Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, October 17, 2012

Mari Kawan Kawan! Zulhijjah telah datang..







Assalamualaikum,

Hari ini 1 Zulhijjah, maaf terlewat untuk berkongsi mengenai ini. Aku mendapat info ini dari seorang teman di pejabat ni semalam..

Mari kongsi kelebihan berpuasa sunat pada Bulan Zulhijjah ini..


HARI
PERISTIWA
KELEBIHAN PUASA
1 Zulhijjah
Allah mengampuni Nabi Adam di Arafah.
Sesiapa yang berpuasa pada hari ini, Allah mengampuni dosanya.
2 Zulhijjah
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, maka seperti orang yang beribadah dan berpuasa setahun tanpa melakukan maksiat.
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah,
Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
4 Zulhijjah
Nabi Isa dilahirkan.
Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah akan menghilangkan kesusahan, kemelaratan dan kefakirannya serta pada hari kiamat bersama orang yang baik, mulia dan terhormat.
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s. dilahirkan dan memuliakan munajatnya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.
6 Zulhijjah
Allah membukakan pintu kebaikan untuk Nabi-Nabi-Nya.
Sesiapa berpuasa pada hari itu akan dipandang Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta tidak akan diazab.
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan tidak dibuka sebelum berakhir hari ke-10 Zulhijjah.
Sesiapa berpuasa pada hari ini, Allah menghindarkannya daripada 30 pintu kemelaratan dan kesukaran serta membuka 30 pintu kemudahan dan kesenangan.
8 Zulhijjah
Hari ini dinamakan  “Tarwiyah” (Hari berfikir).Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu ia akan akan mendapat pahala yang tidak terhingga banyaknya kecuali Allah.
9 Zulhijjah
Hari ini dinamakan “Hari Arafah” (Hari tahu). Arafah bermakna tahu atau memahami.1. Di tempat inilah Nabi Adam a.s. mengerti jati dirinya.2. Pada hari ini Allah memberitahu Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan.3. Pada hari ini juga turunnya ayat al-Quran terakhir.
.Sesiapa berpuasa pada hari itu akan diampunkan Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
10 Zulhijjah
Hari Raya Aidiladha, dinamakan juga Raya Korban dan hari “Nahar” (menyembelih).
Haram berpuasa pada hari ini.Sesiapa berkorban dengan satu korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu, Allah akan mengampuni semua dosanya dan dosa ahli keluar-ganya.Dan sesiapa memberi makan orang mukmin atau bersedekah dengan satu pemberian, maka Allah akan membangkitkannya pada hari kiamat dengan selamat dan timbangannya pun menjadi lebih berat daripada Bukit Uhud..

semoga mendapat manfaat darinya..

Wallahua'lam.





Monday, October 15, 2012

Semoga SUSU cepat sembuh!

 Assalamualaikum,

Mohon sahabat sekelian mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Su kami.. Noor Suriani...
macam2 ujian untuknya semasa mengandungkan anak pertamanya ini.
baru2 ni.. Su kena tahan wad berikutan perutnya mengeras.. air ketuban sangat kurang..
dia dijangkakan bersalin bulan depan,
tapi atas keselamatan ibu dan anak, 
Su perlu bersalin awal, mungkin minggu ini juga..
tapi kena tunggu berat bayi naik 2kg++ sebab hari tu hanya 1.8++kg je! 
semoga Su dan bayi dalam kandungannya selamat hendaknya.




Sama sama kita doakan yang terbaik untuk Su dan bayinya..

tak sabar nak tengok  beby Su... lepas ni si Nana yang kat sebelahnya tu pulak..
takpe la.. aku merasa nikmat kegembiraan beby orang lain dulu..
insyaAllah.. diizinkan Tuhan kan tiba giliranku pula insyaAllah... moga moga..
Ku percaya setiap ketentuanNya..



Doakan yang terbaik sahaja untuk mu sis..

Friday, October 12, 2012

Mesti Cuba! Sticky Caramel Date Cake

Assalamualaikum,

Sejurus menaip ni..
hujan mula turun dengan lebatnya... gerut sana sini.. 
( doa jap!  ROBBI HABLI MIN LADUN KA ZURRIYYATAN TOYYIBATAN, INNAKA SAMI'UDDU'A')

*********************************

Meh layan kek pertama kali ku buat ni..
Alhamdulillah.. yang penting my dia suka.. =)


sebenarnya ini ialah inspirasi dari Sticky Caramel dari Domino pizza punya tu..
kek barunya tu..
Dia suka sangat makan! nak lagi nak lagi..
makanya aku mula la mencari resepi untuk kek kurma karamel ini..
dapat la resepi ni kat MyResepi

Mari Kongsi Resepi!

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

  • 1 cawan tepung superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 cawan air
  • 1 ½ cawan kurma yang dibuang biji
  • 2 biji telur gred B
  • ½ cawan gula perang-dikisar halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ½ cawan minyak sayuran
  • Untuk sos karamel: 1/2 cawan gula perang 1/2 cawan heavy cream 2 sudu besar mentega 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165 C
  2. Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak
  3. Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. Masukkan baking soda dan gaul rata(anda akan nampak tindakbalas buih2 putih selepas baking soda dicampurkan).
  4. Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
  6. Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
  7. Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C. Sementara menunggu kek masak boleh buat sos karamel.
  9. Untuk sos karamel: Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
  10. Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah adunan pekat dan sebati.
  11. Hidangkan bersama date cake atau kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.


Kalau nak lagi sedap.. curahkan karemel atas kek dah panaskan sekali lagi..
karamelnya akan jadi keras2.. cracker2 gitu.. sedaaaap....

~ Walaa... baunya harum semerbak.. aroma yang sangat mempersonakan...
sangat lembut dan yummy... sedap! 
mudah dan senang cara pembuatannya! ~

apa lagi.. boleh la cuba!

selamat mencuba dan menjamu selera.. =)


menu petang 
minum dengan kopi o atau teh panas ni..
memang terangkat..

Jumaat yang disukai.. Mari Berdoa dulu!





 Assalamualaikum..

Mari Berdoa dulu..

Alhamdulillah.. Rezeki Allah mencurah curah pada hari barakah ini..

Dapat menghidu udara nyaman di pagi hari.. itu rezeki
Dapat mengejutkan suami bersolat subuh... itu rezeki..
Dapat menyediakan sarapan untuk suami.. itu rezeki..
Dapat mencium tangannya sebelum pergi kerja.. itu rezeki..
Dapat melihat senyuman terukir di bibirnya.. itu rezeki..
Dapat melihat keindahan alam yang penuh warna warni.. itu rezeki..
Dapat kemudahan dan kekuatan memandu kereta.. itu rezeki

Dapat berjalan dan kudrat untuk bekerja.. itu rezeki
Dapat menyapa mesra dengan rakan rakan.. itu rezeki..
Dapat bersarapan mengalas perut.. itu rezeki..
dan
Dapat menyampaikan dan berkongsi sesuatu kebaikan dengan rakan rakan.. itu juga rezeki!

MasyaAllah.. begitu banyak dan tiada putusnya rezeki Allah kurniakan kepada kita.. :')
mari kita bersyukur sesyukurnya atas segala nikmat yang telah, sedang.. dan akan Allah berikan kepada kita..

Alhamdulillah..



Syukur hanya padaMu
Ya Allah..

Thursday, October 11, 2012

KOMET

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. hari ni aku tiba awal ke pejabat..
langit gelap lagi dah keluar...
sekali lagi aku pandang ke langit..
cantiknya hari ni.. tak sama sperti hari hari yang berlalu..
cantiknya memang tak pernah sama.. :)
Subhanallah... Syukur aku masih mampu menikmati semua keindahan ini..

semalam pula.. hujan membasahi bumi...
seluruh lembah klang dalam keadaan sejuk dan lembap..

semalam juga.. sekali lagi misi mencari bintang gagal..
sebenarnya aku dah lama tak tengok bebintang bertaburan..
menghiasi ruang angkasaraya..

dulu2 aku ingat.. selalu ada..
aku akan duduk di luar rumah dan cuba mencari buruj..
hehe.. sesekali aku akan terlihat tahi bintang ke.. atau komet ke ..
memang aku sentiasa bernasib baik dapat tengok tu..
dan kadang kadang aku berfantasi sendiri bila tengok semua tu..
berada dalam dunia sendiri..
hehe. macam macam dilamunkan..
aku memang suka tengok langit!!

pernah sekali aku dapat tengok mcm komet yang agak besar,
bercahaya biru kehijauan macam tu laa... 
seakan akan jatuh di belakang rumah jiranku..
nampak macam sangat dekat!
dibelakang kawasan rumah tu.. memang tanah lapang.. semak samun je....
belum dibangunkan.. memang sangat luas..
hati memang nak sangat pegi kat belakang rumah tu, tapi masa tu dah lewat malam sangat!
aku kayuh basikal sekadar berlalu di depan rumah tu..
dan cuma merenung tajam ke lorong gelap belakang rumah tu..
isshhkk tak berani nak pergi.. gelap gulita! semak samun..

uhhhh.. malam tu aku tidur tak lena.. huhu
dok fikir2 apa aje lah yang aku nampak tadi..
citer kat mama n papa.. diorang suh aku basuh kaki, baca alfatihah, kursi dan 3 Qul sebelum tido!
hehe..

pagi esok dengar cerita.. ada kebakaran kecil kat belakang tu!
aikk.. takkan ada kena mengena dengan apa yang aku tengok semalam??!
uihhhhhhh... misteri.. misteri...

Shooting Star Sky Nice

tulah...
sekarang dah jarang dapat tengok bintang bintang bertaburan...
dah banyak sangat kekotoran menyelaputi ...
asap , jerebu... tebal sangat dah...

panjang lebo aku bercerita pasal bebintang pulak pagi nih!!

hehe.. jap lagi nak share resepi lak ya...

tunggu...

=D



malam ni tengok langit lagi...
moga moga bertemu bintang bertaburan ..


Wednesday, October 10, 2012

KUDU BIN ABDUL PENANG NASI KANDAR


Assalamualaikum,

Pernah dengar  Kedai Nasi Kandar Kudu Bin Abdul ni?
bagi warga kota Kuala Lumpur , pasti dah kenal sangat kot..
hanya aku baru sempat merasainya!
itupun nasib baik en Suami bermurah hati mahu belanja.. =) tq b..!

semalam rasa, hari ni mau lagi! haha..
hari ni aku angkut beberapa kawan pula untuk merasai penangan nasi kandar Encik Kudu ni..!
memang licin pinggan korang... heheh..

sesampai je dah orang ramai beratur panjang dah..
sedap punya pasal sanggup je beratur panjang!



~ Masa ni, kami di tengah tengah barisan.. kat belakang kami lagi 10 orang sedang menunggu... punya lah panjang barisan.. tuuuu dia... ~


~ ini menu aku,  nasi putih, kuah campur, sayur bendi, cili hidup hijau, sambal hijau dan ayam goreng! perfecto...!!
hanya RM 6.30 sahaja !- lebih 0.30 sebab minta bendi ngan lada hijau lebih kot!
update sebab Kakcik komen pasal harga tadi.. =)
ssesiapa yang tak makan pedas pun boleh makan cili hijau itu!
rangup dan tak pedas sangat! dipersilakan makan begitu sahaja!
percayalah.. memang sedap dan tak pedaaassss pun.. =)

terdapat pelbagai jenis lauk lagi..
ikan goreng, sotong, udang besar.. pelbagai jenis kari ikan, ayam, daging.. sayuran , masakan kicap.. dan lain lain lagi..

~ terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, sebelum Tune Hotel. Berhadapan dgn CIMB AVIVA, untuk lebih tepat, beralamat di 
 No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 
50100 Kuala Lumpur.  
Mereka di buka setiap hari hingga 8.30 malam hari  kecuali pada hari minggu  hingga 6.00 petang

My TIPS
kalau nak datang sini disarankan untuk datang seawal 11.30tengahari ke 12.00 tghari,
kalau dah 12.30 memang orang dah ramai beratur.. =)

ok.. selamat menikmati...


Dah macam ada ganja pula 
dok ketagih makan nasi ni..
terbaik..
Alhamdulillah..
Nikmat dari Allah.

Wednesday, October 3, 2012

Welcome Muhammad Aliff Rayyan bin Mohd Zawahir

Assalamualaikum,

Rentetan dari entri semalam..
Alhamdulillah, sempat melawat Atie semalam, dan tiada ucapan lain selain memanjat kesyukuran atas keselamatan kedua dua ibu dan anak ini...

2hb Oktober 2012, lahirlah seorang lagi khalifah di muka bumi Allah ini..
Muhammad Aliff Rayyan Bin Mohd Zahawir!  =)


Masa mula mula datang Aliff tiada.. dia baru di bawa nurse untuk diberi susu,
Alhamdulillah, untuk seberapa ketika nurse datang bawa Aliff dalam bilik..
dan tiada kata yang dapat menggambarkan perasaanku sewaktu melihat wajahnya.. 
sejuk hati melihat wajah suci anak kecil ini..
saat menyentuh kulitnya yang gebu itu hati terus terusan memuji Allah..
Subhanallah atas ciptaanMu ini..

  Muhammd Aliff  Rayyan, 
lahir cara Caesarean,  berat 2.5 kg.. kondisinya normal.. sihat.. Alhamdulillah
macam muka atie je.. tapi kata neneknya.. mulutnya ikut macam ayahnya..
humm.. ke mana tumpahnya kuah.. ye tak.. =)

   Aliff memang nyenyak tidur sepanjang kami berada di sana..
sesekali riak wajahnya bergerak dan berkerut mendengar suara suara kami.. 


InsyaAllah ingin sekali aku melihat Aliff lagi..

Tahniah diucapkan kepada Wae dan Atie atas kelahiran cahaya mata pertama ini.
Alhamdulillah atas rezeki Allah yang sangat hebat ini.
nikmat dari Allah yang tidak semua orang dapat rasainya..
Kami suami isteri mendoakan semoga Allah memberkati Wae dan Atie di atas kelahiran baru ini.
semoga Aliff membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata ibu dan ayahnya
dan bakal menjadi khalifah Allah yang unggul di dunia dan akhirat.

Yakini bahawa Allah sangat menyayangi setiap khalifah Allah yang lahir, sehingga terakamlah ayat
“..Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya..” (AlMaidah :32)



Tumpang gembira atas kegembiraan orang lain..
merupakan rezeki dan nikmat dari Allah jua..
ku bersyukur
dan percaya..
Allah Maha Mengetahui segala rahsia setiap kehidupan..






Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker