Assalamualaikum,
sebentar tadi je!
baru aku terima sms dari seorang sahabatku yang ku panggilnya Dee.. or juz.. D..
dulu aku selalu panggil dia lady d!
D baru sahaja text aku..
katanya dia baca blog aku,
dan dia tenang..
dan dia suka..
memang bila serabut serabut katanya..
dia akan membaca blog aku..
ummmpph katanya!!
hehe.. d.. siapa lagi yang akan cakap begini kalau tak d..
yeah aku tahu blog aku tiada hebatnya..
tapi takpe.. aku suka! aku tetap gembira bila mendapat sms dari sahabat baikku sendiri.. d
dee.. dee.. sms kau buat aku senyum je..
bila aku terbayang wajahnya.. akan terpampang la wajahnya di minda..
wajah yang sedang tersenyum manis..
sambil gelak mengekek sambil menyebut.. " kay.. kay.."
banyak yang kami lalui bersama..
susah senang zaman belajar dulu..
teringat pula zaman dulu tu.. kami berdua ni sama saiz je..
tu pasal.. baju aku.. baju kau.. baju kau baju aku..
spender je aku tak rasa tak pernah share lagi kot! kan d? hehe..
kami pun sama minat... cuma dee ni dia lebih ke arah kewanitaan..
dan aku pula agak kebrutalan sikit, dia suka pink!! aku suka hitam!!
combine 2 jadi lengkap je.. =)
hmmm sama nakal..?? errr.. aku terlebih kot..
dan lansung aku mempengaruhi d untuk jadi nakal juga! hehe... sorry ya d!
namun..
yang baik dijadikan teladan..
yang jahat dijadikan sempadan.. kan d? =)
~ ini bukan kami, sekadar gambar hiasan ..kredit pic~
masa telah pantas berlalu..
sekarang dee dah semakin cantik..
dia juga makin berjaya di hadapan..
dan aku mahu kamu tahu dee..
yang aku sentiasa ada di belakang kamu..
setiap kejayaan kamu aku kagumi
dan aku sentiasa mahu ikut kejayaan mu..
kejayaan mu inspirasi buatku..
setiap jejakmu kini bagaikan butiran berlian yang amat bernilai..
setiap kata yang keluar dari mulutmu bagaikan sinar yang memberi harapan!
cheewah! dee... dapat aku bayangkan wajahmu senyum girang sampai ke telinga! menampakkan gigi gigimu yang cantik itu!! hehehe '(^___^) v peace!
terima kasih buat semua pembaca yang membaca entri ini..
semoga setiap orang yang membaca ini..
menitipkan sedikit doa buat kami..
semoga persahabatan kami ini dirahmati.. diberkati oleh Allah..
dan moga berpanjangan berkekalan hingga ke syurga hendaknya..
Amin.
~dee.. kau tengok penangan kau, kau cuma sms pendek, tapi aku terus buat entri kat blog!
hebat kamu.....!
sekurang kurangnya ada sedikit cahaya untuk mathari yang dah malu malu mahu keluar...