Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Sunday, December 18, 2011

Pertemuan Blogger : kian mendebarkan ?

(udah jadi sticky post dah.. entri terbaru di bawah ya.. )

Assalamualaikum,

sampai berdebar debar di buatnya?
hhehhee..
kalau tiada halangan ,ini lah pertama kali aku akan mengikuti pertemuan di antara blogger blogger alam maya ke alam realiti! chewah! =P
maafla jika aku agak berdebar2 pula memikirkannya..
walaupun memang tak tahu kat mana tempatnya, dalam erti kata lain, memang tak pernah pergi belah2 sana..yelah asyik berkubang kat kelumpo aje..
tapi, tetap mahu redah juga untuk ke perjumpaan ini! InsyaAllah.. moga Allah permudahkan..
niat di hati.. ingin mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger..
bak kata Kakcik Seroja, tema yang dicadangkan ialah..  
'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'

Pertemuan kali ni di cadangkan oleh Dato' LF (LuahFikiran) dan tempat disediakan oleh Dato' juga, ianya akan di adakan di ;

MUSOLLAH EHSAN, NO.8, JALAN 3/6F, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR












Terima kasih Dato' sudi menjemput kita juga ke pertemuan ini.. sungguh nya kita amat berbesar hati.. =)

Kata kakcik jangan beranggapan ianya anjuran dari Kakcik dan juga Dato' LF , tapi anjuran yang dirancang dan akan dijayakan bersama sama kita semua...
tapi .... orang kuatnya dah tentu tentulah Kakcik, Dato' LF, Kak Azie dan kroni kroni  urusetia yang lain... =)
yang bertungkus lumus merealisasikan pertemuan ini! =D
mereka sangat cool... =)

ha, satu lagi part, kepala otak ni tiba tiba je pening lak mikirkan potluck yang akan di bawa nanti!
pening sebab mikirkan tak tahu nak bawa apa!
sebab rasa macam nak bawa macam macam je!
itu nak bawa.. ini nak bawa! hehehe...  (macam best je pulak!)
(jangan tiba masanya nanti tak bawa apa apa pulak sudah... ) ;p
kakcik dah senaraikan dah pun menu menu potluck tu... hihi

Apapun,
doaku...
semoga pertemuan ini dipermudahkan Allah..
setkan niat kita kerana Allah..
kerana ingin membina ukhwah sesama kita..
telah kita berkenal kenalan membina ikatan di alam blogging..
apa salahnya kita eratkan lagi silaturrahim sesama kita secara bertentang mata..
lebih banyak ilmu yang dapat dikongsi,
lebih banyak pandangan dan pendapat yang boleh dijadikan panduan,
lebih terbuka minda dan fikiran..

=)

untuk makluman, aku belum pernah ketemu blogger blogger dari luar pun,
blogger2 di kalangan kawan kawan pejabat tu sudah tentu la biasa ketemu...
so, aku nekad aja.. untuk turut serta ni.. boleh jumpa yang biasa komen2 di sini..
kakcik, Dato LF, Kak Azie, Gadis bunga, Uncle Gedek, Bujal, Fara..
dan lain lain yang kesudian...
maklumlah.. aku ni pemalu dan penyegan orangnya! (wekk! =p  )
tak tahu la macamana nanti... hhuhuuu...

So jikalau ada blogger blogger di luar sana yang mahu turut serta ,
masih sempat...
sila kunjungi blog Dato' LF atau Kakcik Seroja untuk  maklumat lanjut dan terus mengisi borang yang disediakan.

moga bertemua kita di sana ya.!


'Salam Bersambut Ukhwah Bertaut'

Friday, December 16, 2011

CARS 2

start dari kul 10 tadi..
aku dok taip buang.. taip buang..
bila dah taip elok je.. rasa macam tak best je citer tu,,
terus buang..
bila taip panjang sikit je..
rasa cam tak kena je..
buang terus..
buka fb pula..status.. taip buang juga..
kecelaruan emosi kot aku nih!

Buka blog balik... tengok skrin posting kosong..
tak tahu nak taip apa...
sedangkan aku punyai masa terluang yang tanpa hadnya nih!
bukan senang nak terluang begini..
yelah.. idea ni pun satu..
bila orang tengah sibuk2.. tak cukup masa, haa.. masa tu lah idea ni membuak buak kuar!
tapi bila orang pinginkan dia, dia takmo kuar pulak!
isssh!

ok lah..
sampai sini dulu..


Wah.....
akhirnya siap satu entri! =)

Insafi Diri..



(entri pilihan ulang siar 16/6/2010 )


Assalamualaikum,
Buat sama sama kita renungi..

*Gambar diambil googles

BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN- semasa duduk antara dua sujud
Betapa telah berapa lama aku lupa menghayati erti sebenar makna doa ini!! dibaca sambil lewa sahaja doa ini! berlalu pergi mengikut turutan! betapa sebenarnya maknanya amatlah menginsafi diri!
Mari kita kongsi bersama, Alhamdulillah pada sesiapa yang selama ini sedar akan ia dan ianya masih tidak terlewat untuk sesiapa pun yang ingin...

Dalam tidak sedar.
Setiap hari kita memohon didalam solat kita..tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami.. sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..
Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selsai, diamlah sejenaklalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja..
Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu
tetapi hati antara tidak dan mahu pantaslah Allah perlakukan kita begitu.

IringJeling: sampai kan walau satu ayat..aku juga mendapat ilmu berguna ini dari rakan lantas berkongsi di sini.. :)

Thursday, December 15, 2011

Mana Mau Lari..

~ checkmate!! u cant hide.. and cant run anywhere dah..~


haha.. best kan sesekali layan chess nih..
aku kalau main dengan b kami macam sama level je.. err.. b memang dah byk kali menang kot.. dan aku...
pun akan banyak kali menang jugak nanti! huhu... ;p

oh, dah alang alang citer pasal game kan..
kat rumah aku ni memang byk indoor gamenya.. =)

~Dart... setiap kali saudara mara datang.. ini lah yang di tujunya dulu.. riuh rendah rumah jadinya! ~..

 ~ congkak ni pinjam dari rumah mak, katanya kat rumah tiada orang main pun, jadi kami pinjam dulu.. main dengan achik, aku asyik menang je! hehe.. dia pula tak puas ati..katakan aku main tipu lak! =p
hari tu saudara mara datang pun teruja nak main ini congkak....
congkak 'jangan pandang belakang congkak'.... ~

~ karom ni kami beli di kedai terpakai.. masih elok dan murah pula tu.. jadi terus rembat la..
dan untuk makluman, aku belum pernah main lagi.. tetamu tetamu yang datang je yang main.. 

 selain tu ada jugak.. sahibba.. dam dan lain lain.. tengah cari saidina pulak ni..

korang korang semua macamna? suka ke pmainan indoor gini?
jom la kongsi.. =)



~Pertemuan Blogger lagi 2 hari la.. debor pulok rasenyer...~

Sunday, December 11, 2011

Bila RIndu..

Sangatteringat padanya..
bila layan video nih.

hmmm
bila rindu...



lekas pulang ya..

Tentang dia, muffin dan keluarga

Assalamualaikum...

Mood masih lagi dalam keadaan sebak..
aku memang begitu..
Keluarga ku baru sahaja pulang..
mereka telah berada di sini 3 hari.. 3 malam..
masa yang ada.. telah digunakan sebaik mungkin..
tak ada masa yang paling bahagia.. selain dapat bersama keluarga .. bukan?

maaf.. agak lama aku menyepi.. meninggalkan Mathari sendiri lagi..
apa nak buat.. terpaksa.. masa yang ada, dipenuhi dengan perkara perkara yang menuntut lebih perhatian!
sebenarnya aku baru juga bernafas lega nih..
sebab telah berjaya menghabiskan tempahan muffin sebanyak 1000 pek,
dan satu pek ada 3 biji,
huh... di pertengahan tu dah ada rasa dah nak surrender dah..
sebab rasa macam sangat tak sempat..
Tuhan sahaja yang tahu betapa paniknya perasaan ini..
takut tak sempat siapkan orang punya!
aku pun tak sangka ingatkan macam dapat siapkan dlam masa yang singkat!
maklumlah.. memang aku tak pernah amik tempahan sebegini banyak..
jadi memang aku tak dapat nak anggar masa..
aku terus setuju je bila mereka minta aku buatkan sebanyak itu! masa dah singkat, tak dapat nak cari sesiapa yang lain..
lantas aku terus setuju aje.. lagipun adik aku ada tinggal bersama ku.. boleh buat bersama..
masa dah makin hampir tapi masih byk yang perlu dibuat!
terfikir di kala itu..
Ini rezeki dari Allah.. Alhamdulillah..
dan ini juga ujian buat aku.. Alhamdulillah
Allah tidak akan turun kan sesuatu ujian itu pada seseorang.. melainkan dia mampu..
maka aku doa banyak banyak moga di beri jalan keluar dan kemudahan untuk menyiapkan muffin ini...
dan tanpa di sangka sangka kehadiran mama dan adik2 aku memang telah diatur olehNya..
syukur mereka datang! mama memang banyak tolong aku!
syukur Alhamdulillah sangat..
kehadiran mereka memang banyak membantu aku menyiapkan tempahan ini tepat pada masanya!!
Aku pun antara percaya tidak je.. dapat siapkan!
Syukur Alhamdulillah..
rasa lega seleganya.. Allah sahaja lah yang tahu..
apa yang aku harapkan...
semoga muffin muffin aku disukai ramai...InsyaAllah...

Bila mama , papa dan adik adik pulang..
tinggallah aku disini bersama adikku yang sorang lagi nih..
sekurang kurangnya adanya dia taklah aku melayan perasaan sendiri..
tambah pula..
si dia tiada di sisi...
sepanjang mama dan papa di sini.. dia tiada..
terpaksa pergi atas urusan kerja.. wlaupun berat hatinya tidak dapat bersama namun itulah yang harus di telan..
dia outstation ,... nun jauh ke negeri China...
dan mangsa pengubat rindu.. hanya gambar 'wallpaper' di telefon bimbit
dan beberapa smsnya yang berbaur rindu...

dan kini, .. saat ini dan ketika di mana masa tiidak terlalu mencemburui
jari jari ku menari nari.. di atas papan kekunci..
mengikut irama yang diciptakan sendiri..
sendiri...
dengan seribu satu perasaan yang bermain di hati..



Semoga perjalanan keluargaku selamat dan dipermudahkan..
semoga urusan di dia di sana juga berjaya dan dipermudahkan..
dan semoga kamu kamu semua sahabat alam maya ku.. sihat sihat dan bahagia sentiasa..

Thursday, December 1, 2011

Blues Thursday...

~ baca je.. ilmu..penambah pengetahuan.. tika masa masih bersisa..~

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker