Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, April 19, 2013

Brand Nu: Soft Cookies

Assalamualaikum,

Lama dah tak cerita pasal makanan kan...

meh nak cerita tentang cookies terbaru keluaran Kay La's Homemade ( echeche..)
sebelum ni dok berkecimpung dengan choc chip cookies sepanjang zaman tu kan..
ni nak tambah produk sikit.. dengan soft cookies.. biskut lembut.. lembut je bila di gigit.. tidak serangup seperti biskut2 biasa..

Memperkenalkan...

Chocoholic Cookies....

~Penuh dengan rasa coklat melata.. kukis yang rangup di luar.. lembut di dalam, cair di dalam mulut dengan rasa coklat penuh...~

  
Dan..

Smarties Cookies  
(tak tahu nak letak nama apa sebenarnya.. ada idea tak??)  =)

~rasai kelazatan kukis yang unik dengan gigitan rangup yang sarat dengan smarties yang cair di mulut.. =) ~


Aku buat ni semua bulan lalu..
sempena mengikuti baazaar jualan  dengan sahabat..
Alhamdulillah..peluang untuk kenalkan pada kawan kawan kat luar sana.

~Presentation meja kami... simple je... ~

~dalam botol panjang tu.. adalah bahan bahan untuk membuat asas cookies, dan telah dipadatkan. jika nak buat kukis, tuangkan sahaja, dan campur dengan butter dan telur semua... senang je.  Lapisan, Tepung, Oat, ChocChip, Badam, Gula perang, Gula putih..   Tengok... Red Velvet in a jar pun ada.. = )  ~


Ada yang teringin nak rasa kukis saya??!

=)



Thursday, April 18, 2013

Doa ku Untuk Suami Tercinta





Assalamualaikum,


Moga kita semua dirahmati Allah..



Wednesday, April 17, 2013

Kerana mu anak.. =)

Assalamualaikum,

terasa ingin kongsi di sini..
Hari ini kena scan lagi, untuk periksa kesihatan..
lepas tu, doktor beritahu, perlu sambung rawatan lagi, kena ambil ubat lagi..
alamak!! mesti kena ratusan lagi ni...
terus check duit dalam beg ada RM 253 je.. rasanya tak cukup ni...
terus aku berpeluh di situ..
selongkar2 dalam beg, biasanya terjumpa gak barang sepuluh dua.. tapi kali ni tak jumpa laa..
hummm....
tak sangka plak kena sambung ubat, sebab ingatkan cuma pemeriksaan biasa tu yang tak bawa lebih..
kredit card VISA dah beri pada hubby masa dia nak outstation..
tinggal AMEX je.. kat sini tak terima pulak...
nak call adik suh bawa mai duit pun hp aku tiba tiba abis battery...
huih... buntu jap!
dan tiba tiba namaku di panggil..
" cik sila bayar kat kaunter pembayaran dahulu dan datang kembali dengan resit untuk ubat"
aku pun terus menuju ke kaunter..

tet.. tett.. tett.. kira kira.. orang tu pun maklumkan.. RM 287!

alamak.. sah sah la tak cukup duit..
tapi aku bukak juga beg duit.. dan kira kira kat depan dia..

humm tak cukup ni...

orang tu pun cakap..
" bayar guna kredit kad pun boleh.."

"tapi encik saya ada AMEX je.. tak boleh kan?"

"takpe la, saya datang kembali untuk ambil ubat, sebab duit saya tak cukup, tak tahu kena ambil ubat tadi.."
Humm.. jenuh la pulak.. nak turun naik.. parking bagai.. getus dalam hati je..

tiba tiba dia ternampak kot kad Maybank aku..

" haaa.. tu kad tu pun boleh guna.."

"Debit kad boleh ke? setahu saya hari tu tak boleh??"

" ooo.. baru je dibolehkan ni.. baru minggu ini kami terima Debit kad.."

ouhh... syukur banyak laaaa..... alhamdulillah...
tak perlu la aku nak menapak sekali lagi...
syukur2...

Makanya terus sahaja di swipekan kad debit aku itu..
maka berkurang la lagi duit didalam nya..
waaa.. minggu ini sahaja ratusan ringgit dah dikeluarkan..
tak mengapalah..
semuanya demi kamu wahai si anak..
mungkin rezeki wang yang Allah kurniakan baru baru ini adalah untuk tujuan ini juga...
Alhamdulillah...

sesungguhnya aku hanya mampu berdoa, berusaha seterusnya bertawakkal..
selebihnya hanya Allah yang tentukan..
rahsia Allah.. tiada siapa yang tahu..
aku bersyukur segalanya... =)
























Tuesday, April 16, 2013

Apa Khabar Mu Di Sana..

 
Apa Khabarmu Di Sana 

 
Apa khabar mu di sana
Lama sudah tak berjumpa
Lama sudah ku menunggu
Khabar berita dari mu
Apa khabar mu di sana.. sayang
Apa khabar mu di sana.. sayang


Andai kau sedang berbahagia
Jangan lupa diri ku
Hati ini dan cinta ku
Tak pernah berubah
Andai kau sedang merindu ku
Datanglah kau kepada ku
Hati ini dan cinta ku
Hanyalah untuk mu


Bila dengar lagu ini
Ingatlah segera pada ku
Kirimkanlah berita mu
Untuk diri ku yang merindu
Apa khabar mu di sana.. sayang
Apa khabar mu di sana.. sayang 



Mendengar lagu Ramlah Ram tadi,
teringat kat belog kesayangan..
justeru turut teringat teman teman blogging yang lain juga..
nanti ku kirimkan angin rindu..
=)  

Wednesday, March 13, 2013

Melty Malt choc strawbery

Assalamualaikum,

tajuk apakah itu...
 Saje nak bagi kemaskini belog sikit hari ni..
cilok masa sekejap!
entri ni dah ada dalam draft 2 hari lepas...
baru nak lepaskan hari ni...

Ini Melty Herseys namanya?
haa.. itu la yang dinamakan oleh sifu saya..
saya ikut je.. =)

Diadun bersama krim segar, manis, masam.. diselingkan dengan coklat atau strawberi sirup dan kepingan biskut marie... ada cheese dan choclat chip di atasnya..
perfecto rasanya!

Alhamdulillah.. ini menu terbaru..
sumber rezeki tambahan untuk diriku..
dan Alhamdulillah juga, rasanya menggembirakan hati semua orang yang menikmatinya..


Berebut peti sejuk! =D

Ini... ada coklat dan strawberi.. dan mangga pun ada.. next nak buat oreo sebab ada permintaan..
kalau ada kawan kawan yang berminat nak cuba boleh lah order.. =)
tapi produk ni, kena sejuk dingin, tak bleh lama di luar.. dah namanya pun melty kan...
sedapa makan sejuk sejuk..

cubalah..!

^__^ v

 


Tuesday, March 5, 2013

Semoga keadaan di sana reda kembali

Assalamualaikum,

sempat nak coret kejap, curi masa, sebab terlalu mengantuk nak siapkan kerja mengisi maklumat dalam laporan ni.. huhuhu..

Terfikir fikir apakah yang terjadi di sana, bagaimanakah keadaannya di sana tu..
entah apa yang teman teman kita di sana lalui..
aku kat sini, siap dapat mengantuk lagi nak siapkan kerja!
Masih antara percaya tak percaya! tapi percayalah!
memang ada sesuatu yang sedang berlaku di seberang sana.
ye lah.. selama ni, kita macam aman damai saja...
cuma mendengar dan melihat kes kes peperangan dan perbalahan di negara negara luar sahaja..
sekali terkena di negara sendiri..
tergamam dibuatnya!

mari sama sama kita doakan yang terbaik untuk mereka yang bertempur di sana!
semoga dipermudahkan segala urusan di sana,
semoga Allah peliharakan mereka dan negara tercinta kita ini!!


Negaraku
Tanah Tumpah Darahku!

Monday, March 4, 2013

Bukannya Lupa tetapi Tak Ingat..

Assalamualaikum,

Apa khabar teman teman blogger ku semua..
lama betul la kita tak bersua..
ada sesiapa rindukan ai ke? (angkat 2 tangan atas bahu.. mata tengok ke atas.. )

Boleh seketika.. dek kerana kesibukan di duniawi ni, aku boleh tak ingat yang aku ni ada beloggg
ye la.. tangan bila lama tak bertemu keyboard.. tak berkesempatan la jadinya..

Meh kongsi sikit aktiviti yang berlansung sepanjang ketidakaktifan ku di dunia belogg..

untuk memantapkan lagi diri.. trainning mesti ada.. biasa lah awal2 tahun mesti byk aktiviti trainning2 ni kan?
ada yang boringgg.. ada yang best .. teruja!




~ kalau dah boring sangat.. main game ler plak!! huhu~


























~waahh... muka teruja.. dalam hati tuhan yang tahu... ~

~ ouhhh.. main ni memang betul betul membuatkan adrenalin kita berlari laju! but ai like!! terima kasih sebab bagi peluang kat kami kami merasa main water rafting ni.. ~
(klik gambar untuk tumbesaran)


Last but not least.. gambar di pagi hari masa nak g kerja...
cun sangat kan? 
aku suka capture gambar2 mentari baru nak naik ni...
cantik.. Subhanallah...


ok setakat ini dahulu entri ku buat masa ini..
semoga kita ketemu lagi.. =)



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker