Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Wednesday, July 11, 2012

Stok Raya Cheese Jalapeno


 Assalamualaikum,

Nak iklan kejap boleh ya.. =)
ini.. stok serbuk Cheese Cheezy wedges dah sampai ni..
atau lebih dikenali.. Jalapeno Cheese

Kali ni order lebih sikit sebab banyak permintaan untuk persediaan raya katanya, walaupun puasa pun belum.. tapi beli siap siap.. nanti hari2 terakhir dekat raya.. takdala rasa sangat perbelanjaan untuk hari Raya..

memang betul..
Raya tahun sudah.. semasa di kampung menu kentang goreng/wedges bersama sos cheese ini memang mendapat sambutan untuk rumah terbuka..
yelah.. Hari raya, menu kat mana2 pun mesti sama kan..
jadi orang nak cari makan yang ringan2 je..
tapi kalau dah makan banyak...., jadi berat jugak! hehehe
so berhati hati pada yang sedang berdiet laa... huhu




 

 ~ ada pek 200 gm dan 500gm~



 ~ yummm yumm...~

Jadi boleh la singgah ke katalogkay.blogspot.com 
untuk maklumat lanjut..

=)



~mimy... kamu punya ku kirimin ya! kalo tunggu aku memang entah bila mahu ke sana..~


Monday, July 9, 2012

Buat Baik Fikir Positif

Assalamualaikum,

malas nak layan fikir yang bukan bukan..

aku hidup bukan mahu mencari lawan

kalau ikutkan rasa meroyan

nanti sesenang je kena serang dek sawan


hidup memang tak dapat puaskan semua

tapi lakukanlah yang terbaik sahaja

kerana perhitungan nanti bukan antara kita dan mereka

tapi Allah yang Esa juga la Mah Mengetahui segalanya





~ Baik layan durian weh.. duri duri di luar pun..dalam nya super lazat... 
lebih baik dari  duri dalam daging!~










Thursday, July 5, 2012

Bergembiralah..



Assalamualaikum,

kita sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..
kadangkala emosi dan nafsu merajai
perasaan marah, benci, sedih dan berduka seringkali sukar untuk kita elak.
ya.. kita manusia biasa.. lemah dan seringkali gagal mengawal emosi yang membuatkan kita menjadi orang yang sesat.. lalai
mengundang musuh

Lihat di sekeliling..
Allah menciptakan semesta alam ini bukan tidak bersebab!
Alam yang indah ini cukup membahagiakan bagi sesiapa yang tahu menilai dan mahu menghargainya..
percayalah.. jika kita duduk sejenak.. hayati dan nikmati keindahannya.. hati akan rasa bahagia

maka, mari kita jadikan setiap ciptaan Allah di sekeliling kita ini sebagai aset, sebagai bahan dan sumber untuk kita terus berasa gembira! 
untuk kita terus berasa bahagia dan ceria..
tenang dan damai..
dan kuat, untuk menempuh setiap dugaan dan cabaran yang mendatang..

Salam sayang.. salam gembira..

=) 

Wednesday, July 4, 2012

Kawan baru kita

Assalamualaikum,

Selamat siang...

mari berkenalan dengan perisa baru tiramisu dalam balang nih...
Si mangga.. (^__^) v


 ~Rasa mangga yang sungguh bersari...  nyumm nyumm..  ~

~ membuat dengan hati yang gembira untuk mereka.. moga dapat dirasai kegembiraan itu dalam jar comel ini~

~tempahan dari kawan kawan~

Alhamdulillah..
rezeki ..
syukur..atas rezeki ini..

tak sangka pula perisa mangga ni pula yang mendapat permintaan ramai,
insyaAllah, moga Allah permudahkan segala urusan untuk membuat tempahan esok.



suami kata... kalau sesape nak lose weight minum SDII,
kalau sesape nak weight gain pula makan la tiramisu nih!
issshhh isshh isshhh...


Tuesday, July 3, 2012

Alpha Lipid SD II


Assalamualaikum,

nak kongsi satu rahsia...!!

mula mula..

letak 2 scoop..

isi kan air...

goncang...

dan..

minum!!

Ini lah SD II kepunyaan saya!!

Alhamdulillah...
semalam Kakcik ada tanyakan pasal SD II ni..
kawan kawan pun ada juga tanyakan pasal SD II alplha lipid ni..

untuk makluman aku baru je ambil ni..
lebih kurang 2 nk masuk 3 minggu..
minggu pertama dah turun 3 kg..
alhamdulillah..
memang tak di duga pun, sebab sebelum ni nk turun 1kg pun berhempas pulas..
tapi kita kena lah disiplin bila makan ni,
ikut turutan yang betul..
jenis pemakanan yang betul
insyaAllah menjadi..

kat bawah ni adalah kelebihan2nya yang dikongsi oleh kawan ku yang bertanggungjawab memperkenalkan SD II ni ... terima kasih Nespilaila.. =)


ALPHA LIPID SDII 

Formula terbaru ini juga diperkayakan dgn kandungan green tea+fiber+high protein+ 9 jenis essential asid amino+11 vitamins+12 minerals.. 
 
Mempunyai kesemua yang anda perlukan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan begitu efektif dan mengekalkan kelangsingan dalam jangkamasa panjang!

KELEBIHAN KANDUNGAN ALHALIPID SD2
============================

1) MEMPUNYAI TAMBAHAN EKSTRAK GREEN TEA
- Membantu meninggikan metabolisma 
- Meningkatkan penggunaan tenaga
- Merangsang badan membakar lemak
- Bahan Antioksida yang kuat
- Pemeliharaan Jantung
- Antibacterial & Antiviral

2) MEMPUNYAI TAMBAHAN SERAT
=========================
- Membantu sistem penghadaman (melawaskan)
- Memberi rasa kenyang lebih lama (elak gastritis) 

3) MEMPUNYAI FORMULA TINGGI PROTEIN
==============================
- Memperbaiki jisim otot 
- Meningkatkan metabolisma 

4) MEMPUNYAI ALPHA LIPID
====================
- Formula ALPHA LIPID untuk penyerapan nutrien2 dan vitamin yang lebih baik!

SEMUA INI BERFUNGSI UNTUK MENJADIKAN
*************************************
-Tiada kesan kelaparan terlampau
-Tiada ketagihan kepada makanan berkarbohidrat dan manis
- Kawalan gula darah lebih baik
- Merangsang tindakbalas insulin yang lebih berkesan
- Lebih bertenaga (Tiada keletihan ketika berdiet)
- Memelihara jisim otot dan ton kulit (Tidak mengendur)

Anda pasti teruja jika anda tahu! Cubalah sekarang,


Ok, pengalaman aku sendiri masa ambil ni..
rasanya susu ni macam aiskerim vanilla.. sedap... =)
badan pun rasa ringan je.. tak cepat letih pun..
selera makan pun dah takda membuak2 sangat.. sebab kita akan rasa kenyang..
tapi kita tak boleh tak makan. kena makan!
sebab kalau kita lapar.. metabolisma akan menurun, dan badan kita letih..dan tindakbalas dengan susu akan berkurangan.. 
jadi, makan! jangan tak makan!
tapi kena makan pun berpada pada...
kalau sesiapa yang ambil SD II ni, mereka akan dibekalkan jadual pemakanan yang bersesuaian..
cuma tak boleh makan karbohidrat yang berlebihan..
protein ok... =)

aku dah kurangkan nasi, 
mula2 seminggu tak makan nasi! 
makan lauk je..
memang tekad abis la!

tapi sekarang slow2 amik nasi.. tapi dalam kuantiti yang sikit..
nasi boleh makan, tapi sesenduk yg tak padat ok... =)

kurangkan gula juga!!
wahh.. itu penting tu!!
sangat penting ok....
gula itu pemangkin lemak!!
no.. no.. no.. no..

setakat ni..
memang ada perubahan la dari segi berat badan...
sebenarnya .... humm
perubahan dari segi lain pun ada juga...
=)

boleh cuba ya...

sekadar berkongsi kegembiraan bersama sama teman2 yang sudi..



yang penting usaha dan ..
tawakkal..
 




Monday, July 2, 2012

Main main

Assalamualaikum,

akhirnya dapat juga la si kella ni menaip barang sepatah dua perkataan.. (sepatah dua ke.. )
Begitu banyak perkara, peristiwa, kejadian, pengalaman, acara yang berlaku dalam kebelakangan ni..
setiap perkara dan detik seharusnya mahu dikongsi bersama..
tengok la..
apa yang sempat aku kongsikan..

Lama tak letak gambo makanan kan?
dapur tak berasap kebelakangan ni..
ada pengubahsuaian berlaku dibhgn dapur, makanya operasi terhenti seketika!
Alhamdulillah.. syukur... pengubahsuaian telah siap pun
syukur sangat..
dah ada lah tempat nak sorok2 barang! nak sumbat sumbat..
sekarang tengah sibuk nak ngemas rumah ler..
habuknya jgn cakap la..
hari2 kena mop..
huh..banyak kerja..banyak kerja..
penat penat....

Oh ya! berat badan aku pun dah berkurangan sebanyak 3kg!!
itu minggu lalu punya...
minggu ni tak timbang lagi..
memang aku dah makin gemuk..
sebelum ni semua orang duk tegur2...
mama pun dah bising..
tapi bila si suami yang bersuara, haha kena ambil tindakan drastik nih!
hehehe..
tapi Alhamdulillah la..
sebenarnya diet makanan tu kena jaga..
cara pemakanan.. semua tu kena jaga..
makan tetap makan, jangan tak makan!
cuma kena pandai la jaga kan..
nak drastik lagi aku ada mencuba produk baru..
SD II namanya!
tu yang turun sampai 3 kg dalam masa seminggu!
mcm tak percaya , tapi itu lah yang betul..
selama ni nak turun 1kg sebulan pun payah benoo!
alhamdulillah..
aku cuma mahu dapatkan berat badan yang ideal sahaja...
taknak ler kurus keding... =)

Ada 1 tempat makan makanan laut yang best la!
semalam baru kami pergi sana... Kat Jeram Kuala Selangor..
mesti ramai orang dah tahu kan?
aku je ketinggalan zaman..
memang marbeless.. memang fresh lauk2nya dan harganya berpatutan..
nanti next entri la aku cceritakan perihal ini..
gambar belum di upload..
karangan pun dah panjang berjela nih... =)

ok..
moga ketemu lagi ya..
mohon maaaf sebab lama tak jenguk kawan kawan..
jangan jemu dengan saya ya!!

sayang semuanya!!




Wednesday, June 20, 2012

Ada orang ke....

Ada orang tak ni?

saya ada je ni..
tapi dah nak kena kuar balik..
ada hal dan kerja lain yang perlu di buat..
di selesaikan..
hummm
banyak nye kerja saya kan...
kena lah kerja.. baru lah gaji tu berkat ye tak?
;p

ok.. kena kuar ni..
kamu kamu baik baikkan diri semuanya ya..
jaga diri...

meh la tinggalkan komen kat sini...
supaya saya tahu.. saya tidak keseorangan.. =)
jap lagi ada kesempatan..
jenguk kamu semua..


Assalamualaikum..


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker