Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Tuesday, November 22, 2011

Penangan Harimau Muda

Assalamualaikum,

pagi tadi, sepanjang perjalanan tak abis2 dok borak tentang bola semalam! puas hati.. rasa gembira je nak gi kerja.. hehe..
pagi tadi seperti biasa jalan agak jem juga..banyak kereta..
tapi tak berapa terasa.. sebab dok ralit borak tentang bola...

~ agak2 nya.. diorang pun mesti borak menda yang sama...  hehehe.. =) ~

some say.. 
" ala.. bila dah menang sakannya gembira.. bagai nak rak.. bila dah kalah senyap sunyi!"

haa.. betul la tu.. kalau dah menang mesti la gumbira.. dah kalau kalah..mestilah sedih.. dah kalau sedih senyap aje la.. nak buat hape lagi.. huhuhu... ;p

maari raikan lagi.. dengan beberapa gambar Harimau Muda kita! =)

~ Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol 
penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam 
tadi~

~ Kegembiraan yang tidak dapat dibendung lagi!~




~ KFCM ada sesiapa tak kenal? aku harap sangat penjaga gol yang sorang ni dapat mengurangkan kontroversi tentang hal peribadinya, aktiviti sosial jangan sampai melampaui batas.. tolong nya Khairul Fahmi,  sayang je.. takut nanti masalah masalah itu akan mengganggu gugat karier bola sepaknya.. perjalanan kamu masih jauh.. insyaAllah.. tolong ya!  =) ~

 Entri aku taip dari pagi tadi lagi.. tapi aku tak sempat publish..
sampai ke malam.. hmm..
camano nak jadi blogger tegar nih! hehehe..

adios!

i love my Malaysia!


Tahniah berkali kali untuk Harimau Muda Malaysia !!










Monday, November 21, 2011

Keputusan Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011

Malaysia Menang!!

Menewaskan Indonesia dengan mata penalti.. 
Malaysia 5- Indonesia 4!

I Am happy! im so so happy! syukran ya Allah...
Syukur! syukur! syukur! Alhamdulillah!

itu sahaja lah yang mampu ku katakan...
Terima kasih Harimau Muda Malaysia! kalian memang terbaeeek!
Kalian telah buktikan bahawa kalian adalah yang terbaik seantero asia tenggara..
Alhamdulillah..

Ternyata..walaupun bermain di tempat lawan, dengan lautan penyokong dari Indonesia...namun kalian telah buktikan! Malaysia Juara Sukan Bola Sepak Sukan SEA 2011!!!
Terima kasih atas kejuaraan ini!!

hanya ada satu juara.. satu pemenang.. satu nama... itulah Malaysia!!


Kini.. Lagu NEGARAKU.. berkumandang megah.. jelas, terang.. tanpa ada gangguan! ;)

Tahniah sekali lagi!!

Alhamdulillah.... =)

*Esok pergi kerja pakai jersi Malaysialah! boley?? hehe..


~ b dgn baju TM = Team Malaysia =) ~
puas hati wehhhh...


Malaysia telah berjaya padamkan ego Indonesia!
dan moga mampu juga menutup mulut mulut busuk yang ego itu..
moga terima kekalahan ini dengan redha

~ aku emo bangga betul sekarang nih! maafkan aku sekirannya keterlaluan.. namun aku gembira untuk pasukan Tanah Tumpahnya Darahku.. ~

Perlawanan Akhir : Malaysia Lawan Indonesia

Assalamualaikum,



jam 8 Malam ini..

sama sama kita doakan keselamatan pemain pemain Malaysia..
dan kemenangan berpihak kepada kita InsyaAllah..

(UPDATE)
Keputusan terkini;

Malaysia 1- Indonesia 1
Boleh tonton Online Live Streaming Malalaysia Vs Indonesia yang sedang berlansung sekarang di sini!
LIVE STREAMING RTM

Malaysia Pasti Boleh!!

Langit indah milik Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..


~ pagi... semakin menghampiri~

~ memberi tanda kehadirannya yang pasti.. dan... kadangkala... begitu garang pula... ~ 


 ~  kadangkala begitu tenang ..~

 

 ~ kadangkala  begitu happy go lucky.. =) ~




~  walau ketika terik juga tetap mengagumkan..~



~ dibayangi lautan nan membiru .. ~


 ~ tiba masa sang mendung menutupi keindahan itu dengan keindahannya tersendiri....~


 ~tampak lebih gerun.. menandakan sesuatu yang bakal tiba...~


 ~ penyambut tetamu yang garang!... ~



~ dan tiba masa melabuh tirainya..~

~ dengan pandangan senja yang mengasyikkan... ~


~Langit..
Ciptaan Allah
Untuk kita semua melihat..
menghayati..
mengagumi.. 
menghargai
dan seterusnya mensyukuri ciptaanNya..
Subhanallah...
Indah bukan..?..




~ aku memang suka tengok langit
suka untuk abadikan suasana2 indah  milik Allah ini dlm kamera .. untuk sama sama kita kongsi bersama.. melihat.. betapa hebatnya ciptaanNya...





Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya bertemu Garuda lagi..

Malam esok Malaysia akan bertemu lagi dengan Indonesia..
mari sama sama kita doakan kejayaan Malaysia!
InsyaAllah..
Malaysia boleh!!
Ayuh semua pemain pemain Malaysia! Kami di sini sentiasa doakan kejayaan buat kamu semua!
kami hargai penat lelah kalian semua membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa! Maju dan terus maju ke depan! kalian Boleh!! InsyaAllah Boleh!
Main baik baik.. tetapkan niat dalam hati.. main elok2..kita kan negara yang bertamadun.. =)
Doa banyak2 kat Allah.. moga Allah permudahkan segalanya.. dan memberikan kejayaan buat kalian semua.. Amin..
Biasalah.. akan ada menang dan akan ada yang kalah.. namun.. moga2 menang la hendaknya! =D
kalau kalah pun biar kalah bermaruah gitu... =)

Bersemangat aku di tengah malam hari ini?
hehehe.. dapat on line kejap ni.. terus nak update blog je..
sesambil tengah bakar 2 ketul pizza! rezeki.. kawan  order..
haruss la harum bau roti pizza sekarang semerbak kat rumah ni..

ok.. sekarang jam 1113 malam..
esok aku nak update lagi!
esok ada potluck kat pejabat, tak tahu nak buat apa lagi ni..
tadi dah bancuh apam.. namun rasa macam nak buat desert air koktel je.. tengok la.. kalau tak ngantuk lagi.. huhu..

ok selamat malam.. selamat tidur..
mimpi yang indah indah belaka..
sebelum tido, jangan lupa basuh kaki..
baca doa.. baca 3 'Qul', ayat kursi... =)
semoga dibangkit kan lagi keesokkan harinya.. InsyaAllah...

Wednesday, November 16, 2011

Kari Ikan & Brussel Sprout

Assalamualaikum,

Dah makan tengahari?

ini menu hujung minggu lalu.. dah rasa lama sangat tak masak lauk pauk aneka berat2 ni.. sesekali pekena kari pulak!

Aku pun dah lupa nama ikan ni.. samada Jenahak ataupun Ikan duri.. sebab hari tu masa kat pasar 2 jenis ikan ni yang aku dok bedek bedek!
beli sebelah je... untuk 3 orang makan.. cukup... =)



Nama sayur di bawah ini ialah sayur brussel / mini kobis.. atau bahasa inggerisnya.. Brussel Sprout! ada jugak satu nama lagi.. kot bahasa Cina.. tapi aku dah lupa.. nanti kalau aku gi NSK lagi.. aku tangkap gambar nya... =)

masak sayur ni goreng dengan sos tiram.. bawang putih...
krup krap makannya..
sayur ni agak rangup! sedap!
=)


oh ya.. menu tambahan untuk hari itu.. telur dadar spesel! dari achik! 


tengahari tadi makan nasi Arab! masyaAllah.. sedap doo...
se set 18 hengget! kami kongsi 4 orang.. memang berbaloi baloi...

korang semua lunch makan apa je hari ni.. =)



sekarang ni hujan sedang turun pula.. memang sejuk...
nyaman je rasa..
jari jari ni menari nari dengan rancaknya di atas papa kekuncikk..
mengikut rentak2 irama yang ku mahu..

=)






Monday, November 14, 2011

Angry Bird Merah


Assalamualaikum,

semoga kawan kawan semuanya sihat sejahtera hendaknya..
hari ni sangat sibuk! banyak yang perlu diselesaikan di pejabat nih!!

tapi update kejap ya..

jadi..
 silalah menatap gambar Si burung merah pemarah ini,
angry bird merah ini tempahan dari Diana.. untuk bday boy Aisy.. =)
Selamat hari lahir sayang.. =D
dan sehari sebelum nya tempahan dari Sarry.. AB merah dan kuning..
terima kasih atas sokongan dan kesudian kalian..

~ macamana lah Burung Burung ni tak marah.. abis.. korang asyik lempar diorang kat bangunan.. mesti lah diorang marah.. hehehe.. ~

Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker