Wah!! mari klik klik sini jom !! terima kasih atas kesudian anda semua! :D

Monday, June 27, 2011

Hujan yang turun

Assalamualaikum,

pagi ni hujan membasahi bumi Kuala Lumpur.. masih berhujanan di luar sana..
=)
hujan rahmat..
memang basahlah juga pagi tadi.. meredah hujan dengan motor..
ala.. apa nak dikisahkan.. air sahaja pun..

bila membonceng motor pagi tadi.. seperti biasa.. fikiran akan melayang layang..
selain membasahkan lidah dengan zikrullah..
hati ku tak jemu jemu memuji kebesaran Allah..
melihat bukit dan gunung ganang dari jauh..
terpancar sedikit sinar matahari di sebalik bukit, matahari yang masih belum mahu untuk keluar..
cantik.. nampak memang cantik..
terfikir sejenak.. bahawa semua ini akan musnah sama sekali nanti..
terlintas di fikiran.. sangat sayang nyaa!... semua yang indah indah ini akan terhapus semuanya..
itulah keindahan.. kecantikan.. yang sementara yang diberikan oleh Allah kepada kita..
tunggu kita untuk menikmati dan menghargainya!
rugilah pada sesiapa yang tak nampak., tak tahu menghargai malah memusnahkan keindahan ini!

ok...
membebel kah aku di pagi ini?
lama tak membebel di belog sendiri..
kesian dia..
lama aku tinggalkan..

kawan kawan yang masih singgah kat sini..
terima kasih diucapkan!
sangat hargainya!

so selamat menjalani hari ini dengan gembira.. bersyukur apa yang ada..
lakukan yang terbaik!!
=)

nanti kita jumpa lagi

Komen pertama dan komen terpilih  di entri ini akan dapat hadiah dari ku!
(^___^)v

Friday, June 24, 2011

Cokelat se cokelatnya..

Assalamualaikum,

ni nak kongsi cerita sikit je ni.

dan untuk Deena Farhana juga.. mari dengar cerita ini! =)

Aku telah berjaya membuat Kek Coklat resepi mama ini, permintaan dari Kak Nurol..
terima kasih kak.. =)
wah.. tak sangka pulak.. menempah nempah puloks..
syukur Alhamdulillah..
tapi saya budak baru belajar je.. so tidak lah hebat sangat ..

~mula mula macam ni je.. ~

~ pastu gatai tangan nak tulis la pulok... hu.. ~

Itu sahaja ceritanya..
kalau nak resepi saya pun boleh kongsi, nanti akan ku update balik rumah nanti, sebab buku resepi kat rumah! hehehe..

sekian dari ku.. untuk mu.. with love.. =)

Thursday, June 23, 2011

hollaa..

Assalamualaikum!

tok tok tok!.. ada tak kawan kawan nih?
lama cuti.. ni baru buka pintu rumah.. kejap lagi kalau sempat nak pi ketuk rumah kawan kawan pulak!
hehehe..

Apalah perkhabaran kawan kawan semua..
harap.. semuanya baik baik sahaja.. =)

nak minta maaf.. asyik dok minta maaf je keja nya.. yelaaa lama tak jenguk kengkawan dah kan.. takpe la.. nak minta maaf juga.. (^__^) v


Cerita lain..

Hujung minggu lalu.. mama datang dari kampung...


















tengoklah barang barang yang dibawanya tu! (ada jugak tak sempat snap)
kalau boleh nak bawak semua menda datang umah aku!
2 kotak barang dengan beg pakaian! naik bas tu tau.. kesian kat mama..
dah la hari Jumaat lalu jem, lantas bas pun tak berhenti di stesen, tapi berhenti di tepi jalanraya, terpaksalah mama menapak ngan kotak kotak tu semua! aku plak lambat sikit! jem sangat masa tu! tapi bila dah tengok muka mama.. terus terasa sejuk hati ni...

dia bawak 2 bekas kek coklat, bawak kepok lekor, bawa pulut lepa (belum panggang), karipap( separuh masak).. ketupat.. bawa buah mangga.., ada cili kering, lada hidup, halia, daun ketereh, nise (manisan), budu..
sehari sebelum nak datang.. papa kata mama sedang sibuk di dapur.. buat itu dan ini... kesian mama..
dan di tengah malam tu pula..bila aku dapat cakap ngan mama pula.. mama kata.. papa sedang sibuk buat karipap.. untuk dibawa ke sini!
hmmm... terharunya rasa hati ni! :'(
itu pun dia kata tak dapat bawak beras!
hadooi.. ma... tak perlulah nak bawak beras segala..
kata mama..tak sedap rasa hati ni kalau tak bawa apa2..
untuk anak anak.. dia sanggup je katanya..
hhuuuu...

sedih pula rasanya bila dia dah balik kampung semula..
adikku 2 orang pun ada datang.. tapi mereka dari Kuantan..
rasa sunyi je bila mereka semua dah balik...
sedih..
buat aku mengalirkan airmata je bila ingatkan mama..
sempat jugaklah belajar beberapa resepi dengan dia...

Mama.. nanti mama datang sini lagi.. kali ni papa pun kena datang sekali!
papa.. papa... i love u papa.. i sayang u mama..

Thursday, June 16, 2011

nora elena? nora elena mana? best sangat ke?

Assalamualaikum..

tajuk.. mesti ramai yang tolong jawab kan? best ke tak best..?
hehehe!
untuk makluman semua, aku ni tak ikut cerita ni dari awal pun!
terus terang aku buat tak endah je..bila sana sini dok cakap pasal cerita ni! sana sini belog pun review citer ni! hehe..
well.. aku pun cuba nasib ler...
nak tahu bila aku join Nora Elana?
baruuu... lewat minggu lepas! hehehe..
dan aku tetap puas hati walaupun tak ikut dari mula, sebab episod minggu lepas tu dah menceritakan segala galanya!
dan..
dan!
dan.. bermula dari minggu lepas.. aku dah tersyok abissss!!
hehehe.. well.. what can i say... saya cuma seorang wanita.. yang pennnnuh dengan kasih sayang! heheh..
jujur ku akui, cerita ni boleh tahan hebatnya.. penangan nya memang membuatkan setiap orang tertunggu tunggu depan tv jam 7ptg.. hebat..

apa pun, cerita tu dah abis pun!
rasa macam tak puas la pulak! ;p

nantikan Nora Elana 2 pulak ler....
ada ke?

sapa suka citer ni? sila la komeng... =)

Supik Gelenyar

Assalamualaikum,

korang pernah dengar ke supik gelenyar?
hehe.. atau lebih dikenali..
plastik!

hari ini aku nak kongsi dengan korang semua 1 cara mudah untuk mengendalikan plastik plastik yang bertimbun2 kat rumah tu..
tapi, kalau boleh janganlah bertimbun sangat, kurangkan penggunaan plastik untuk selamatkan bumi kita!
namun, ada caranya untuk plastik2 anda dirumah tu nampak kemas sikit..
bukan macam kat bawah nih!
V
v
v

~biasanya plastik2 akan di kemuk2 begini kan ? nampak sangat semak je kan..~

mari tengok cara yang lebih mudah nak simpan plastik
jimat ruang dan nampak lebih kemas sikit.. =)

Ikut cara cara seperti dalam gambar di bawah ini.
~lipat plastik hingga jadi kurus panjang begitu, dalam 3-4 lipatan la juga..~


~ kemudian lipat tiga segi bermula dari hujung, hingga lah keakhirnya, ikut cara 1-5 dan bila dah sampai hujung, selitkan yang hujung sekali tu dalam ruangan lipatan yang terhasil tadi. Semat kemas kemas....~

dan,

taddaa....
V
v
v
~ dah pun siap... ~

~ lebih kemas dari yang diremuk remuk tu kan? ruangan simpanan pun jimat juga..~

mudah bukan? =)
aku ingat mungkin ramai yang dah tahu, tapi baru sebentar tadi ada kawan yang bertanyakan bagaimana lipat plastik sebegitu? jadi aku putuskan ingin berkongsi juga bersama kalian semua..
Terima kasih Kak Nab yang ajar aku cara lipat plastik begini...

selamat melipat ya! =D


so simple yet so effective..






Wednesday, June 15, 2011

Station 21

Assalamualaikum,

pasti ramai yang gemar makan makanan barat kan?

kat sini aku nak kongsi 1 tempat yang best dan berpatutan harganya untuk makanan 'western' ni..
uhhh... bila datang hidangan tu kat meja ... berasap asap... baunya.. walllaaaa... marvelous!! hehe
Kedainya berkonsepkan sizzling steak, tu pasal la berasap asap.. tapi memang syiok abis laa...

Pertama kali aku pergi dengan kakak kakak aku!


~tengok la sorang sorang muka teruja je nak makan.. ~

inilah antara hidangannya...


~ Chicken ChoP marveles laaa.. coeslownya pun sedap nyumm..nyumm~

~ Plack pepper Steak ! berasap asap.. huhu... lembut bersari dagingnya! ~

dan hujung minggu lalu akhirnya aku berkesempatan mengajak en abbi ke sini jugak.. try tengok apa katanya la..


~ ini Lamb chop with mushroom sos kepunyaan abbi, sedap tak terhingga katanya! dagingnya pun banyak.. hehe~

~ ini ai punya.. air tu gelas besar kongsi 2 orang dan steak with brown sos.. i like brown sos! dan dagingnya memang tak liat tau.. lembut je.. penuh bersari.. gulp!  ~

kata b, tak pernah lagi dia makan lambchop selain blackpeper sos, kali ni mushroom sos? ya, aku yang rekemenkan padanya...
kat station 21 ni, steak mereka datang dengan 4 jenis sos! yaaa.. 4 jenis..
mereka ada, black pepper, Brown sos, mushroom sos dan garlic sos..
kalau nak tambah.. boleh aje..

so, kalau nak tahu lebih lanjut, boleh la singgah kat Station 21!
kedainya kedai biasa sahaja, dekat foodcourt Bangsar..
bersebelah dengan masjid Bangsar tu cari la kedainya hujung sekali. =)

~station 21, sizzling steak~

selain steak, makanan barat lain pun ada juga.. dan semua chefnya adalah lelaki, lengkap berpakaian chef gitu..
harganya berpatutan.. untuk steak harganya bermula RM12.
boleh la untuk makan sekali sekala kan..
dah 2 kali datang, orang memang selalu ramai je kat kedai ni..
biasanya waktu lunch memang penuh..
so kena cepat, kalau tak beraturlah tunggu tempat kosong..

ok, sehingga kita bertemu lagi , dalam rancangan..
'cari cari makan bersama Kella'..

hehehe.. ;p

Tuesday, June 14, 2011

“I like Nippon Paint because its complete my life"



Alamak! masa masih ada!
Mana mungkin aku mahu melepaskan peluang untuk memenangi 'makeover' bilik dari Nippon Paint ini! uhhh...
Mana mungkin aku mahu melepaskan peluang untuk Nippon Paint mewarnai bilikku dengan warna warna yang  mampu meransang minda dan jiwa ku...
Mana mungkin aku mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan sebuah bilik sangat mesra alam.. hehe...

Pastinya hati akan damai, jiwa akan tenang dan mata akan redup tatkala masuk ke dalam bilik yang dilimpahi dengan warna warni bak pelangi dari Nippon Paint
Satu lagi yang aku sangat suka dengan cat ini ialah, ianya sungguh mesra alam! menyokong kempen 'hijau' yang sedang berjalan di seluruh dunia sekarang ini!!
dan tak perlu risau untuk memakai penutup hidung tatkala menggunakannya.. kerana catnya tidak berbau.. malah sangat mesra  baunya.. =)
Agaknya memang tak keluar rumah la gaya nya kalau dah bercat dengan Nippon ni! hehe
sangat best jugak kalau dalam bilik dipenuhi dengan ini!

wah! boleh peluk peluk! nak yang besar punya!! =D

Akhir kata!
tanpa Nippon Paint maka tidak lengkap la sesebuah rumah itu! 

=)


Kempen Menentang Kekejaman Israel!

Kempen Menentang Kekejaman Israel!
Aku yang menyokong..

Me and My Hubby

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker