Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Friday, October 7, 2011

Kek dan Hari Lahir Beliau

Selamat hari Lahir diucapkan pada beliau!
belated birthday dah.. baru nak tayang ni.. hehe


sayang sangat kat beliau nie..
penghibur hati suka dan duka..
muka macho tapi hati lembut..
muka garang tapi dalam hati ada taman..
penuh bunga bunga..
kuat cemburu, tu pasal selalu berpeluh di hidung!
(ohh.. aku memang tak sanggup tengok bila dia cemburu! rupa lain terus! menakutkan.... hehe)

kek untuk beliau yang ku sayangi!
nasib baik sebelum  jam 11.30 dah siap.. tu pun nyorok nyorok!
pastu siap minta tolong b tolong jemur kain kat luar plak tu! hehe sorry ya..
memalam buta potong kek ya! hhahaa
dah masuk 30 ya sayang..



























Selamat hari lahir sayang!
Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah..
Semoga apa yang dihajati menjadi kenyataan..
Semoga Allah makbulkan doa kita berdua.. =)
Semoga Allah memberkati dan merahmati sayang..
Semoga menjadi seorang Anak, Suami dan inyaAllah seorang Ayah yang terbaik didunia seterusnya di bawa ke akhirat kelak..
Ya Allah..
berikanlah kemudahan dan kekuatan pada dirinya 
dalam setiap langkahnya
dalam mencari keredhaanMu
dalam perjuangannya mencari rezeki yang telah Kau takdirkan buatnya
dan dalam perjuangan untukku dengan cintanya pada Mu ya Allah..
Ya Allah.. 
sesungguhnya aku bersyukur dengan pendamping hidup pemberianMu ini
Semoga diriku diizinkan menjadi bidadari untuknya di Syurga yang hakiki nanti..
Amin Amin ya rabbal Alamin...


Negro Tok Reti Bahaso

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


DI suatu petang, kelihatan seorang wanita menunggu depan pintu lif, dan apa bila pintu terbuka dia melihat seorang negro ada di dalamnya, walaupun ada sedikit rasa kurang senang (sebab takut apa apa yang tak di ingini berlaku, yelah dah selalu dengar orang cerita, ramai wanita kena kacau dengan geng geng negro ni) namun, dia teruskan juga masuk dengan lafaz bismillah.. tawakkaltua'lallah..masa keluar rumah tadi dah baca ayat kursi..insyaAllah.. mohon Allah lindung..


kemudian dia terdengar suara garau perlahan..

"allo... allo..."

alamak.... apa yang ditakuti terjadi jugak... dan dia perasan suara itu datang dari arah belakangnya.. iaitu negro itu lah!

"allo.. alloo...how are u"


(alamak..kedengaran suara tu makin dekat pula! apa aku nak buat ni lambat la pula lif ni nak sampai bawah!!) getus hati wanita itu yang tidak memalingkan lansung mukanya kepada negro itu tadi!

kemudian dia terdengar tapak kaki negro tersebut mcm nak menghampiri, lantas wanita itu pun menoleh la...

" hai.. how r u? can we be friend?" 

(perrrrghhh baik punya dia landing kat dalam lif tu.. gaya muka konon romantik la tu.. muka nak ngorat! cheh! loya... alamak aii apa nak jawab ni, nak berlakon pekak ke bisu ke nanti kot kot terjumpa bila bila pulak, nak jerit mana boleh, kang tak pasal pasal lak..... !) - wanita itu berkata kata dalam hatinya..

dan negro itu menyapa lagi..

" lets be friend, whats ur name?"

wanita tersebut dah tak tahu nak buat apa, tiba tiba dapat idea! lantas membalas..

" bakpo mu nok tahu namo aku nyo?? mu sapo?"

" ah? what d u said? i dont understand?"

" aku pong tok pehe mu kecek gapo..mu kecek omputih aku tok pehe.. tok pehe laaa...!!!"
sambil menggeleng gelangkan kepala

" i want to be friend i can accompany u wherever u wanna go.. lets talk.."

" bengong la mu ni, aku toksey saing ngae mu la bodo, mu tok reti ko ? mu bbo kecek ngae aku la 'pok ite lege' weh!"
(ada sedikit rasa geli hati.. tapi di tahan.. hehe)

"Sorry i cant understand, can u talk in english? or u can talk in Bahasa i can understand lil' bit, but i think ure not malaysian rite.."


" bakpo aku nok kecek omputih nyo? meme aku toksey wi mu pehe pong!  malah aku laye mu ni! pesen tok reti bahso!"

" i really dont understand"


"ho..tahu takpo... mu ni pesen 'pok ite' hok tok reti bahso deh? suko2 jah tegur ore tino, ikut suko mu jah, mu ingat ni negaro mu ko?? biar reti sikit dok kat negaro ore nih! jange dok uat debber sangat! ni pun mu dok sini ni masuk ni caro halal ko hare ko nih! aku report keee.. baru tahu.. bbo kecek! senyaakk!! 
sambil membulatkan mata!
wah wah marah...  wanita itu memang agak meninggikan suaranya.. entah dari mana tiba tiba bersemangat pulak nak marah ke negro tu.. mungkin disebabkan rasa tak puas hati yang sekian lama terpendam pada geng geng negro ni, memang kebelakangan ni negro di kawasan rumahnya agak ramai, dan agak banyak jugak kes kes yang melibatkan 'awang hitam' nih! tu yang terus di 'fire' nya negro tuh! untuk makluman, wanita itu bertutur dengan agak laju dalam dialek di atas tu.. tu yg buatkan negro tu pening kot! haha

Negro tu cuma terkebil kebil diam seribu bahasa.. walaupun dia mungkin tak faham tapi dia tahu kot yang wanita itu tak puas hati... hehe (ataupun.. dia cuma faham.. perkataan 'report' kat atas tu!!? tu yang buat dia terdiam?) entahla...



dan lif terbuka juga akhirnya sampai ke tingkat 1 di mana wanita itu mahu turun,da  negro itu pul mahu turun ke Ground Floor,

itulah cerita yang ingin dikongsikan.. tentang wanita dan lelaki negro yg tak reti bahasa...


sekian..


 pehe ko dok ni??









Thursday, October 6, 2011

Poco Poco Di situ Kamu ya???

Assalamualaikum,

nak dijadikan cerita petang semalam aku kena balik sendiri, abbi tak dapat ambil, kebetulan kereta memang parking kat pejabat.. dan kebetulan pula kunci rumah tertinggal dalam box motor abbi.. so tak boleh la balik lagi.. tunggu sampai abbi selesai urusan baru bleh balik la..
then aku putuskan nak ke Testko la, sambil2 beli brang ..sementara tunggu dia balik..

Dah habis beli semua, saje la jalan2 lagi sebelum membayarnya..
lepas tu tiba tiba aku melihat kelibat 2 orang wanita, sorang tua, sorang muda sikit, bertudung.. sedang kelam kabut melakukan sesuatu!
bila aku pandang diorang, diorang pun pandang aku, yang aku peliknya pandangan diorang tu cam lain sangat,
mula mula aku takdalah rasa apa apa.. tapi..
bila kejap kejap diorang pandang... kejap kejap diorang pandang.. muka cam kelat semacam je..
pandang pandang macam ada sesuatu je..
tu yang buat aku curiga tu..
aku bebuat tak tahu.. tapi aku sempat curi tengok, aku nampak diorang buang tag besi yang lekat kat tin susu!  ala.. yang tag biasanya kalau kita nak beli tu, masa bayar baru 'cashier' tolong buangkan tu.. biasanya ada kat tin tin susu tepung... atau barang2 yang mahal tu.. tahu kan?
aku tengok diorang cepat cepat buang besi tu dan sorokkan dalam bahagian rak barang2...sesambil tu mata diorang melilau pandang aku.. tapi aku bebuat tak nampak je!
pastu mereka berdua pun berlalu pergi ke tempat lain... tak nampak mereka di lorong tu lagi..
aku tak adala rasa apa2 sangat masa tu.. just teruskan window shopping..
dan seterusnya nak ke section sebelahnya pula.. (lorong sebelah) sebelah yang ada milo, teh, nescaffe semua tu..

dan tiba tiba, aku terlihat kakak tu lagi di situ!
dan kali ini, bukan mereka berdua lagi, mereka ramai! adalah dalam lebih kurang 10 orang kot.. berderetan di tepi tempat letak letak barang tu!
dan ketika itu juga rasa berderau.. tiba tiba meremang dan jantung berdegup kencang! mereka semua dan akak tadi juga memandang ku!..
bila aku rasa tak sedap tu  terus aku baca ayat kursi, alfatihah dan segala ayat! rasa tak kuat pula nak lalu kat situ! tapi aku kuatkan juga, aku nak lalu jugak! aku nak tahu apa diorang ni nak buat!
mulanya firasat aku kenapa la melayu2 ni, pakai tudung, baju kurung segala.. tapi kekdah apa yang dibuatnya ni.. tapi bila aku terdengar mereka bercakap! sahlah , orang indon rupanya!!
aku sengaja mengambil telefon dan pura pura berbual.. aku ckp kuat kuat
" haa.. nak milo ke oveltine ni? oveltine yang besar takda.. yang kecil je ada.. milo yang besar ada lah.." sambil sambil tu aku pun menuju la ke tempat2 letak milo, di mana mereka semua berderetan di situ..!
mereka saling pandang pandang aku! yelah.. nak taknak mereka kena bergerak, sebab aku nak amik barang kat situ! sengaja je aku nih!
korang pernah tengok tak muka orang yang macam takut takut, muka orang buat salah.. tengok tengok orang macam berani berani takut gitu.. macam pelik, ye lah.. kalau kau tak buat salah buat apa ko pandang pandang kan.. macam cover cover je..

bila aku selak2 milo dan ovaltine tu aku tengok berlambak2 tag besi disorokkan di sebelah dalam, diorang cover dengan milo2 kat depan! tu yang ramai ramai buat tu, diorang cepat cepat tanggalkan besi tag tu dan sorokkan cepat cepat! boleh nampak la! kelam kabut semuanya buat kerja!! aku perasan, bukan susu tepung je, banyak gak benda yang diorang cabutkan tag tu! tapi yang aku sangat la pelik! sangat mudah je aku tengok diorang cabut besi tu!! serius aku rasa cam pelik, tapi benar!  sekelip mata je, besi tu dah tercabut, dan cepat2 sorang lagi pula menyorokkannnya ke belakang.. diorang pakat sorok menda alah tag besi tu kat mana2 yang boleh di sorok kat atas rak tu la..

aku juga perasan, mereka semua memegang satu bakul biru tu.. troli takda  pun, sorang sorang pegang bakul biru.. apa yang aku perasan... sorang dua berlegar2 kat bahagian hadapan, macam cover line..  pastu aku perasan lagi (suka sangat perasan aku nih! hehe).. mula mula kat dalam bakul macam penuh dengan barang barang.. pastu..bila diorang jalan kesebelah sana.. datang balik sini, bakul tu dah kosong, tinggal 1-2 barang je... tadi penuh, pastu kosong! tu yang buat aku lagi curiga nih!
aisshhh tak boleh jadi ni!
diorang ni nak mencuri ke? tapi takkan la diorang berani kat testko ni beb..

pastu bila diorang pun dah mula tak senang dengan kehadiran aku kat situ...satu persatu hilang terus mereka ni dari pandangan aku..
aku tengok2 juga mana mereka ni pergi,  dan aku pula meneruskan perjalanan ke lorong sebelahnya pula!
masyaAllah... meraka beramai ramai kat situ pula!! kali ni di bahagian air2 botol tu..
macam biasa tadi la, tengah berderetan, kelam kabut melakukan sesuatu!
macam sedang masukkan sesuatu dalam baju pun ada! issshhh! kelam kabut jadinya mereka kat situ!
aku perasan, makcik yang mula mula aku jumpa tadi, macam tak senang dengan aku, yang lain lain pun sama..macam marah marah je, mcm ikut diorang la kot...
tapi aku buat tak tahu je, aku perasan, sorang sorang tengok kat aku!
masalahnya aku nak cari orang lain nak suruh diorang tenogk juga, tapi takda orang lain pula kebetulan..
dah mereka pun pandang aku semacam je! muka cam takut pun ada...
memang dalam hati aku ni semacam satu perasaan yang tak best tau, rasa tak sedap hati sangat.. tapi aku terus2 membaca ayat ayat suci Al-quran.

kali ni aku tekad, aku nak cari pekerja mereka dan nak maklumkan yang mereka ni nampak mencurigakan! tapi sorang pun aku tak jumpa kat lorong2 bahagian depan tu, aku nak cari sesiapa pembeli juga, kot kot mereka pun rasa apa yang aku rasa.. tapi takda orang! aku tengok cashier semua tengah sibuk dengan pelanggan yang nak membayar...
aku terfikir jjuga, takut gak nanti aku yang termalu, mungkin aku tersilap tafsir ke ape ke..
aku terus terfikir nak bgtau kat cashier bila bayar nanti..
terus aku menuju ke cashier yang free.. yang hujung je takda orang, so aku cepat cepat pergi,
bila aku letak barang atas meja cashier yg bergerak tu, aku perasan ada sorang geng berkumpulan tadi tu ikut aku dibelakang rupanya! aku buat tak tahu je,  terus je cashier tu nak kira..
mungkin diorang nak check kot kot aku ni pegi report ke ape ke.. sampai hujung ikut aku, pastu bila tengok aku berlagak biasa je, terus dia patah balik!
apa lagi, aku terus la bgtau kat cashier tu tentang keadaan yang mencurigakan itu tadi! kebetulan seorang officernya ada kat situ! setelah aku gambarkan bagaimana keadaan mereka itu tadi, terus officer tu ke sana!
lepas tu datang sorang lagi officer, terus ke sana juga...
dan aku tak tahu apa lah yang berlaku di sana ..
harap2 ada sesuatu yang tak betul dpat diperbetulkan lah..
kata cashier tu, mustahil diorang dapat keluarkan tag tu, dan untuk makluman, susu2 tepung ni berada di tingkat atas tau.. maknanya mereka angkut dari atas bawa turun ke bawah? hmmm pelik pelik,

lepas je habis bayar, officer yang mula2 tu tadi datang..
ucapkan terima kasih kat aku, aku tanya, boleh ke keluar kalau barang2 byk camtu..
katanya diorang ada bawa beg! katanya takpe, officer lain tengah check lagi tu!
huh! menakutkan betul laa...
officer tu ucapkan terima kasih sekali lagi..
aku bukan buat apa pun, cuma ingin membetulkan keadaan kalau tak betul!
sakit hati tengok keadaan mereka tu tadi!

aku tak tahu la apa kejadian seterusnya,
malas dah nak fikir, sekurang kurangnya hati ku dah sikit tenang sebab dah maklumkan pada pihak pasaraya tu, kalau tak hati aku mesti tak tenang dan tertanya tanya..

Baliknya aku cerita kat abbi, dia minta aku sembahyang dan byk baca ayat kursi, sebab kadang kadang orang macam ni, kuat pukau..
yaa.. mungkin yang buat aku berderau je tu.. ada kaitan kot.. entahnya..
wallahua'lam...

panjang nao ceritera aku kali nih! hehe..


Wednesday, October 5, 2011

Projek ANGRY BIRD yang buat ku tersenyum..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

=)

senyum seindah ceria ya!

walaupun Burung burung ini sentiasa marah dan berang je, tapi mereka berjaya menggamit senyuman di bibirku!

Projek 800 biji! untuk sekolah ni..
Terima kasih untuk Kak Maza sebab sudi panggil aku join buat ni!
suka sangat! mula mula kak Maza offer tu, aku tak fikit panjang terus ok je! hehehe..

meh hayati hasil nukilan ini..

 



























Comey tak hasil si Burung pemarah dan berang ni?


Friday, September 30, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 IV

Assalamualaikum...
Syawal dah habis okay.... =)

ya, saya tahu! 

jom layan gambar2 yang telah di edit...
tak sempat nak citer semua...
tengok gambor je lah...
gambar gambar raya yang sempat diabadikan...
nak tutup citer raya dah nih.\!!
(orang lain dah lama tutup kamu baru nak tutup??)
hehehe






Ketemu lagi... 

daa....




Friday, September 23, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 III

Assalamualaikum,

Seperti biasa
Hari Raya kali ni, memang tak lepas la orang bertanyakan soalan cepu emas..
kalau ikutkan hati.. malas nak berjalan.. malas nak tunjuk muka kat orang,
letih dah penat dengan setiap kata kata atau pertanyaan yang datang bertubi tubi..
Tapi aku dah buang semua tu jauh jauh..
lebih terbuka, berlapang dada dan sentiasa positif dah..

tahun ni ramai sungguh jumpa beby beby yang baru lahir...
anak kawan kawan..
anak pakcik.. makcik.. sepupu...
semua dah berana pinak...
dari seorang dah masuk dua... dari dua dah tiga...

dan masa ini la.. pakat dok suruh aku pegang beby ni...
ambil berkat katanya?
entah dah berapa banyak beby dah aku pegang pun..
semuanya nak suruh aku dukung..
terima kasih la... aku tahu korang semua nak aku beranak kan..
dipercayai kalau dok pegang2 beby ni nanti boleh melekat?? 
nanti berjangkit katanya...hihi.. iyo ko?
aminkan.. =)

tengok sahajalah gambar gambar di bawah ini....





seronok sungguh kan dapat beby baru...
baayi yang baru lahir ni.. sejuk je mata memandang..
bila memegang  mereka terasa tenang je di sudut hati..
bersih, suci... murni... =)
wangi..
amanah Allah untuk hambanya...
bersyukurlah kalian semua yang telah dikurniakan cahaya mata..
 ku percaya sesungguh nya itu ialah anugerah terindah buat kamu semua..
penyeri rumah tangga.. =)
tahniah pada kalian yang bergelar..
ibu dan bapa..

:)

Thursday, September 22, 2011

Syawal 1432H, Aidilfitri 2011 II

Assalamulaikum,

Nak cerita serba sedikit tentang sambutan hari raya..boleh la kongsi sikit sikit citer citer bergambar.. yang tak sempat shoot gambar pun ada... tak terhitung.. =)

Mari mulakan cerita kisah yang terdekat dahulu..

Masa ni dah balik kl.. terima kunjungan sanak saudara.. ni keluarga Nyah Shikin dan Wae sekeluarga..
sempat makan malam lauk Patin Tempoyak... hehe.. licin semua lauk!
Alhamdulillah..
Lepas tu Pekena Kek pula.. =)




























































Potrait Sekeluarga yang ada.. =)

terima kasih sekali lagi...

Lepas itu singgah beraya ke rumah Maklong... di Puchong..


























Potrait Gambar sekeluarga maklong dan Chek A'aa

Setelah itu...

meneruskan perjalanan ke LCCT...


































Menhantar dak Nabilah ni.. balik ke Sabah...
















Belajar Rajin Rajin... =)

Setakat ini dahulu la ya...
lain siaran nanti kita ketemu la lagi..

semoga baik baik lah semuanya di sana nanti.. =)
























Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker