Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, November 21, 2011

Langit indah milik Allah..

Bismillahirrahmanirrahim..


~ pagi... semakin menghampiri~

~ memberi tanda kehadirannya yang pasti.. dan... kadangkala... begitu garang pula... ~ 


 ~  kadangkala begitu tenang ..~

 

 ~ kadangkala  begitu happy go lucky.. =) ~




~  walau ketika terik juga tetap mengagumkan..~



~ dibayangi lautan nan membiru .. ~


 ~ tiba masa sang mendung menutupi keindahan itu dengan keindahannya tersendiri....~


 ~tampak lebih gerun.. menandakan sesuatu yang bakal tiba...~


 ~ penyambut tetamu yang garang!... ~



~ dan tiba masa melabuh tirainya..~

~ dengan pandangan senja yang mengasyikkan... ~


~Langit..
Ciptaan Allah
Untuk kita semua melihat..
menghayati..
mengagumi.. 
menghargai
dan seterusnya mensyukuri ciptaanNya..
Subhanallah...
Indah bukan..?..




~ aku memang suka tengok langit
suka untuk abadikan suasana2 indah  milik Allah ini dlm kamera .. untuk sama sama kita kongsi bersama.. melihat.. betapa hebatnya ciptaanNya...





Sunday, November 20, 2011

Harimau Malaya bertemu Garuda lagi..

Malam esok Malaysia akan bertemu lagi dengan Indonesia..
mari sama sama kita doakan kejayaan Malaysia!
InsyaAllah..
Malaysia boleh!!
Ayuh semua pemain pemain Malaysia! Kami di sini sentiasa doakan kejayaan buat kamu semua!
kami hargai penat lelah kalian semua membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa! Maju dan terus maju ke depan! kalian Boleh!! InsyaAllah Boleh!
Main baik baik.. tetapkan niat dalam hati.. main elok2..kita kan negara yang bertamadun.. =)
Doa banyak2 kat Allah.. moga Allah permudahkan segalanya.. dan memberikan kejayaan buat kalian semua.. Amin..
Biasalah.. akan ada menang dan akan ada yang kalah.. namun.. moga2 menang la hendaknya! =D
kalau kalah pun biar kalah bermaruah gitu... =)

Bersemangat aku di tengah malam hari ini?
hehehe.. dapat on line kejap ni.. terus nak update blog je..
sesambil tengah bakar 2 ketul pizza! rezeki.. kawan  order..
haruss la harum bau roti pizza sekarang semerbak kat rumah ni..

ok.. sekarang jam 1113 malam..
esok aku nak update lagi!
esok ada potluck kat pejabat, tak tahu nak buat apa lagi ni..
tadi dah bancuh apam.. namun rasa macam nak buat desert air koktel je.. tengok la.. kalau tak ngantuk lagi.. huhu..

ok selamat malam.. selamat tidur..
mimpi yang indah indah belaka..
sebelum tido, jangan lupa basuh kaki..
baca doa.. baca 3 'Qul', ayat kursi... =)
semoga dibangkit kan lagi keesokkan harinya.. InsyaAllah...

Wednesday, November 16, 2011

Kari Ikan & Brussel Sprout

Assalamualaikum,

Dah makan tengahari?

ini menu hujung minggu lalu.. dah rasa lama sangat tak masak lauk pauk aneka berat2 ni.. sesekali pekena kari pulak!

Aku pun dah lupa nama ikan ni.. samada Jenahak ataupun Ikan duri.. sebab hari tu masa kat pasar 2 jenis ikan ni yang aku dok bedek bedek!
beli sebelah je... untuk 3 orang makan.. cukup... =)



Nama sayur di bawah ini ialah sayur brussel / mini kobis.. atau bahasa inggerisnya.. Brussel Sprout! ada jugak satu nama lagi.. kot bahasa Cina.. tapi aku dah lupa.. nanti kalau aku gi NSK lagi.. aku tangkap gambar nya... =)

masak sayur ni goreng dengan sos tiram.. bawang putih...
krup krap makannya..
sayur ni agak rangup! sedap!
=)


oh ya.. menu tambahan untuk hari itu.. telur dadar spesel! dari achik! 


tengahari tadi makan nasi Arab! masyaAllah.. sedap doo...
se set 18 hengget! kami kongsi 4 orang.. memang berbaloi baloi...

korang semua lunch makan apa je hari ni.. =)



sekarang ni hujan sedang turun pula.. memang sejuk...
nyaman je rasa..
jari jari ni menari nari dengan rancaknya di atas papa kekuncikk..
mengikut rentak2 irama yang ku mahu..

=)






Monday, November 14, 2011

Angry Bird Merah


Assalamualaikum,

semoga kawan kawan semuanya sihat sejahtera hendaknya..
hari ni sangat sibuk! banyak yang perlu diselesaikan di pejabat nih!!

tapi update kejap ya..

jadi..
 silalah menatap gambar Si burung merah pemarah ini,
angry bird merah ini tempahan dari Diana.. untuk bday boy Aisy.. =)
Selamat hari lahir sayang.. =D
dan sehari sebelum nya tempahan dari Sarry.. AB merah dan kuning..
terima kasih atas sokongan dan kesudian kalian..

~ macamana lah Burung Burung ni tak marah.. abis.. korang asyik lempar diorang kat bangunan.. mesti lah diorang marah.. hehehe.. ~

Friday, November 11, 2011

Emosi sebelas sebelas sebelas

hari ni rupanya tiba jua
emosi aku bercampur campur..
semoga semuanya berada dalam keadaan baik
dilindungi Allah semuanya..

kadangkala.. sesuatu itu.. lebih baik didiamkan sahaja...























bertambah nya hari...
maka...
 makin dekatlah lagi langkah untuk ke alam kekal abadi....

Thursday, November 10, 2011

Selamat pagi.. =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.

Syukur.

bila mata dibuka.. sekali lagi aku diberikan nikmat bernafas di muka bumi ini.

Syukur..

Masih diberikan peluang menikmati kesenangan duniawi yang sementara ini..

itu rezeki.

masih bernafas..
Itu rezeki.

Masih boleh melihat..
Itu rezeki.

Masih boleh mendengar..
Itu rezeki.

Masih boleh menghidu..
Itu rezeki.

masih boleh memegang..
Itu rezeki.

masih boleh berjalan..
Itu rezeki.

Lantas, tiada sebab untuk kita tidak bersyukur kepadaNya..


























































~kerana dirimu.. begitu berharga..~







Wednesday, November 9, 2011

AidilAdha 2011 , 10 Zulhijjah 1432

 Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. selamat sampai ke rumah..malam semalam..
semalam dah mula kerja sebenarnya
Alhamdulillah.. jalan memang tak jem! syukur sangat! mungkin kerana kami menggunakan jalan alternatif kot.. syukur sangat!
Alhamdulillah..

Sepanjang di kampung juga semuanya Alhamdulillah.. baik baik adanya...
urusan korban juga berjalan lancar.. Alhamdulillah..
moga ibadat yang dijalankan ini diberkati Allah..

mari layan cerita bergambar sahaja lah..


 ~ Masanya telah tiba... Niat sembelih korban kerana Allah Ta'ala.. ~

 

~ papa ku.. malam sebelum penyembelihan.. dok asah 4-5 bilah pisau.. kasi tajam sama dia.. memang senang la kerja kalau pisaunya tajam..~
 

  ~ adik ku.. 'abang' serba boleh dia ni.. walaupun nampak penyengap orangnya.. tapi boleh diharap.. dan apa yang bestnya.. kali ni dia balik bawak Nikon! heheheh.. aku yang teruja lebey.. cepat cepat chop nak pinjam!! hehe dan semua gambar di sini.. hasil dari Nikonnya.. waaahhh.. berangan angan aku nak dapatkan satu.. bilo la agaknya... tak sangka kami berkongsi minat yang sama.. suka snap snap... ~

~ b dan adik.. tahun ni agak ringan sikit.. tak perlu susah2 nolong sangat.. sebab dah ramai orang.. 
tapi.. tetap.. b tu.. mesti terlekat tahi lembu kat seluarnya! hahaha b.. b.. dulu pun kena jugak.. amik berkat.. takpe..
adik pula memang sengaja aku tolak dia ke depan.. sekurang kurangnya dia dapat belajar.. tak rugi..

 
~ mereka belum berpunya.. kalau berminat.. sila tanya kat kakak mereka di belakang tu! samar samar je nampak kat belakang tu..dia tu low profile sikit orang nya..! hehe chee... (ada jugak termasuk gambar aku walaupun al kaburan..)
~  menu sensasi... Satay... ~
 ~ Menu Glamer.. Lompat Tikam..~

serba sedikit gambar nya.. nanti free free boleh share gambar lagi.. banyak sangat gambar nya.. tapi yang keciwa jiwa raga ialah gambar di upload rupanya tak masuk smuanya dalam pendrive! separuh je! frust giler je rasa.. byk gambar yang bagus bagus.. maklumla kamera baru kan (adik punya pun..) .. hehe. kali ni kamera kecik aku tu aku kasi berehat je.. kalo tak sibuk manjang.. ;)

walaupun cuti tak lama...
tapi masa yang sekejap itu digunakan sebaik mungkin bersama keluarga.
Alhamdulillah..
So kawan kawan ku yang lain macamana? mesti ada yang masih bercuti kan?mood raya masih terasa lagi.
Dan hari ni adalah hari terakhir untuk melakukan korban.. 


semoga pengajaran dari kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat dihayati bersama..



Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker