Assalamualaikum,
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, sempat layan hot FM.. topik mereka..
apa pendapat jika suami ingin bercuti bersama rakan rakan.. isteri setuju atau pun tidak..?
aku calling calling mereka! tapi tak tembus tembus...
apa yang aku nak cakap?
hehehe..
bagi aku.. aku setuju je dan izinkan sahaja suami aku ingin bercuti bersama rakan rakannya..
memang banyak faktor telah di ambil kira la semestinya..
salah satunya, aku memang mengenali kawan kawan nya itu.. insyaAllah sorang sorang baik peelnya
Pastu, tempat nak pergi... kemana ? pastikan tempat tu clean...
dan sudah tentu, tujuannya apa?
Dalam kes aku ni.. aku memang sentiasa izinkan suami aku pergi bercuti dengan rakan rakannya..
pernah terjadi, mereka ingin berkonvoi ramai2 ke pantai timur.. sambil2 tu singgah ke majlis perkahwinan sahabat....
Ya, aku izinkan sahaja...
tapi apa yang terjadi?
Suamiku kata tak sanggup pula.. dan..
masing masing suami ni tak sanggup pulak nak tinggalkan isteri!
dah pulak..
hehehehe...
ye la semua kawan2nya pun kebanyakkannnya dah berkahwin,
ada rasa macam kekosongan pula bila bercuti tanpa isteri?
hehehehe..
tengok! ;)
memang.. kata suami.. dia tak sanggup pula nak bercuti cuti bergembira tanpa isteri di sisi,
rasa macam tak patut je,
katanya....
(ayat bikin haru je bukan...? ) yelah tu.. =)
pada aku ni, aku memang izinkan sebab aku percaya kepada suami sendiri,
dan lagi.. kita selama ni pun berjalan jalan bercuti dah berkali kali dah dengan dia..
bagila peluang dia nak bersama sama dengan rakan rakan lamanya yang memang dah baik dari dulu kan..
InsyaAllah... pokok pangkal hati dah niat tu..
lelaki ni, kalau makin kita tak bagi lagi la dia nak!
betul tak?
nah.. cuba bagi je tengok!
reverse psikologi..
kadang kadang tak termampu...
tapi kena hati hati juga..
tengok situasi ya.. para isteri isteri...
=)
Apa pun.. yang sangat penting dalam hubungan suami isteri ni ialah.. kepercayaan, jangan mudah buruk sangka dan tawakkal pada Allah, hanya Dia yang maha Melindungi..
aku pun budak baru belajar, belum mampu untuk menasihati orang lain, melainkan masih cuba perbaiki diri sendiri..
selamat pagi!!
-
Assalamualaikum,
Apa khabar semua kawan2..
selamat pagi...
Jgn lupa ambil sarapan pagi yaa..
semoga hari kita semua dipermudahkan da. Dirahmati Allah...
...
10 years ago