pula melalui cara yang lain..

Allah itu Maha Adil..
tidak semua insan di dunia ini sempurna..
setiap insan di uji dengan pelbagai jenis dugaan..
selagi kita ini bergelar manusia.. hamba kepada Allah.. selagi itulah kita akan sentiasa di uji

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..
pergunakan kelebihan yang Allah berikan itu sebaik mungkin!
insyaAllah.. hidup ini akan jadi lebih indah..

Love u all..

Wednesday, July 3, 2013

Rugila.. ada belog tak update belog...

Assalamualaikum,

itu di atas tu .. adalah kata2 dari kawanku tadi..
beliau boleh dikatakan seorang pembaca setia belog aku...
bukan la setia.. tapi setiap kali buka komputer..buka internet.. buka belog..dia akan buka belog aku..
tapi setiap kali dia buka.. dia hampa katanya..

hehehe ;p biar betul kamu ni?

betul.. katanya.. rugila.. dah ada belog.. dah ada macam2 cerita best kat dalam.. tapi tak update..
PEMALAS!!
ko taip je apa2 kat dalam tu.. ko kan ada byk citer kan.. haa... taip je la.. amek bape minit pun kan...?

uii..! berdas das dia shoot aku! hehehe.. rileks la beb..

" ni aku tak kita.. ko kena upkan satu entri hari ni! ko takda modal??? ha.. ko tulis pasal apa yang aku tegur ko ni kat dalam belog ko!! haaaa.. update citer ni pun boleh...!!"

hahahahhaa...

hamboi... itu kawan aku tu..

ok kerananya.. aku up satu entri hari ini... =)

meh letak gambo satu.. hehe...

jumpa esok k.. ;)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker