Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Datang Ya Ramadhan....

Assalamualaikum
Sahabat sahabat ku yang disayangi sekelian
Hari ni hari pertama puasa..
Alhamdulillah. .
Moga kita semua menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin bagi meraih seberapa byk 
pahala dan keberkatan di bulan paling mulia ini..


Maafkan ssegala kekhilafanku terhadap kalian semua sekiranya ada yg secara tidak sengaja mengguris hati..
Mari kita sama2 ingat mwngingati gunakan peluang yg ada ini sebaiknya..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..


Monday, July 8, 2013

Biskut Raya?

Assalamualaikum,

Biskut air tangan ibu dan anak kembali semula..
telah dibuka pesanan..
jadi sesiapa yang berminat boleh la order.. 
tapi area KL dan Selangor je ku mampu..
nak pos pos ni tak berani tidak disarankan kerana bimbang pecah biskut2 ni..

Area Perak pun boleh kot..rumah mak kat Batu Gajah Perak.. tapi kena ambil di rumah la.. sebab Mak Abah susah pula nak hantar.. kecuali la dekat dekat boleh diusahakan..

belah Kelantan pun insyaAllah boleh.. agen ada di sana.. ;)


Biskut2 di atas tu.. kebanyakkannya Mak yang buatkan.. insyaAllah memang sedapp =)

Haaa.. yang ini air tangan ku.. insyaAllah di jamin puas hati..

Tengok mazola yang sedang mekar kembang menunggu masa..
Alhamdulillah... berjaya dah buat label.. tapi label ini banyak kekurangannya masih perlu diperlbaiki.. maklumlah masa buat nampak lain.. bila print lain pula nampaknya.. pengalaman mengajar semuanya.. =)

ini sebahagian biskut yang hendak di hantar ke stesen minyak berdekatan.. Alhamdulillah boleh tembus ke sana.. moga moga mendapat sambutanlah hendaknya... doakan ku ya..
Rm 39.90 sahaja... siapa cepat dia yang dapat... limited edition.. =) Sesuai untuk diberikan sebagai buah tangan atau cenderahati hari raya.. 


 


Selamat Berpuasa semuanya untuk semua rakan rakan sekelian..
Ramadhan dah nak datang..
mari kita lakukan ibadat sehabis baik untuk bulan Ramadhan ini..
insyaAllah...



inilah hikmahnya... =)

Friday, July 5, 2013

Hidup ini Indah..

Assalamualaikum,.. salam Jumaat yang barakah..

Semalaman.. hingga ke saat ini.. aku memikirkan tentang seorang sahabat aku ini..
semalam.. akhirnya aku baru tahu kisah sebenarnya..
Terkejut.. tersentap.. kecewa.. kasihan.. sedih.. dan menangis..
disebalik kejayaan yang dia kecapi sekarang ini terlalu pahit dan beratnya ranjau ranjau berduri yang perlu dia tempuhi... Subhanallah..

dia diberikan dugaan yang begitu berat dalam kehidupannya sebagai wanita.. isteri dan ibu..
diuji dengan dugaan perkahwinan yang sangat mencabar dan menakutkan bagi aku..
dari awal kahwin hingga 7 tahun perkahwinan!
tapi demi anak2 dia bertahan..
Namun, sampai masa anak2nya sendiri yang hampir menjadi korban bapanya? yaa. dan itulah petunjuk yang paling  tepat untuk dia meninggalkan lelaki itu.. walau sehabis daya dia pertahankan rumah tangganya itu..
tapi dia tidak sanggup lagi menahannnya sendiri..hingga anak pun sanggup dijadikan mangsa!?
rumahtangga yang dipertahankan akhirnya ternoktah sehingga disitu sahaja..
ibu bapa dan kaum keluarga semua bagai tidak percaya kerana kawan ku ini memang tidak pernah menceritakan keburukan suaminya kepada sesiapa pun.. dan lelaki ini pula depan keluarga sangat2 la baik dan prihatin.. mengaburi mata semua orang..

kisah yang diceritakan olehnya itu..biasa ku lihat dalam drama drama..tidak sangka perkara itu terjadi kepada sahabatku sendiri..

apa yang dapat ku simpulkan..

Allah itu menyayangi sahabatku ini sebenarnya..
Dia berikan ujian ini untuk buatkan dia lebih kuat dan berjaya seperti sekarang..
Dia dikurniakan anak anak lelaki sebagai peneman perjalanan hidupnya
Dia mempunyai ibu bapa dan adik adik yang tak pernah tinggalkannya walau apa jua keadaan..
Dia mempunyai sahabat2 yang sayangkan nya.. (i love u frenn..)
dia tidak putus semangat tapi digunakan hikmah yang Allah berikan ini untuk lebih maju..
Dan dia nyata lebih tenang dan bahagia..
ya.. memang dia ibu tunggal sekarang.. tapi Alhamdulillah.. Rezeki Allah sampai pula melalui cara yang lain..

Allah itu Maha Adil..
tidak semua insan di dunia ini sempurna..
setiap insan di uji dengan pelbagai jenis dugaan..
selagi kita ini bergelar manusia.. hamba kepada Allah.. selagi itulah kita akan sentiasa di uji

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing masing..
pergunakan kelebihan yang Allah berikan itu sebaik mungkin!
insyaAllah.. hidup ini akan jadi lebih indah..

Love u all..

Wednesday, July 3, 2013

Rugila.. ada belog tak update belog...

Assalamualaikum,

itu di atas tu .. adalah kata2 dari kawanku tadi..
beliau boleh dikatakan seorang pembaca setia belog aku...
bukan la setia.. tapi setiap kali buka komputer..buka internet.. buka belog..dia akan buka belog aku..
tapi setiap kali dia buka.. dia hampa katanya..

hehehe ;p biar betul kamu ni?

betul.. katanya.. rugila.. dah ada belog.. dah ada macam2 cerita best kat dalam.. tapi tak update..
PEMALAS!!
ko taip je apa2 kat dalam tu.. ko kan ada byk citer kan.. haa... taip je la.. amek bape minit pun kan...?

uii..! berdas das dia shoot aku! hehehe.. rileks la beb..

" ni aku tak kita.. ko kena upkan satu entri hari ni! ko takda modal??? ha.. ko tulis pasal apa yang aku tegur ko ni kat dalam belog ko!! haaaa.. update citer ni pun boleh...!!"

hahahahhaa...

hamboi... itu kawan aku tu..

ok kerananya.. aku up satu entri hari ini... =)

meh letak gambo satu.. hehe...

jumpa esok k.. ;)

Monday, June 3, 2013

Nak Update pasal kukis laa....boleh tak Kak Ayu?

Assalamualaikum,

Mula mula nak ucapkan terima kasih dulu kat kak Ayu... Citarasa Rinduan 
hehe.. kalau tak kerana kak Ayu tak naik entri hari ini..
terima kasih atas semangat berbelog yang diberikan.. =D

Mari aku kongsikan cerita tentang kukis kesayangan ku..
Alhamdulillah... kukis kesayangan makin disukai ramai..
syukur kehadrat Illahi...

kebelakangan ni agak byk juga permintaannya..
so sekarang ni sedang mengukis je kerjanya kat dapur kecilku itu...

Layan gambar la jom..


 ~ lambakan kukis kukis melata.. ~

 ~segar dari ovenku.. ~


~ Alhamdulillah.. ini tempahan dari Mimy.. untuk kenduri perkahwinan adiknya.. sebagai goodies...
ini kali pertama buat kukis sebanyak ni dalam masa yang terhad..
tapi Alhamdulillah.. sempat siap... ~

terima kasih atas segala sokongan kawan kawan yang sudi support bizz kecil kecilan ku ini..
kalau sesiapa berminat untuk merasai kasih sayangku dalam kukis ini bole la cuba.. =D

Wassalam... 


Thursday, May 30, 2013

Ok, mari 'take a deep breath...'

Assalamualaikum,

lama tak letak gambar2 kat sini..
jom kongsi..
ni gambar2 yang ambil dari kamera telefon bimbit..
maka terhadlah sikit kualitinya..

jom layan...

~ ni dah dekat nak sampai umah.. dari pejabat... awal sampai umah.. matahari pun tak jatuh lagi.. tak jem la katakan.. =)  ~


~gambar2 kat atas ni kat satu taman kat damansara... tak tahu tak ingat apa namanya.. pergi pagi .. jogging la konon... tempat ni cantik..bersih je.. ~

~ ni dekat Taman Metropotitan Kepong.. atau lebih dikenali.. taman layang layang.... ~

~ ini view dari rumah ku.. ~ ambil shot panorama.. boleh shot panjang...

~ yang ini juga.. di waktu yang berbeda... ~

ok sekian dulu dari ku..

semoga dapat meringankan minda yang berat ini...

ALhamdulillah..

=)

Kembali Bersiaran ~ Keajaiban

Assalamualaikum,

apa khabar sahabat blogger semua..
semoga semua sihat walafiat..

hari ini aku nak kongsi keajaiban aku berpuasa..
ini terjadi kepada diri sendiri sebenarnya..
sekarang kan bulan Rejab.. molek benar untuk berpuasa sunat..
mama pun dah acap kali mengingatkan aku.. untuk berpuasa sunat bulan ni..

aku sebenarnya memang rasa mustahil kot untuk aku berpuasa sunat buat masa sekarang ni..
sebab aku baru2 ni kan tak sihat..
kemudian penyakit baru pun baru dapat ni.. gastrik..
so aku hari hari pun kena amalkan makan.. makan tepat pada masanya!
kena makan! tak boleh tak makan.. huhu.. badan macam dah naik je...? huhu..
seawal pagi kan.. aku mesti kena makan..
kalo tak.. perut aku akan semacam.. mula la badan pun lemah gemalai..
tangan terketar ketar... lapoo...
ubat pun kena makan selepas makan..

tapi semalam...
aku teringatkan hari ini hari khamis..
isss... nak puasa sunat la..
baik la.. aku set jam untuk bangun sahur..
dengan lafaz bismillah.. aku berniat untuk berpuasa hari ini..
aku set jam kul 430... untuk sahur
tapi bila aku tersedar pagi tadi adalah jam 5.15 pagi..
bila aku tersedar tu.. aku kata dalam  hati, oohhh awal lagi ni... 
nak lepak golek2 dulu..
tak teringat kata aku nak bangun sahur nih! oii

bila awal pagi tadi je..lepas solat masa tgh siapkan sarapan suami..
baru aku teringat yang aku niat nak puasa la hari ni..
mungkin pagi tadi Allah kejutkan aku untuk sahur la !
uuhhhhh...
macamana ni nak posa ke tak ni...
tapi aku dah niat.. rasa bersalah pula..
tapi aku juga tak bersahur.. dapat kah aku bertahan..
nanti jatuh sakit pula..
ubat pun nak kena makan ni...
uhh...
tiba2 duk pening fikirkan hal tu kat dapur tadi, sambil kat tangan tgh standby nak makan madu lebah..

okeh!! aku set..
puasa aja!
teruskan sahaja.. kalau aku tak larat sangat... boleh berbuka... =)
Aku doa.. semoga Allah berikan aku kekuatan hari ini untuk berpuasa!
semoga aku mendapat rahmat dan kebaikan berpuasa pada hari ini..
Apa yang terjadi.. Allah lebih mengetahui segalanya..

dan Alhamdulillah..
rasa sangat lain tau kawan kawan...
ini lah keajaiban yang aku rasakan itu...
aku lansung tak rasa kelaparan!
perut aku tidak beronar..
kepala tak terasa pening2..
kuasa Allah.. :')
kalau tak aku dah menggigil nih!
terketar ketar mencari makanan....
namun,
tangan aku pun masih kuat untuk menaip.. jari jari pun laju je menari di papan kekunci ini.. =)
Alhamdulillah... syukur...

Itu sahajalah cerita aku untuk hari ini...
mungkin ini hanyalah cerita biasa biasa sahaja buat mereka yang tidak mengalami masalah seperti aku.. =)
tapi bagi aku... ini ialah satu keajaiban kekuasaan Allah..
aku yang merasainya dan aku yang mengharunginya... :')

Terima Kasih Allah...
(moga aku tetap kuat... hinggalah berbuka nanti..segala kebaikan dari Allah lah jua.. )

Subhanallah.. Walhamdulillah.. Walaa ilaa hai'llallah... WallaahuAkbar..






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker